MAKLUMAN :


widgeo.net

Tuesday, August 10, 2010

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhon.


Musim bolasepak Piala Dunia baru sahaja selesai sebulan yang lalu.Ianya telah banyak merubah ragam kehidupan manusia satu dunia. Mereka yang tidak minat ,turut terbawa meminati sukan nombor 1 ini. Ianya hanyalah ciptaan manusia, namun kesannya cukup dasyat. Sila saudara/ saudari baca semula tulisan saya “Goooool ! Penangan World Cup FIFA 2010”.

Kalaulah hanya ciptaan manusia boleh merubah kehidupan dan ragam hidup satu dunia, apatah lagi jika ianya ciptaan Khaliq Yang Maha Agung. Puasa adalah amalan ciptaan Allah swt yang mana Allah wajibkan kepada seluroh umat Islam untuk berpuasa bukan umat Nabi saw sahaja malah juga pada umat sebelum kita.

Secara paksaan Allah swt memerintahkan kita berpuasa sebagaimana firmannya :-
“Wahai orang-orang yang beriman diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa” (Al-Baqarah : 183)

Pastinya puasa akan merubah kehidupan dan suasana kehidupan satu dunia sebagaimana selama ini kita dibelengu dengan suasana yang meruntuhkan iman kita. Lihat sahaja berita yang keluar dari Akhbar Arus Perdana hari ini dan semalam :-

Bayi dibunoh kejam
IPOH 9 Ogos - Usianya baru dua bulan dan sudah dilahirkan dengan selamat tetapi apalah dosanya sehingga bayi lelaki ini sanggup dibuang sehingga menemui ajal.

Janin lelaki dicampak dalam tong sampah
PULAU PINANG 9 Ogos - Hanya manusia bersifat binatang dan tidak takut dosa sahaja yang sanggup membuang bayinya yang dilahirkan tidak cukup bulan dan masih berlumuran darah ke dalam tong sampah.

Tangisan bayi kejutkan warga emas
SEGAMAT 9 Ogos - Seorang wanita warga emas terkejut apabila menemui seorang bayi perempuan yang baru dilahirkan dan ditinggalkan di hadapan rumahnya di Pekan Jabi di sini malam tadi.

Lagi kes kanak-kanak dilarikan
IPOH 9 Ogos - Hanya beberapa saat meninggalkan anaknya berusia tiga tahun berseorangan dalam kereta untuk keluar membuka pintu pagar rumah, seorang ibu terpaksa melalui trauma apabila kanak-kanak itu dan keretanya dilarikan oleh seorang lelaki tidak dikenali.

Misteri bau busuk terbongkar, mayat lelaki ditemui dalam but kereta.
KUALA LUMPUR 9 Ogos - Misteri bau busuk dari dalam sebuah kereta terbongkar apabila penduduk menemui mayat seorang lelaki di kawasan perumahan di Jalan Gagak, Taman Milion di Jalan Ipoh di sini hari ini.

Mayat bayi ditemui di kawasan perlupusan sampah di Tanjung Rambutan.
IPOH: Seorang lelaki yang sedang mencari barang barang lusuh terperanjat besar apabila menemui mayat seorang bayi hampir busuk di kawasan pelupusan sampah di Tanjung Rambutan di sini hari ini.

Lelaki yang ditemui dalam plastik hitam mati akibat lemas - polis
KUALA LUMPUR: Lelaki yang ditemui mati dengan tangan terikat dalam plastik hitam di Rawang Jumaat lalu, masih hidup ketika dimasukkan ke dalam plastik itu, kata polis.

Janin bayi lelaki ditemui dalam tong sampah
GEORGE TOWN: Janin bayi lelaki yang dipercayai digugurkan ditemui dalam tong sampah di Pasar Borong Pulau Mutiara, Jalan Makloom, di sini hari ini.

20 kaki judi ditahan di sebuah hotel mewah di Pulau Pinang
GEORGE TOWN: Polis menahan 20 orang termasuk seorang wanita tempatan dan seorang wanita warga Indonesia yang sedang asyik berjudi dalam satu serbuan di sebuah hotel mewah di Bukit Jambul, di sini, semalam.

Kanak-kanak tiga tahun dilarikan ditemui di Batu Gajah
IPOH: Seorang kanak-kanak yang dilarikan oleh seorang lelaki bersama dengan kereta, yang ditinggalkan oleh ibunya di kawasan perumahan di Menglembu, berjaya ditemui di Batu Gajah malam tadi

Lelaki dijumpai mati dibunuh dengan kesan tikaman di dada
MUAR: Seorang pengawal keselamatan terkejut apabila mendapati seorang lelaki yang dikatakan mabuk dan terjatuh di tepi sebuah kereta, rupa-rupanya mati dibunuh dengan kesan tikaman di dada, dalam kejadian di parkir sebuah hotel, di sini awal pagi ini.

Mekanik didakwa sebabkan kematian anak sendiri
PORT DICKSON: Seorang mekanik dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan menyebabkan kematian anak perempuannya berusia lima tahun, akhir bulan lalu.

Polis tahan rakan si mati
PETALING JAYA: Polis menahan seorang lelaki warga Indonesia yang disyaki terbabit dalam kes bunuh Mohd Faizul Amiludin, 34, warga Indonesia dalam pergaduhan di Kampung Sungai Kayu Ara, dekat sini 3 Julai lalu.

Terperangkap di rumah urut
KUALA LUMPUR: Seorang lelaki yang paling dikehendaki polis kerana terbabit kes samun di Kuala Pilah, Negeri Sembilan terkedu apabila ditahan ketika berurut di sebuah pusat refleksologi di Seri Kembangan di sini, malam kelmarin.

Drebar lori kena reman 13 hari
SUBANG JAYA: Seorang lelaki berusia 35 tahun dan bekerja sebagai pemandu lori yang dipercayai mendera anak lelakinya berusia 11 tahun Khamis lalu, direman 13 hari bermula kelmarin.

Dibelasah kerana wang
KUALA TERENGGANU: Seorang pelajar sebuah institut kemahiran di Besut dibelasah tujuh remaja selepas enggan menyerahkan wang di Stesen Bas Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT), petang kelmarin

Pekerja asing ditemui mati
SEREMBAN: Suasana di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Seremban, Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) menghala arah selatan, gempar dengan penemuan mayat seorang pekerja pembersihan warga asing yang dipercayai dibunuh, semalam.

Habuan nafsu kekasih, 6 rakan
GERIK: Berang melihat rakaman aksi seksnya tersebar melalui telefon bimbit, seorang remaja perempuan berusia 16 tahun membuat laporan polis mengatakan dirinya bukan saja menjadi mangsa rogol teman lelakinya, malah turut dijadikan ‘habuan’ enam lagi rakan suspek


Khatimah :
Apakah Ramadhon yang akan kita sambut esok boleh merubah hidup kita sebagaimana kesan Piala Dunia baru-baru ini. Ianya tergantung kepada kita semua. Jika sesaorang menjalani puasa sebagaimana yang di kehendakki oleh Allah dan Rasulnya pasti dan pasti ianya akan berubah hidup kita melebihi darikesan Piala Dunia. Namun jika sebaliknya , pasti dan pasti kita akan melihat kemaksiatan demi kemaksiatan akan berleluasa dengan lebih dasyat lagi. Nauzubillah.

Ramadhan adalah bulan himpunan berbagai amal. Ianya bermula dengan amalan berpuasa sebagai pintu kepada amalan-amalan lain yang akan datang ke dalam kehidupan kita. Jadi Ramadhan bukanlah hanya satu amal sahaja malah berbagai amalan.

1 – Amalan berpuasa di siangnya
Bermula dari puasa sebagaimana sabdaan Rasullullah saw : “Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan ihtisab diampunkan segala dosanya yang telah lalu”. (Bukhari /Muslim dari Abu Hurairah ra)

2 - Amalan berdoa disaat berbuka juga di malam hari ada waktu-waktu ijabah doa.
Amalan Berdoa sebagaimana sabdaan Rasulullah saw :” Tiga jenis doa yang tidak akan ditolak doa mereka. Doa orang yang berpuasa disaat ia berbuka puasanya. . . . .” (Ahmad/Ibn Hibban/Tarmizi/Ibn Majah dll dari Abu Hurairah)

3 – Amalan membaca Al-Quran
Amalan membaca Al-Quran sebagaimana firman Allaswt : “ Diturunkan Al-Quran pada bulan Ramadhon sebagai pertunjuk kepada manusia. . . . .( Al-Baqarah : 185 )

4 – Amalan solat malam
Amalan solat sunat di malam hari sebagaimana sabdan Rasulullah saw : “Barang siapa yang bangun pada malam Ramadhon dengan penuh keimanan dan ihtisab akan diampunkan baginya segala dosa-dosanya yang lalu”. ( Bukhari/Muslim dari Abu Hurairah ra )

5 - Memberi makanan kepada manusia.
Sebagaimana sabdaan Rasulullah saw : “ . . . barangsiapa yang memberi makanan untuk berbuka kepada orang yang berpuasa maka akan diampunkan dosa-dosanya serta memperolehi pahala yang sama dengan orang berbuka tanpa dikurangkan pahala orang tersebut. . . .” (Ibn Khuzaimah/ Baihaqi/Ibn Hibban dari Salman ra)

6 - Amalan Zikirullah dan Istighfar
Sebagaimana sabdaan Rasulullahsaw dalam hadis yang sama : “ . . . .ada pun dua perkara yang dengannya kamu dapat menyenangkan tuhanmu ialah memperbanyakkan ucapan Laa ilaha illallah dan memperbanyakkan istighfar . . .” Ibn Khuzaimah/Baihaqi/IbnHibban dari Salman ra)

7 – Mengurungkan diri di dalam masjid (Iktikaf)
Sebagaimana firman Allah swt : “ . . . di dalamnya (Masjid) gulongan lelaki yang mencintai membersihkan dirinya dan Allah amat mencintai orang-orang yang membersihkan dirinya”. (At-Taubah : 108)
Juga sabdaan Rasulullah saw : “ Sesiapa yang beriktikaf 10 hari Ramadhan baginya seumpama mengerjakan 2 haji dan 2 umrah”.( Baihaqi dari Ali bin Hussain dari bapanya ra.hum)

8 – Simpati pada faqir miskin
Sebagaimana sabdaan Rasulullah saw : “ Puasa Ramadhon akan tergantung di antara langit dan bumi dan ianya tidak akan sampai melainkan dengan berzakat fitrah”. (Abu Hafis bin Syahin dari Jarir ra)

Kalaulah begitu kesannya dalam amalan kita, tidakkah kita mahu merebutnya?

p/s : Sama-sama kita doakan agar puasa tahun ini menjadi puasa yang terbaik untuk kita.Insyaallah.

3 comments:

al-lavendari said...

Assalamualaikum Ustaz.

Selamat menjalani ibadah puasa. Saya adalah salah seorang jemaah surau di Lavender Heights. Malam tadi .. jemaah terawih masya-Allah ramainya. Dalam surau, di luar surau, di khemah2 yang didirikan, penuh dengan jemaah. Tetapi berdasarkan pengalaman yang lepas, ia tidak berkekalan sehingga selepas Ramadhan bahkan di penghujung Ramadhan pun bilangan itu tidak dapat bertahan.

Saya menunggu kuliah ustaz yang akan datang.

Unknown said...

al-lavendari,

Begitulah ragam masyarakat kita. Kata Kiyai Indonesia sewaktu belajar dulu, "Ragam puasa kita seperti ekor tikus awalnya besar, namun ujungnya halus dan lansung hilang."

Atas sebab itulah suasana Ramadhon ini perlu berterusan terus ke 11 bulan yang lain. Barulah suasana amal dan taqwa ini akan sentiasa segar macam diMekah dan Madinah.

Wallahualam.

Irwan said...

Posting ni heavy betul...Masalah manusia terhadap sex ni makin menjadi-jadi...Dan masalah buang, bunuh bayi, rogol ni bukan kat MAlaysia, jer...

Adakah Allah sudah delay kan pengeluaran manusia? Adakah kiamat sebegitu hampir?

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin