MAKLUMAN :


widgeo.net

Tuesday, March 10, 2009

Badruna Habibuna.


Setelah kewafatan Rasulullah saw, Saidina Umar ra mengungkapkan kata-kata:

“Ya Rasulullah ibu bapaku aku korbankan untuk mu, pohon kurma yang engkau jadikan tempat bersandar ketika berkhutbah mulai menangis bila berpisah denganmu, ianya berhenti menangis ketika engkau meletakan tanganmu yang penuh dengan berkah di atasnya. Ya Rasulullah, umatmu lebih layak untuk menangis ketika berpisah denganmu daripada pohon kurma yang tidak bernyawa.”

“Ya Rasulullah, ibu bapaku ku korbankan untukmu, engkau amatlah mulia di sisi Allah dan Dia berfirman : “Barang siapa taat kepada Rasulullah, maka dia telah mentaati Allah.” (An-Nisa’ :80)

“Ya Rasulullah, ibu bapaku aku korbankan untukmu, keutamaan engkau sangatlah tinggi di sisi Allah, sehingga Dia memberimu pengampunan sebelum engkau memohon keampunan. Dia berfirman “ Semoga Allah memaafkan. Mengapa kamu memberi izin kepada mereka (untuk tidak pergi berperang) “ (At-Taubah : 43)

“Ya Rasulullah, ibu dan bapaku ku korbankan untukmu, kedudukanmu begitu tinggi di sisi Allah, sehingga Dia menyebutkan perjanjian denganmu lebih awal dibandingkan para nabi walau pun engkau lahir paling akhir. Dia berfirman, “ Dan (ingatlah) ketika kami mengambil perjanjian dari nabi-nabi dan dari kamu (sendiri) dan dari Nuh serta Ibrahim.” (Al-Ahzab : 7)

“Ya Rasulullah, ibu dan bapaku ku korbankan untukmu, kedudukanmu begitu tinggi di sisi Allah, sehingga orang kafir di Neraka Jahanam berangan-angan seandainya dulu mereka mentaatimu. Allah berfirman,” Aduh celakalah kami, seandainya kami mentaati Allah dan Rasulnya.”

“Ya Rasulullah, ibu dan bapaku ku korbankan untukmu, Allah telah memberi mukjizat kepada Musa as, iaitu dapat mengeluarkan mata air dari dalam batu. Hal ini tidaklah terlalu menakjubkan, kerana Allah telah mengeluarkan air dari celah-celah jari-jarimu.”

“Ya Rasulullah, ibu dan bapaku ku korbankan untukmu, jika Sulaiman as telah mengenderai angin dalam sepagi mampu menempuh perjalanan satu bulan. Hal ini tidaklah terlalu menakjubkan , kerana engkau dengan mengenderai Buraq dalam semalam mampu menjelajah tujuh lapis langit dan pagi hari sudah kembali ke Mekah. Semoga Allah mengirim selawat untuk engkau.”

“Ya Rasulullah, ibu dan bapaku ku korbankan untukmu, Jika Allah memberi mukjizat kepada Isa as dapat menghidupkan orang yang mati dengan izin Allah. Hal ini tidaklah telalu menakjubkan, kerana sepotong daging yang hendak engkau makan telah berkata,”Janganlah enkau memakan aku, kerana aku telah dicampur dengan racun.”

“Ya Rasulullah, ibu dan bapaku ku korbankan untukmu, jika Nuh as telah berdoa kepada Allah,” Wahai Tuhanku janganlah Engkau biarkan (sisakan) orang kafir di atas bumi.” Tetapi di dalam peperangan Uhud ketika orang kafir telah melukai mukamu yang mulia, mematahkan gigimu, engkau tidak mengutuk mereka, tetapi malah engkau meminta ampun untuk mereka dengan doa “ Ampunkanlah kaum aku kerana sesungguhnya mereka tidak mengetahui.”

“Ya Rasulullah, ibu dan bapaku ku korbankan untukmu, umur engkau pendek namun berapa ramai manusia telah beriman keranamu. Nuh mempunyai umur yang sangat panjang, akan tetapi beberapa orang sahaja yang beriman.”

“Ya Rasulullah, ibu dan bapaku ku korbankan untukmu, jika engkau ingin duduk dengan orang yang sedarjat denganmu, tentunya engkau tidak duduk bersama dengan kami. Jika engkau ingin menikah dengan wanita yang sesuai dengan kedudukanmu yang mulia tentunya engkau tidak menikah dengan wanita dari kalangan kami. Dan jika engkau ingin makan dengan orang yang setaraf dengan kedudukanmu, tentunya engkau tida makan bersama dengan kami. Akan tetapi pada kenyataannya engkau menyuruh kami untuk duduk bersama denganmu., engkau telah menikahi wanita kami, engkau telah makan bersama dengan kami. Engkau telah memakai pakaian dari kulit hewan dan menunggang kaldai. Bahkan menyuruh anak-anak kecil untuk naik bersama denganmu. Engkau duduk menjamah makan di atas tanah sambil menjilat jarimu setelah makan. Ini semua menunjukan sifat tawadhukmu, semuga Allah swt merahmatimu”(Ihya Iman Ghazali)


Renung-renungkanlah wahai saudara saudari semua.

“Ya Robbi solli wa sallim daaiman abada. ‘Ala Habibika khiril khalqi kulli him”

“Ya Allah, limpahkanlah rahmatmu dan hantarkanlah kesejahteraan kekal abadi bagi KekasihMu yang terbaik dari sekelian makhlik”

6 comments:

Irwan said...

Artikel ini sungguh menyentuh perasaan...
Tak terbayang bagaimana perasaan seseorang yg telah melihat Baginda, yg telah bersama berjuang dgn Baginda, kemudian terpaksa melalui sisa hidup tanpa Baginda.
Tetapi Allah Maha Mengetahui akan ujian yang dikenakan Nya terhadap hamba2Nya.
Serupalah saya yg rasa macam tak layak terlibat dalam menyambung usaha Baginda S.A.W ini. Padahal jika benar saya tak layak, tentu Allah lahirkan saya di zaman nabi yg lain.
Tapi Allah tahu bahawa saya dan tuan2 semua layak buat kerja ini dan mendapat keistimewaan yg diminta2 oleh para Nabi ini.
Maka, saya berazam untuk kerja lebih kuat lagi, bermula sekarang...

Unknown said...

Kalau kita korbankan seluruh hayat kita untuk membalas pergorbanan Nabi Muhammad saw, bukan itu sahaja seluruh jin dan manusia korbankan untuk nya, skelumit pun tak akan terbalas.

Pengorbanan Nabi saw untuk umat ini bukan sahaja du dunia ini bah kan di Masyar, Mizan, Sirat dan di syurga dan neraka demi menyelamatkan umatnya.
"Salamu ala Rasulillah"

Irwan said...

Bahkan...Tak terbalas pengorbanan yg telah Baginda S.A.W curahkan, demi nak selamatkan umatnya dari sengsara selama-lamanya. Sedaya upaya baginda, hingga perjuangan di bawa ke alam seterusnya...
Apalah daya kita ni. Apa yg ada cuma kemahuan. Dapat laksana ke idak, belum tentu lagi. Peluang yg diberi setakat ni pun, telah disia2kan dgn buat kerja tak sungguh2.
Ya Allah, sampaikanlah salam dan selawat saya (yg tak seberapa ni); kepada kekasih Mu, keluarganya serta para sahabatnya. Semoga semasa bertemu nanti, Kau izinkan kami tergolong sebagai umat Baginda.

zarch said...

"Allahuma salli ala Muhammad wa ala aali Muhammad"

Ziarah76 said...

"Allahuma salli ala Muhammad wa ala aali Muhammad"

ibnu abdullah said...

"Allahuma solli a'la Muhammad wa a'la aali Muhammad"

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin