MAKLUMAN :


widgeo.net

Monday, July 13, 2009

Satu Jawapan Setelah Pulang Dari Ijtimak 3 Hari.



(Di Bawah Ini Saya Letakan Satu Tulisan Sebagai Menjawab Isu Jemaah Tabligh Di Tranungkite.com Oleh Salah Seorang Rakan Seusaha)

TABLIGH SINCE 1978

Assalamualaikum wbt

Setelah 3 hari berkampung di Nilai bersama 4 anak lelaki Abu basyir yang Hafiz al-Quran., baru hari ini abu basyir sempat jengok Teranungkite..thread ni nampaknya hebat sambutan luahan pendapat.

Dibaca dengan hati terbuka.Izinkan Abu Basyir menulis dan bacalah tulisan ini dengan hati terbuka.InsyaAllah Abu Basyir tulis seikhlas hati dari pengalaman dalam Tabligh 30 tahun. Dari seorang yang TIDAK cermat menjaga solat kemudian di rayu oleh pelajar senior Tabligh untuk solat dan Alhamdulillah hari ini Abu Basyir amat berusaha mencari fardhu di Mesjid/surau. Berdiri dibelah kanan Imam dan mendapatkan Takbir Ula. Selesai solat merasa takut dan harap.

Permulaan ayat bukan hendak menunjuk2 yang kesemua anak lelaki Abu Basyir Hafiz Al-Quran tetapi untuk menunjukkan kurniaan Allah dan asbab menghayati kesan pimpinanTabligh. Syukur juga 3 anak perempuan Abu Basyir juga hafizah Al-Quran dan sentiasa berpurdah.

Setiap hari Abubasyir mengadakan majlis ilmu masail dan fadhail di rumah bersama anak isteri.Anak lelaki Abu Basyir akan ke Syria untuk mendalami ilmu agama.

Niat Abu Basyir ialah agar dapat mati dalam keredhaan Allah. Mati mengucap 2kalimah syahadah.

Apa yang Abu Basyir dapat dalam Tabligh selepas 30 tahun?

1. Menyintai Allah dan Rasul lebih dari segalanya.
Cuba mentaati SEMUA perintah Allah dan cuba menghayati SEMUA sunnah Rasulullah saw sehingga berjumpa batu dijalanan Abu basyir akan buangkan kerana ia bakal menyusdahkan orang lain.

2. Abu Basyir akan menjaga solat berjemaah 5 waktu dan cuba beristiqamah dalam solat sunat Dhuha, Awabin, Tahajud, Tasbih ,witir dan lain-lain solat sunat.

3. Abu basyir akan hadir kuliyyah ustaz2, beli kaset TGHH dan TGNA
dan semua ulamak-ulamak. Sebab ulamak Tabligh ARAHkan kami belajar ilmu masail dari ulamak2 tempatan.

Abu Basyir membaca kitab2 fadjail amal kelauran Tabligh dan lain2 kitab juga seperti Tanbighul Ghafilin, Ihya Ulumuddin, Duratun Nasihin, Al Jawaharil Mauhub, sirah salikin, Al-Hikam dan lain-lain.

4. Abu Basyir amat menyayangi SEMUA umat manusia. Sentiasa mendokan agar SEMUA orang diberi hidayat. Mengasihi kanak-kanak, anak yatim, menghormati orang tua-tua, jaga hubungan dengan jiran walaupun kafir. Menunaikan hak orang Islam dan tidak mengambil hak mereka. membantu orang susah, janda dan anak yatim. Zakat , Abu basyir bagi direct ke tangan orang susah. Orang mukmin yang terbaik ialah yang paling banyak manafaat kepada orang lain. Abu basyir TIDAK akan membuang sampah merata-rata dan tidak akan langgar lampu merah. Membantu khidmat kenduri kendara jiran PAs dan jiran UMNO.

5. Abu Basyir sedaya upaya dalam kelemahan melakukan amal dengan niat mencari redha Allah. Kadang terasa ingin dipuji tetapi segera beristighfar kerana menyedari hanya amalan yang ikhlas diterima Allah.

6. Abu Basyir kini nekad untuk berkorban apa sahaja untuk agama yang suci murni ini. Korban diri dan harta untuk agama. Semoga Allah pilih Abu basyir mati syahid. Di Malaysia, Abu Basyir terlibat dengan aktiviti Tabligh yang berusaha pujuk rayu umat Islam agar kembali kepada perintah Allah dan sunnah Rasulullah. kerja dibuat dengan hikmah dan kasih sayang. tidak berkefrontasi dengan sesiapa. Untuk membina surau Abu Basyir dapatkan sebahagian besar dana dari rakan-rakan Tabligh.
Di surau Abu Basyir orang PAS dan UMNO makan sedulang. Kami amat berkasih sayang antara satu sama lain. Abu Basyir MENYOKONG semua gerakan ISLAM.

Di peringkat global Abu Basyir pernah bertabligh ke Indonesia, Thailand, Singapura, Sri Langka, India, Pakistan dan Saudi Arabia. Doa Abu Basyir " Ya Allah jangan matikan saya sehingga seluruh negara saya jelajahi menyebarkan agamaMU"

Kawan-kawan Abu Basyir berkat usaha Tabligh berada si SELURUH dunia.
Terlalu banyak untuk dikongsi pengalaman semasa bertabligh meninggikan kalimah Allah.

Sukacita dimaklumkan kami TIDAK pernah mengajak orang kepada TABLIGH TETAPI mengajak manusia hanya kepada ALLAH.

Terakhir ingin juga merakamkan kesedihan atas tulisan CrayonSinChan yang tulisannya bercampur antara benar dan fitnah. InsyaAllah kelemahan yang tuan tonjolkan akan diperbaiki dan semoga diampunkan oleh Allah swt dan bagi fitnah yang saudara tuliskan semoga Allah mengampuni tuan.

Selepas ijtimak Malaysia ini dalam bulan ini juga akan diadakan

ijtimak Filipina
ijtimak Indonesia
Ijtimak Singapura

Abu Basyir

(Semoga ianya memberi iktibar dan menafaat, Insyaallah)

6 comments:

Irwan said...

Salam kepada commenter di atas (nick anda sgt kotroversi utk disebut)

Saya agak terganggu dgn post dlm link anda yg mengatakan Allah itu adalah manusia.

Siapakah pemilik blog ini dan adakah dia layak untuk mentafsir Al Quran?

Unknown said...

Saudara/saudari Semua,
Berhati-hati dengan Blog di atas.

Dari Ibn Abas rahuma dari Nabi saw beliau bersabda,”Hindarilah berbicara tentang aku kecuali yang kalian ketahui. Barangsiapa berdusta atas nama ku dengan sengaja maka ia menyediakan tempat duduknya di neraka. Barangsiapa berbicara tentang Al-Quran dengan pendapatnyan sendiri maka ia telah menyediakan tempat duduknya di neraka.” Hadith riwayat Tarmizi.

Dari jundub ra berkata Rasulullah saw berasbda. "Barangsiapa berbicara mengenai kitab Allah (menafsirkan Al-Quran) menurut pemikirannya (pendapatnya)sendiri lalu pendapatnya itu benar maka sungguh ia telah melakukan kesalahan (miski pun pendapatnya itu benar)" Hadith riwayat Abu Daud.

Huraian:

Hadith ini bermakna sesaorang yang menafsirkan Al-Quran dengan pendapatnya sendiri dan boleh jadi pendapatnya itu benar namun demikian ia tetap bersalah kerana ianya tidak mempunyai sandaran untuk tafsirnya ini pada hadith Nabi saw dan ulama umat ini.
(Muntakhab Ahadith)

Unknown said...

Ustaz tau tak bila tarikh ijtimak Singapura?? Nak taskhil sedara saya kat saya ....

Unknown said...

Saudara taufik,

Saya tak pasti berkemungkinan selepas Ijtimak Indonesia. Ia itu pada 24, 25 dan 26 Julai 2009.

Saya akan pastikan kemudian nanti. insyaallah.

alom_doank said...

jadikan hari bumi sebagai titik awal kita untuik menyelamatkan bumi ini demi masa depan dan anak cucu kita,SAVE THE EARTH!!!

unanjaga said...

Sesuatu yang amat jelas dan pasti,hayat kehidupan manusia didunia ini adalah cukup pendek dan amat terbatas,kita kena memahami dan belajar menyakini bahwa datang nya saat kematian itu adalah waktu yang pasti dan tidak berganjak walau pun sedikit pun.dan kita juga kena belajar menyakini bahwa kehidupan dunia ini adalah bersifat sementara,kehidupan kita yang sebenar adalah pada alam akhirat,dan semua kita menyakini dengan benar bahwa yang dapat membantu kita pada alam akhirat itu hanya lah iman yang sahih dan amal yang soleh,olih itu kita semua berkewajiban usaha atas iman dan dan yakin.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin