Saturday, August 21, 2010
Memberi Makan Pada Sahabat Yang Berpuasa
Daripada Zaid bin Khalid Al-Juhani ra dari Nabi saw telah bersabda, “ Sesiapa yang memberi makan kepada sesaorang yang sedang berpuasa maka baginya ganjaran yang sama tanpa dikurangkan pahala orang yang berpuasa.”
(Riwayat Tarmizi, Ibn Majah, Nasai’, Ibn Khuzaimah dan Ibn Hiban di dalam kitab sahih keduanya serta Tarmizi mengatakan hadis ini Hassan Sahih)
Kisah Berkaitan :
Ada di kalangan sahabat Nabi saw yang sentiasa berpuasa disebabkan ketiadaan makanan untuk dimakan. Apabila diketahui oleh Thabit ra mengenai sahabat berkenaan lalu ia pun berkata kepada isterinya, “ Aku akan membawa seorang tetamu pada malam ini. Apabila aku dan tetamu itu duduk bersama menjamu selera, maka engkau hendaklah memadam lampu dan berpura-pura untuk membetulkannya. Dalam pada itu jangan kita memakan sesuatu pun makanan yang ada sehingga tetamu kita itu merasai kekenyangan.”
Rancangan itu berjalan dengan baik sebagaimana yang dirancangkan. Thabit ra pun duduklah bersama tetamu mereka yang memakan dengan kenyangnya dengan tidak mengetahui bahawa tuan rumah berkenaan sedikit pun tidak menjamah makanan yang dihidangkan meski pun mulut tuan rumah mengunyah-ngunyah berpura-pura makan makanan tersebut.
Keesokan paginya Thabit menziarahi Nabi saw dan baginda telah pun mengetahui berita layanannya kepada tetamunya. Sabda Rasulullah saw , “ Wahai Thabit ! Allah sangat-sangat menyukai atas layanan yang telah kamu berikan terhadap tetamu kamu itu pada malam tadi.”
Targhib :
Carilah dikalangan umat sekarang ini yang berkesanggupan menahan makan semata-mata untuk memberi makan kepada sahabatnya yang berpuasa ? Pastinya kita tidak akan berjumpa darjat “ikram” sebegini. Apa yang ada, makanan berbuka kita berbagai-bagai jenis melebihi dari apa yang sepatutnya kita makan. Akhirnya ianya membasir dan dibuang begitu sahaja. Ramadhan yang sepatutnya memberi keberkatan di dalam rezeki menjadi terbalik. Pembaziran demi pembaziran berlaku. Lihat sahaja sampah yang dikutip oleh lori sampah melebihi dari bulan selain Ramadhan.
Ini bermakna bahawa puasa kita yang kita jalani hanya sekadar tidak makan di siang hari sahaja. Sabaliknya kita meng “kadho”nya di malam hari. Atas dasar ini juga kita dapati Ramadhon yang kita jalani tidak sampai ke darjat mengurangkan kehendak nafsu. Tidaklah menghairankan kita bila bulan Ramadhon yang mulia ini pun masih ada tangkapan khalwat, pembuangan bayi, meminun arak di pub dan kelab malam. Nauzubillah.
Sama-samalah kita baiki baki-baki Ramadhon yang masih tinggal.
Wallahu’alam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
Salam ustaz...
Bagus..galakan untuk amar makruf
Tapi, untuk kami punyai level ikram sehingga kami sanggup berlapar untuk orang, susah sangat tu, ustaz...Tapi kalau ndak, seribu daya, ye takk?
Mau keluar lagi dan lagi laa ni..
salam.
terima kasih ustaz kerana membawakan kisah dan nasihat yang sangat mengesankan itu.
besar giler..
salamm ramadhan..
Post a Comment