MAKLUMAN :


widgeo.net

Friday, May 15, 2009

Pemain Bola Sepak Islam


Di antara banyak-banyak sukan permainan yang paling tinggi rating dan banyak peminat di seluroh dunia adalah permainan bola sepak. Hampir di seluroh dunia kita akan dapati sukan ini akan dipertandingkann oleh seluroh masyarakat. Dari pedalaman Afrika hingga ke pendalaman Amarika Latin. Malah sesetengah negara permainanan bola sepak ini dianggap sukan yang paling berpristij yang akan mengangkat martabat sesebuah negara. Malah disesetengah negara ianya dianggap seolah-olah ‘agama’ kedua.

Teringat kita bagaimana Perancis beberapa tahun yang lalu agak ketara menindas penduduk Islamnya, berlebih lagi kepada pendatang Islam khas dari negara-negara Islam Afrika Utara. Pengharaman tudung pada pelajar Muslim di Perancis beberapa tahun yangb lalu begitu ketara, hinggakan ianya menjadi isu antarabangsa. Namun penekanan ini berkurangan sehingga akhirnya hilang begitu sahaja.

Punca paling besar kehilangan penekanan ini adalah apabila ketika itu musim Piala Dunia 2002. Perancis telah berjaya ke perlawanan akhir mengahadapi pasukkan German dan apabila Zinedine Yazid Zidane memasukan dua gol kemenangan dan Perancis menjuarai Piala Dunia 2002. Hasilnya imej penduduk Islam khususnya pendatang Afrika Utara naik serta akhirnya Kerajaan Perancis sedar bahawa hasil kelibat dan pretasi yang baik dari pemainnya yang berasal dari Afrika Utara yang menyebabkan kemenangan Perancis serta menaikan nama Perancis. Akhirnya penekanan kepada penduduk Islam berkurangan. Begitu asbab yang dijadikan oleh Allah swt bila mahu merubah sesuatau keadaan.

Hari ini kita dapati ramai pemain Islam di dalam berbagai kelab-kelab di seluroh Eropah. Mereka-mereka samaada berasal dari keluarga Islam atau pun telah memeluk agama Islam apabila mendapati Islam adalah agama yang terbaik. Sebagai contoh: Frank Ribery pemain Kelab Bayern Muenchen, beliau memeluk Islam setelah beliau menjadi pemain Kelab Galatasary, Turki pada tahun 2005 yang lalu. Ada yang mengatakan bahawa punca sebenar beliau memileh Islam sabagai agama barunya kerana menemukan kedamaian yang terdapat di dalam Islam.

Ada pula menyatakan punca sebenar keislamannya adalah isteri beliau, Wahiba Belhami, yang berasal dari Maroko. Frank Ribery yang pernah tinggal di Moroko dan berkenalan dengan Wahiba isteri beliau. Isteri beliau inilah yang banyak memberi galakan dan menuntun beliau ke dalam Islam. Hasil perkahwinan dengan Wahiba Belhami, mereka dikurniakan dua orang cahayamata, Hizsya dan Syahinez.

Selain Frank Ribery terdapat juga lain-lain pemain dan jurulatih yang asalIslam dan yang telah memeluk Islam. Antaranya ialah :-
- Zinedine Yazid Zidane
- Kolo & Yaya Toure (Arsenal & Barcelona)
- Robin Van Persie (Arsenal)
- Nicholas anelka (Bolton)
- Mohammed 'Momo' Sissoko (Liverpool)
- Ahmed 'Mido' Hossam (Boro)
- Hossam Ghaly (Totteham Hotspurs)
- Franck Riberry (Bayern Muenchen)
- Hamit & Halil Antiltop (Bayern Muenchen & Shalke 04)
- Frederik Kanoute (Sevilla)
- Mahamaddou Diarra (Real Madrid)
- Eric Abidal (Barcelona)
- Nuri Sahin (Feyenoord Rotterdam)
- Sulley Ali Muntari (Pompey)
- Zlatan Ibrahimovic (Inter)
- Hassan "Brazzo" Salihamidzic (Juventus)
- Khalid Boulahrouz (Sevilla)
- Salomon Kalou (Chelsea)
- El-Hadji Diouf (Bolton)
- Diomanssy Kamara (Fulham)
- Mohammed Kallon (Al-Ittihad ext. Inter & Monaco)
- Thiery Henry (Barcelona/Prancis)
- Lilian Thuram (Perancis)
- Lassana Diarra (Real Madrid)
- Karim Benzema (Lyon/Perancis)
- Samir Nasri (Arsenal)
- Hatem Ben Arfa (Lyon)


Jurulatih Pasukan Bola Sepak Yang Telah Memeluk Islam
- Bruno Metsu (bekas Jurulatih Senegal)
- Phillipe 'Omar' Trousier (bekas Jurulatih Jepun)
(Sumber SuaraMuslim)

6 comments:

ibnu abdullah said...

salam

benar apa yang ustaz kata. Allah swt berkuasa untuk menjadikan apa jua perkara sebagai asbab hidayah pada seseorang hamba atau seluruh alam. Contoh lain peristiwa 9/11 yang pada asalnya untuk menganiaya orang islam oleh yahudi, bertukar menjadi asbab hidayah & menarik sangat ramai manusia di amerika untuk memeluk islam. ada eldest yang pernah keluar ke amerika menceritakan sewaktu berwudhu disebelahnya american citizen islam yang bertatoo penuh dilengan, sedang membasuh-basuh tangan untuk berwudhu sepertinya.

di australia juga perkembangan islam ada berlaku. mufti di sini ada mengatakan islam agama yang paling cepat berkembang di sini. yang terbaru di sini seorang mexico yang memeluk islam setelah lari dari wabak 'swine flu' ditempatnya & melihat islam mengharamkan khinzir, terbuka hatinya untuk memeluk islam. pernah jua di waktu jumaat, saya sendiri menyaksikan satu keluarga australia yang terdiri dari suami, isteri & 3 org anak 'declare' memeluk islam sebelum berlangsungnya azan jumaat. bapanya menamakan anak-anaknya muhammad, ibrahim & ahmad (sekiranya saya tidak silap). ada lagi kisah-kisah menarik yang menjadi asbab kuffar memeluk islam. salah seorang saya jumpa di redcliffe mngatakan, beliau memeluk islam kerana tertarik dengan gaya kehidupan yang menekankan kesederhanaan. namun begitu, ada juga kebodohan nyata orang-orang salafi yang melaung-laungkan kata-kata jihad sewaktu khutbah jumaat hingga menyusahkan kerja-kerja dakwah & mengundang pihak berkuasa polis setempat berjaga-jaga di luar masjid, khuatir berlaku kekecohan.

Allah maha kuasa, makhluk tiada kuasa. Nabi saw pernah berdoa yang bermaksud "apabila aku sudah tiada nanti, segala urusan dunia ini terserah pada MU".

pernah juga missionery kristian mengetuk pintu rumah saya & berusaha menerangkan tentang agamanya, namun saya menolak dengan baik & mengatakan saya tidak berminat. kerajaan mereka beri sokongan penuh & usaha ini kekal dijalankan. 2 kali pintu rumah saya diketuk.

yang kasihannya di Malaysia, negara Islam, tapi Vellu terus kekal hindu, Ah Siang terus kekal mengasap-asap tokong pagi-pagi. tiada pun usaha mengetuk pintu rumah kuffar & mengajak pada kalimah oleh ahli agama. bahkan yang mengetuk pintu rumah islam & ajak ke arah bersatu & beramal tegakkan islam ikut Al Quran & sunnah pun mendapat tentangan dr org islam sendiri, tak kurang jua yang mencemuh. Itulah antara asbab kucar kacir pemerintahan kerajaan. akhirnya berhempas pulas pemerintah memenuhi tuntutan bangsa masing-masing yang menuju kepada kekerasan sebagai jalan singkat mengekang tentangan.

fikir-fikirkanlah semua. di akhirat nanti, jiran-jiran yang tiada kalimah disekeliling anda & bakal dihumban dalam neraka akan menuju pada jiran yang islam yang terdekat dan berusaha menarik sekali ke sana kerana haknya ke arah kalimah toyyibah tidak ditunaikan. apabila bangkit sahaja dari kubur mereka sudah tahu betapa mereka telah silap percaturan mengenai hidup didunia. belum lagi melihat neraka mereka sudah dapat merasakan bahangnya.

tanyalah pada diri sendiri apa sumbangan anda terhadap agama? adakah cukup sekadar bangun, makan, kerja, balik, tidur sehingga ke tua?? atau anda turut berusaha mengajak manusia ke arah agama?? fikir fikirkanlah. dari fikir datang risau, dari risau datang usaha, dari usaha Allah swt campak hidayah & ganjaran syurga itu bagi mereka yang berjaya.

wAllahu 'alam

Ziarah76 said...

Allah memberi hidayah kepada sesiapa yang Dia kehendaki

Unknown said...

Jazakallah ibnu abdullah,

Walau pun kita sibuk mengajak saudara Islam kita kembali pada agama namun dalam pada itu Allah swt jadikan asbab orang-orang bukan Islam datang berduyun-duyun kepada Islam. Subhanallah.

Pengalaman selama berada di dalam Jemaah Tabligh yang hanya nampak macam sasar kepada yang Islam sahaja namun ada yang bukan Islam berminat bila melihat amalan Jaulah yang kita buat.

Saya sendiri pernah Alhamdulillah mengIslamkan 2 dua orang Kristian masuk ke dalam Islam beberapa tahun yang lalu.

Sama-sama kita doakan agar kekal di dalam usaha yang mulia ini.

Wallahu'alam

aLturkistani said...

pembetulan fakta, juara dunia 2002 adalah brazil..brazil menang dgn germany..france menang tahun 1998..2006 masuk final lawan italy tapi kalah..

Unknown said...

Jazkallah Al Turkistani,

Atas maklumat yang tepat.Saya tak dapat maklumat tepat kerana tak tengok pun bola perlawanan akhir tu.Dulu waktu bujang dulu ada le minat sikit tapi bila dah kahwin kurang minat nak berjaga mata menonton. Lagi pun benda mata patsegi tu tak ada kat rumah.Anak-anak menonton sebulan sekali bila balik kampong rumah uwan diorang.

Cuma nak tanya satu bleh? Turkistan pernak ke masok perlawanan akhir Piala Dunia? Jawab jangan tak jawab.

Kalau jawapan betol hadiah dia keluar 4 bulan Negara Jauh. Kalau jawapan salah kena denda, khidmat di Tapak Ijtimah sampai selesai Ijtimak. Okay?

sepohonkayu said...

salam, alhamdulillah sy bru balek dari malam markas tadi... ramai yg datar... maklumla ade jord...

Antara intipati bayan... (dalam bahasa urdhu)... apabila saidina Umar ra. masuk Islam... beliau terus di bawa nabi untuk jaulah... di sebelah kiri nabi saidina Hamzah ra. dan di sebelah kanan nabi saw. ialah saidina Umar ra. dan di belakang mereka adalh sahabat2 rahum. mereka mengucapkan subhanallah... walhamdulillah... laailahaa illallah... allahu akbar!!!

Wassalam...

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin