MAKLUMAN :


widgeo.net

Tuesday, August 4, 2009

Allah Kun Samak, Makhluk Mai Kun Samak.


"Kon Sawadei? Ban Yu Nai? Ma ki kon? Phom kea Ok Dakwah Si sip wan. Kea ok Phang Nga, Cun Pon, Ranong. We la ni dai put Thai nit noy."

Kata-kata tu aku ucapkan kepada jemaah 40 hari dari Pataya Thailand yang datang kat Marhalah aku beberapa hari yang lalu. Semua ahli jemaah tersebut 7 orang termasuk seorang dari Washington D.C. Di dalam jemaah tu hanya seorang sahaja yang boleh berbahasa Melayu.Ianya seorang ustaz yang pernah belajar di Patani dan Yala. Bergaul mesra serta nusrah penuh dengan jemaah ini mengimbau kembali pengalaman pertama aku ketika keluar di Thailand kira-kira 26 tahun yang lalu.

Pada tahun 1983 aku dan beberapa orang teman diputuskan keluar di Thailand. Kami bertolak dari masjid India ke Thailand melalui Kelantan. Sampai di Markaz Yala, kami berada sekitar tiga hari untuk program ijtimak zon selatan, Thailand. Selepas tiga hari ijtimak, aku , Hasnan (syura Kelantan) dan Abd.Rahman dalam satu jemaah dengan beberapa orang Thailand diputuskan keluar di kawasan Phang Nga Bay, Ranong dan sekitarnya. Seingat aku ahli jemaah kami sekitar 13 orang dan amir jemaah adalah Hasnan. Kami bertolak dengan menaiki pick-up yang biasa di gunakan oleh orang Thailand selepas waktu Asar. Bayangkan 13 orang kami bersesak menaiki pick-up berkenaan di tambah lagi dengan beg-beg serta dua orang Rahaba. Kami sampai di Ranong besok malamnya selepas bermalam satu malam di Hatdyai.

Disebabkan bahasa menjadi sedikit masaalah, maka aku membuat keputusan untuk mempelajari sedikit sebanyak Bahasa Thailand. Alhamdulillah aku dapat berbual dalam bahasa Thailand dan kekadang aku diputuskan menjadi mutakalim dan beri iklan di dalam Bahasa Thaland. Setakat ini belum boleh terjemah. Masih banyak yang kena aku pelajari.

Usaha di Thailand ketika itu terlalu baru, hampir semua tempat yang kami masuk adalah tempat yang pertama kali kedatangan jemaah. Sambutan teramat bagus dari orang-orang tempatan miski pun bahasa menjadi masaalah kepada kami. Bayan dalam Bahasa Melayu dan diterjemahkan ke dalam Bahasa Thailand. Setiap program pasti akan dipenuhi dengan jemaah. Selain orang-orang Islam berketurunan Melayu kami juga berjaya mengumpulkan orang Islam yang berketurunan Pakistan dan India tetapi amat sedikit dan kebayakannya telah berkahwin dengan wanita tempatan. Selain itu seorang lanun dari Phanga Bay serta berpuloh yang lain yang dapat dikeluarkan di Jalan Allah. Phnga Bay sememangnya pusat lanun ketika itu yang sering merompak bot dagang di Selat Melaka.

Perkara yang agak mengejutkan kami yang biasanya di Malaysia kita meletakan kunci di hadapan sewaktu bersolat tetapi di Thailand mereka meletakan pistol di hadapan sewaktu bersolat. Bukan semua ahli masjid berbuat demikian hanya sesetengah masjid sahaja. Bagi kami orang Malaysia ianya satu perkara yang tak pernah kami lihat.

Route terakhir kami adalah di satu pulau yang perjalanan dengan bot laju memakan masa 4 jam. Ianya melalui lagoon yang berbatu. Pulau berkenaan dikenali sebagai pulau Kok Singhai yang berdekatan dengan Tanah Besar Burma dan amat mengejutkan kami sesampai sahaja kami di sana kami disambut dengan Loghat Utara (Kedah/P.Pinang). Kesemua penduduk dipulau itu adalah berasal dari Utara Malaysia. Mengikut cerita orang tua penduduk tempatan, bapa dan datok mereka sememangnya orang Malaysia yang melarikan diri ketika berlaku pencerobohan Tentera Jepun Ke Malaya. Kebanyakan mereka berasal dari Kuala Sala, Kuala Kedah, Kuala Perlis, Pulau Pinang serta Pulau Langkawi. Disebabkan aku orang Kuala Kedah maka aku menjadi perhatian penduduk tempatan. Masing-masing akan membawa aku pulang ke rumah.

Selama tiga hari berpuloh-puloh rumah yang telah aku ziarahi sehingga mereka mencalunkan aku untuk berkahwin dengan wanita tempatan. Tu le yang paling aku seram waktu itu. Tiga orang kami orang Malaysia aku le yang paling muda serta cukup rapat dengan mereka berlebih lagi dengan pertuturan loghat Kedah yang aku ucapkan. Malah aku merasakan seolah-olah buat usaha di satu tempat di Kedah. Ketika berpisah dengan penduduk pulau berkenaan adalah saat-saat yang paling menyedihkan. Ramai yang datang menghatar kami sehingga ke jeti bot serta berpelukan dengan menangis-nangis. Malah ada diatara mereka yang menghatar kami sehingga ke Bandar Ranong.

Selepas itu Hasnan dan Abd.Rahman pulang ke Malaysia. Aku pula mengikuti rombongan orang-orang Ranong ke Ijtimak Maesod di Utara Thailand bersempadan dengan Burma.
Setelah pulang ke Malaysia, aku menceritakan pengalaman aku di sana kepada emak dan arwah datok aku. Mereka terkejut dengan cerita aku serta datok aku mengiakan cerita orang-orang Pulau Kok Singhai itu. “Mamang ada orang Kuala Kedah, Kuala Sala ,Pantai Merdeka yang ke sana”, katanya kepada aku.

Setelah 10 tahun berlalu pihak Kerajaan Malaysia telah membawa pulang sebahagian orang Melayu di sana ke penempatan di Bukit Malut, Pulau Langkawi serta sebahagian besar mereka menjadi warga Malaysia.

Hari ini (mengikut laporan jemaah Thailand) usaha Tabligh di kawsan berkenaan begitu maju. Usaha masturatnya juga begitu maju serta banyak jemaah yang dapat dikeluarkan.

Wallahu’alam.

“Kon ka phom yu nai Kalimah liu kan pie kan. Allah kun samak makhluk mai kun samak. Lang namat Maghrib mie Banyai sesena Islam dai pai Masjid prom-prom. Insyaallah.”
Makna dia : “ Awak dan saya berada di dalam kalimah yang sama. Jadi kita bersaudara. Allah berkuasa namun makhluk tidak ada kuasa. Selapas solat Maghrib ada ceriat agama (Islam). Boleh datang masjid sama-sama. Insyaallah.”

P/s : Cerita di atas menambah ransangan untuk aku keluar kembali ke Thailand. Doakan untuk aku dan ahlia aku yang bercadang keluar masturat ujong tahun ini 40H Insyaallah ke Thailand.

4 comments:

Dr. Bentara said...

Amin Ustaz...

Karguzari lagi ye...

musa said...

ASSALAMUALAIKUM, Dengar karkuzari hang pi thailand, tahun lepas 2008 kami 7 pasang org Jitra keluar masturat 40 hari di thailand, syura thailand kata kami jemaah masturat 40 h malaysia pertama keluar di markas yala, yg 10 hari memang ada sebelum ini, route kami, Phuket, Nakhon Sitammarat, Trang, Satun Yala dan Pattani, semua jauh-jauh, usaha masturat amat maju di Thailand meninggalkan kita begitu jauh, di Yala sudah ada banggunan 4 tungkat khas untuk masturat sahaja, ini hasil korbanan dan tangisan wanita-wanita Thailand, Nusroh wanita cukup baik dan banyak yang kita belajar dari wanita Thailand

Unknown said...

"Alaikum Salam,

Musa,
Aku tengah taskil beberapa pasang dari N9 ni utk keluar kat Thailand. Masih belum ada pasangan lagi utk Negara Jauh dah lengkap. Kebetulan utk 4b ni aku jadi Amir Jemaah Tashkil Masturat N9.

Harap-harap dapat jemaah Insyaallah. Tolong doakan.

musa said...

Assalamualaikum, Lani di Jitra ada jmh masturat 15h dari Jakarta, mereka tasykil utk ke Jakarta Insaayallah 2010 kami bentuk jmh 15h masturat kesana tahun tak boleh sebb dah keluar di Miri bulan Jun. Hang kena pulun cari jemaah ke Thailand banyak boleh belajar dgn org sana. Masa kami keluar kat Phuket ada sorang karkun dia nusroh kami 2 hari fulltime, besok lagi 2 jam penerbangan pergi haji baru dia balik ambil beg dan amir sab kami p hantar dia di airport, kami jadi hairan, itulah sebenarnya pengorbanan mereka yang menjadi asbab tercetusnya hidayah seluruh Thailand, inilah yang kita kena belajar sifat korbanan org sana.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin