
MUI atau Majlis Ulama Indonesia baru-baru ini telah
menfatwakan bahawa Siput Babi adalah haram dimakan. Hukam haram ini meliputi
memakan dan juga memasarkan sebagai hasil pasaran di restoran-restoran dan
hotel-hotel di Indonesia.Di Indonesia sipu ini dikenali sebagai Bekicot yang
sememangnya laris di restoran-restoran di Indonesia. Selain dimasak berkuah
ianya juga dijadikan satey untuk dimakan.

Hukum haram ini bersesuaian dengan Fatwa Jumhur Ulama
Hanafiyah, Syafiyyah, Hanabilah dan juga Zahirriyah. Hanya pandangan Imam Malik
sahaja yang mengatakan bahawa ianya halal jika ianya bermenafaat dan tidak
mendatangkan mudarat.
Selain itu mereka juga menghalalkan Ketam Batu atau
setengahnya memanggil Ketam Nipah serta juga menghalalkan Siput Sungai atau di
Utara Malaysia dikenali sebagai Siput Paeh. Di Indonesia Ketam Nipah ini
dikenali sebagai Kepiting. Manakala Siput Sungai dikenali sebagai Tutut.
Ketika penulis khuruj di Sulawesi Tengah di Pulai Banggai,
kami juga diberi masakkan Ketam Nipah ini. Di pulau ini Ketam Nipahnya besar
sehingg seberat 3/4 kg dan kekadang sampai 5 ke 6 kg. Di Malaysia Ketam Nipah
ini telah difatwakan halal oleh sesetengah negeri seperti Negeri Perak. Setahu
penulis fatwa halal ini telah pun dikeluarkan oleh Majlis Agama Perak ketika
penulis bekerja dengan LKIM (Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia) ketika Projek
Menternak Ketam dilaksanakan.

Ketam Batu atau Nipah ini sememangnya dua alam namun fatwa
kehalalannya berdasarkan banyak masanya ia berada di dalam air walaupun
sesekali berada di darat. Manakala Siput Sungai pula sememangnya pun halal
sejak dahulu lagi malah ketika penulis masih kecil pun ramai orang di Utara
memakanya. Biasanya masak lemak dan orang Negeri Sembilan biasanya Masak Lemak
Ciliapi. Siput ini cukup banyak ketika waktu awal bersawah ketika sawah diairi
air.
Persoalan hukum fatwa siput dan ketam di atas tidak timbul masaalah
di Malaysia kerana kita di sini berpegang kuat dengan fatwa Mazhab Syafie dan
juga pandangan Syafieyah (ulama-ulama di dalam Mazhab Syafie). Berlainan dengan
Indonesia yang mana fahaman Salafi/Wahabi mendominen fahaman ulama-ulama di
sana. Pengalaman penulis berada di Indonesia yang hampir kebanyakkan proponsi
(negeri)
penulis pernah ziarahi
mendapati fahaman Salafi/Wahabi ini sememangnya mendominen pemikiran ulama di
sana melainkan di kawasan Jawa Timor, Lombok dan lain-lain kepulauan sebelah
Timur

Fatwa yang tidak konsisten ini dipengaruhi oleh fahaman yang
berasal dari Timur Tengah ini dibawa oleh ulama-ulama Sumatra Barat semejak
tahun 1920an lagi. Antara ulama yang mengketengahkan fahaman ini seperti K.H
Sulaiman Rasyid K.H Muhammad Dahlan, HAMKA dan lain-lain. Ianya bertambak
rancak apabila Gerakkan Muhammadiah menguasai sekeolah-sekolah dan pusat-pusat
pendidikan di Indonesia.
Natijahnya fatwa yang tidak konsisten memberi kesan
kehidupan masyarakat di sana. Selain itu fatwa Siput Babi, Fatwa Perkahwinan Campor
antara Penganut Islam dan Penganut Kristian juga memberi kesan nagetif
masyarakat di sana khususnya Masyarakat Islam. Fatwa ini pun tidak konsisten di
sesetengah daerah di sana.
Wallahualam.
2 comments:
Assalamualaikum ustadz, salam kenal dari Indonesia
Assalamualaikum AndiAgung,
Apa kabar pak, tinggalnya dimana?propensi mana ya?
Bukanya apa mungkin saya pernah ke sana.
Jazakallah atas kunju.gan.
Post a Comment