Friday, March 20, 2009
POLITIK VS SYURA
Di akhir-akhir ini timbul sesetengah golongan mencela Jemaah Tabligh kerana di dalam Jemaah Tabligh tidak ada Politik. “Tabligh ini bagus tetapi mereka tidak melibatkan diri di dalam politik”, “Tabligh ni sesat kerana tidak ada politik.” Kata-kata seperti ini memang sering kedengaran di masjid ,surau juga di dalam blog dan websites berlebih lagi ketika musim pilihanraya.
Apakah Jemaah Tabligh menolak politik. Kalau politik dimaksudkan kepada mentadbir dengan kaedah Sistem Syura yang didasarkan kepada Sunnah, maka rasanya tidak ada satu pun ‘karkun’ (Pengikut Tabligh) yang menolaknya.Tapi kalau politik itu dimaksudkan kepada Sistem Demokrasi Kepartian, maka mungkin sebahagian yang setuju dan sebahagian yang menolaknya. Sebenarnya jika kita perhatikan dengan teliti, Jemaah Tabligh ini adalah satu usaha yang berjalan bukan dengan kuasa, harta, pangkat, kedudukan wang ringgit maupun sokongan majoriti tetapi satu usaha yang berjalan di atas ‘amalan’ yang mana usaha untuk mengajak semua umat untuk beramal. Sebagaimana di dalam solat berjemaah semua jenis orang akan ikut serta. Ada orang cacat, ada yang sihat, ada yang hitam ada yang putih, ada alim, ada jahil, ada yang kaya ada yang miskin. Maknanya semua gulungan terlibat di dalam solat berjemaah tersebut.Tdak pula solat jemaah tu khusus untuk golongan cacat sahaja, khusus untuk orang kaya sahaja, khusus untuk orang alim sahaja. Bila dinamakan 'amalan' maka semuanya terlibat.
Maka jika sekiranya Jemaah Tabligh ini menjadi badan politik atau parti politik maka sudah tentunya sukar untuk mengumpulkan semua gulongan. Oleh kerana ianya adalah ‘amalan’, maka mudah untuk mengumpul seperti juga amalan haji, yang para jemaah berkumpul di Dataran Arafah.. Jika kita lihat pada parti-parti politik, sesama parti pun bergadoh dan bergolak. Sebab tu dalam Jemaah Tabligh ini tidak ada yuran bulanan, tahunan, perlembagaan, manifesto dan sebagainya. Yang ada hanyalah Usul Dakwah, dan usul dakwah ini adalah hampir sama dipraktikkan di seluruh dunia. Unsul dakwah ini boleh lah diumpamakan seperti ‘kaifiat’ di dalam sesuatu amal.
Selain itu di dalam Jemaah Tabligh mengikut hairaki Sistem Syura. Ianya bermula dari Markaz Utama sehinggalah kepada negara, negeri, kawasan dan sampai kepada marhalah dengan satu kepimpinan tampa berdasarkan semapadan negara atau negeri. Cuma ianya di dalam pentadbiran urusan dakwah bukannya pentadbiran urusan negara. Hanya itu sahaja bezanya.
Selain itu kita dapati bahawa ulama tidak sepakat di dalam mewajibkan penyertaan individu Islam di dalam Sistem Demokrasi Kepartian sebagaimana yang ada di hari ini.. Malah ada ulama mengharamkan Sistem Demokrasi Kepartian ini. Kata mereka Sistem Demokrasi Kepartian yang diamalkan sekarang ini bertentangan dengan Sistem Syura yang ada di dalam Islam. Beberapa ulama terkenal yang menolak sistem ini antaranya Syeikh Fathi Yakan sebagaimana di dalam kitab beliau “ Musykilatud Dakwah Wad Dai’yah” halaman : 132 -135. Juga Syeikh Abu Urwah Al-Lubnani melalui kitab beliau “Al-Abjadiyyat” halaman 101 -103 pada tajuk “Al Mabdaiyah Wal Marhaliyyah Fil A’malil Islami”. Selain itu Syeikh Abul Hassan Ali Nadwi Al Hassani pula menyatakan perkara yang sama di dalam beberapa kitab beliau antaranya “Ilal Islami Min Jadid” halaman 107 dan 161. Beliau ini juga menyatakan Kerajaan Islam (Politik Islam) bukan impian, bukan matlamat dan juga bukan perbualan harian Nabi saw dan Para Sahabat rahum. Perkara yang sama juga dipertegaskan oleh Mufti Washi Mazhar Pakistan di dalam kitab beliau “Al Baas Al Islami” Bil 1 Jld.34 cetakan Lakhnow, India. Beliau menjelaskan secara terperinci ta’rifan politik itu sendiri berdasarkan Sunnah. Beliau juga menyatakan mengundi dan pilihanraya adalah haram. Malah ada sesetengah ulama membezakan antara Syura dan Demokrasi Kepartian seperti berikut:
Perbezaan Antara Syura dan Demokrasi Kepartian
Sebagian orang menganggap bahwa demokrasi adalah wujud praktik Sistem Syura dalam Islam. Ini adalah anggapan yang salah, perbezaan antara keduanya bagaikan timur dan barat. Di antara perbezaannya adalah:
1. Sistem Syura berasal dari Allah dan selalu berlandaskan di atas syariat sedangkan Sistem Demokrasi Kepartian berlandaskan sokongan majoriti walaupun juga disokong oleh orang-orang fasiq bahkan kafir.
2. Sistem Syura dilakukan pada perkara yang belum jelas ketentuannya dalam syariat, dan jika ada ketentuan syariat maka itulah yang ditetapkan. Adapun dalam Sistem Demokrasi Kepartian perkara yang sudah jelas dalam syariat pun dapat diubah jika suara majoritinya menghendakinya berbuat demikian, sehingga dapat menghalalkan yang haram dan sebaliknya.
3. Anggota Majelis Syura adalah kebanyakannya adalah para ulama dan yang memiliki sifat-sifat tertentu. Sedang Anggota Dewan Parlimen / Negeri dalam Sistem Demokrasi Kepartian tidak ada cirri-ciri berkenaan. Ada yang berilmu agama, ada yang jahil, ada yang bijak ada yang tidak, ada yang menginginkan kebaikan rakyat, dan ada yang mementingkan diri sendiri, mereka inilah yang menentukan semua perancangan samaada dalam sudut agama atau pun dunia.
4. Dalam Sistem Syura, kebenaran tidak ditentukan dengan majoriti tapi dengan kesesuaian terhadap sumber hukum syariat. Sedangkan dalam Sistem Demokrasi Kepartian, kebenaran adalah suara majoriti walaupun menentang syariat Allah yang jelas.
5. Sistem Syura adalah salah satu ciri-ciri keimanan, karena dengan Sisitem Syura kita mengamalkan ajaran Islam. Sedangkan Sistem Demokrasi Kepartian adalah wujud kekufuran kepada Allah, karena jika majoriti memutuskan perkara kekufuran maka itulah keputusan yang perlu diikuti dan dituruti semua.
6. Sistem Syura menghargai para ulama, sedangkan Sistem Demokrasi Kepartian menghargai orang-orang kafir.
7. Sistem Syura membezakan antara orang yang shalih dan yang jahat, sedangkan demokrasi menyamakan antara keduanya.
8. Sistem Syura bukan merupakan kewajiban di setiap masa, bahkan hukumnya berbeza bersesuaian dengan keadaan. Sebaliknya Sistem Demokrasi Kepartian merupakan sesuatu yang diwajibkan oleh Barat kepada pengamalnya dengan kewajipan yang melebihi kewajipan shalat lima waktu dan tidak mungkin keluar darinya.
9. Sistem Demokrasi Kepartian jelas menolak Islam dan menuduh bahwa Islam lemah serta tidak mempunyai maslahat, sedangkan Sistem Syura tidak demikian.
( Tanwiruzh Zhulumat, hal. 21-36 dan Fiqih As-Siyasah Asy-Syar'iyyah hal. 61)
Walau bagaimana pun masih ada ulama yang membolehkan Sistem Demokrasi Kepartian ini, antaranya Syeikh Yusof Al Qardawi. Beliau membolehkan kerana ianya mirip kepada keadilan. Keadilan itu sendiri adalah tuntutan di dalam Islam. Perkara yang sama juga dipersetujui oleh Syeikh Yassin Hamas, juga beberapa ulama di Tanah Arab. Selain daripada itu ramai pula yang memberi alasan sebagai darurat. Namun ianya disanggah oleh sesetengah pihak khususnya “Hizbut Tahrir” melalui beberapa siri ‘pamphlet’ yang diedarkan di masjid-masjid.
Bila bertebung ‘khilaf’ (pandangan tidak sekata) antara yang berfahaman wajib perpolitik dan yang mengharamkan politik kepartian, maka bolehlah kita ketogorikan sebagai ‘ijtihad’. Masing-masing akan ada pahala walau pun tersalah di dalam ‘ijtihadnya’. Namun bila dikatakan ‘ijtihad’ maka yang berfahaman wajib berpolitik sepatutnya tidak menyanggah atau mengutuk yang berfahaman haram berpolitik kepartian. Sebagaimana Mazhab Hanafi mengatakan tidak perlu makmun membaca Fatihah dibelakang imam dalam solat berjemaah kerana bacaan imam adalah bacaan makmum. Sedangkan Mazhab Syafie mewajibkan makmum membaca Fatihah. Masing-masing berlapang dada dengan pegangan masing-masing. Tidak pula kutuk mengutuk antara satu sama lain. Ini adalah kerana masing-masing faham bahawa ianya adalah ‘ijtihad’ dan ‘khilaf’.Berlainan ditempat kita malah menjatuhkan hukum sesat dan sebagainya.
Wallahu’alam
Peringatan Untuk Karkun dan yang berkenaan
Walau pun huraian di atas berdasarkan ‘platform’ Jemaah Tabligh namun kita diarahkan dan diminta oleh ‘Elders’ untuk menghormat semua Gerakan Islam, NGO Islam, Parti Islam. Besikaplah lemah lembut dan penghormatan yang tinggi serta akhlaq mulia. Jagalah mulut-mulut kita dari mencaci dan menghina mereka yang berfahaman yang berlainan dengan kita.
Mohon maaf jika tersalah dan tersilap juga kepada teman-teman dari jemaah atau parti Islam sekiranya tulisan di atas menyinggung saudara semua. Teruskan dengan perjuangan yang saudar yakini. Doakan untuk saya yang hina ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
21 comments:
Sistem demokrasi adalah sistem yang bertujuan untuk memecahbelahkan sesuatu bangsa dan agama. It's divide and rules system.
Tapi malangnya 'mereka-mereka' ini banyak yang samada tak nampak atau buat-buat tak nampak. Tapi itlah hakikatnya.
Contohnya bila sistem demokrasi di mulakan di Palestine dengan harapan memberi kebebasan untuk rakyat sana memilih pemimpin telah memecah belahkan umat islam. Akhirnya beberapa tahun yang lalu, parti Fatah dan Hamas telah berbunuh sesama sendiri. Maka itulah perceturan politik barat dengan harapan dapat memecah belahkan bangsa dan agama. Sepertimana yang kita lihat di MAlaysia.
Terima Kasih atas tulisna ustaz.
Bila bertebung ‘khilaf’ (pandangan tidak sekata) antara yang berfahaman wajib perpolitik dan yang mengharamkan politik kepartian, maka bolehlah kita ketogorikan sebagai ‘ijtihad’. Masing-masing akan ada pahala walau pun tersalah di dalam ‘ijtihadnya’. Namun bila dikatakan ‘ijtihad’ maka yang berfahaman wajib berpolitik sepatutnya tidak menyanggah atau mengutuk yang berfahaman haram berpolitik kepartian. Sebagaimana Mazhab Hanafi mengatakan tidak perlu makmun membaca Fatihah dibelakang imam dalam solat berjemaah kerana bacaan imam adalah bacaan makmum. Sedangkan Mazhab Syafie mewajibkan makmum membaca Fatihah. Masing-masing berlapang dada dengan pegangan masing-masing. Tidak pula kutuk mengutuk antara satu sama lain. Ini adalah kerana masing-masing faham bahawa ianya adalah ‘ijtihad’ dan ‘khilaf’.
- Jazakallah Ustaz, lapang dada bila membaca huraian ustaz, semoga Allah menyatukan hati-hati kaum muslimin semuanya.....
- salam saya dari Tunisia.
Bila bertebung ‘khilaf’ (pandangan tidak sekata) antara yang berfahaman wajib perpolitik dan yang mengharamkan politik kepartian, maka bolehlah kita ketogorikan sebagai ‘ijtihad’. Masing-masing akan ada pahala walau pun tersalah di dalam ‘ijtihadnya’. Namun bila dikatakan ‘ijtihad’ maka yang berfahaman wajib berpolitik sepatutnya tidak menyanggah atau mengutuk yang berfahaman haram berpolitik kepartian...
--jazakallah ustaz, sedap benar mmbaca tulisan ustaz. Dlm ijtihad dan khilaf mmg umat Islam perlu berlapang dada. Selain bab politik, ada beberapa isu lain yang turut membabitkan ijtihad dan khilaf ulama. Dan dengan itu seharusnya juga kita perlu berlapang dada dlm isu berkenaan.
Artikel ini membuka mata hati saya. Jazakallah.
Teruskan memperingat dan mengetok akan hati2 yang telah lama keras...
Allah swt tidak akan memberi pertolongan pada manusia yang meminta untuk menjadi pemimpin. Sebaliknya siapa yang dilantik tanpa diminta, dia akan dibantu oleh Pencipta.
Daripada Abu Musa r.a. katanya: Aku dan dua orang lelaki dari kaumku telah masuk kepada Nabi saw. Salah seorang daripada dua lelaki berkenaan berkata: Lantiklah kami menjadi ketua wahai Rasulullah!. Yang seorang lagi juga berkata demikian. Lalu baginda bersabda: “Sesungguhnya kami tidak melantik dalam urusan ini sesiapa yang memintanya atau bercita-cita untuk mendapatkannya“. (Riwayat Bukhari Muslim)
Mana mungkin sistem politik negara ini berada di landasan yang benar sekiranya mereka meminta-minta dipilih menjadi pemimpin? Sangat bertentangan dengan sistem syura, yang telah digariskan oleh Allah swt.
assalamualaikum.alangkah indahnya Islam,syumul meliputi segalanya.cuma kt umat islam suka mengambil sebahagian2,itupun jika bahagian itu ada kepentingan diri.
nak tanya ust sikit,tidakkah ada ulamak2 didunia ini sekarang faham akan cara berpoliti didlm islam,dan kalau faham kenapa tidak dipraktikan.kita lebih suka mengambil apa yang disediakan oleh yahudi(orientalis).bila ada golongan yg tak mahu melibatkan diri dlm sistem sediada yg jelas bertentangan maka dituduh mcm2.doa sy semoga ALLAH swt terus memberi kekuatan kpd ust dlm usaha dakwah ini.harapan sy jgn ada yg emosi bila membaca artikel yg sungguh ilmiah ini.wsslm
Setiap ahli jemaah duk kata jemaah dia benar, betul..ikut al quran dan hadis..jemaah aku ada ulama'... aku ikut ulama'...
Kalau duk debat..sampai bila tak selesai...
masing2 ulama' tlh membuat ijtihad... solat hajat...dan Istikharah je la... nak bersama jemaah mana...!!!
Petunjuk dari NYA adalah TEPAT..dan HAQ...
Jemaah Arab...yang datang tempat ana tahun lepas.. 6 bulan solat hajat..istikharah...
Akhir nya Allah swt mimpikan beliau berjumpa Rasulullah saw.... dalam mimpi tu..Rasulullah saw tunjuk kat Dia.... ikut jemaah ni...
Orang yang Ikhlas...akan di bantu Oleh ALlah swt..
Tak payah gaduh2...la..
ALlah swt duk TILIK kita ni 24 jam... mana yang Ikhlas..perjuangkan AGAMA NYA...mana yang perjuangkan PERUT..PANGKAT..NAMA..KEMASYHURAN......mana yang perjuangkan AGAMA untuk nafsu...dan sbagainya....
Dia Maha Mengetahui.... jgn duk sibuk nak tengok buruk orang... jemaah tu tak betul... jemaah ni sesat....
Berlapang dada..
Wallahu'alam..
Dari Aisyah rha berkata "Ketika kedatangan Rasulullah saw ke Madinah, orang perempuan dan anak-anak mendendangkan : Telah terbit bulan purnama (Rasulullah saw)ke atas kami dari thaniah al-wada'.dan wajiblah ke atas kami bersyukur (kepada Allah di atas kedatangan Nabi saw) selagi masih ada seruan dari da'i yang menyeru kepada Allah." (Imam Baihaqi : Dalail al Nubuwwah : 2/206,507)
Bila dilihat pada hadith di atas maka jelas bahawa kedatangan Nabi saw ke Madinah bukan maksud untuk bina negara tetapi adalah bermaksud untuk meneruskan usaha hidayat kepada manusia iaitu kerja dakwah ilalAllah. Kefahaman, fikrah dan hidayat adalah pemberian Allah swt.
Hari ini ada ustaz yang lepasan Al-Azhar pun boleh ikut ajaran sesat Ayah Pin.Di Indonesia lepasan pondok pesentren pun boleh ikut Kristian dan jadi pendeta lagi. Selama ada langit dan bumi selama itulah kefahaman / fikrah akan berbeza-beza.
Sunnah yang berupa "Surah" keterampilan dan sunnah yang berupa "Serah" gaya hidup, ramai yang boleh ikut malah pengikut ajaran sesat Qadiyani pun berjubah dan berserban besar. Tetapi sunnah "Sareerah" fikir dan kerisauan Nabi saw ini tak ramai yang boleh menyamai Nabi saw.
Ini lah yang membezakan kita semua.
Wallahu'alam
Saya ingat satu petikan kata2 dari Hassan Al-Banna yg lebih kurang bunyinya: "Jika anda mahu membina negara Islam, binalah Islam di dalam diri anda"
Dan saya lihat jika kita mahu mengubah dunia ini (ke arah tauhidkan dan taat pada Allah), kita mulakan dengan mengubah diri kita sendiri ke arah ini. Dan seperti adab masjid, ia adalah sebagai panduan individu, bukan alat pengukur yg diguna ke atas orang lain.
Tapi gerakan yg memperjuangkan politik, ilmu bahkan kefahaman tentang amalan dalam Islam memang sudah ada, jadi kita saling hormat menghormati jelah dan uruskan baik2 setan yg cuba nak pecah belahkan kita semua ni.
Apa yang penting POLITIK kita adalah dgn mengajak org lain kepada KEHEBATAN DAN KEAGUNGAN ALLAH swt, kepada amalan suci murni Nabi Muhammad s.a.w, kepada alam akhirat yang kekal abadi....bukan pada kehebatan diri sendiri, nama dan pangkat...bukan kepada amalan2 Yahudi dan Nasara...dan bukan kepada dunia yang sempit dan sangat-sangat sementara ini....itulah POLITIK kita...bil HIKMAH....semuga Allah swt menerima usaha kita yang tak seberapa ini tetapi dengan harapan yang menggunung..YA ALLAH... Terimalah kami semua....AMINNNN...
Amin.
hidup...
takbir....
re fo ma si....
solat jemaah kat masjid,
3 hari.... sonyap
Maka, sama2lah kita menegakkan syariat dan khilafah demi menegakkan syiar Islam!!
"Siapa saja yang menjadikan selain Islam sebagai Deen (agama dan peraturan hidup), maka tidak akan diterima apapun darinya, dan di akhirat dia termasuk orang yang merugi." [TMQ Ali-Imran 3:85]
Dan tidaklah patut bagi laki-laki yang mukmin dan tidak (pula) bagi perempuan yang mukmin, apabila Allah dan Rasul-Nya telah menetapkan suatu ketetapan, akan ada bagi mereka pilihan (yang lain) tentang urusan mereka. Dan barang siapa mendurhakai Allah dan Rasul-Nya maka sungguhlah dia telah sesat, sesat yang nyata. [TMQ al-Ahzab 33:36]
alhamdulillah ... jazakallah ust ... saya memang rasa amat teruja bila baca post2 yang ust tuliskan... dan ini adalah antara blog ulama' utk saya rujuki. Teruskan menulis. jazakallah ...
jazakumullah khairan, ustaz.
Saya betul2 yakin 200% usaha dakwah dan tabligh ini benar! dan saya 200% bersetuju dgn artikel ustaz ni.. Dulu2 sy jahil sebelum buat usaha dan saya confius dgn kehidupan, sy bermunajat pd setiap malam supaya ditunjukkan pd saya jalan yg paling lurus dan benar.. selalu sy menangis sbb x tahu ape yg patut sy buat, sy berusaha utk libatkan diri dlm politik sbb ramai ustaz2 dlm politik, sy seperti terhalang dan akhirnya sy diajak keluar 3 hari, kemudian 40 hari, dan selang beberape lamenya sy ikut khuruj 4 bulan.. sy bersyukur kerana Allah swt tidak matikan sy ketika sy jahil dahulu.. skrg sy berusaha utk istiqamah dlm usaha dakwah sampai mati.. sebagai tanda syukur pd Allah swt yg telah selamatkan sy..
semoga Allah redha..
PAS pd dasarnya merendahkn Keungulan Islam, Islam bkn Parti, pilihan, bukan perlu sokongan, Pilihan Raya Demokrasi wadah yg disediakan oleh yahudi&nasara... Islam mandatori... tiada pilihn Kedudukn Islam yg syumul bukn utk di pertandingkn... sehinga ada pilihan, islam tiada pilihan! Terima Islam kamu selamat @ bayar jizyah.. agar ruang utk islam tersebar terbuka.. jadi bagaimana cara utk meninggikan Kalimah Allah di mukabumi? sertailah jmh yg menyeru manusia pd Allah.. menyatu padukan ummah....
PAS pd dasarnya merendahkn Keungulan Islam, Islam bkn Parti, pilihan, bukan perlu sokongan, Pilihan Raya Demokrasi wadah yg disediakan oleh yahudi&nasara... Islam mandatori... tiada pilihn Kedudukn Islam yg syumul bukn utk di pertandingkn... sehinga ada pilihan, islam tiada pilihan! Terima Islam kamu selamat @ bayar jizyah.. agar ruang utk islam tersebar terbuka.. jadi bagaimana cara utk meninggikan Kalimah Allah di mukabumi? sertailah jmh yg menyeru manusia pd Allah.. menyatu padukan ummah....
tulisan yang baik kepada dan rakan rakan yang berjuang di medan politik.
tulisan yang baik untuk saya..
Post a Comment