MAKLUMAN :


widgeo.net

Monday, March 2, 2009

Perancang Keluarga / Keluarga Berencana

(Jawapan Kepada Persoalan Saudara Brorey)

Telah ada selaku fatwa dari ulama berkaitan Perancang keluarga. Ulama telah menetapkan bahawa Perancang keluarga ini umumnya adalah HARAM melainkan di atas beberapa perkara. Ini adalah kerana di zaman Nabi saw , sahabat-sahabat hanya melakukan amalan azal bagi maksud menjarangkan anak.

Hadis yang diriwayatkan oleh Jabir ra katanya,”Kami dahulu melakukan azal pada masa Rasulullah saw sedangkan Al Qur’an masih turun.” (HR. Bukhrori)

Jabir ra juga mengatakan,”Kami dahulu melakukan azal pada masa Rasulullah saw lalu hal itu sampai kepada Rasulullah saw dan beliau saw tidak melarangnya.” (Riwayat Muslim )

Jadi berdasarkan hadis di atas, amalan merancang keluarga yang dibenarkan adalah melalui azal sahaja. Namun begitu ulama masih membolehkan merancang keluarga ini di atas beberapa sebab. Antaranya ialah pandangan Syeikh Yusof al Qardhawi.

Syeikh Yusuf al Qaradhawi mengatakan bahwa diantara alasan-alasan yang dibolehkan merancang keluarga adalah seperti berikut:

1. Karana bimbang keselamatan hidup si ibu apabila mengandung atau melahirkan anak setelah dilakukan penelitian atau pemeriksaan oleh dokter yang pakar yang dapat dipercayai, Ini didasarkan kepada firman Allah swt :

وَلاَ تُلْقُواْ بِأَيْدِيكُمْ إِلَى التَّهْلُكَةِ

“Dan janganlah kamu menjatuhkan dirimu sendiri ke dalam kebinasaan.” (QS. Al Baqoroh : 195)

وَلاَ تَقْتُلُواْ أَنفُسَكُمْ إِنَّ اللّهَ كَانَ بِكُمْ رَحِيمًا

“Dan janganlah kamu membunuh dirimu. Sesungguhnya Allah adalah Maha Penyayang kepadamu.” (QS. An Nisaa : 29)

2. Karana bimbang menghadapi kesulitan hidup yang kadang-kadang boleh membawa kepada kesulitan dalam agama, sehingga boleh terjerumus ke lembah yang haram dan terlarang.

يُرِيدُ اللّهُ بِكُمُ الْيُسْرَ وَلاَ يُرِيدُ بِكُمُ الْعُسْرَ
“Allah menghendaki kemudahan bagimu, dan tidak menghendaki kesukaran bagimu.” (QS. Al Baqoroh : 185

مَا يُرِيدُ اللّهُ لِيَجْعَلَ عَلَيْكُم مِّنْ حَرَجٍ

“Allah tidak hendak menyulitkan kamu” (QS. Al Maidah : 6)

3. Bimbang terhadap kesihatan anak-anaknya.

Didalam hal ini bimbang atas kesihatan anak yang di dalam kandungan cacat dan sebagainya. Namun ini hendaklah di buktikan oleh dokter pakar yang dipercayai atau pengalaman kelahiran yang lalu.

4. Khawatir terhadap isteri yang menyusui apabila dia hamil lagi dan melahirkan anak yang baru. (Halal dan Haram hal 224 – 226)

Berdasarkan alasan-alasan di atas, maka merancang keluarga ini di BENARKAN. Namun mengambil jalan takwa adalah terlebih baik. Berkeyakinan bahawa anak yang dilahirkan pasti ada rezeki bagi mereka. Oleh itu kebimbangan kesulitan hidup sepatutnya di abaikan.

Firman Allah swt:

"Dan tidak ada yang merangkak-rangkak di bumi ini (makhluk Allah yang bernyawa) melainkan Allah yang menanggung (memberi) rezekinya." (Surah Hud : 6 )

Firmannya lagi :

“Dan perintahlah keluargamu (umatmu) mengerjakan solatdan hendaklah kamu tekun dan bersabar dalam mengerjakannya. Kami tidak meminta rezeki daripada kamu bahkan kamilah yang memberi rezeki kepada kamu.Dan ingatlah kesudahan yang baik bagiorang-orang yang bertakwa.” (Surah Toha :132)

Wallhua’alam

P/s: Telah dibuktikan banyak kes kanser pangkal rahim serta penyakit-penyakit puan berpunca dari pengambilan pil-pil perancang, maka sebaiknya kaedah azal itu terlebih utama.

6 comments:

azharjaafar said...

Maaf ustaz, azal tu apa?

Unknown said...

Azhar,
'Azal' atau 'inzal' adalah perkataan yang sama.Kekadang di sebut 'azal dan kekadang disebut inzal. Ianya adalah menumpahkan mani di luar faraj ketika 'orgasm'. Amalan ini dibenarkan di zaman Nabi saw.Namun begitu ada ulama mengharuskan dan ada ulama memakruhkan. Malah boleh jatuh kepada haram sekiranya tanpa persetujuan si isteri. Ini juga sebahagian dari pandangan sesetengah ulama.

Wallhualam

Ziarah76 said...

maaf ustaz, saya ikhlas nak tahu apa pulak yg diputuskan oleh majlis fatwa kebangsaan dlm hal ini? terima kasih

Unknown said...

Saya telah melihat di dalam beberapa fatwa Majlis Agama Negeri. Kebanyakan belum di'Up-date'kan lagi. Setahu saya fatwa terdahulu seperti pandangan Yusaof Qardhawi.Majlis Fatwa Kebangsaan rasanya belum lagi memutuskan secara resmi.

Wallahu'alam

zarch said...

Jazakallah Ustaz, banyak ilmu yang saya dapat dari blog Ustaz.
Ditempat saya ni pun, suasananya merisaukan, belum ada madrasa lagi untuk hantar anak-anak, yang ada hanya kelas-kelas pengajian Al Quran dan bahasa Arab dimasjid-masjid, itu pun dihujung minggu. Dan kalau nak hantar, kena tunggu umur 13 keatas, baru boleh hantar keDewsbury, Markaz England. Jadi ramai sathi disini yang risau beranak ramai kerana takut tak terkawal kerana kehidupan disini memang bebas habis.
Kami sekeluarga pun, hanya yakin, dengan usaha agama, taklim harian, Allah yang melindungi.
Doakan agar kami sentiasa tetap dalam usaha ini.

Unknown said...

Saudara Zarzh,

Memang patut pun untuk saudara risau berlebih lagi apabila kes budak umur 13 tahun dah jadi bapa.Ini dah cukup untuk menggambarkan keadaan di sana.

Kami di sini pun belum tentu selamat. Anak yang kat madrasah pun kena selalu ziarah dan bertanyakan ehwal dia pada ustazah dan kekawannya.

Ke mana sahaja kita berada selama kita menjalankan usaha agama, pasti dan pasti Allah swt akan pelihara kita dan keluarga. Ini janji Allah swt.

Kalau kita berjiran dengan Masjdil Haram atau Masjdil Nabawi sekali pun namun kalau kita tidak menjagai usaha nubuwat ini ,kita juga belum tentu selamat.(Na'uzubillah)Terdapat kes beberapa tahun yang lalu 6/7 orang Arab yang ketagih arak, bila tak dapat arak yang sememangnya sukar didapati,mereka mencamporkan minuman mereka dengan alkohol dalam minyak wangi dan akhirnya semuanya mati kerana beracun. Jiran Masjidil Haram lagi di orang tu.

Jadi di mana sahaja kita berada pastikan kita istiqamah menjalankan usaha agama . Insyaallah.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin