Thursday, May 21, 2009
Evolusi Perbualan
Sewaktu TADIKA ( 5, 6 tahun )
Di satu sudut Taman Permainan di dalam kawasan sekolah TADIKA kelihatan dua kanak-kanak berbual sambil meminum botol minuman Ribena. Kata salah seorang temannya, “ Eh, Abah kita beli keta remort control semalam, poweeeer. Engkau ada ke?” Alaeh ! kita punya helly remort lagi power, boleh terbang. Tinggi dia terbang. Awak ada ke?” Jawab salah seorang dari kanak-kanak itu. Namun ianya disampok balek oleh temannya yang mulut masih penuh dengan air minuman Ribena, setelah menelannya ,katanya “ Nanti le kita minta abah kita beli laaaagi besar nanti boleh le awak datang main sama-sama dengan kita. Kan! Kan! “. Ye lah jawab temannya sambil kedua-duanya berjalan masuk ke kelas.
Sewaktu Sekolah Rendah ( 11,12 tahun )
Di salah satu tempat menunggu bas di hadapan sekolah. Dua orang pelajar sedang menunggu bas sekolah sambil berbual. Kata salah seorang temannya, “ Hei! Petang ni kita main basikal kat taman sebelah nak? Budak-budak kat situ memang pandai wheely bila naik basikal jauh diorang boleh buat”. Jawab temannya ‘”Boleh juga tapi basikal aku rosak sikit, boleh le aku pinjam basikal adek engkau nanti.” “Ye lah nanti aku tanyakan adek aku tapi kau datang le awal sikit” jawab temannya. “Okey, okey, okey nanti aku datang awal “ Jawab temannya tanda setuju. Perbualan mereka habis dengan kedatangan bas sekolah yang datang mengambil pelajar sekolah di situ.
Sewaktu Sekolah Menengah (16, 17 tahun )
Di salah satu tembok pembetong di salah satu Taman Perumahan kelihatan anak-anak muda belasan tahun sekitar tingkatan 4 dan 5 sedang menyanyi dengan salah seorang memetik gitar kapok seolah-olah seperti persediaan akhir Akademik Fantasia atau peringkat final gengstarz lagaknya. Nyayian mereka bertambah bersemangat apabila beberapa orang remaja perempuan lalu di hadapan mereka dengan tersengeh-sengeh. “Woit ! tak ada lagu lain ke? Asyek lagu jiwang-jiwang je, tukar le lagu rock sikit baru le ngam.” Celah salah seorang remaja yang baru sampai untuk join sekali. “Aleh ! suara macam kodok pun ada hati nak nyanyi lagu rock konooon, pirraaaah.” Jawab salah seorang remaja yang ikut menyanyi dari tadi dengan ketawa bedekah-dekah diikuti ketawa temannya yang lain. Gelagat mereka berterusan sehinggalah ke waktu Maghrib.
Sewaktu Di Universiti ( 21, 22 tahun )
Disalah satu sudut di cafeteria di IPTA (universiti ) terkenal di Malaysia kelihatan beberapa orang siswa sedang minum minuman dalam tin sambil mengadap komputer laptop sambil mulut mengunyah burger. “Hei ! semua korang ada dapat email tak tetang sorang siswi lahir anak luar nikah kat Asrama Jati.” Tanya salah seorang dari beberapa orang siswa yang melepak kat situ. “Hei ! kau ni ketinggalan le, cerita tu dah basi dah, kita orang dah lama dapat. Ni email paling panas, nak ke ? nanti aku send kat kau.” Jawab salah seorang dari mereka yang dari tadi asyek menekan butang kat keyboard laptopnya. “Hantarkan kat aku sekali aku pun nak juga. Okey,” mencelah salah sorang lagi siswa sambil ketawa kecil. “ Woi ! kau nak ke? aku lagi banyak dapat email yang panas-panas ni.” Tanya lagi seorang siswa yang rambutnya cacak terkumpul kat tengah kepala dengan stail sikat ala ‘Ultraman’.”Naaakk” bunyi suara ramai yang menyahut meminta.Mereka bersurai setengah jam kemudian.
Sewaktu Alam Pekerjaan ( 31,32 tahun)
Seorang lelaki bergegas keluar dari salah satu bank di Ibu Kota sambil tangan kanannya memegang telephone bimbit model terkini dan tangan kiri memegang kunci kereta yang remortnya terjuntai keluar. “Hooi ! lajunya kau,” sergah seorang lelaki yang lengkap bertali leher.”Eh! mu Mat, pa kabar mu? Le ni mu kak maner? Emm! Mu dah kawin ke belum? Tanya lelaki yang bergegas keluar dari bank tadi sambil menarik tangan temannya ke tepi sedikit kerana ramai yang lalu lalang kat situ. “ Aku tinggal kat Ceras. La ni aku kerja dengan satu company dari U.S, Slumberger , base kat Bukit Bintang. Aku dah ada anak dua. Dua-dua lelaki. Kan aku ada jemput kau waktu kahwin dulu?.” Jawab lelaki yang bertali leher. “Tak perasan le aku tapi aku tak macam mu walau pun bussines aku makin maju,” terang lelaki yang keluar dari bank tadi dengan suara yang agak sedih. “ Apa masaalahnya pulak? Tanya lelaki yang bertali leher. “Aku dah bercerai dengan isteri aku, dah talak tiga. Dia main kayu tiga dengan menager di tempat kerjanya. Sedih betol aku.” Terang lelaki itu dengan suara yang makin sedih.”Habis tu anak-anak kau macam mana? tanya lelaki yang bertali leher. “Semuanya dia ambil, le ni tengah fight kat mahkamah,”terang lelaki yang keluar dari bank. “La ni perempuan memang macam tu. Tah le aku pun tak tahu nak cakap, apa pun kau kena sabar” terang kawannya mententeramkan keadaan. Mereka beredar setelah bertukar-tukar bussines card.
Sewaktu Hampir Pencen ( 48,49 tahun )
Di salah Majlis Perkahwinan di satu kampong di pinggir bandar kelihatan dua orang tetamu bercakap-cakap sambil menjamu selera nasi kenduri. “ Enkau dah berapo okhang menantu? Sei dah nak masuk tigo. Sorang kek Somban sorang la ei kek Kolompo. Yang sulong lak kek Pineng . Lotih sei dengan cucu-cucu, keletah tak dapek sei nak kobar.” Cerita seorang pakcik yang rambut putih dah lebih separuh kepalanya. “Berungtah lah engkau dah ada menantu dan ada cucu. Anak aku pula lelaki yang sulong tu tak nak kahwin lagi. Umur dah 28 katanya nak sambung belajar. Yang perempuan tu pulak banyak sangat memilihnya. Tu hari datang orang Melaka meminang, banyak pula songehnya katanya belum bersedia le, tah apa lagi.Sebelum tu datang juga orang meminang dari Penang, taknak juga katanya hitam le, mamak le, entah macam-macam lagi. Agaknya belun jodoh kot.”terang temannya yang memakai ketayap putih dan sedkit janggut putih di dagunya. Perbualan mereka terhenti dengan bunyi kompang tanda kedatangan pengantin lelaki.
Sewaktu Lepas Pencen (59,60 tahun)
Di tempat menunggu di salah satu hospital swasta kelihatan seorang tua berketayap putih dan bertongkat yang wajahnya agak sedikit pucat dengan kaki yang sedikit bengkak. Beliau ditemani oleh isterinya yang tidak lengkap bertudung sekadar diletaknya di atas kepalanya sambil merungut-rungut kerana lama menunggu. Tiba-tiba keluar dari salah satu bilek seorang lelaki tua sambil duduk di atas kerusi roda ditolak keluar oleh seorang nurse kat situ. Ianya betul-betul lalu di hadapan tempat menunggu, tiba-tiba ianya di tegur.”Assalamualaikum ! tuan haji.” Sambil tersenyum salam yang diberi oleh orang tua yang bertongkat serta bangun dengan sedikit kepayahan bersalam dengan orang tua yang berkerusi roda tadi. “Alalikum salam, apa khabar kamu Deris. Kau tengok le aku ni dah tak boleh berjalan, macam-macam penyakit ada. Lama tak nampak enkau, rasanya dah hampir lima tahun.” tanya orang tua yang berkerusi roda.” Ye la tuan haji dah hampir lima tahun, bukannya apa bebudak tu minta tinggal di rumah mereka kat kolompor sejak dah kena penyakit buah pinggang ni. Senang kata mereka untuk menggurus. Ni pun pulang sekejap je ada urusan tanah.” Terang orang tua yang bertongkat. “Eh ! Mana kawan-kawan kita yang lain, HJ.Din, HJ.Ja’far, Zali, Salleh dan HJ.Rosli,” tanya orang tua yang berkerusi roda. “Tuan Haji tak tahu ke? Hj.Din dah meninggal empat tahun yang lalu, Hj.Ja’far balek kampong kat Linggi dan meninggal di sana. Zali katanya kat Senawang sakit tenat kena strok dah hampir setahun. Salleh dengar cerita balek Kelatan, tak tahu pula ceritanya. Haji Rosli pulak sekarang ni masih kat I.C.U kena lemah jantungi. Saya dapat tahu dari anak saya yang kebetulan sama-sama kerja dengan menantu beliau.” Jelas orang tua yang bertongkat. Perbualan mereka terhenti apabila seorang lelaki tiga pulohan datang menjemput orang tua yang berkerusi roda tadi.
Selepas 7 Tahun Kemudian
Di pagi Hari Raya 2015, di satu kawasan Tanah Perkuburan kelihatan satu keluarga berkumpul anak-anak dan cucu-cucu dengan masing-masing mulut berkumat kamit membaca al-fatihah kepada ahli kubur berkenaan.
(Kesemua mereka telah meninggal dunia)
Targhib
Saudara saudari semua, ini mungkin bentuk perbualan kita. Mahu tidak mahu titek terakhir perbualan kita adalah KEMATIAN yang pastinya akan menunggu kita dan tidak ada sesiapa pun yang akan terlepas darinya. Tiada ada perbualan yang sebaik perbualan melainkan perbualan yang mengajak ke arah keagamaan yang menyeru kepada kebaikan dan yang menjurus kearah perdamaian. Oleh itu perbanyakkan lah perbualan atas dasar agama.
Firman Allah swt :
“Dan siapakah yang lebih baik perkataannya (perbualannya) daripada orang yang meyeru (manusia) kepada Allah dan mengerjakan amalan yang saleh dan berkata ‘sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri (Muslim).” ( Fushilat :33 )
Firmannya lagi :
“Tidak ada kebaikan kepada kebanyakan bisikan (perbualan) kecuali yang menyuruh memberi sedekah atau berbuat kebaikan atau mengadakan satu perdamaian sesama manusia.Dan barang siapa yang berbuat demikian kerana mengharapkan keredaan Allah maka kami akan memberi pahalayang besar.”(An –Nisa’ :114)
P/S : Mohon maaf kerana tulisan yang agak panjang.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
Dakwah > Khuruj > Islah diri adalah tiga takrifan yg berbeza.. Bila kita baca hadis2 nabi, setiap perkataan membawa maksud yg berbeza2.. Istilah ini sangat penting difahami bg memehami pengartian hadis dengan lebih tepat.. Bila tak faham, jd seberoo je mengaitkan hadis dengan keyakinan sendiri..
Begitu juga dengan berbagai terma dan istilah yg digunakan di dalam Al-Quran dan juga As-Sunnah.. Perlu juga kita meneliti dari sudut bahasanya dan juga dari sudut istilah syari'nya.. barulah kefahaman ttg penggunaan perkataan lebih tepat dan mudah memahami isi kandungan Al-Quran dan juga hadis2 nabi..
Saya lihat ramai diantara sahabat yg berdiskusi di sini mempunyai kelemhan ini..Sehingga saya terpaksa mengingatkan dan menjelaskan pengartian istilah2 yg digunakan agar perkataan saya, atau ayat2 Al-Quran dan Hadis tidak disalah tafsir..
Dalam memahai hadis cthnya, kita bukan saja perlu memahami istilah2 yg digunakan bahkan kita perlu tahu apakah konteks hadis dan kondisi penceritaannya. terkadang kita perlu menjama'kan beberapa hadis untuk mendapat kesimpulan yg lebih konkrit. Ianya tidaklah dapat diketahui dan difahami dengan jelas melainkan kita kena bertalaqi kepada ahlinya dan membaca kitab2 syarah ttg hadis tersebut serta duduk di majlis2 ilmu..
Bila belajar al-Quran tidak cukup sekadar itu, belajar pula berbagai kitab tafsir.. bahkan belajar pula kitab2 hadis.. tidak cukup dengan itu kita belajar pula syarahnya agar kita dapat penjelasan dari ulama2 yg telah mengarang kitab2 syarah atau ringkasan hadis yg telah siap dengan penjelasan yg terperinci..
Begitulah serba sedikit tertib2 yg perlu diadaptasi untuk menjadi seorang pelajar yg berjaya..
Wallahu A'lam..
Salam, ustaz..
apa sy nak jelaskan kat org yg mengatakan sedemikian? sy anta jawapan ustaz ttg kuar jalan Allah and nie reply dia..
nie mail sy : nuaz_18@yahoo.com
Mari kita cuba aplikasikan apa yg saya katakan di sini..
cth sahabat kita telah menaqalkan sebuah qaul wali songo:
Quote:
Pada tahun 627M satu rombongan sahabat-sahabat Nabi S.A.W yang diketuai oleh Wahab bin Abi Qabahah dikatakan telah mengunjungi Riau dan menetap selama 5 tahun di sana (sebelum pulang ke Madinah) (dipetik dari kitab 'Wali Songo dengan perkembangan Islam di Nusantara', )
Di sini disebut rombongan sahabat nabi menetap di riau selama 5 tahun.. Kita kena pastikan bagaimana keadaan ronbongan sahabat nabi tersebut..?? Dan apakah tujuan mereka datang ke riau..?? (berdakwah..?? Ya kemungkinan yg besar sekali di samping tujuan yg lain juga spt berniaga atau berdagang).. Bagaimana kondisi mereka.. (berilmu atau org2 awam yg kurang pengetahuan agama) Apabila sahabat di utus untuk berdakwah dalam ertikata dakwah yg sebenar atau yg keluar atas inisiatif yg lain, maka mereka tdk keluar tertakluk kepada waktu tertentu.. Jika memerlukan mereka boleh duduk dalam kadar waktu yg sebentar dan jika memerlukan memerlukan masa yg panjang seperti mana kisah pengislaman kerajaan melayu melaka..
Sila rujuk bagaimana perpisahan muaz bin jabal, kali terakhir ia bertemu dengan rasulullah adalah sebelum ia diutus ke yaman dan beliau diutus untuk terus berada di sana sehingga kewafatan Nabi SAW.. Ketika baginda wafat, muaz masih berada di yaman.. persoalannya, apakah bila nabi mengutus utusan dakwah, nabi mengutus org awam..?? Perkara inilah yg selalu dipandang mudah oleh kebanyakkan karkun apabila keluar menunaikan tanggungjawab berdakwah ke jalan Allah..
Para pedagang arab yg kebanyakkannya berasa dari yaman yg singgah berdagang ke melaka bukan saja menetap untuk kadar waktu tertentu bahkan ada yg terus tinggal di tanah melayu dan berkahwin dengan org2 tempatan semata2 untuk mengembangkan ajaran Islam.. Mereka ini terdiri daripada pedagang arab yg menguasai perbagai keilmuan yg tinggi dan juga mempunyai pengetahuan agama yg mantap setaraf dengan para alim ulama dan bukan org awam yg jahil ttg hukum-hukum hakam seperti kebanyakkan pengikut jemaah ini..
Mereka datang membawa ilmu pengetahuan yg cukup sebagai bekalan dakwah mereka.. Mereka menerangkan agama lengkap dengan kitab2 yg mereka bawa sebagai panduan dan rujukan.. Bukan berdawah ala tablighi yg tidak bertepatan dengan manhaj dakwah ahli ilmu (ulamak)..
Quote:
Ibn Juraij berkata: “Ada seseorang yang menceritakan kepada saya bahawa pada suatu malam ketika Umar radiyalaahu anhu sedang berkeliling (ghast) di sekitar lorong-lorong kota Madinah, tiba-tiba beliau mendengar seorang wanita sedang melantunkan sya’ir:
”Betapa panjang malam ini dan betapa gelap di sekelilingnya, Daku tidak boleh tidur kerana tiada yang tersayang yang boleh ku ajak bercumbu Andai bukan kerana takut berdosa kepada Allah yang tiada sesuatu pun dapat menyamaiNya Sudah pasti ranjang ini di goyang oleh yang lainnya."
Ketika Umar r.a. mendengar sya’irnya itu, maka dia bertanya kepada wanita tersebut, “Apa yang terjadi padamu?” Wanita itu menjawab, “Saya sangat merindukan suami saya yang telah meninggalkan saya selama beberapa bulan.” Umar r.a. betanya, “Apakah kamu bermaksud melakukan hal yang buruk?” Wanita itu menjawab, “Saya berlindung kepada Allah.” Umar r.a. berkata, “Kuasailah dirimu! Sekarang saya akan mengutus orang untuk memanggil suami mu.”
Setelah itu Umar r.a. bertanya kepada anak perempuannya Hafsah r.anha, “Aku akan bertanya padamu mengenai sesuatu masalah yang membingungkan aku, mudah-mudahan kamu boleh memberi jalan keluar untukku. Berapa lama seorang wanita mampu menahan kerinduan ketika berpisah dari suaminya?” Mendengar pertanyaan itu, Hafsah r.anha menundukkan kepala merena merasa malu. Umar r.a. berkata, “ Sesungguhnya Allah tidak pernah merasa malu dalam hal kebaikan.” Hafsah menjawab sambil berisyarat dengan jari tangannya, “Tiga sampai empat bulan.” Kemudian Umar r.a. menulis surat kepada setiap amir (pimpinan) pasukan tentera Islam supaya tidak menahan anggota pasukannya lebih dari 4 bulan.”
(Riwayat Abdur Razzaq dalam kitab Al-Kanz Jilidl VIII, m/s.308).
Ibnu 'Umar (Radiallahu'Anhu) mengatakan bahawa pada suatu malam Umar r.a. keluar (untuk melihat ehwal orangramai), tiba-tiba beliau mendengar seorang wanita sedang bersya’ir:
"Betapa panjang malam ini dan betapa gelap di sekelilingnya Aku tidak boleh tidur kerana tida yang tersayang yang boleh kuajak bercumbu."
Kemudian Umar r.a. bertanya kepada Hafsah r.anha, berapa lama wanita dapat bertahan tidak bertemu dengan suaminya?” Hafsah r.anha menjawab, “Enam atau empat bulan.” Maka Umar r.a. berkata, “Untuk selanjutnya saya tidak akan menahan tentera lebih dari masa itu.”
(Hr. Baihaqi dalam kitabnya jilid IX m/s 29) [seperti yang dipetik dari kitab Hayatus Sahabah, bab Al-Jihad]
Hadis ini menceritakan kepada kita ttg bagaimana tempoh sesuatu utusan jihad perang yg dikeluarkan berperang, 3,4,5 atau 6 bulan.. Kurang atau lebih.. Apabila Umar al=khattab mengetahui keluhan seorang wanita yg ditinggalkan suaminya, maka beliau memutuskan untuk tidak membenarkan sesiapa yg keluar berjihad, keluar tidak lebih 4 bulan..
Utusan yg diutus ke medan jihad tidaklah boleh difahami dengan amalan khuruj seperti apa yg dilakukan oleh jemaah tabligh sekarang.. Kerana mereka dikeluarkan untuk mempertahankan Islam dan mengembangkan dakwah Islam ke negeri2 yg dikuasai oleh kaum kafir musyrikin.. Jihad perang tidak akan dikeluarkan sebelum syarat2 tertentu dipenuhi.. bahkan ia tertakluk kepada ketetapan amir..
Ia adalah sesuai dengan kisah salman al-farisi yg tetap mendakwahkan raja parsi, di mana beliau tetap memberikan beberapa jln keluar (solusi) kepada raja parsi tersebut sebelum mereka berhak diperangi..
Quote:
Dari Abi al-Bakhtari ( menceritakan ) bahawasanya satu pasukan tentera daripada tentera-tentera kaum muslimin yang mana ketua mereka ialah Salman Al-Farisi r.a telah mengepong satu istana daripada istana-istana Parsi, lalu berkata ( anggota pasukan tersebut ) :"Wahai Abu Abdillah ! Kenapa kita tidak bangkit menyerang mereka?" Jawab ( Salman ) : "Biarkan aku mendakwahkan mereka sebagaimana aku telah mendengar Rasulullah saw mendakwah ( satu kaum semasa berlaku satu peperangan )"
Maka Salman r.a pun mendatangi mereka dan berkata kepada mereka:"Sesungguhnya aku ini seorang lelaki Parsi sama seperti kamu, dan kamu boleh melihat bagaimana orang-orang Arab mentaati aku, jika kamu memeluk agama Islam maka bagi kamu sepertimana apa yang sepatutnya bagi kamu, dan tututannya ke atas kamu sama seperti tututan yang dikenakan ke atas kami. Sebaliknya jika kamu enggan ( memeluk agama Islam )dan berkeras atas agama kamu, maka kami biarkan kamu atas agama kamu dan kamu hendaklah membayar "Jizyah"( Cukai kepala ) kepada kami dan kamu di dalam keadaan hina. " Kata periwayat, dia berbicara kepada mereka di dalam bahasa Parsi:"...dan kamu tidaklah di dalam keadaan terpuji, dan jika kamu enggan juga kami akan perangi kamu habis-habisan."
Jawab mereka,"Kami sekali-kali tidak akan membayar "Jizyah" malah kami akan memerangi kamu.". Berkata salah seorang anggota kaum Muslimin," Wahai Abu Abdillah, mengapa kita tidak bangkit sahaja memerangi mereka?" Kata Salman r.a,"Tidak".Sehinggalah beliau mendakwahkam mereka selama tiga hari dengan perkara yang sama seperti hari sebelumnya, akhirnya beliau memerintahkan:"Seranglah mereka sekarang". Kata periwayat,"Lalu kami pun memerangi mereka dan kami berjaya menawan istana tersebut." ( Hadis riwayat At-Tarmizi dan hadis ini bertaraf hasan )
(Bahrul Maazi Jld 11)
Hadis ini juga tidak boleh difahami untuk mengeluarkan umat supaya berkhuruj kerana konteks dan kondisi ini untuk menggambarkan bahawa dakwah dan jihad adalah dua perkara yg berbeza walaupun tujuannya sama.. Dakwah akan senantiasa dilakukan apabila diperlukan manakala jihad hanya akan diputuskan apabila telah terpenuhinya syarat2 sesuatu kerajaan atau kaum boleh diperangi atau sebaliknya..
Jika merujuk kepada hadis2 lain, maka kita dapati utusan dakwah nabi tidaklah dianggotai sebagaimana nabi mengutuskan utusan perang (jihad).. Jd sangat penting untuk difahami konteks dan kondisi sesebuah hadis untuk memutuskan sebarang kesimpulan atau hukum..
Wallahu A'lam..
Post a Comment