MAKLUMAN :


widgeo.net

Tuesday, November 15, 2011

Melaka Oh Melaka.


Di Negeri Sejarah Ini
Terpaku Aku Di Tangga
Masjid Tengkera
Menanti-nanti Pengunjung
Namun Tiada Kelibat

Di sana . . . .
Afamosa Juga Flora D'lamar
Sesak Sileh Berganti
Cemburu aku. . . . .

Justeru itu Aku Mencari
Tuah, Jebat Dan Tun Teja
Tiada Tersapa. . .

Sebaliknya Aku Temui
Tuah. . . . .
Yang Telah Kehilangan
Taming Sarinya

Jebat . . . .
Yang Masih Durhaka
Bukan Pada Sultannya
Tetapi Pada Khaliqnya.

Dan Tun Teja . . . . .
Yang Kehilangan Selendangya
Terjuntai Rambut Ikal Mayangnya

Salah Siapakah Ini?
Apakah Ini Suratan Taqdir?

Tidak Wahai! Peribumi Negeri
Bangunlah!
Kita Kembalikan Taming Sari Pada Tuah
Kita Jadikan Jebat Orang Yang Taat
Kita Kembalikan Selendang Pada Tun Teja

Aku Yakin Pasti Dan Pasti
Afamosa Akan Runtuh Berkecai
Flora D'Lamar akan Bocor Dan Karam

Kita Lihat Nanti
Masjid Tengkera Akan Dipenuhi
Besinar Dan Bercahaya
Menjadi Serambi Mekah


Nukilan : Al-Alorstari
Bukit Katil Okt 2011

8 comments:

shamajid said...

Salam Ust....
Lama tak membaca posting Ust...
Namun......satu entry yang "klasik" untuk direnungkan...

musa said...

Hambali, hang nak dengar aku punya cerite mengenai Melaka. Aku keluar di Melaka 20 hari bersama student tahun 1981, aku pun student juga waktu itu tapi dah keluar 4 bulan. masa tu masjid Tengkera macam yang asal, banyak masjid waktu itu tidak hidup solat jemaah 5 waktu. ada sebuah masjid lama di kawasan Merlimau didepan dan belakangnya ada perkuburan. Waktu malam masa tahajjud aku solat depan dekat mimbar, waktu solat aku dengar suara orang menangis macam suara kanak-kanak dibahagian hadapan mimbar, aku ingat yang menangis adalah amer sab, Pagi besok waktu terluang, amer sab bertanya "wah semalam anta menangis hebat, aku pun menyahut amer sab pun menangis sakan juga semalam, kami jadi heran, bukan pasai menangis tetapi malam tu aku solat dekat mimbar tetapi amer sab kata dia dengar aku menangis di bahagian belakang masjid, dia pula solat dibahagian belakang tapi aku dengar dia menangis dibahagian depan mimbar, soalannya SIAPAKAH YANG MENANGIS PADA MALAM TU, MASJIDKAH? ATAU AHLI KUBURKAH? selepas tu amer sab suruh aku merahsiakan daripada studen nanti mereka takut.

Abu Zarim Mohamad said...

salam tuan,,,,duk melaka ke?..kalo ada maklumat tntg usaha,markas or org tggjwab france,boleh bgthu x?...jazakAllah

Unknown said...

Musa,
Alhamdulillah atas cerita yg menarik. Memang pun masjid kat Melaka rata-rata dekat dgn kubor.

Ada juga dengar macam ni tapi ianya berlaku di India.

Unknown said...

Abu Zarin,
Saya dok Seremban, cuma hari tu keluar kat Melaka.

Saudara nak ke France ke? Kalau nak maklumat tersebut boleh dapatkan kat markaz Sri Petaling.

Sewaktu di Holand/Germany itu hari ingat juga nak ke France tapi sbb salji tebal tak jadi pi.

Aishah Nur Hakim said...

Salam Tuan,
tersyahdu saya membaca :(
dan saya sangat suka Melaka


Tuan,kalau boleh mahu tanya
di Seremban, majlis taklim masturat..di mana ya?

jzkk.

Unknown said...

Aisyah Nur Hakim,

Taklim Masturat di Seremban di Rumah Cikgu Mohd. Amir Di Tmn Paroi Jaya.Program hari Ahad bermula sebelum Asar.

Yang kedua di rumah Cikgu Zaki Tmn College Height. Program hari Sabtu bermula jam 11.00 pagi.

Di rumah saya Insyaallah akan diusahakan tahun hadapan. Tolong doakan.

fwzsoleh said...

penuh bermakna sajak ni..

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin