MAKLUMAN :


widgeo.net

Friday, March 13, 2009

Ijmak Para Ulamak beramal dengan hadis Dhoif:


Tidak cedera Ijmak disebabkan terdapat pertentangan dan pendapat yang pelik (Syaz) Tidak terdapat seorang pun dikalangan para Ulamak yang menentang Ijmak pada Keharusan beramal dengan hadis-hadis yang Dhoif pada soal Fadhoil Amal melainkan Al-Qadi Abu Bakar bin Al-Arabi. Yang demikian itu telah menyebut oleh guru kami didalam risalahnya, perkataan yang berbunyi,:
له وجوه يرد عليه منها , ويحمل كلامه عليها … ويكفى انه انفرد بهذا القول لئلا يحتج به
((Beliau (Qadhi al-Arabi) mempunyai pendapat-pendapat yang dibangkang dan (diihtimalkan) ditujukan maksud beliau kepada…. Memadalah bahawa bersendirian beliau dengan perkataan itu dan tidak boleh dipegang sebagai hujjah.))

Adapun perbuatan sebahagian penulis kini yang suka mengubah-ubah fakta, cuba menisbahkan pendapat tersebut (iaitu tidak boleh sekali-kali beramal dengan hadis Dhoif sekalipun pada Fadhoil Amal) kepada Imam al-Bukhari dan Imam Muslim sebenarnya adalah merupakan perkara yang sangat ajeeb (menghairankan).

Kenapa begitu, jawabnya kerana Imam Al-Bukhari telah menulis di dalam kitabnya Al-Adabul Mufrod dan di dalam kitab Tarikh yang mana beliau tidak mensyaratkan periwayatan-periwayatan hadis dengan meninggalkan hadis-hadis yang Dhoif. Maka di dalam kedua kitab tersebut, beliau telah menisbahkan riwayat-riwayat tersebut kepada diri beliau sendiri, tidak lain tidak bukan tujuannya supaya bersungguh-sungguh manusia beramal dengan hadis-hadis tersebut walaupun terdapat hadis-hadis yang Dhoif.

Kemudian Imam al-Bukhari R.A telah menyebut hadis hadis yang tidak menurut syarat-syarat beliau dalam kitab Jami’ nya, iaitu kitab Jami’ Sohih dan sebahagian daripada hadis hadis tersebut sekalipun di dalam Jami’ Sohih, karangan beliau terdapat hadis-hadis yang Dhoif, Ini terdapat di dalam ta’lik atau tarjamah beliau. Berlakunya perkara yang demikian menunjukkan, bahawa beliau sebenarnya beramal juga dengan hadis-hadis yang Dhoif, Adapun sebab beliau tidak menyebut di dalam Asal Kitab Sohihnya itu kerana bertentangan dengan syarat syarat beliau, yang mana beliau hanya akan meriwayatkan hadis-hadis didalam Kitab Jami’ nya itu tidak lain melainkan hadis-hadis yang Sohih sahaja.

Adapun Imam Muslim, maka sesungguhnya Imam Nawawi yang telah mensyarahkan kitab beliau, telah menghikayatkan Ijmak atas Keharusan, beramal dengan hadis hadis yang Dhoif pada Fadhailul amal, Padahal Imam Nawawi lebih mengetahui, berkenaan Imam Muslim, dan berkenaan Kitab Sohih Imam Muslim, berbeza jauh apabila dibandingkan dengan mereka yang membantah.

Adapun perkataan, sekumpulan daripada golongan orang yang menisbahkan diri mereka, sebagai golongan Salafi pada zaman kita ini, maka tidaklah akan cedera pula Ijmak lantaran kurang faham mereka itu dan lantaran disebabkan mereka membantahinya pada perkara yang telah diamalkan (iaitu beramal dengan hadis-hadis Dhoif).

Selain daripada itu, sebenarnya kebanyakan mereka yang mendakwa sebagai Salafi itu, bukanlah Ahli di medan Ilmu Ini.

(Petikan Dari Salafitobat)

1 comment:

Irwan said...

Orang yg nak ghairah beramal, kita umpamakan seperti seorang ibu yg menghadapi anak yg sakit. Si ibu akan buat apa saja untuk memulihkan si anak. Bila terdengar aje tips camana nak pulihkan anak, si ibu takkan mempersoalkan dahulu relevannya tips itu dengan kesakitan anak, tapi terus saja mengikut tips tersebut. Umpama letak minyak cap kapak kat gigi yg sakit, atau sapu minyak gamat pada kaki yg seliuh. Ibu akan buat apa saja, biarlah walau setakat dapat mengurangkan kesakitan si anak.
Umpama juga tohmahan "beramal tanpa ilmu". Walau si pengamal tak tahu sepenuhnya ilmu berkaitan sesuatu amalan, dgn istiqomah dan ikhlas, kelamaan Allah akan "menegur" si pengamal tentang amalannya(melalui ustaz atau kawan2 yg berilmu).
Pengetahuan yg kita dapat, hakikatnya dtg dari Allah, Allah lah yg temukan kita dgn hadis2 dhoif tentang amalan2. Soallah diri sendiri "kenapa?".
Sekiranya kita amal juga, ikhlas mengharapkan perhatian Nya, Insya Allah, Allah akan beri kita ilmu tentang amalan tersebut atau sampaikan hajat kita melalui amalan tersebut, atau tambahkan amalan yg lain pula.
Ini pendapat dan pengamatan persendirian saja. Maha Suci Allah dari apa yg saya katakan tentang pentadbiran Nya amat yang Hebat lagi sempurna

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin