MAKLUMAN :


widgeo.net

Monday, April 19, 2010

Mazhab Az-Zahiri : Imam Daud bin Ali Al-Asfahani Az-Zahiri


Bila kita membaca beberapa kitab kuning seperti Matla’al Badrin, Muniatul Musholli, Sabilal Muhtaden, Bahrul Maazi dan lain-lain, kita pasti akan terjumpa penulis kitab berkenaan akan merujuk juga dengan pandangan mazhab yang telah pupus seperti pandangan Az-Zahiri, Al-Laits, Ishak, As-Sauri dan lain-lain. Kemunculan mazhab-mazhab ini bermula pada awal kurun yang kedua hingga ke kurun yang keempat hijrah.
Miski pun mazhab ini telah pupus namun sesetengah pandangan mereka masih dirujuk oleh ulama kemudian dari mereka.

Di bawah ini adalah sedikit sejarah ringkas Mazhab Az-Zahiri :

Imam Daub bin Al-Asfahani Az-Zahiri adalah pemimpin bagi gulongan Mazhab Az- Zahiri. Beliau yang bertanggungjawab meletakan asas kepada mazhab ini dan telah dikembangkan oleh Abu Muhammad Ali bin Said bin Hazam Al-Andalusi .

Imam Daud dialhirkan dikufah pada tahun 202 H dan meninggal dunia pada tahun 270 H di Baghdad. Beliau adalah di antara hufaz hadis iaitu gulongan yang sampai ke mertabat Al-Hafiz di dalam bidang hadis.

Disamping itu, beliau juga adalah mujtahid dalam bidang fiqh dan mempunyai mazhab tersendiri selepas beliau mempalajari Mazhab Syafie ketika di Baghdad.

Asas Mazhab Az-Zahiri ialah beramal dengan zahir A-Quran dan Sunnah selama mana tidak ada dalil yang menunjukkan bahawa ia mempunyai makna yang tersirat disebalik zahir ayat Al-Quran atau Sunnah. Beliau juga berpegang kepada Ijmak Ulama dan turut menerima Ijmak Para Sahabat.

Manakala berhubung dengan Qias, Rakyu dan Istihsan, dhari’ dan hukum yang dilahirkan berdasarkan pendalilan dengan menggunakan ijtihad adalah ditolak dan tidak diambil kira dalam menentukan sebarang hukum. Mazhab Az-Zahiri ini juga menolak sebarang Taqlid.

Sebagai contoh di dalam masaalah fiqh, pendapat Az-Zahiri mengharamkan untuk minum daripada bejana yang dibuat dari emas dan perak. Ini hanyalah khusus untuk tujuan menggunakan emas dan perak untuk minum.

Mengenai hukum riba pula, mereka hanya mengharamkan enam jenis riba yang disebut di dalam hadis.

Dalam masaalah suami isteri, Mazhab Az-Zahiri berpendapat bahawa isteri yang kaya perlu menanggung perbelanjaan suaminya yang susah. Pendapat Mazhab ini adalah sama dengan pendapat Abu Thawr, seorang pengasas Mazhab Fiqh yang telah pupus.

Mazhab Az-Zahiri ini berkembang luas di Andalusia pad kurun yang kelima dan kemudianya merosot dan pupus pada kurun yang kelapan hijrah.

(Petikan dengan sedikit olahan dari Majalah Al-Islam Bil. 4/2005)

2 comments:

Ismi Ijmi said...

Wallahua'lam. ada seorang ustaz cakap ada mazhab2 yang dah pupus kerana mungkin dalam ijtihad tersebut yang tak maqbul di sisi Allah. Mungkin ada hikmahnya

مسافر اسلام said...

Salam Ustaz...alhamdullah..banyak yang kita perolehi dan pelajari...ada yang tidak tahu tentang Mazhab yang telah pupus pada abad ke-2 hingga ke-4.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin