MAKLUMAN :


widgeo.net

Wednesday, July 29, 2009

Cerita Mimpi Nabi TGHH


(Di bawah ini penulis letakan satu posting terakhir (setakat ini) dari rakan seusaha di Tranungkite.net pada topik “Alhamdulillah Najib Menyertai Tabligh Semuga Dapat Hidayat”)






sejadahipoh
Laskar Muda

Askum,

Untuk jawab soalan Tabligh-PAS ini, eloklah rujuk Ustaz Abdul Hadi Awang.

Ana telah berpengalaman berjumpa dengan dua orang berkenaan masalah ini.

1. Hafiz Hatta (pelajar Madrasah Kubang Bujuk, Terengganu)

Dia bersama jama'ah Pakistan 4 bulan diputuskan untuk keluar di Masjid Rusila, Terengganu. Setibanya di Masjid itu, Ustaz Abdul Hadi dan rakan2nya telah siap menunggu ketibaan jama'ah dan TGHH telah menjemput jama'ah ini untuk makan dirumahnya. Dia sempat bertanya jika ada ulama di dalam jama'ah agar mudah berbicara arab dengannya. TGHH banyak berbual dengan mu'alim jamaah itu. Selepas balik ke masjid, maulana itu menceritakan kepada ahli jama'ah yg TGHH telah bermimpi Rasulullah saw malam sebelum kedatangan jamaah itu. Badan Rasulullah saw separuh di dalam tanah dan Rasulullah saw mengatakan kepada TGHH bahawa jama'ah baginda akan datang dan menyuruh TGHH melayan jama'ah itu.

2. Ustaz Jamaluddin (bekas pelajar Penanti)

Ustaz telah bermuzakarah dengan jamaah di markaz PAS di Terengganu selepas Isya sampai hampir waktu Subuh. Orang2 PAS di markaz itu masih tidak berpuas. Lantas salah seorang dari jama'ah itu mengatakan agar mereka semua berjumpa dengan 'POK CHIK' (gelaran TGHH). Mereka cuba menelefon TGHH tapi tiada jawaban, lantas Ustaz Jamaluddin memberi satu hadis yang jika seorang tanda mukmin ialah memuliakan tetamu. Maka mereka semua pergi ke rumah TGHH. Bila TGHH tahu masalah berkenaan ahli2 PAS yang tidak bersetuju dengan Tabligh, TGHH telah mengambil satu kitab dan membaca DALIL-DALIL Tabligh di hadapan mereka semua. Selepas itu, TGHH menasihatkan Ustaz Jamaluddin agar MENERUSKAN USAHA TABLIGH, DAN JANGAN LAYAN MEREKA-MEREKA YANG JAHIL INI (sambil merujuk kepada ahli2 PAS yang tidak bersetuju itu).

Pengalaman Penulis Bersama Jemaah Tersebut:

Pada tahun 1989/90 penulis tinggal di Ceras di kawasan Ceras Flat serta dilantik menjadi imam serta mengajar tajwid di salah satu surau di kawasan tersebut. Ianya adalah marhalah keempat penulis ketika tinggal di Kuala lumpur. Pada akhir 1989 Jemaah Pakistan tersebut sampai di tempat kami (Ceras) dan berusaha di sekitar kawasan tersebut selama satu minggu sebelum bertolak untuk keluar 4bulan di Indonesia. Jemaah tersebut sebenarnya adalah jemaah satu tahun. Kebanyakannya adalah dari Peshawar, Pakistan. Selama seminggu di Ceras penulis, berkesempatan bersama jamaah berkenaan dan maulana yang di dalam jemaah tersebut cukup rapat dengan penulis berlebih lagi penulis berbahasa Arab dengan beliau bagi melancarkan bahasa Arab penulis. Penulis sering bersama maulana berkenaan untuk ‘khususi’ dan sebagainya.

Jemaah ini satu jemaah yang cukup bagus yang pernah penulis ‘nusrah’. Satu hati, satu fikir serta kuat amalan istimai dan juga infiradi. Setiap malam yang penulis dapat pasti, hampir kesemua ahli jemaah akan bagun bertahajud sekitar jam 3.00 pagi. Tidak ada seorang pun yang tercicir. Dalam jemaah tersebut terdapat 5/6 orang muda dan boleh berbahasa Inggeris. Pernah penulis bertanya kepada mereka bagaimana tertib usaha di Peshawar (ketika itu bertebung dengan jihad di Afganistan) kata salah seorang ahli jemaah kepada penulis bahawa mereka ada tertib khusus yang di benarkan oleh Elders Nizamuddin iaitu 4bulan belajar madrasah, 4bulan berjihad di Afghanistan dan 4bulan keluar di Jalan Allah (keluar Tabligh). Bagi yang berkeluarga 4bulan belajar madrasah diganti dengan 4bulan bersama keluarga.

Jemaah mereka adalah jemaah satu tahun dan kedatangan mereka ke Malaysia adalah transit sementara untuk ke Indosesia selama 4bulan dan untuk mendapat visa di Malaysia untuk ke Saudi mengerjakan haji setelah pulang dari Indonesia. Setelah pulang jemaah ini berusaha di sekitar Terengganu untuk beberapa waktu dan akhir sekali kembali ke Ceras sebelum bertolak ke Saudi mengerjakan haji. Mereka terkesan dengan nusrah dari rakan seusaha di Ceras dan memutuskan kembali ke Ceras sebelum bertolak ke Saudi. Lagi sekali penulis dan rakan-rakan di Ceras nusrah jemaah ini. Namun kali ini cerita sensasi di atas menyebabkan ramai rakan-rakan seusaha di sekitar Kuala Lumpur datang menziarahi dan bertanya kebenaran mimpi TGHH.

Penulis mengambil kesempatan bertanyakan hal berkenaan kepada maulana berkenaan. Ceritanya memang betul jemaah tersebut telah masuk untuk 3 hari di Masjid Rusila yang sebelum ini belum pernah Jemaah Tabligh masuk. Apatah lagi sekitar tahun 1993 TGHH pernah berceramah yang ceramahnya agak keras menghentam jemaah. Sehingga ketika itu keset-kaset ceramah tersebut laris di jual di pasar malam dan juga di jual di hadapan masjid India pada tajuk “Jemaah Tabligh Dan Penyelewengannya” . Selepas di khususi, tajuk itu ditukar kepada “Jemaah Tabligh Dan Amalanya”. Kata maulana itu lagi bahawa beliau malu kerana bajunya agak berbau namun di peluk erat oleh TGHH. Begitu juga dengan ahli jemaah yang lain. Selama tiga hari di Masjid Rusila TGHH mengosongkan kuliah beliau dan membenarkan jemaah memberi bayan.Memang pun TGHH bermimpi Nabi saw sebagaimana cerita di atas.

Selepas beberapa hari di Ceras jemaah tersebut berangkat ke Tanah Suci untuk mengerjakan haji. Tahun yang sama penulis beserta dengan abang dan rakan seusaha di kampong Kedah serta rakan seusaha di Kuala Lumpur telah dipileh oleh Allah swt untuk menegrjakan haji. Ketika berada di Tanah Suci sekali lagi penulis berjumpa dengan maulana berkenaan yang sedang memberi “dakwah infradi” kepada beberapa orang Arab di ruang legar Masjid Nabi saw. Patutlah jemaah ini menjadi asbab TGHH bermimpi Nabi saw kerana amalan mereka sememangnya “HEBAT”.

Wallahu’alam.

11 comments:

One Warhead said...

Ust, memang benar cerita mimpi tu. Masa tusya tinggal di Kuala Terengganu, dari tahun 1990 - 2000. Masa jemaah tu sampai di depan masjid Rusila, TGHH datang dan peluk sorang2 ahli jemaah. Jemaah tempatan (org Terengganu) pong heran tapi kalo dah Tuan Guru peluk kita, kita peluk dia balik..kata sahabat saya. Dan heboh di markas Kubang Bujuk cerita tersebut. Begitulah adanya...

One Warhead said...

Dan cerita yang sama dari pelajar Australia, bekerja sbg Engineer di Seremban sekarang ni. Satu ketika dia keluar 3 hari bersama dgn saudara Wan H. Bila sampai kat satu mesjid di satu tempat di Australia, imam masjid telah tunggu jemaah ni datang,dan imam tu mengatakan bahawa dia bermimpi Rasulullah saw pd malam sebelumnya dan Nabi saw menyuruh dia tunggu jemaah ni datang dan layan dgn baik dan dia diberitahu dlm mimpi tu bahawa cucu keturunan Nabi ada bersama dgn jemaah ini.

Wallahu'alam bis sawab....

Amri Mat Saaid said...

salam

wah sedap kutuk jemaah PAS jahil, banyak cantik beb, gelaran TGHH ialah ayah cik bukan nya pok cik, wahai sedara.Jangan sedap mengutuk je sedara

Unknown said...

Saudara Amri Yang DiMuliakan,

Cuba saudara tarik nafas panjang-panjang pah tu lepas nafas...cool sebentar. Baca palik posting tu elok-elok. Jangan terbawa-bawa sikap kempen undi kat sini.

Tulisan itu bukan tulisan saya. Itu tulisan 'sejadahipoh'. Tulisan saya yang bahagian bawah.

Tulisan tu tak ada lansung kutuk TGHH atau orang-orang PAS. Malah memuliakan beliau dengan cerita beliau bermimpi Nabi saw. Adakah dengan perbezaan "Pok Cik" dan "Ayah Cik" tu satu kehinaan. Satu cacian, satu kutokkan.

Saudara diminta bezakan betol-betol.Ingat tulisan mengambarkan ahklak dan peribadi kita.

Irwan said...

Salam Saudara Amri,

Alhamdulillah kerana Allah mengirim saudara Amri datang memberi komen dan memperbetulkan panggilan kami terhadap Tuan Guru Haji Hadi. Diharap agar kesalahan ini dapat merapatkan lagi hubungan kita sesama sedara...; )

(Kasihan kepada mereka2 di luar sana yang sedang sedap2 mulut jer memperkatakan ttg Tuan Guru Haji Nik Aziz pasal isu "perpaduan")

Biasalah, Ustaz. Kita sesama sedara ni memang agak sensitif. Contoh: kalau dgn kengkawan kita boleh gurau sampai tuding2 kepala. Tapi kalau dengan mak bapak atau adik beradik, tercuit sikit jer nak bergasak...Biasalah..

Amri Mat Saaid said...

"TGHH telah mengambil satu kitab dan membaca DALIL-DALIL Tabligh di hadapan mereka semua. Selepas itu, TGHH menasihatkan Ustaz Jamaluddin agar MENERUSKAN USAHA TABLIGH, DAN JANGAN LAYAN MEREKA-MEREKA YANG JAHIL INI (sambil merujuk kepada ahli2 PAS yang tidak bersetuju itu)."

saya qoute balik petikan di atas saya tak tuduh siapa pun yang samada webmaster atau penulis asal artikel. Saya kata sedap tuduh kata sesama Islam macam tu, dan betul ke ayah cik berkata sedemkian,benarkah ayahcik berkata sedemikan, musykil saya sanggup dia kata kat anak buah dalam jemaah nya macam tu....musykil saya....

Unknown said...

Satu sikap yang tidak baik didlm mana-mana jemaah adalah kita merasakan semua ahli (pengikut)kita baik belaka, perfect belaka.Di dlm Tabligh pun ada yang macam tu. Namun ada syura pun mengatakan bahawa ahli Tabligh banyak yang jahil. Biasa le tu. Takan tak ada yang jahil.Saya sendiri mempunyai teman ustaz-ustaz dari kalangan PAS, bila timbul beberapa persoalan ianya juga sebut sesetengah orang PAS ada yang jahil. Saya sendiri didlm kuliah saya pun pernah berkata orang-orang Tabligh ada yang jahil.

Rasanya itu perkara biasa. Saya ingat lebih baik saudara sambung posting saudara di Tranungkite.net pada tajuk yang sama untuk perbicaraan seterusnya.

Munhkin saya dan teman-teman kat sini silap kami minta maaf kerana sememangnya kami "JAHIL"

Irwan said...

Saya setuju dgn Ustaz part yg jemaah tabligh ni memang ramai yg jahil2.
Secara individu, inilah motivasi kenapa kami kekal dalam usaha ini (walaupun tak seaktif rakan2 lain). Mau tarbiahkan diri kami. Seandainya kami ada sedikit pun ilmu (serta mengamalkannya secara istiqomah pulak lagi), nescaya kami akan join jemaah lain dimana kami boleh dapat impak (perhatian dan kasih sayang dari Allah) yg maksima..
Tak perlulah kita panjang2kan lagi ayat2 yg terkeluar dari mulut2 individu kerana kita semua insan. Mungkin TGHH yg tersalah cakap (maklumlah, waktu dah hampir subuh), mungkin si pencerita tersalah quote...banyak alasan2 untuk kita ambil sikap "berprasangka baik" saja terhadap apa yg tertulis dlm posting kali ini...

Anyway, baguslah ada orang yg sensitif macam Saudara Amri...

Ziarah76 said...

salam,
saya rasa, daripada bersembang pasal jahil tu, lebih baik ambik yg baik dan straight to the points of the story berhubung jemaah tu dan kebaikan yg ada pada jemaah dan kebaikan, kesopanan dan warm-welcome dari TGHH.
Bagusnya mereka, dan kalau semua antara kita ada akhlak gitu kan bagus.
Maka tak perlu la lihat yg buruk2, lihat yg baik2 je.
Maaf ye...sekadar pandangan, walllahualam.

musafir said...

Pernah dengar cerita mimpi ini...

Memang ada orang yang tak faham dalam berbeza pendapat ni...Taksub..dan ghuluw..

Maulana Ibrahim pesan masa jord karkun 4B dulu....kita jangan Taksub..dan ghuluw.. dan tak kira lah mana mana jemaah...

Bila ada buah Taksub dan Ghuluw...pendapat dia je betul...

Kadang2..cakap agama berapi-api...tetapi sayang.. sifat..akhlak...diri...tak berubah rubah....

sedangkan HATI yang BERSIH dan BAIK...akan lahir SIFAT dan AKHLAK yang baik...akan zahir dari anggota segala kebaikan..dari mata, dari telinga,dari mulut, dari perbuatan.. menggambarkan kesucian HATI NURANI... bersih hati dari hasad..pra sangka...

QALBUN SALIM... itulah orang yang berjaya...

Ubah, rawat dan baiki HATI Manusia... Sebenarnya dia telah membaiki KESELURUHANNYA... itulah usaha seluruh ambia'..dan

khususnya Saiyidul Ambia' wa mursalin... Muhammad s.a.w... walaupun di tawarkan dengan KERAJAAN, HARTA, WANITA....

Namun... tetap menolak..dan teruskan usaha atas HATI HATI manusia...

faris said...

aslkm ustaz nk tannye camne nk azm kluar 4 bluan nk kene ikram kluarga atau x,klau x, x dpt kluar la camtue....

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin