Hadis Rasulullah saw:
Dari Ayyub bin Musa Rah dari bapanya dari datoknya r.a ,
Sesungguhnya Rasulullah saw telah bersabda, “ Tidaklah ada suatu pemberian dari
seorang bapa untuk anaknya terlebih utama dari mendidik dengan akhlak yang
baik/mulia.” ( H/R : Tarmizi )
Dari Abu Saied dan Ibn Abbas r.ahum telah berkata, telah
bersabda Rasulullah saw, “Mana-mana ibubapa yang dikurniakan anak maka hendaklah
memberi nama anaknya dengan nama yang
baik dan mendidik dengan didikkan yang baik. Maka apabila mereka telah dewasa
hendaklah kahwinkan mereka. Jika tidak berbuat demikian sedangkan anak-anak
terlibat dengan dosa /zina. Maka dosa/zina itu terpikul kepada bapanya
(ibubapanya). (H/R : Baihaqi)
Dari Hadis di atas menunjukkan kepada kita bahawa
kepandaian sahaja bukan suatu tiket kejayaan jika tidak ada akhlak dan
pendidikan kerohanian kepada anak-anak. Sebab itulah di dalam Islam tidak ditekankan
kepandaian semata jika tidak diiringi dengan akhlak yang mulia. Islam adalah agama
terbaik dan pendidikan kerohanian sebagaimana yang dikehendakki oleh Islam
itulah yang terbaik sepanjang zaman sehingga Hari Kiamat.
Firman Allah dan sabdaan Nabi saw tidak pernah tipu dan
menipu kita. Malah selama ini kitalah yang menipu diri kita sendiri. Umumnya
setiap manusia tidak mahu menjadi jahat. Seorang pencuri pun tidak mahu anaknya
menjadi pencuri. Itu naluri semulajadi manusia. Namun realitinya manusia tidak
mungkin boleh menjadi baik tanpa saluran keagamaan. Ini adalah kerana kita
semua ciptaan tuhan dan semua ciptaannya perlu tunduk dengan kehendak dan peraturan
tuhan. Jika tidak, status sebagai “Asyraful Makhluqat” dan “Ahsatu taqwim”
tidak layak bagi kita.
Jadi mendidik anak tidaklah semata pandai dan cerdik sahaja.
Jika inilah matlamat kita maka lihat mereka-mereka yang terlibat dengan
penipuan kelas atasan. Kes-kes rasuah bilion dan jutaan ringgit, konspirasi
politik di setiap Negara. Perancangan dan pembunuhan serta ujudnya perang dan
pembuhunan beramai-ramai. Ianya bukan dihasilkan oleh mereka yang bodoh. Malah
kesemua mereka-mereka adalah terdiri dari gulongan yang cukup cerdik dan pandai
di dalam masyarakat dan bangsa mereka. Malah sesetengah mereka bergelar ahli
fikir dan cendikiawan. Namun lihatlah apa yang terhasil dari tangan-tangan
mereka ini.
Mendidik anak bukanlah hanya pada ketika mereka kecil, malah
ianya dikehendaki sehinggalah mereka dewasa dan telah berkahwin. Kisah Ibrahim
a.s mengarahkan anaknya Ismail a.s
menukarkan alang pintu rumahnya menunjukkan bahawa peranan mendidik tidak
terbatas sewaktu kecil sahaja, ianya mencangkupi waktu dewasa. Cuma kaedahnya sahaja yang berbeza.
Lihat pula kepada kisah keluarga Imran di dalam Surah Al-Imran.
Bagaimana peranan ibu kepada Mariam a.s
(Hannah) mendidik anak perempuannya, miski pun pada ketika itu kematian
suami. Lihat pula peranan bapa mendidik anak lelakinya yang terdapat pada Surah
Luqman. Bagaimana peranan bapa mendidik anak lelakinya. Semuanya telah
ditujukajarkan kepada kita oleh Allah swt.
Khulasahnya jika hanya pandai semata tanpa di isi dengan akhlak yang mulia dan kerohanian maka HAKIKATNYA adalah GAGAL.
Wallahualam.
Khulasahnya jika hanya pandai semata tanpa di isi dengan akhlak yang mulia dan kerohanian maka HAKIKATNYA adalah GAGAL.
Wallahualam.
16 comments:
Itulah pentingnya usaha atas Iman dan Yakin. Selagi kita blum sampai ke garisan penamat *mati* selagi itu iman dlm keadaan tdk selamat. Iman antara harap dan takut. Moga Allah kekalkan kita dlm Iman sampai mati. Allahu Akbar
Terkejut juga saya terbaca kisah Amalina pada mulanya. Allahuakbar.
Pendidikan yg ditekankan:
3 tahun di tadika, 6 tahun sekolah rendah,& 5 tahun di sekolah menengah - Selama 14 tahun tarbiyahnya ialah 'bangun2, pi sekolah' bukan 'bangun2 solat subuh'. Hasilnya cemerlang dlm akademik tapi gagal dalam cara hidup (agama). Tiada pemisah antara Agama dan Cara Hidup. Apabila pendidikan Agama diabaikan maka tunggulah kemusnahannya.
SLM.. SDKIT PMBETULAN..SUFIAH YUSOF TDK LG MLCUR..DIA TLH BKRJA SBG SOSIAL WORKER..DOAKN SMGA DIA TLH BTAUBT, N MJLNI HDP YG D REDHOI.. http://en.wikipedia.org/wiki/Sufiah_Yusof
ada sebuah filem berkenaan dengan proses pembelajaran,3 Idiots lakonan Amir Khan. Apa yang menjadi pokok cerita adalah belajar 'kemahiran' dunia pun perlu kepada matlamat yang sejati iaitu belajar untuk mewujudkan sifat ingin tahu,meneroka, dan mengadaptasinya tanpa 'terkinja-kinja' mengharapkan pengiktirafan/sijil/lln. Itu yang menyebabkan 'mereka' mula menunjukkan nilai pemberontakkan dalam jiwa terpendam setelah 'ditekan-tekan' selama ini. Tidak kira mempelajari,sekolah,universiti,keluarga,berkaitan ilmu agama bukan jaminan tetapi menghayatinya sehingga meresap keseluruh hidup,jasad(seperti sahabat r.ahu),dan bergerak di muka bumi Allah SWT sebagai hamba yang bersyukur. Wallahuaqlam..
Sofya Myra,
Jazakillah atas info terkini saudari.
Semoga Allah swt menerima taubatnya Dan memberi hidayat kepada yang lain juga kepada kita semua.
saya dulu ada member spt golongan pandai n terbaik dlm apa2 jua perkara ni, dia belajar di liverpool. tapi suatu ketika telah hanyut sebentar. lebih dasyhat lagi pada tahun akhir pelajarannya, dia telah disihir oleh org2 nasrani di sana. akibatnya dia telah berubah seperti org2 di dlm artikel ust.
tapi Allah sayangkan dia. ibubapanya yg susah hati telah berjumpa dgn seorg ust hafiz, yg juga terlibat aktif dlm usaha dakwah. setelah kawan saya ini berjaya dibawa balik ke msia, kawan saya ini telah dibawa jumpa dgn ust ini dan berjaya dirawat n dibuang sihir pada dirinya.
di pendekkan cerita asbab ikram yg tinggi n dgn doa yg benar2 tawajuh, kawan saya ini baru je habis ipb bulan mei tahun lepas. sekarang hidupannya berubah daripada hanyut dgn maksiat n kemasyuran, kpd org yg taat dlm beramal.
mereka2 yg cerdik pandai terpilih ke situ sebenarnya, telah menjadi sasaran pihak tertentu dgn matlamat yg tertentu. bagi yg beragama islam, matlamat yg tak lain n tak bukan, merosakkan mereka2 ini dgn perantaraan jebakkan mereka2 ini dgn kehidupan dunia n maksiat. pihak2 jahat tertentu di sana mahu rosakkan org islam kita yg pandai ini, dgn kehancuran akhlak. bila akhlak hancur, maka keturunan nya juga akan hancur, melainkan sempat bertaubat. agen2 dajal tak pernah terlepas pandang terhadap pelajar2 msia yg di sana dgn rancangan jahat mereka..
saya tahu pasal benda2 mcm ni, pasal saya pun pernah juga didekati, bertemu n diuji dgn pihak2 tertentu ini, pasal saya pun dulu belajar kat uk.
asbab Allah lindungi saya ini, pasal dlm kelas saya dulu ada 2 karkun, sorg dari cheetam hill n sorang lagi anak fikirman dpd bolton. anak fikirman bolton ini yg banyak ikram saya.. beliau banyak bagi fikir agama kpd saya, n asbabnya Allah pelihara saya dlm jalani kehidupan, dgn banyak berfikir waras atas setiap keputusan hidupan saya disana..
Assalamualikum wbt..Doakan saya Tuan2 puan2 yg mulia agar beroleh Taufik mdidik anak menuju keredhaan Allah Swt...
jelaslah kini beza ilmu dan maklumat..org berilmu ada syarat..kata maulana Hamid dlm penutupan sahih Bukhari org yg berilmu ada dua syarat amalannya bertepatan dgn ilmunya, 2. ada rasa khauf (takut) kpd Allah swt dlm hatinya..ya Allah selamatknlah anak2 kami..selamatkn umat Nabi saw..rupa2nya ada agenda yg dirancang kpd anak2 Islam agar mereka lalai lupa kpd kecerdikan mereka yg semestinya digunakan utk menegakkan kalimah Lailahaillah..kita doa kita usahakn iman utk kita anak2 kita dn saudara2 kita yg lain..moga2 Allah swt kesian kpd kita semua..
SLM TUAN..
AMALINA DH XJD HAL, CZ KHDUPAN SBNRNYA PUN XJAUH BZA SBLUM DIA KE LUAR NGRI..MKSUD SY, DR SGI AURAT N PAKAIANNYA..MMG DIA TDK MNUTUP AURAT PUN SBLM NI, BTDG HNYA KTKA D SEKOLAH CZ PERATURAN WJIB BTDG..BKN IKHLS KRNA ALLAH..SUBHANALLAH..CKP ANAX ORG, SDG ANAX SNDRI?HUHUHU..MHON DOAKN ANAX2 SY TUAN.. :(
ustaz mintak tolong buang artikel yang bertajuk: "Permata yang hancur berkecai ini". Ini sebabnya kite telah buka aib saudara seislam kita, kita seharusnya memberi harapan kpd mereka, jikalau mereka terlihat gambar mereka dan kisah mereka disini mungkin mereka berkata "sudah tidak ade harapan utk ku"... saya mengikuti dan menyukai artikel ustaz, tapi sy dengan rendah diri merayu agar ustaz mempertimbangkannya.. kite kene sayang pd mereka dan umat...
mereka2 ini memang sudah diambang kehancuran sekarang, tetapi mereka belum lagi berkecai, minggu lepas bayan maghrib, masjid seri petaling oleh ustaz amir hamzah (14/1/2012) mengenai seorang wanita yg telah berzina dan dia mengaku di hadapan nabi s.a.w, dipendekkan cerita, kerana kuatnya taubatnya dan ketakwaannya selepas bertaubat,maka dia tetap mahu dihukum, akhirnya dia telah direjam. ketika khalid alwalid r.a merejam wanita itu, darah terpercik kpdnya,dan khalid r.a berkata, semoga kamu dilaknat!! nabi s.a.w tak suka perkataan khalid r.a dan terus tegur, "wahai Khalid! jgn ckp begitu! wanita ini telah bertaubat dan kalaulah taubat ini dibahagi-bahagikan kpd seluruh penduduk madinah, nescaya taubat penduduk2 madinah ini akan diterima.. Allahuakbar!! kita doakan semua muslimin muslimat termasuk mereka2 (amalina, sufiyah, etc) ini agar dpt petunjuk utk bertaubat..
setiap blogger2 karkun kene elakkan bercerita tentang keburukan-keburukan individu.. hadrat Umar r.a pernah berkata, lebih kurang maksudnya, 'utk menghapuskan atau menghilangkan keburukan drp tersebar, maka jangan bercakap mengenai keburukan tersebut'.. kalaulah.. kalaulah sufiya atau amalina, atau mereka yg diatas ni adik kandung kita atau saudara mara kita sendiri, adekah kite suka kisah dan gambar buruk mereka dipampang di internet? sekarang.. yg pasti mereka ini adalah adik atau saudara seislam saya.. wallahua'alam... maafkan sy ustaz..
Ahmad,
Jazakallah atas nasihat yang baik.
Ahmad,
Jazakallah atas nasihat yang baik.
semoga Allah swt merahmati ustaz dan usaha2 yg telah dilakukan...
Post a Comment