MAKLUMAN :


widgeo.net

Tuesday, June 16, 2009

Tariqat


Akhir-akhir ini kita dapati berbagai-bagai tariqat yang di Malaysia ini. Kekadang yang tidak pernah kita dengar muncul, manakala sesetengahnya tidak kurang pula telah disahkan sebagai tariqat sesat oleh pihak yang berwajib. Di Negeri Sembilan ini sememangnya banyak kedengaran amalan tariqat sama ada pekumpulan zikir atau ‘holl’ atau juga amalan yang dilaksanakan di surau tertentu. Malah kekadang sekiranya kita tidak ada sebarang amalan tariqat, akan dipandang remeh atau ‘tak sampai’ oleh sesetengah kumpulan dan individu walau punkita sibuk beramal sedangkan mereka kadang-kadang kita dapati tercicir di dalam amalan. Penulis beberapa kali dijumpai oleh ustaz dan kumpulan tertentu untuk diajak mengambil zikir. Namun buat masa kini belum ada sebarang amalan zikir tersebut walau pun penulis beberapa kali cuba mendapatkan di India ketika keluar beberapa kali di sana namun masih belum lagi berpeluang.

Sesetengah kita kurang arif apa maksud bertariqat dan kekadang lansung tidak tahu tujuan , kaedah dan akhirnya terperangkap dengan tariqat sesat yang sememanganya ada sejak dahulu lagi. Sesetengahnya pula bertariqat semata-mata bermatlamat ingin menjadi waliAllah. Bila bertebung sahaja perkara yang pelek-pelek lansung mengistiharkan ‘ana dah sampai maqam’. Sedangkan lafaz sebelum berzikir ‘Wa redha matlubi’ maknanya matlamat adalah keredaan Allah sebagai mana yang terhasil oleh para sahabat rahum.

Di bawah ini sedikit komentar berkaitan tariqat.

‘Tariqat’ pada sudut bahasa mempunyai beberapa makna, antaranya adalah jalan, cara, kaedah, kedudukan, keyakinan dan agama.

Di dalam Al-Quran pun lafaz ‘Tariqat’ disebut sebanyak sembilan kali di dalam lima surah yang berbeza-beza dengan makna yang berbeza-beza pula. Di antaranya seperti di dlam surah An-Nisa’ ayat 168 yang bermakna ‘Jalan’.

“Sesungguhnya oarng-orang yang kafir dan melakukan kezaliman, Allah sekali-kali tidak akan mengampuni (dosa) mereka dan tidak pula akan menunjukan ‘jalan’ kepada mereka”

Manakala di dalam Surah Thoha ayat 63 lafaz ‘Tariqat’ bermakna ‘Kedudukan’

“Mereka berkata, ‘Sesungguhnya dua orang ini benar-benar ahli-ahli sihir yang mengusir kamu dari negeri kamu dengan sihirnya dan hendak melenyapkan kedudukan kamu yang mulia.”

Manakala di dalam surah Jin ayat 16 lafaz ‘Tariqat’ bermakna ‘agama Islam.’

“Dan bahawasanya jikalau mereka tetap berjalan lurus di atas jalan itu (agama Islam) benar-benar kami akan memberi minum kepada mereka air yang segar (rezeki yang banyak).”

Adapau tariqat pada istilah ialah suatu cara untuk membersihkan hati atau ‘tazkiatunnufus’ dengan bimbingan ulama-ulama yang memdapat ijazah dalam perkara ini secara musalsal(bersanad) dan bersambung sampai kepada Rasulullah saw.
Sedangkan ahli-ahli sufi sendiri mengistilahkan ‘Tariqat’ sebagai jalan kepada Allah swt dengan mengamalkan ilmu Tauhid, Fekah, dan Tasawwuf. Selain itu ada pula yang mengistilahkan ‘Tariqat’ sebagai satu cara atau ‘kaifiyah’ mengerjakan sesuatu amalan bagi mencapai sesuatu tujuan.

Berdasarka beberapa ta’rifan di atas, jelaslah bahawa ‘Tariqat’ adalah suatu jalan atau cara untuk mendekatkan diri kepada Allah swt dengan mengamalkan ilmu Tauhid, Fikah dan Tasawwuf.


Ada pun pebezaan nama ‘Tariqat’ itu sendiri disebabkan beberapa faktor:-

a ) Berlainan nama orang yang mengajar.

b ) Wirid yang datang dari Rasulullah saw yang di amalkan juga berbeza.

Sedangkan sumber dari amalan mereka adalah dari sumber yang satu iaitu ‘Tariqat Nabi saw’. Ini adalah kerana Tariqat Nabi saw yang diikuti oleh para sahabat r.ahum dan para ulama syara’ dan tasawwuf adalah mengamalkan keselurohan hukum hakam yang dibawa oleh Nabi saw. Ianya meliputi hukum wajib, sunnat, makruh , haram dan mubah.

Di dalam praktiknya kewajipan yang pertama kali yang harus dilaksanakan adalah mengetahui i-tikad terhadap Allah sawt dan rasulnya saw sebagaimana yang diterangkan didalam ilmu tauhid. Selepas itu hendaklah mengetahui peraturan amalan yang berhubung dengan ibadah sebagaimana yang telah di terangkan di dalam ilmu fikah.
Selanjutnya mempelajari ilmu untuk membersihkan hati sebagaimana yang di terangkan melalui ilmu tasawwuf. Sehingga dapat diambil kesimpulan bahawa orang yang di katakan telah mengamalkan Tariqat Nabisaw, Tariqat para sahabat rahum, para ulama dan para wali adalah orang yang mahu mengamalkan ketiga-tiga ilmu tersebut.

Pada awal permulaan Islam hanya terdapat dua macam ‘Tariqat’, ia itu:-

a ) Tariqat Nabawiyyah iaitu amalan yang berlaku dimasa Rasulullah saw yang dilaksanakan secara murni. Dinamakan juga sebagai ‘Tariqat Muhammadiyyah’ atau syariat.

b ) Tariqat Salafiyyah iaitu car beramal dan beribadah di masa sahabat dab tabi’in dengan maksud memelihara dan membina syari’at Rasulullah saw. Ianya juga dikenali sebagai ‘Tariqat Salafussaleh’
.
Namun pada perkembangan yang terakhir ini sebagaimana yang terjadi pada kelompok-kelompak yang lain, di dalam Tariqat ini ada dua gulongan :-

a ) ‘Mu’tabarah’, iaitu gulongan yang silsilahnya ‘muttasil’ atau bersambung sampai kepada Nabi saw dan amalannya bersesuaian dengan Al-Quran dan Hadith Nabi saw.

b ) ‘Ghairu Mu’tabarah’, iaitu gulongan yang sanadnya terputus dan amalanya menyeleweng dai Al-Quran dan Hadith Nabi saw.

(Sumber dari Majalah Al Madinah Suara Santri Pesentren Al-Fatah Temboro )
Wallahu’alam

4 comments:

Ambo said...

Zikir 300 pagi, 300 petang pun hancus...huhuhu..:-(

Irwan said...

Salam Ustaz,
Benarkah kita mesti bertarikat?
Benarkah tabligh juga sejenis tarikat? Adakah fardhu ain utk kita mempelajari ilmu tasawuf?

zarch said...

Assalamualaikum, bila diperhatikan, ada dua makna hari ini pada Salafiyah, satu sebagaimana Ustaz jelaskan iaitu salaf-soleh kurun pertama manakala satu lagi dikenali juga dengan nama Salafi (Wahabi) yang mirip seperti bermahzab Ibnu Taimiyah dan pengikut pegangan keras Muhamad A. Wahab (walaupun dinafikan tetapi fatwa yang dipakai mereka jelas menyatakannya mereka bermahzab begitu)

Biarpun mereka menentang bertaqlid pada satu imam-imam mahzab tetapi jelas mereka sendiri bertaqlid pada hanya Imam-imam mereka seperti Syeikh Bin Baz, Syeikh Al Bany dll yang mana banyak diantara syeikh-syeikh mereka ini mengharamkan tabligh. (lihat fatwa syeikh Rahbi dan kata-katanya: Khuruj (keluar) di jalan Allah, bukanlah khuruj yang mereka (Tabligh)maksudkan sekarang. Khuruj (keluar) di jalan Allah adalah keluar untuk jihad/berperang. Adapun apa yang mereka (Tabligh)namakan dengan khuruj itu, sesungguhnya ini adalah bid’ah yang tidak pernah datang dari salaf.)

Dan dalam fatwa syekh Al banny, hatta berkumpul membaca Quran pun hanya herana belajar, manakala berkumpul membaca Quran kerana mengingati Allah adalah tidak dibenarkan.

Begitu banyak lagi antara perbezaannya, namun doa hanyalah agar Wahabi-Salafi memahami kebenaran usaha dakwah ini, bukan mencerca lagi menganggap hanya mereka sahaja yang benar manakala semua pihak lain salah, bidaah hatta keperingkat kufur kerana tidak mengikut pegangan/pandangan mereka.

Unknown said...

Irwan, Kalau tariqat pada maksud amalan Nabi yang maktubah maka ianya adalah wajib. Namun jika Tariqat pada maksud "zikir khusus'ianya menjadi Khilaf Ulama.

Kalau makna tariqat 'Jalan Nabi', maka Tabligh adalah tar iqat namunianya 'tariqat dakwah'.

Ya. Memepelajari ilmu tasawuf adalah fardhu ain. Tetapi bukanlah tasawuf sebagaimana anggapan gulongan tertentu. Ianya seperti yang terdapat di dalam 'Ihya Ulumuddin'.

Wallahu'alam

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin