MAKLUMAN :


widgeo.net

Tuesday, March 31, 2009

Jadual Kuliah April 2009


2 April 2009 : Kuliah Bulanan Tmn Gadong Jaya

4 April 2009 : Kuluiah Bahrul Maazi Tmn Rose Mewah/Cempaka 2

5 April 2009 : Maulud Nabi saw Tmn Semarak Nilai

6 April 2009 : Kuliah Bahrul Maazi Jld 7 Tmn Sri Pagi

7 April 2009 : Kuliah Muntakhabah Hadis Tmn Rose Mewah/Cempaka 2

9 April 2009 : Kuliah Bulanan Tmn Cempaka Fasa 1

10 April 2009 : Kuliah Bulanan Tmn Desa Oked

11 April 2009 : Kuliah Bahrul Maazi Tmn Rose Mewah/Cempaka 2

11 April 2009 : Kuliah Bulanan Green Straight Home

12 April 2009 : Kuliah Bulanan Tmn Desa Melor

13 April 2009 : Kuliah Bulanan Garden Home Surau Ibrahim

14 April 2009 : Kuliah Muntakhabah Hadis Tmn Rose Mewah /Cempaka 2

16 April 2009 : Kuliah Bulanan Pengasih Kuala Lumpur

17April 2009 : Kuliah Bulanan Tmn Matahari Height

18 April 2009 : Kuliah Suboh Bahrul Maazi Tmn Rose Mewah/Cempaka 2

21 April 2009 : Kuliah Muntakhabah Hadis Tmn Rose Mewah /Cempaka 2

24 April 2009 : Kuliah Bulanan Tmn Levender Height

25 April 2009 : Kuliah Suboh Bahrul Maazi Tmn Rose Mewah/Cempaka 2

25 April 2009 : Kuliah Program Belia Daerah Rembau

26 April 2009 : Kuliah Bulanan Tmn Dato Wan

27 April 2009 : Kuliah Bahrul Maazi Jld 7 Tmn Sri Pagi

28 April 2009 : Kuliah Muntakhabah Hadis Tmn Rose Mewah /Cempaka 2

30 April 2009 : Kuliah Bulanan Tmn Jusmine

Maklumkan Kepada Kawan-Kawan Setempat. Sekiranya Ada Perubahan Akan Dimaklimkan Kemudian.

Thursday, March 26, 2009

Pengalaman Bersama Ustaz PAS


Sekitar tahun 1994, pihak pengurusan pejabat tempat aku bekerja mengarahkan aku memerhatikan perjalanan Kursus Khas Untuk Nelayan,di satu tempat di Kuala Terengganu. Satu syarikat di pilih untuk mengendalikan kursus berkenaan. Bila aku sampai di Pusat Latihan berkenaan barulah aku tahu bahawa kursus berkenaan dikendalikan oleh syarikat milik seorang ustaz yang memang terkenal di Lembah Kelang sebagai seorang Penceramah Bebas. Pada ketika itu beliau menyandang Yang DiPertua PAS di satu daerah di Lembah Kelang. Kedatangan aku di sambut baik oleh ustaz beserta beberapa orang temannya yang juga sebagai fasalitator kursus berkenaan. Aku amat memahami kerana ramai teman-teman di pejabat aku adalah penyokong kuat Parti Pas selain itu sebahagian ahli keluarga aku di Kedah pun sememangnya orang kuat parti berkenaan.

Sepanjang perjalanan kursus berkenaan, peserta diterapkan dengan aktiviti kerohanian. Malah setiap peserta diwajibkan untuk solat 5 waktu. Setiap habis Solat Maghrib dan Suboh akan diisi dengan kuliah agama.Sesudah solat akan di isi dengan zikir munajat yang sememangnya terkenal waktu itu. Aku juga tidak ketinggalan diberi beberapa tugas mengendalikan beberapa program yang bersesuaian. Aku melaksanakanya dengan baik alhamdulillah. Sebagaimana biasa aku menjaga amalan infradi dan istimai’ aku di sepanjang masa berada di sana. Setiap petang aku akan berada di satu bangku di tepi padang menghabis zikir petang aku sambil biji tasbih aku sembunyikan di dalam baju. Bukannya apa kadang-kadang segan juga dengan ustaz tu dan teman-temannya. Selepas Suboh sebelum sarapan aku akan menyempurnakan Solat Israq dan pada waktu rehat jam 10.00 pagi aku akan Solat Dhuha. Selepas Solat Insya apabila habis aktiviti kursus aku akan habiskan bacaan quran aku. Besoknya pula jam 4.30 pagi aku dah bangun dan menghabiskan sedikit masa di dalam surau di Pusat Latihan berkenaan. Amalan itu sememangnya di ajar semejak keluar 3 hari pertama aku bersama Jemaah Tabligh sewaktu dibangku sekolah lagi

Sebahagian masa malamnya kekadang ustaz dan teman-temannya akan membawa aku minum di warong di sekitar Kuala Terengganu. Di dalam perjalanan ke warong, di dalam kereta biasanya akan dipasang kaset-kaset ceramah Ustaz Haji Abd.Hadi dan kekadang Tuan Guru Nik Aziz yang memangnya pun aku suka dengan ceramah mereka. Ketika berada di warong, macam biasa cerita yang sering keluar di dalam berbualan adalah berkaitan politik semasa. Aku lebih banyak mendiamkan diri sahaja. Cuma sesekali akan bercerita itu pun kakuzari (laporan ) pengalaman ketika keluar dan hal ehwal semasa Jemaah Tabligh. Bila aku bercerita, mereka semua ambil perhatian serta rasa hurmat terhadap aku. Tidak ada seorang pun yang bangkang malah semuanya menyetujui apabila aku bercerita termasuklah ustaz tersebut.

Rupanya tindak tanduk aku sepanjang perjalan kursus berkenaan diperhatikan oleh mereka. Setiap amalan yang aku buat rupanya mereka ambil perhatian lebih-lebih lagi bangun di awal pagi ke surau. Pernah ustaz bertanya kepada aku, “ macamana anta boleh istiqamah Solat Tahajud ? soalnya lembut sewaktu keluar dari surau. “Biasa je ustaz, kadang-kadang tertinggal juga. Bukannya kuat sangat ana ni”, jawab aku dengan sikit tawadhuk menghurmati dia sebagai ustaz.”Tapi ana ni lagi le lemah jarang sangat boleh buat Tahajud, kekadang suboh berjemaah pun terlepas semedang”, katanya lagi. Aku diam je tak jawab apa.apa.

Bila tamat kursus dan mahu pulang ke Kuala Lumpur, rupanya penerbangan aku dari Lapangan Terbang Kuala Terangganu ke KLIA sama dengan ustaz berkenaan. Kami bersama-sama dan confirmkan tiket pun sama dan tempat duduk kami pun sebelah menyebelah. Ketika di lapangan terbang sewaktu minum dengan beliau, beliau menceritakan kisah beliau macamana beliau boleh terlibat dengan Parti PAS. Ceritanya bagaimana beliau mula mendapat hidayat yang sebelum itu beliau seorang yang terlalu jauh dari agama sehingga beliau menagis terisak-isak menahan sebak. Aku pun turut sedih mendengar ceritanya. Katanya pada aku,”Anta alhamdulillah dapat hidayat awal, tidak seperti ana yang lewat dapat hidayat.” Sewaktu di dalan pesawat dia menyambung lagi ceritanya dan kemudian ia menggenggam tangan aku seraya berkata” Wallahi syeikh usaha Tabligh yang anta buat adalah usaha yang benar, anta teruskan. Ana ni jiwa kasar sedikit mungkin sebab tu ana duduk di dalam Jemaah PAS.” Bila aku dengar kalimat ini yang keluar dari bibirnya beserta pula bersumpah dengan nama Allah airmata aku tak tertahan lagi mencurah keluar dari klopak mata aku. Rasa hiba betul, seorang ustaz yang kuat dengan Jemaah PAS mengeluarkan kata-kata sedemikian.

Selang beberapa hari kemudian, beliau datang ke pejabat aku hanya semata-mata ingin bertemu dengan aku. Setelah berjumpa kami berpelukan dan kedatangannya berjumpa aku semata-mata ingin memastikan hadith yang pernah aku cerita semasa kat Kuala Terengganu tempoh hari. Selepas 12 tahun pertemuan aku dengan ustaz tersebut, sewaktu tinggal di Seremban teman marhalah aku yang nak keluar 40 hari ke Sabah, transit keluar 3 hari di satu masjid di Kuala Lumpur, katanya ustaz berkenaan sewaktu selesai memberi kuliah Maghrib di situ duduk dan makan bersama jemaah sambil menasihati jemaah untuk istiqamah dalam usaha Jemaah Tabligh.

Moral dari cerita ini.

Banyak ustaz-ustaz yang aktif di dalam Jemaah Islam sebenarnya suka dengan Jemaah Tabligh. Ada dikalangan mereka amat-amat menyokong usaha yang mulia ini. Sebagai contoh keluarga Syeikh Nuruddin Marbu Al Makki Al Banjari kebanyakannya adalah karkun kuat di Indonesia. Sewaktu Penulis berada di Jakarta penulis sempat bertemu dengan adek beliau Ustaz Suffian yang kini berada di Yaman.Selain itu pengasas Jemaah ABIM Ustaz Ghazali Bangi pun telah keluar beberapa kali 40 hari bersama Jemaah Tabligh. Bila salah seorang orang kuat ABIM Senawang bertanya,”sebab apa ustaz keluar Tabligh?” Katanya,” saya ingin betulkan amal di dalam Jemaah Tabligh”. Yang bertanya itu pun telah keluar beberapa kali 3 hari bersama-sama dengan penulis

Kalau ada ustaz-ustaz yang mengkritik, anggaplah mereka belum mendapat maklumat yang jelas tentang usaha ini. Mungkin juga sikap sesetengah kita yang tak pandai mengambil hati ditambah lagi dengan akhlak burok sesetengah karkun.

Wallahua’lam

Friday, March 20, 2009

POLITIK VS SYURA


Di akhir-akhir ini timbul sesetengah golongan mencela Jemaah Tabligh kerana di dalam Jemaah Tabligh tidak ada Politik. “Tabligh ini bagus tetapi mereka tidak melibatkan diri di dalam politik”, “Tabligh ni sesat kerana tidak ada politik.” Kata-kata seperti ini memang sering kedengaran di masjid ,surau juga di dalam blog dan websites berlebih lagi ketika musim pilihanraya.

Apakah Jemaah Tabligh menolak politik. Kalau politik dimaksudkan kepada mentadbir dengan kaedah Sistem Syura yang didasarkan kepada Sunnah, maka rasanya tidak ada satu pun ‘karkun’ (Pengikut Tabligh) yang menolaknya.Tapi kalau politik itu dimaksudkan kepada Sistem Demokrasi Kepartian, maka mungkin sebahagian yang setuju dan sebahagian yang menolaknya. Sebenarnya jika kita perhatikan dengan teliti, Jemaah Tabligh ini adalah satu usaha yang berjalan bukan dengan kuasa, harta, pangkat, kedudukan wang ringgit maupun sokongan majoriti tetapi satu usaha yang berjalan di atas ‘amalan’ yang mana usaha untuk mengajak semua umat untuk beramal. Sebagaimana di dalam solat berjemaah semua jenis orang akan ikut serta. Ada orang cacat, ada yang sihat, ada yang hitam ada yang putih, ada alim, ada jahil, ada yang kaya ada yang miskin. Maknanya semua gulungan terlibat di dalam solat berjemaah tersebut.Tdak pula solat jemaah tu khusus untuk golongan cacat sahaja, khusus untuk orang kaya sahaja, khusus untuk orang alim sahaja. Bila dinamakan 'amalan' maka semuanya terlibat.

Maka jika sekiranya Jemaah Tabligh ini menjadi badan politik atau parti politik maka sudah tentunya sukar untuk mengumpulkan semua gulongan. Oleh kerana ianya adalah ‘amalan’, maka mudah untuk mengumpul seperti juga amalan haji, yang para jemaah berkumpul di Dataran Arafah.. Jika kita lihat pada parti-parti politik, sesama parti pun bergadoh dan bergolak. Sebab tu dalam Jemaah Tabligh ini tidak ada yuran bulanan, tahunan, perlembagaan, manifesto dan sebagainya. Yang ada hanyalah Usul Dakwah, dan usul dakwah ini adalah hampir sama dipraktikkan di seluruh dunia. Unsul dakwah ini boleh lah diumpamakan seperti ‘kaifiat’ di dalam sesuatu amal.

Selain itu di dalam Jemaah Tabligh mengikut hairaki Sistem Syura. Ianya bermula dari Markaz Utama sehinggalah kepada negara, negeri, kawasan dan sampai kepada marhalah dengan satu kepimpinan tampa berdasarkan semapadan negara atau negeri. Cuma ianya di dalam pentadbiran urusan dakwah bukannya pentadbiran urusan negara. Hanya itu sahaja bezanya.

Selain itu kita dapati bahawa ulama tidak sepakat di dalam mewajibkan penyertaan individu Islam di dalam Sistem Demokrasi Kepartian sebagaimana yang ada di hari ini.. Malah ada ulama mengharamkan Sistem Demokrasi Kepartian ini. Kata mereka Sistem Demokrasi Kepartian yang diamalkan sekarang ini bertentangan dengan Sistem Syura yang ada di dalam Islam. Beberapa ulama terkenal yang menolak sistem ini antaranya Syeikh Fathi Yakan sebagaimana di dalam kitab beliau “ Musykilatud Dakwah Wad Dai’yah” halaman : 132 -135. Juga Syeikh Abu Urwah Al-Lubnani melalui kitab beliau “Al-Abjadiyyat” halaman 101 -103 pada tajuk “Al Mabdaiyah Wal Marhaliyyah Fil A’malil Islami”. Selain itu Syeikh Abul Hassan Ali Nadwi Al Hassani pula menyatakan perkara yang sama di dalam beberapa kitab beliau antaranya “Ilal Islami Min Jadid” halaman 107 dan 161. Beliau ini juga menyatakan Kerajaan Islam (Politik Islam) bukan impian, bukan matlamat dan juga bukan perbualan harian Nabi saw dan Para Sahabat rahum. Perkara yang sama juga dipertegaskan oleh Mufti Washi Mazhar Pakistan di dalam kitab beliau “Al Baas Al Islami” Bil 1 Jld.34 cetakan Lakhnow, India. Beliau menjelaskan secara terperinci ta’rifan politik itu sendiri berdasarkan Sunnah. Beliau juga menyatakan mengundi dan pilihanraya adalah haram. Malah ada sesetengah ulama membezakan antara Syura dan Demokrasi Kepartian seperti berikut:

Perbezaan Antara Syura dan Demokrasi Kepartian

Sebagian orang menganggap bahwa demokrasi adalah wujud praktik Sistem Syura dalam Islam. Ini adalah anggapan yang salah, perbezaan antara keduanya bagaikan timur dan barat. Di antara perbezaannya adalah:

1. Sistem Syura berasal dari Allah dan selalu berlandaskan di atas syariat sedangkan Sistem Demokrasi Kepartian berlandaskan sokongan majoriti walaupun juga disokong oleh orang-orang fasiq bahkan kafir.

2. Sistem Syura dilakukan pada perkara yang belum jelas ketentuannya dalam syariat, dan jika ada ketentuan syariat maka itulah yang ditetapkan. Adapun dalam Sistem Demokrasi Kepartian perkara yang sudah jelas dalam syariat pun dapat diubah jika suara majoritinya menghendakinya berbuat demikian, sehingga dapat menghalalkan yang haram dan sebaliknya.

3. Anggota Majelis Syura adalah kebanyakannya adalah para ulama dan yang memiliki sifat-sifat tertentu. Sedang Anggota Dewan Parlimen / Negeri dalam Sistem Demokrasi Kepartian tidak ada cirri-ciri berkenaan. Ada yang berilmu agama, ada yang jahil, ada yang bijak ada yang tidak, ada yang menginginkan kebaikan rakyat, dan ada yang mementingkan diri sendiri, mereka inilah yang menentukan semua perancangan samaada dalam sudut agama atau pun dunia.

4. Dalam Sistem Syura, kebenaran tidak ditentukan dengan majoriti tapi dengan kesesuaian terhadap sumber hukum syariat. Sedangkan dalam Sistem Demokrasi Kepartian, kebenaran adalah suara majoriti walaupun menentang syariat Allah yang jelas.

5. Sistem Syura adalah salah satu ciri-ciri keimanan, karena dengan Sisitem Syura kita mengamalkan ajaran Islam. Sedangkan Sistem Demokrasi Kepartian adalah wujud kekufuran kepada Allah, karena jika majoriti memutuskan perkara kekufuran maka itulah keputusan yang perlu diikuti dan dituruti semua.

6. Sistem Syura menghargai para ulama, sedangkan Sistem Demokrasi Kepartian menghargai orang-orang kafir.

7. Sistem Syura membezakan antara orang yang shalih dan yang jahat, sedangkan demokrasi menyamakan antara keduanya.

8. Sistem Syura bukan merupakan kewajiban di setiap masa, bahkan hukumnya berbeza bersesuaian dengan keadaan. Sebaliknya Sistem Demokrasi Kepartian merupakan sesuatu yang diwajibkan oleh Barat kepada pengamalnya dengan kewajipan yang melebihi kewajipan shalat lima waktu dan tidak mungkin keluar darinya.

9. Sistem Demokrasi Kepartian jelas menolak Islam dan menuduh bahwa Islam lemah serta tidak mempunyai maslahat, sedangkan Sistem Syura tidak demikian.

( Tanwiruzh Zhulumat, hal. 21-36 dan Fiqih As-Siyasah Asy-Syar'iyyah hal. 61)

Walau bagaimana pun masih ada ulama yang membolehkan Sistem Demokrasi Kepartian ini, antaranya Syeikh Yusof Al Qardawi. Beliau membolehkan kerana ianya mirip kepada keadilan. Keadilan itu sendiri adalah tuntutan di dalam Islam. Perkara yang sama juga dipersetujui oleh Syeikh Yassin Hamas, juga beberapa ulama di Tanah Arab. Selain daripada itu ramai pula yang memberi alasan sebagai darurat. Namun ianya disanggah oleh sesetengah pihak khususnya “Hizbut Tahrir” melalui beberapa siri ‘pamphlet’ yang diedarkan di masjid-masjid.

Bila bertebung ‘khilaf’ (pandangan tidak sekata) antara yang berfahaman wajib perpolitik dan yang mengharamkan politik kepartian, maka bolehlah kita ketogorikan sebagai ‘ijtihad’. Masing-masing akan ada pahala walau pun tersalah di dalam ‘ijtihadnya’. Namun bila dikatakan ‘ijtihad’ maka yang berfahaman wajib berpolitik sepatutnya tidak menyanggah atau mengutuk yang berfahaman haram berpolitik kepartian. Sebagaimana Mazhab Hanafi mengatakan tidak perlu makmun membaca Fatihah dibelakang imam dalam solat berjemaah kerana bacaan imam adalah bacaan makmum. Sedangkan Mazhab Syafie mewajibkan makmum membaca Fatihah. Masing-masing berlapang dada dengan pegangan masing-masing. Tidak pula kutuk mengutuk antara satu sama lain. Ini adalah kerana masing-masing faham bahawa ianya adalah ‘ijtihad’ dan ‘khilaf’.Berlainan ditempat kita malah menjatuhkan hukum sesat dan sebagainya.

Wallahu’alam

Peringatan Untuk Karkun dan yang berkenaan

Walau pun huraian di atas berdasarkan ‘platform’ Jemaah Tabligh namun kita diarahkan dan diminta oleh ‘Elders’ untuk menghormat semua Gerakan Islam, NGO Islam, Parti Islam. Besikaplah lemah lembut dan penghormatan yang tinggi serta akhlaq mulia. Jagalah mulut-mulut kita dari mencaci dan menghina mereka yang berfahaman yang berlainan dengan kita.

Mohon maaf jika tersalah dan tersilap juga kepada teman-teman dari jemaah atau parti Islam sekiranya tulisan di atas menyinggung saudara semua. Teruskan dengan perjuangan yang saudar yakini. Doakan untuk saya yang hina ini.

Thursday, March 19, 2009

Mimpi


Terdapat di dalam Bahrul Maazi satu bab yang membicarakan soal mimpi. ‘Babur Rukyah’ atau bab mimpi. Perbahasan tentang mimpi ini agak panjang yang semuanya didasarkan kepada hadis-hadis Nabi saw dan pandangan Imam-Imam muktabar.

Satu perkara yang perlu disedari, mimpi tidak boleh dijadikan hujjah ke atas hukum syarak. Ia sekadar berita-berita yang menggembirakan atau berita-berita amaran sahaja. Tidak lebih dari itu. Mimpi yang benar datang dari orang yang tidak berbohong dalam pertuturannya. Menurut Ibn Al-Qayyim semakin benar hidup seseorang itu semakin benar mimpi yang dialaminya. Selain itu orang yang bermimpi itu hendaklah berada dalam keadaan berwuduk dan tidur pula dalam suasana mengikut sunnah. Menurut Ibn Al-Qayyim lagi menjelang berlakunya kiamat hampir-hampir mimpi seseorang mukmin tidak meleset sama sekali.

Mimpi ada 3 bahagian iaitu mimpi yang datang dari malaikat. Mimpi ini adalah mimpi yang baik. Mimpi yang datang dari Syaitan. Mimpi ini tidak boleh diambil kira dan akhir sekali mimpi yang datang dari kesan kerja seharian.(igauan) Dimana kesan ini terbawa-bawa ke dalam mimpinya. Kedua mimpi ini tidak boleh dipercayai. Selain itu di kalangan ulamak ada juga yang pakar dalam mentafsir mimpi. Antaranya Ibn Sirin dalam kitabnya Tafsir Mimpi ‘Muntakhab Al Kalam Fi Tafsirul Ahlam”. Kebolehan mentafsir mimpi hanya di beri kepada orang-orang tertentu sahaja. Khusus kepada Nabi-nabi seperti Nabi Yusof as. Untuk manusia biasa hendak disyaratkan kepada beberapa kriteria. Antaranya :

Menghafal Al-Quran

Ini adalah kerana mimpi-mimpi yang akan ditafsirkan sebaiknya dikaitkan dengan firman Allah swt. Sebagaimana contoh : Wajah Hitam ditafsirkan mendapat anak perempuan. Telur tersimpan ditafsirkan perempuan. Mimpi yang di dalamnya terdapat ayat Al-Quran samada membaca, mendegar atau pun tulisan maka hendaklah ditafsirkan berdasarkan ayat berkenaan. Ini paling tepat.

Menghafal Ribuan Hadis

Ini juga kerana mimpi yang akan ditafsirkan juga terkadang-kadang perlu dikaitkan dengan hadis Nabi saw. Sebagaimana contoh : Madu ,Susu dan kurma ditafsirkan Ilmu. Jubah yang labuh ditafsirkan kehebatan agama. Tali di tafsirkan sebagai pegangan agama.

Asbubun Nuzul / Asbabul Wurud

Ini agar boleh menyesuaikan mimpi dengan firman Allah dan hadis Nabi saw agar tidak tersalah pemahaman berlebih lagi jika mimpi itu seperti mimpi-mimpi yang pernah di tafsirkan oleh Nabi saw dan sahabat.

Ilmu Firasat

Ini juga perlu diketahui oleh sesaorang yang mahu menfsirkan mimpi. Ketiadaan ilmu ini sukar untuk menafsirkan kerana sesaorang yang bermimpi berlainan watak dan situasi serta kerjabuat hariannya. Dikatakan Imam Syafie mahir dengan Ilmu Firasat ini selain ilmu Feqah. Contoh: seorang yang bermimpi wajah menjadi hitam boleh di tafsirkan kepada beberapa perkara. Wajah Hitam boleh ditafsirkan sebagai mendapat anak perempuan dan juga boleh ditafsirkan Murtad. Ini dapat dibuat dengan mengetahui latar belakang orang yang mimpi. Inilah peranan ilmu firasat tadi.

Ketakwaan Yang Tinggi

Kelemahan dalam agama meyebabkan kelemahan dalam menafsirkan mimpi. Sebab itulah mimpi tidak boleh diceritakan kepada sebarang orang. Hanya orang yang tertentu sahaja. Takut kalau-kalau orang-orang jahil menafsirkannya maka ianya akan mengikut tafsiran orang tersebut.

Contoh : Seorang datang bertemu Ibn Sirin dan meminta ditafsirkan mimpinya. Katanya ia bermimpi memijak kepala Nbi saw. Kata Ibn Sirin kepadanya, “Tanggalkan Khuf (Kasut yang dipakai pada musim sejuk) kamu” Bila lelaki itu menggalkan Khuf tersebut rupanya dia memijak syiling di dalam khuf tersebut yang tertulis Muhammadur Rasulullah saw. Kalau mimpi ini diceritakan kepada orang jahil maka mungkin lain pula tafsirnya.

Bila dilihat criteria di atas maka kita dapati sukar untuk sesaorang itu mentafsirkan sebarang mimpi. Terlalu sukar untuk ulama sekarang yang memiliki ilmu di atas berlebih lagi Ilmu Firasat. Sebab itu jangan menafsirkan sebarang mimpi sekiranya diceritakan mimpi kepada kita oleh sesaorang.
Umumnya sekiranya sesaorang bermimpi sesuatu yang berupa ajaran amalan, doa atau kaifiat sesuatu amalan maka perlu diperinci terlebih dahulu seperti berikut :-

a) Boleh diamalkan kalau amalan,doa atau kaifiat tersebut bersesuaian dengan syariat.

b) Tidak Boleh diamalkan bilamana mimpi tersebut tidak sesuai dengan syariat yang telah dibawa oleh Nabi saw kerana mimpi tidak boleh dijadikan dasar hukum.

Nota:

Maulana Elyas rah juga pernah bermimpi sebagaiman yang tercatit di dalam malfuzatnya, bahawa beliau pernah bermimpi berkaitan Surah Ali Imran ayat 110.
“Kamu adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan untuk (faedah) manusia (kerana) kamu menyuruh manusia berbuat kebaikan dan melarang dari segala yang mungkarserta kamu pula beriman kepada Allah swt.”
Mimpi yang dihujahi dengan ayat Al-Quran sememangnya tepat serta mimpi maulana adalah bersesuaian dengan syariat. Tetapi gulungan Salafi / Wahabi mengkritik kisah ini.

Wallahu’alam.
(Rujukan : Bahrul Maazi Jld 8 / I'anatut Thalibin juz 1 /Nihayatul Mutaj juz 1.)

Beramal Dengan Hadis Dhoif Sekalipun Pada Perkara Hukum


Para ulama telah berdalil dengan hadis-hadis Dhoif, yang Dhoifnya tidaklah terlampau Dhoif. Sehingga pada masaalah hukum-ahkam yang mana hadis-hadis yang Dhoif telah juga diambil iktibar. Istimewa lebih-lebih lagi bila pada bab yang bukan bab hukum-ahkam.

Contoh contoh pada masalah yang sebegitu terlalu banyak. Misalnya hadis-hadis berkenaan meletakkan tangan kanan ke atas tangan kiri ketika di dalam sembahyang. Maka hadis-hadis berkenaan dalam perkara tersebut adalah hadis-hadis yang Dhoif. Oleh yang demikian sekalipun tidak ada satu pun hadis-hadis dalam masalah ini yang sah. Ada yang paling Sohih pun ialah hadis yang diriwayatkan oleh Wail: ((Nabi SAW meletakkan kedua-dua tangan tersebut di atas dada.)) Pada hal ia bukan pula dalil untuk amalan meletakkan kanan atas kiri, al-Sawkani dan selain beliau telah menyebut tentang hadis ini.

Engkau akan jumpai contoh-contoh pada masalah yang sebegitu terlalu banyak misalnya di dalam (1.) Kitab Muntaqa al-Akhbar – karangan al-Mujid Ibnu Taimiyah, dan syarahanNya ( 2.) Nailul Awthar – karangan as-Syaukani, (3.) Takhrij Al-Hadith al Hidayah – karangan al-Hafiz Zailaie, (4.) Talkhis al-Habir - karangan Ibnu Hajar al-Asqolani, (5.) BBuluughu al-Muram, dan SyarahanNya (6.) Subul al-Salam- karangan as-Suna’ni. Di dalam (7.) Muwata- Imam Malik terdapat hadis-hadis bertaraf Mursal dan hadis-hadis yang di mulai dengan lafaz “Balagha”. Begitu juga di dalam kitab-kitab Sunan terdapat bab-bab hukum yang berhujahkan hadis-hadis Dhoif, dalam jumlah yang tidak sedikit.

Berkata al-Hafidz Abu Fadhal Abdullah bin Siddiq al-Ghumari r.h.m: Perkataan para Ulamak dalam Ilmu Ini:

الحديث الضعيف لا يعمل به فى الأحكام ليس على اطلاقه , كما يفهمه غالب الناس أو كلهم ؛ لأنك اذا نظرت فى أحاديث الأحكام التى أخذ بها الأئمة المجتمعين ومنفردين وجدت فيها من الضعيف ما لعله يبلغ نصفها أو يزيد , وجدت فيها المنكر والساقط , القريب من الموضوع.

(Hadis-hadis Dhoif tidak diamalkan dengannya pada hukum-ahkam tidaklah menurut lafaz ithlaqnya (makna yang menyeluruh) sebagaimana fahaman kebanyakkan manusia atau seluruh mereka. Kerana jikalau engkau memerhati pada hadis-hadis hukum yang telah digunakan oleh Imam-imam, samada secara sependapat ataupun sendirian pada sudut berdalil dengan hadis dhoif, nescaya engkau akan dapati terdapat hadis-hadis yang Dhoif barangkali mencapai separuh daripada dalil-dalil hukum-ahkam tersebut atau melebihi separuh. Kadang-kala engkau akan jumpai hadis-hadis Mungkar, hadis Saqith dan hadis-hadis yang hampir kepada taraf Maudhu’.)

Perkara ini telah diisyaratkan oleh saudara kandung kami al-Allamah al-Hafiz as Saiyid Ahmad di dalam kitab al Masnuni wal Battal, maka hendaklah dirujuk di sana. Bahkan mereka yang telah mencontohkan kaedah tersebut adalah Imam Malik dan Imam Abu Hanifah di mana mereka telah berhujah dengan hadis-hadis Mursal. Sebahagian daripada usul Imam Ahmad dan muridnya Abu Daud adalah berhujah dengan hadis-hadis Dhoif. Beliau telah mendahulukan hadis Dhoif daripada Pendapat dan Qiyas. Imam Abu Hanifah seperti yang telah dinaqalkan oleh Ibnu Hazam juga telah beramal seperti mana mereka yang seangkatan dengannya. Terdapat di dalam perpustakaan kami satu naskah kitab tulisan tangan berjudul al-Mi’yar, di dalamnya disebutkan hadis Dhoif pada tiap-tiap bab, yang telah dipungut daripada ijtihad para Ulamak Mahzab Empat, sebagai dalil mereka samada sependapat atau bersendiri menggunakan hadis-hadis Dhoif pada sesuatu hukum.

Apabila telah mantap bagimu pada kaedah ini, maka janganlah engkau berpaling disebabkan was-was yang telah dilemparkan oleh kumpulan buat kacau-bilau bahawa hadis-hadis Dhoif tidak boleh ditegakkan hujah dengannya sama sekali, kerana engkau telah mengetahui kaedah tersebut adalah sebahagian amalan para Imam Umat ini. Tetapi alangkah menghairankan, Thoifah (kumpulan) ini telah menggunakan hadis-hadis Dhoif apabila sesuai dengan kehendak mereka dan mengutamakan hadis-hadis Dhoif daripada yang Sohih. Perkara sebegini boleh diketahui dengan memerhatikan cara mereka menggunakan dalil-dalil untuk menegakkan bida’ah dan bantahan-bantahan mereka. Ini adalah merupakan permainan-permainan yang patut mendapat murka Tuhan

(Salafitobat)

Friday, March 13, 2009

Ijmak Para Ulamak beramal dengan hadis Dhoif:


Tidak cedera Ijmak disebabkan terdapat pertentangan dan pendapat yang pelik (Syaz) Tidak terdapat seorang pun dikalangan para Ulamak yang menentang Ijmak pada Keharusan beramal dengan hadis-hadis yang Dhoif pada soal Fadhoil Amal melainkan Al-Qadi Abu Bakar bin Al-Arabi. Yang demikian itu telah menyebut oleh guru kami didalam risalahnya, perkataan yang berbunyi,:
له وجوه يرد عليه منها , ويحمل كلامه عليها … ويكفى انه انفرد بهذا القول لئلا يحتج به
((Beliau (Qadhi al-Arabi) mempunyai pendapat-pendapat yang dibangkang dan (diihtimalkan) ditujukan maksud beliau kepada…. Memadalah bahawa bersendirian beliau dengan perkataan itu dan tidak boleh dipegang sebagai hujjah.))

Adapun perbuatan sebahagian penulis kini yang suka mengubah-ubah fakta, cuba menisbahkan pendapat tersebut (iaitu tidak boleh sekali-kali beramal dengan hadis Dhoif sekalipun pada Fadhoil Amal) kepada Imam al-Bukhari dan Imam Muslim sebenarnya adalah merupakan perkara yang sangat ajeeb (menghairankan).

Kenapa begitu, jawabnya kerana Imam Al-Bukhari telah menulis di dalam kitabnya Al-Adabul Mufrod dan di dalam kitab Tarikh yang mana beliau tidak mensyaratkan periwayatan-periwayatan hadis dengan meninggalkan hadis-hadis yang Dhoif. Maka di dalam kedua kitab tersebut, beliau telah menisbahkan riwayat-riwayat tersebut kepada diri beliau sendiri, tidak lain tidak bukan tujuannya supaya bersungguh-sungguh manusia beramal dengan hadis-hadis tersebut walaupun terdapat hadis-hadis yang Dhoif.

Kemudian Imam al-Bukhari R.A telah menyebut hadis hadis yang tidak menurut syarat-syarat beliau dalam kitab Jami’ nya, iaitu kitab Jami’ Sohih dan sebahagian daripada hadis hadis tersebut sekalipun di dalam Jami’ Sohih, karangan beliau terdapat hadis-hadis yang Dhoif, Ini terdapat di dalam ta’lik atau tarjamah beliau. Berlakunya perkara yang demikian menunjukkan, bahawa beliau sebenarnya beramal juga dengan hadis-hadis yang Dhoif, Adapun sebab beliau tidak menyebut di dalam Asal Kitab Sohihnya itu kerana bertentangan dengan syarat syarat beliau, yang mana beliau hanya akan meriwayatkan hadis-hadis didalam Kitab Jami’ nya itu tidak lain melainkan hadis-hadis yang Sohih sahaja.

Adapun Imam Muslim, maka sesungguhnya Imam Nawawi yang telah mensyarahkan kitab beliau, telah menghikayatkan Ijmak atas Keharusan, beramal dengan hadis hadis yang Dhoif pada Fadhailul amal, Padahal Imam Nawawi lebih mengetahui, berkenaan Imam Muslim, dan berkenaan Kitab Sohih Imam Muslim, berbeza jauh apabila dibandingkan dengan mereka yang membantah.

Adapun perkataan, sekumpulan daripada golongan orang yang menisbahkan diri mereka, sebagai golongan Salafi pada zaman kita ini, maka tidaklah akan cedera pula Ijmak lantaran kurang faham mereka itu dan lantaran disebabkan mereka membantahinya pada perkara yang telah diamalkan (iaitu beramal dengan hadis-hadis Dhoif).

Selain daripada itu, sebenarnya kebanyakan mereka yang mendakwa sebagai Salafi itu, bukanlah Ahli di medan Ilmu Ini.

(Petikan Dari Salafitobat)

Sifat Khusus Pemiutang


Berikut beberapa perkara khusus yang ditujukan kepada pemiutang:

Pertama: Dianjurkan Memberi Hutang Oleh Orang Yang Mampu.

Memberi hutang kepada orang yang berada dalam kesempitan kewangan termasuk dalam keumuman hadis Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam:

مَنْ يَسَّرَ عَلَى مُعْسِرٍ يَسَّرَ اللَّهُ عَلَيْهِ فِي الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ.
Sesiapa yang memudahkan orang yang berada dalam kesukaran,
Allah akan memudahkan ke atasnya urusan dunia dan akhirat.[1]

Ini kerana memberi hutang adalah satu bentuk sedekah:

كُلَّ قَرْضٍ صَدَقَةٌ.
Setiap pemberian hutang ialah sedekah.[2]

Bahkan memberi hutang ialah sedekah yang dibalas dengan ganjaran yang lebih besar:

دَخَلَ رَجُلٌ الْجَنَّةَ فَرَأَى مَكْتُوْبًا عَلَى بَابِهَا: الْصَّدَقَةُ بِعَشْرِ أَمْثَالِهَا
وَالْقَرْضُ بِثَمَانِيَةَ عَشَرَ.
Seseorang memasuki syurga lalu melihat tertulis di atas pintunya:
Sedekah dibalas dengan sepuluh kali gandaan
manakala memberi hutang dibalas dengan lapan belas (kali gandaan).[3]

Oleh itu digalakkan memberi hutang dengan syarat pemiutang itu sendiri memiliki kelebihan harta. Jangan pula berhutang untuk memberi hutang.

Kedua: Mengutip Hutang Dengan Akhlak Yang Mulia.

Apabila pemiutang hendak mengutip atau meminta balik hutangnya, mintalah dalam suasana akhlak yang mulia. Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam mengingatkan:

مَنْ طَالَبَ حَقًّا فَلْيَطْلُبْهُ فِي عَفَافٍ وَافٍ أَوْ غَيْرِ وَافٍ.
Sesiapa yang menuntut satu haknya (seperti hutang) maka tuntutlah dengan cara yang baik tanpa mengira (orang yang berhutang itu) membayar balik atau tidak membayarnya.[4]

Ketiga: Memberi Tangguh Kepada Penghutang.

Jika penghutang mengalami kesukaran untuk membayar hutangnya, maka dianjurkan kepada pemiutang untuk memberi tangguh sehinggalah dia mampu membayar semula. Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:

“Dan jika orang yang berhutang itu sedang mengalami kesempitan hidup,
maka berilah tempoh sehingga dia lapang hidupnya.” [al-Baqarah 2:280]

Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam juga bersabda:

رَحِمَ اللَّهُ رَجُلاً سَمْحًا إِذَا بَاعَ وَإِذَا اشْتَرَى وَإِذَا اقْتَضَى.
Allah merahmati seseorang yang bersikap lapang dada apabila membeli, menjual dan mengutip hutang.[5]

Keempat: Menjadikan Hutang Sebagai Modal Pelaburan.

Jika setelah diberi tangguh penghutang masih tidak mampu membayarnya, maka pemiutang memiliki pilihan agung untuk menjadikan hutang itu sebagai modal pelaburan. Iaitu jadikan hutang itu sebagai sedekah sepenuhnya kepada penghutang. Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:

Dan jika orang yang berhutang itu sedang mengalami kesempitan hidup,
maka (1) berilah tempoh sehingga dia lapang hidupnya dan (2) (sebaliknya) bahawa kamu sedekahkan hutang itu (kepadanya) adalah lebih baik untuk kamu, kalaulah kamu mengetahui. [al-Baqarah 2:280]

Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

إِنَّ رَجُلاً لَمْ يَعْمَلْ خَيْرًا قَطُّ وَكَانَ يُدَايِنُ النَّاسَ فَيَقُولُ لِرَسُولِهِ:

خُذْ مَا تَيَسَّرَ وَاتْرُكْ مَا عَسُرَ وَتَجَاوَزْ لَعَلَّ اللَّهَ تَعَالَى أَنْ يَتَجَاوَزَ عَنَّا.

فَلَمَّا هَلَكَ قَالَ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ لَهُ: هَلْ عَمِلْتَ خَيْرًا قَطُّ؟ قَالَ: لاَ إِلاَّ أَنَّهُ كَانَ لِي غُلاَمٌ وَكُنْتُ أُدَايِنُ النَّاسَ فَإِذَا بَعَثْتُهُ لِيَتَقَاضَى قُلْتُ لَهُ: خُذْ مَا تَيَسَّرَ وَاتْرُكْ مَا عَسُرَوَتَجَاوَزْ لَعَلَّ اللَّهَ يَتَجَاوَزُ عَنَّا. قَالَ اللَّهُ تَعَالَى: قَدْ تَجَاوَزْتُ عَنْكَ.

Sesungguhnya terdapat seseorang yang tidak pernah melakukan apa jua amal kebaikan
kecuali dia lazim memberi hutang kepada orang ramai (yang berada dalam kesukaran kewangan). (Apabila mengutip hutang) dia berkata kepada pembantunya:

“Ambillah apa yang mudah (daripada orang yang dapat membayar hutang)
dan tinggalkanlah apa yang sukar (daripada orang yang tidak mampu membayar hutang)
dan maafkanlah (hapuskanlah hutang itu), mudah-mudahan Allah Ta‘ala memaafkan kita.”

Kemudian apabila dia meninggal dunia, Allah ‘Azza wa Jalla berfirman kepadanya
(padahal Allah sudah sedia mengetahui):

“Apakah kamu tidak melakukan apa jua kebaikan?” Dia menjawab: “Tidak (ada apa-apa kebaikan) kecuali aku memiliki seorang pembantu dan aku lazim memberi hutang kepada orang ramai. Apabila aku mengutusnya untuk mengutip hutang aku berkata kepadanya:
“Ambillah apa yang mudah (daripada orang yang dapat membayar hutang) dan tinggalkanlah apa yang sukar (daripada orang yang tidak mampu membayar hutang)
dan maafkanlah (hapuskanlah hutang itu), mudah-mudahan Allah Ta‘ala memaafkan kita.”

(Maka) Allah Ta‘ala berfirman: “Sungguh Aku memaafkan kamu.”[6]

[1] Sahih: Dikeluarkan oleh Ibn Majah dan dinilai sahih oleh al-Albani dalam Shahih Sunan Ibn Majah, hadis no: 1976 (Kitab al-Shadaqat, Bab menangguhkan kutipan hutang).
[2] Hasan: Dikeluarkan oleh al-Thabarani dan dinilai hasan lighairihi oleh al-Albani dalam Shahih al-Targhib wa al-Tarhib, hadis no: 899.
[3] Hasan: Dikeluarkan oleh al-Thabarani dan al-Baihaqi dan dinilai hasan oleh al-Albani dalam Shahih al-Targhib wa al-Tarhib, hadis no: 900.
[4] Sahih: Dikeluarkan oleh Ibn Majah dan dinilai sahih oleh al-Albani dalam Shahih Sunan Ibn Majah, hadis no: 1980 (Kitab al-Shadaqat, Bab meminta dengan baik dan mengambil dengan sopan).
[5] Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no: 2076 (Kitab al-Buyu’, Bab mudah dan lapang dada dalam pembelian, penjualan…).
[6] Hasan Sahih: Dikeluarkan oleh al-Nasa‘i dan dinilai hasan sahih oleh al-Albani dalam Shahih Sunan al-Nasa‘i, hadis no: 4708 (Kitab al-Buyu’, Bab bersikap baik dalam pergaulan dan santun dalam membuat tuntutan).

(Penulis Asal Tidak Diketahui)

Sifat Khusus Penghutang


Dalam fiqh hutang-piutang, terdapat beberapa perkara yang ditujukan khusus kepada penghutang dan pemiutang sahaja. Perkara khusus yang dimaksudkan kepada penghutang ialah:

Pertama: Penghutang Hendaklah Bertekad Membayar Hutang.

Apabila penghutang bertekad atau bersungguh-sungguh ingin membayar hutangnya, maka Dia akan memperoleh Allah Subhanahu wa Ta'ala sebagai pembantunya. Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

مَنْ أَخَذَ أَمْوَالَ النَّاسِ يُرِيدُ أَدَاءَهَا أَدَّى اللَّهُ عَنْهُ وَمَنْ أَخَذَ يُرِيدُ إِتْلاَفَهَا
أَتْلَفَهُ اللَّهُ.
Sesiapa yang mengambil harta orang (berhutang) dan berkeinginan untuk membayarnya,Allah akan (membantu dia) membayarnya dan sesiapa yang mengambil dan ingin membinasakannya (tidak berhajat untuk membayar balik), Allah akan (membantu dia) untuk membinasakannya.[1]


Kedua: Penghutang Hendaklah Segera Membayar Hutang.

Jika memiliki kelebihan harta, hendaklah menggunakannya untuk segera membayar hutang sekalipun lebih awal dari tempoh matang. Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

لَوْ كَانَ لِي مِثْلُ أُحُدٍ ذَهَبًا مَا يَسُرُّنِي أَنْ لاَ يَمُرَّ عَلَيَّ ثَلاَثٌ وَعِنْدِي مِنْهُ شَيْءٌ إِلاَّ شَيْءٌ أُرْصِدُهُ لِدَيْنٍ.

Seandainya aku memiliki emas semisal bukit Uhud (jumlahnya), aku tidak senang seandainya emas itu masih ada padaku selama tiga hari melainkan aku gunakannya untuk membayar hutang.[2]


Ketiga: Menghukum Penghutang Yang Sengaja Menunda Bayaran.

Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

لَيُّ الْوَاجِدِ يُحِلُّ عِرْضَهُ وَعُقُوبَتَهُ.
Penundaan oleh orang yang mampu membayar hutang menghalalkan dia dipermalukan dan dihukum.[3]

Jika penghutang sengaja menunda pembayaran setelah tempoh matang padahal dia mampu, pihak pemiutang berhak memaparkan namanya di akhbar dan mengenakan tindakan mahkamah ke atasnya. Walaubagaimanapun dilarang mengenakan hukuman berbentuk harta kepada penghutang tersebut kerana itu ialah riba. Sebagai contoh, jika Zakaria gagal membayar hutangnya kepada Yaakub yang berjumlah RM10,000.00 pada tempoh matangnya, Yaakub tidak boleh menghukum Zakaria dengan mensyaratkan dia membayar RM12,000.00. Tambahan RM2000.00 itu ialah riba.


Keempat: Dianjurkan Membayar Dengan Nilai Yang Lebih Dan Mendoakan Pemiutang.

Abi Rafi’ radhiallahu 'anh menerangkan bahawa Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam pernah meminjam seekor unta yang masih kecil umurnya. (Beberapa ketika) kemudian unta-unta sedekah diserahkan kepada baginda. Baginda menyuruh Abi Rafi’ untuk mengembalikan unta kecil yang pernah baginda pinjam sebelum itu. (Setelah mencari-cari di kalangan unta sedekah itu) Abi Rafi’ kembali kepada Rasulullah dan berkata: “Aku tidak menemui kecuali semuanya yang lebih baik.” Maka Rasulullah bersabda:

أَعْطِهِ إِيَّاهُ إِنَّ خِيَارَ النَّاسِ أَحْسَنُهُمْ قَضَاءً
“Berikanlah kepadanya (unta yang lebih baik itu kerana) sesungguhnya
di antara (ciri) manusia yang baik ialah membayar hutang dengan nilai yang lebih baik.”[4]

Membayar dengan nilai yang lebih baik hanya dibolehkan jika lebihan tersebut adalah hadiah daripada penghutang kepada pemiutang. Ia tidak boleh menjadi syarat hutang kerana yang sedemikian ialah riba.

Selain itu disunnahkan juga mendoakan pemiutang. ‘Abd Allah bin Abu Rabi‘ah radhiallahu 'anh berkata, Nabi shallallahu 'alaihi wasallam pernah meminjam sebanyak empat puluh ribu (dinar) daripadanya. Apabila baginda datang untuk membayar balik hutang tersebut, baginda bersabda:

بَارَكَ اللَّهُ لَكَ فِي أَهْلِكَ وَمَالِكَ إِنَّمَا جَزَاءُ السَّلَفِ الْحَمْدُ وَالأَدَاءُ.
Semoga Allah memberkati kamu dalam urusan keluarga kamu dan harta kamu.
Sesungguhnya balasan dari pinjaman tidak lain adalah pujian dan pembayaran.[5]



[1] Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no: 2387 (Kitab fi al-Istiqradh…, Bab sesiapa mengambil harta orang …).
[2] Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no: 2389 (Kitab fi al-Istiqradh…, Bab membayar hutang).
[3] Hasan: Dikeluarkan oleh Abu Daud dalam Shahih Sunan Abi Daud, hadis no: 3628 (Kitab al-Aqdiyat, Bab menahan orang kerana hutang dan selainnya).
[4] Sahih: Dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadis no: 1600 (Kitab al-Musaqat, Bab orang yang mengambil sesuatu sebagai hutang…). Unta sedekah tersebut dibeli oleh Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam sebelum digunakan untuk membayar hutang kerana baginda sekeluarga tidak boleh menerima sedekah. Rujuk penjelasan al-Nawawi dalam al-Minhaj Syarh Shahih Muslim bin al-Hajjajj, jld. 6, ms. 116.
[5] Sahih: Dikeluarkan oleh al-Nasa‘i dalam Shahih Sunan al-Nasa‘i, hadis no: 4697 (Kitab al-Buyu’, Bab pinjaman).

(Penulis Asal Tidak Dikenali)

Wednesday, March 11, 2009

Cara Mudah Nak Dapat Anak


Lumrah dalam masyarakat kita, apa yang dikataka oleh seorang dokter (tabib) pastinya kita akan memepercayainya kerana sememangnya mereka-mereka ini pakar dalam bidang perubatan. Begitulah terjadi kepada seorang lelaki yang setelah beberapa tahun berkahwin namun belum ada tanda-tanda akan mendapat anak. Beliau pun mendatangi seorang dokter sakit puan untuk memeriksa isterinya agar boleh ia mendapat anak.

Sesampai di klinik, isterinya terus diperiksa oleh dokter berkenaan. Dokter tersebut memeriksa dengupan jantung. Kemudian katanya, “ Kamu tidak perlu ubat kesuburan sebabnya mengikut kepakaran yang ada pada saya, melalui dengupan jantung kamu, 40 hari lagi kamu dijangka akan meninggal dunia.” Apa lagi, wajah si isteri menjadi pucat dan lelaki itu juga terkejut dengan keterangan dokter tersebut.

Sejak dari hari tu si isteri mula tak lalu makan, muram memanjang, sekejap-sekejap menangis mengingatkan hanya sempat hidup 40 hari sahaja. Dalam membilang hari, badanya mula susut disebabkan tak lalu makan dan sentiasa sedih. Setelah sampai 40 hari, ternyata dia masih hidup malah rasa macam biasa sahaja, tak pula mati. 40 hari berlalu namun masih tak mati-mati, malah rasanya bertambah sihat.

Setelah itu, lelaki itu membawa isterinya kembali berjumpa dokter pakar sakit puan itu untuk menanyakan mengapa isterinya tak mati sebagaimana yang dikatakan oleh dokter berkenaan.

“Saya pelik sebab apa isteri saya belum mati?” Jelasnya dengan wajah berkerut. Jawab dokter selamba, “ Saya tau isteri kamu memang belum mati lagi.” Tapi sekarang badannya dah mula susutkan, rampingkan, slimkan ? Okey le tu.” Jelas dokter dengan senyuman terukir. “Tapi dokter, kan dia akan mati? “ terang lelaki itu dengan wajah yang makin berkerut. “ Tak payah tapi-tapi, ni le masanya kamu perlu mengauli isteri kamu tu, Insyaallah selepas ini kamu pasti akan dapat anak.” jelas dokter lagi dengan suara perlahan sambil sedikit ketawa. “ Eh ! biar betul dokter. Macamana boleh jadi macam ni? ” Tanya lelaki tersebut yang mula nampak ceria dan sedikit senyum.

“Baiklah. Macam ni sebenarnya, dulu saya lihat isteri kamu seorang yang cukup gemuk , banyak pula lemak di badannya. Melalui kepakaran yang ada pada saya, orang perempuan yang gemuk macam ni memang sukar nak dapat anak. Ini kerana lemak di badannya menutupi saluran peranakan.” Terang dokter kepada lelaki itu yang sememangnya memberi tumpuan. Katanya lagi,” Aku memang buat begitu agar dia menjadi kurus dan ianya pun dah terbukti. Kalau badannya tak kurus, sampai bila pun kamu sukar untuk mendapat anak.”

Lelaki itu pun sambil senyum lebar dan ketawa terbahak-bahak keluar dari bilek dokter tersebut.

( Ihya Ulumuddin dengan sedikit olahan: sidogiri )

p/s : Kekadang ada logiknya juga buat macam tu. Sebabnya orang perempuan ni bab gemuk cukup sensitive. Selain tu cuba acah nak kahwin lagi sorang, pasti susut badannya.

Tuesday, March 10, 2009

Badruna Habibuna.


Setelah kewafatan Rasulullah saw, Saidina Umar ra mengungkapkan kata-kata:

“Ya Rasulullah ibu bapaku aku korbankan untuk mu, pohon kurma yang engkau jadikan tempat bersandar ketika berkhutbah mulai menangis bila berpisah denganmu, ianya berhenti menangis ketika engkau meletakan tanganmu yang penuh dengan berkah di atasnya. Ya Rasulullah, umatmu lebih layak untuk menangis ketika berpisah denganmu daripada pohon kurma yang tidak bernyawa.”

“Ya Rasulullah, ibu bapaku ku korbankan untukmu, engkau amatlah mulia di sisi Allah dan Dia berfirman : “Barang siapa taat kepada Rasulullah, maka dia telah mentaati Allah.” (An-Nisa’ :80)

“Ya Rasulullah, ibu bapaku aku korbankan untukmu, keutamaan engkau sangatlah tinggi di sisi Allah, sehingga Dia memberimu pengampunan sebelum engkau memohon keampunan. Dia berfirman “ Semoga Allah memaafkan. Mengapa kamu memberi izin kepada mereka (untuk tidak pergi berperang) “ (At-Taubah : 43)

“Ya Rasulullah, ibu dan bapaku ku korbankan untukmu, kedudukanmu begitu tinggi di sisi Allah, sehingga Dia menyebutkan perjanjian denganmu lebih awal dibandingkan para nabi walau pun engkau lahir paling akhir. Dia berfirman, “ Dan (ingatlah) ketika kami mengambil perjanjian dari nabi-nabi dan dari kamu (sendiri) dan dari Nuh serta Ibrahim.” (Al-Ahzab : 7)

“Ya Rasulullah, ibu dan bapaku ku korbankan untukmu, kedudukanmu begitu tinggi di sisi Allah, sehingga orang kafir di Neraka Jahanam berangan-angan seandainya dulu mereka mentaatimu. Allah berfirman,” Aduh celakalah kami, seandainya kami mentaati Allah dan Rasulnya.”

“Ya Rasulullah, ibu dan bapaku ku korbankan untukmu, Allah telah memberi mukjizat kepada Musa as, iaitu dapat mengeluarkan mata air dari dalam batu. Hal ini tidaklah terlalu menakjubkan, kerana Allah telah mengeluarkan air dari celah-celah jari-jarimu.”

“Ya Rasulullah, ibu dan bapaku ku korbankan untukmu, jika Sulaiman as telah mengenderai angin dalam sepagi mampu menempuh perjalanan satu bulan. Hal ini tidaklah terlalu menakjubkan , kerana engkau dengan mengenderai Buraq dalam semalam mampu menjelajah tujuh lapis langit dan pagi hari sudah kembali ke Mekah. Semoga Allah mengirim selawat untuk engkau.”

“Ya Rasulullah, ibu dan bapaku ku korbankan untukmu, Jika Allah memberi mukjizat kepada Isa as dapat menghidupkan orang yang mati dengan izin Allah. Hal ini tidaklah telalu menakjubkan, kerana sepotong daging yang hendak engkau makan telah berkata,”Janganlah enkau memakan aku, kerana aku telah dicampur dengan racun.”

“Ya Rasulullah, ibu dan bapaku ku korbankan untukmu, jika Nuh as telah berdoa kepada Allah,” Wahai Tuhanku janganlah Engkau biarkan (sisakan) orang kafir di atas bumi.” Tetapi di dalam peperangan Uhud ketika orang kafir telah melukai mukamu yang mulia, mematahkan gigimu, engkau tidak mengutuk mereka, tetapi malah engkau meminta ampun untuk mereka dengan doa “ Ampunkanlah kaum aku kerana sesungguhnya mereka tidak mengetahui.”

“Ya Rasulullah, ibu dan bapaku ku korbankan untukmu, umur engkau pendek namun berapa ramai manusia telah beriman keranamu. Nuh mempunyai umur yang sangat panjang, akan tetapi beberapa orang sahaja yang beriman.”

“Ya Rasulullah, ibu dan bapaku ku korbankan untukmu, jika engkau ingin duduk dengan orang yang sedarjat denganmu, tentunya engkau tidak duduk bersama dengan kami. Jika engkau ingin menikah dengan wanita yang sesuai dengan kedudukanmu yang mulia tentunya engkau tidak menikah dengan wanita dari kalangan kami. Dan jika engkau ingin makan dengan orang yang setaraf dengan kedudukanmu, tentunya engkau tida makan bersama dengan kami. Akan tetapi pada kenyataannya engkau menyuruh kami untuk duduk bersama denganmu., engkau telah menikahi wanita kami, engkau telah makan bersama dengan kami. Engkau telah memakai pakaian dari kulit hewan dan menunggang kaldai. Bahkan menyuruh anak-anak kecil untuk naik bersama denganmu. Engkau duduk menjamah makan di atas tanah sambil menjilat jarimu setelah makan. Ini semua menunjukan sifat tawadhukmu, semuga Allah swt merahmatimu”(Ihya Iman Ghazali)


Renung-renungkanlah wahai saudara saudari semua.

“Ya Robbi solli wa sallim daaiman abada. ‘Ala Habibika khiril khalqi kulli him”

“Ya Allah, limpahkanlah rahmatmu dan hantarkanlah kesejahteraan kekal abadi bagi KekasihMu yang terbaik dari sekelian makhlik”

Monday, March 9, 2009

Pengumuman :


Kepada sesiapa sahaja yang masuk ke blog ini dan mahu mengutip sebarang tulisan di sini dengan tujuan yang baik boleh mengutip, merujuk, mengcopy, mengepaste dan apa-apa lagi meng...

Kerana apa yang ada dalam blog ni :

"HAK CIPTA TIDAK TERPELIHARA"

Kerana penciptanya mahu dipelihara oleh "Tuhan Pemelihara"

Saudara saudari semua boleh le mengutipnya dengan tidak payah memberitahu kepada saya.

Sekian dimaklumkan.

Thursday, March 5, 2009

Lirik Lagu : Allah Peduli



Nyayian : Acnes Monica

Banyak perkara yang tak dapat ku mengerti
Mengapakah harus terjadi
Di dalam kehidupan ini
Suatu perkara yang
ku simpan dalam hati
Tiada satupun kan terjadi tanpa Allah perduli

Allah mengerti
Allah peduli
Segala persoalan yg kita hadapi
Tak akan pernah di biarkanya ku bergumul sendiri
Sbab Allah mengerti

Allah mengerti
Allah peduli
Segala persoalan yg kita hadapi
Tak akan pernah di biarkanya ku bergumul sendiri
Sebab Allah Yesus ku
mengerti

Komen :
(Lihat Pada Rangkapan Terakhir)

Kekadang bila difikirkan pengharaman penggunaan perkataan “ALLAH” di dalam penulisan Kristian di Malaysia adalah tindakkan yang terbaik bila dilihat pada lirik lagu di atas. Tidak mustahil sekiranya di benarkan pasti dan pasti bukan sahaja di dalam “catholic Herald” tetapi juga diberbagai tempat akan digunakan perkataan ALLAH, SOLAT, BAITULLAH dan sebagainya.

Pengalaman penulis yang selalu “Khuruj” di Indonesia, mendapati penggunaan ALLAH bukan setakat di dalam penulisan Majalah tetapi juga di 'signboard', dinding gereja , akhbar-akhbar dan diberbagai tempat sehingga kita keliru yang mana satu Islam dan yang mana satu Kristian. Contoh :

“Dewan Sidang Allah”.” Acara Khutbah Hari Minggu”, “Allah YesusKu”.

Bagaimana pula bagi anak muda yang kurang mendalami agama, anak-anak sekolah rendah dan pra sekolah. Tentulah berlebih lagi keliru.

p/s: Haram mendengar dan menyayi lagu di atas.

Wednesday, March 4, 2009

Kes Cerai Kini Mencecah 75,299


Berdasarkan petikan akhbar Utusan Malaysia 3 Mac 2009, memaparkan kadar perceraian di Malaysia meningkat mendadak mencecah 75,299 kes. Kadar tertinggi di Johor, manakala kadar terendah di Perlis. Apakah trend perceraian ini disebabkan terikut-ikut dengan selibriti tanah air kita? Ini dikeranakan ramai masyarakat Malaysia khususnya orang Melayu, akhir-akhir ini sering menghabiskan masa di hadapan TV. Mengikut kajian yang dibuat sesaorang itu menghabiskan masanya di hadapan TV sekurang-kurangnya empat jam dalam sehari semalam. Maka selibriti yang sering muncul di kaca TV diminati dan menjadi idola. Berlebih lagi apabila kisah perceraian rumah tangga selebriti ini diikuti oleh peminat.

Antara kisah perceraian yang sering dipaparkan akhir-akhir ini ialah kes perceraian Nash, Nora Danish, Seri Bayu dan Erema, AC Mizal, Beego serta Abby dan Norman Hakim. Sama ada perceraian itu baru berlaku atau masih dalam perbicaraan mahkamah, kisah perceraian selebriti -selebriti ini menjadi topik yang paling diikuti oleh masyarakat.

Mengikut pandangan Penasihat Majlis Agama Islam Johor juga bekas Mufti Johor Datuk Nooh Gadut, punca perceraian yang begitu ketara adalah kerana perbelanjaan kahwin dengan cara berhutang. Katanya ianya membebankan pasangan selepas berkahwin dan lansung berlaku perceraian. Pandangan ini mungkin ada betulnya jika dilihat disatu sudut. Namun kita faham bahawa ini adalah pandangan peribadi beliau.

Dalam akhbar Berita Harian 3 mac 2009 juga hari yang sama memaparkan satu kajian penyelidikan di London membonkar rahsia perkahwinan berpanjangan melalui 4 kali ciuman sehari, hubungan seks 3 kali seminggu dan berkongsi dua hobi dengan cara memeluk pasangan 3 kali setiap 24 jam serta mengucap kata-kata “ Saya sayangkan awak” sekurang-kurangnya sekali sehari. Ini boleh memanjangkan usia perkahwinan. Betul ke ? Mungkin betul di satu-satu sudut. Tapi itu kajian ke atas masyarakat Barat yang sememangnya jauh dari unsur-unsur keagamaan. Kalau di perhatikan ianya lebih kepada persoalan ‘nafsu’. Namin salahkah kita berbuat demikian? Jawabnya tidaklah salah asalkan bersesuaian dan bertempat.

Bagi penulis punca sebenar kadar perceraian meningkat tinggi adalah kerana kekurangan penghayatan agama di dalam rumah tangga orang –orang Islam ditambah pula dengan suasana yang tidak islamik di dalam masyarakat Islam sekarang ini. Suasana di dalam rumah tangga orang-orang Islam sememang sudah seperti rumah tangga orang-orang yang bukan Islam. Penuh dengan kegelapan dan tidak ada cahaya dari Al Quran dan Hadis Nabi saw. Solat tidak didirikan , Al Quran tidak dibaca. Suasani ‘ta’lim wa ta’lum’ tidak lagi ujud. Hasilnya adalah kegelapan yang memanjang. Boleh kah suami berlaku lunak dan si isteri berlaku taat.

Seperti mana firman Allah swt :

"Dan, di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu, isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu berasa tenang dengannya dan dijadikan di antara kamu perasaan belas dan berkasih sayang. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan bagi orang yang berfikir." (ar-Ruum: 21)

Ujudnya ketenangan, belas dan kasih sayang dalam rumah tangga apabila suasana (amalan agama) di praktikan di dalam rumahtangga bekenaan. Selama amalan agama tidak dipraktikan selama itu kita akan dapati krisis, pergaduhan serta perceraian akan berlaku dihujungnya walau pun pada awalnya nampak cantik dan bahagia.
Selama agama tidak ada pada ketua keluarga selama itu si suami tidak akan boleh mentadbir dan memimpin rumahtangga berkenaan. Kerana si suami terjauh dari sifat-siafat mulia yang terhasil dari amalan agama.

Sebagaimana sabdaan Nabi saw :

"Sebaik-baik kalian adalah yang paling baik terhadap isterinya dan saya adalah orang yang paling baik terhadap isteri." (Hadis riwayat Tabrani dan Tirmidzi)
Orang yang berlaku baik terhadap isteri dianggap orang yang terbaik oleh Nabi saw. Bagaimana boleh berlaku baik terhadap istari kalau terjauh dari amalan agama. Amalan agamalah yang menghasilkan akhlak mulia. Bila ada nilai-nilai agama pada kedua pasangan barulah akan terhasil rumah tangga yang bahagia dan memanjangkan usia perkahwinan.

Hasil dari ketakwaan suami dan isteri maka setiap amalan agama pasti jadi mudah diamalkan di dalam keluarga berkenaan.Setiap amalan yang di tuntun oleh Nabi saw mudah dipraktikan sebagaimana di bawah:

Tidur dalam satu selimut bersama isteri

Daripada Atha' bin Yasar: “Sesungguhnya Rasulullah dan Aisyah biasa mandi bersama dalam satu bejana. Ketika beliau sedang berada dalam satu selimut dengan Aisyah, tiba-tiba Aisyah bangkit. Baginda kemudian bertanya: “Mengapa engkau bangkit?” Jawabnya: “Kerana saya haid, wahai Rasulullah.”

“Sabdanya: “Kalau begitu, pergilah, lalu berkainlah dan dekatlah kembali kepadaku.” Aku pun masuk, lalu berselimut bersama baginda.” (Hadis riwayat Sa'id bin Manshur)

Memberi wangi-wangian pada auratnya

Aisyah berkata: “Sesungguhnya Nabi apabila meminyakkan badannya, baginda memulakan dari auratnya dan menyapunya dengan nurah (sejenis bubuk pewangi) dan isterinya meminyakkan bahagian lain seluruh tubuhnya.” (Hadis riwayat Ibnu Majah)

Mandi bersama isteri

Daripada Aisyah, beliau berkata: “Aku biasa mandi bersama dengan Nabi dengan satu bejana. Kami biasa bersama-sama memasukkan tangan kami (ke dalam bejana).” (Hadis riwayat 'Abdurrazaq dan Ibnu Abu Syaibah)

Disisir isteri
Daripada Aisyah, beliau berkata: “Saya biasa menyisir rambut Rasulullah, saat itu saya sedang haid.” (Hadis riwayat Ahmad).

Meminta isteri meminyakkan badannya

Daripada Aisyah, beliau berkata: “Saya meminyakkan badan Rasulullah pada Aidiladha selepas baginda melakukan jumrah 'aqabah.” (Hadis riwayat Ibnu 'Asakir)

Minum bergantian pada tempat yang sama

Daripada Aisyah, beliau berkata : “Saya biasa minum daripada cawan yang sama ketika haid, lalu Nabi mengambil cawan itu dan meletakkan mulutnya di tempat saya meletakkan mulut saya.

“Lalu baginda minum, kemudian saya mengambil cawan, lalu saya menghirup isinya. Kemudian baginda mengambilnya daripada saya, lalu beliau meletakkan mulutnya pada tempat saya meletakkan mulut saya, lalu beliau pun
menghirupnya.” (Hadis riwayat Abdurrazaq dan Sa'id bin Manshur)

Membelai isteri

“Adalah Rasulullah tidaklah setiap hari melainkan baginda mesti mengelilingi kami semua (isterinya) seorang demi seorang. Baginda menghampiri dan membelai kami dengan tidak mencampuri hingga beliau singgah ke tempat isteri yang beliau giliri waktunya, lalu baginda bermalam di tempatnya.” (Hadis riwayat Ahmad)

Tidur di pangkuan isteri

Daripada Aisyah, beliau berkata: “Nabi biasa meletakkan kepalanya pada pangkuanku walaupun aku sedang haid, kemudian baginda membaca al-Quran.” (Hadis riwayat 'Abdurrazaq)

Memanggil dengan kata-kata mesra

Rasulullah biasa memanggil Aisyah dengan beberapa nama panggilan yang disukainya seperti 'Aisy dan Humaira (pipi merah delima).

Mendinginkan kemarahan isteri dengan mesra.

Rasulullah biasa memicit hidung Aisyah jika beliau marah dan berkata: “Wahai 'Uwaisy, bacalah doa: 'Wahai Tuhanku, Tuhan Muhammad, ampunilah dosa-dosaku, hilangkanlah kekerasan hatiku, dan lindungilah diriku daripada fitnah yang menyesatkan.” (Hadis riwayat Ibnu Sunni)

Memberikan hadiah.

Daripada Ummu Kaltsum binti Abu Salamah, beliau berkata: “Ketika Nabi bernikah dengan Ummu Salamah, baginda bersabda kepadanya, 'Sesungguhnya aku pernah hendak memberi hadiah kepada Raja Najasyi sebuah pakaian berenda dan beberapa botol minyak kasturi, namun aku mengetahui ternyata Raja Najasyi meninggal dunia dan aku mengira hadiah itu akan dikembalikan. Jika hadiah itu memang dikembalikan kepadaku, aku akan memberikannya kepadamu.”

Beliau (Ummu Kultsum) berkata: “Ternyata keadaan Raja Najasyi seperti yang disabdakan Rasulullah dan hadiah itu dikembalikan kepada baginda, lalu baginda memberikan kepada masing-masing isterinya satu botol minyak kasturi, sedang sisa minyak kasturi dan pakaian itu beliau berikan kepada Ummu Salamah.” (Hadis riwayat Ahmad)

Khulasah:

Saudara-saudari semua “Wallahi” selama kita tidak munukar suasana rumah kita kepada suasana seperti suasana rumah Nabi saw dan Sahabat rahum selama itulah kita tidak akan merasai ‘Litaskuhu ilai ha’ (tenang) ‘Mawaddah’ (belas kasih) ‘Warohmah’ (kasih sayang). Mungkin usia perkahwinan berpanjangan tetapi kosong dari tiga perkara berkenaan. Atau pun mingkin di akhiri dengan PERCERAIAN.

p/s: Syor dan cadangan agar setiap rumah dibacakan hadis Nabi saw bagi mencahayai dengan cahaya agama. ( di dalam Tabligh disebutkan Majlis Ta’alim )Lihat juga artikel "Kecurangan Di Dalam Rumah Tangga" pada posting yang lalu.

Tuesday, March 3, 2009

ANAK YATIM Siri II


PAHALA MEMBANTU JIRAN DAN ANAK YATIM

Pada suatu masa ketika Abdullah bin Mubarak berhaji, beliau tertidur di Masjidil Haram. Dalam tdurnya, dia telah bermimpi melihat dua malaikat turun dari langit lalu yang satu berkata kepada yang lain, “Berapa banyak orang-orang yang berhaji pada tahun ini?”Jawab yang lain, “Enam ratus ribu.”Lalu ia bertanya lagi, “Berapa banyak yang diterima ?”Jawabnya, “Tidak seorang pun yang diterima, hanya ada seorang tukang kasut dari Damsyik yang bernama Muwaffaq. Dia tidak dapat berhaji, tetapi diterima hajinya sehingga semua yang haji pada tahun itu diterima dengan berkat hajinya Muwaffaq.”

Ketika Abdullah bin Mubarak mendengar percakapannya itu, maka terbangunlah ia dari tidurnya, dan langsung berangkat ke Damsyik mencari orang yang bernama Muwaffaq itu sehingga ia sampailah ke rumahnya. Dan ketika diketuknya pintunya, keluarlah seorang lelaki dan segera ia bertanya namanya. Jawab orang itu, “Muwaffaq.” Lalu abdullah bin Mubarak bertanya padanya, “Kebaikan apakah yang telah engkau lakukan sehingga mencapai darjat yang sedemikian itu?”Jawab Muwaffaq, “Tadinya aku ingin berhaji tetapi tidak dapat kerana keadaanku, tetapi mendadak aku mendapat wang tiga ratus diirham dari pekerjaanku membuat dan menampal kasut, lalu aku berniat haji pada tahun ini sedang isteriku pula hamil, maka suatu hari dia tercium bau makanan dari rumah jiranku dan ingin makanan itu, maka aku pergi ke rumah jiranku dan menyampaikan tujuan sebenarku kepada wanita jiranku itu.

Jawab jiranku, “Aku terpaksa membuka rahsiaku, sebenarnya anak-anak yatimku sudah tiga hari tanpa makanan, kerana itu aku keluar mencari makanan untuk mereka. Tiba-tiba bertemulah aku dengan bangkai himar di suatu tempat, lalu aku potong sebahagiannya dan bawa pulang untuk masak, maka makanan ini halal bagi kami dan haram untuk makanan kamu.”

Ketika aku mendegar jawapan itu, aku segera kembali ke rumah dan mengambil wang tiga ratus dirham dan keserahkan kepada jiranku tadi seraya menyuruhnya membelanjakan wang itu untuk keperluan anak-anak yatim yang ada dalam jagaannya itu.
“Sebenarnya hajiku adalah di depan pintu rumahku.” Kata Muwaffaq lagi.

Demikianlah cerita yang sangat berkesan bahwa membantu jiran tetangga yang dalam kelaparan amat besar pahalanya apalagi di dalamnya terdapat anak-anak yatim.
Rasulullah ada ditanya, “Ya Rasullah tunjukkan padaku amal perbuatan yang bila kuamalkan akan masuk syurga.” Jawab Rasulullah, “Jadilah kamu orang yang baik.”
Orang itu bertanya lagi, “Ya Rasulullah, bagaimanakah akan aku ketahui bahwa aku telah berbuat baik?” Jawab Rasulullah, “Tanyakan pada tetanggamu, maka bila mereka berkata engkau baik maka engkau benar-benar baik dan bila mereka berkata engkau jahat, maka engkau sebenarnya jahat.”

(Petikan dari kitab 'Riadhur Rayahin Fi Manakib Solihin')

Anak Yatim - Siri 1


( Jawapan Persoalan Saudara Muaz )

Perkataan “Yatim” terdapat di dalam Al quran sebanyak 23 kali. Sebahagian ahli bahasa Arab memberikan definasi anak yatim adalah anak yang bapanya sudah meninggal dunia. Sebahagian ulama pula menentukan batasan iaitu anak yang belum sampai umur baligh. Batasan ini ditentukan kerana menurut mereka ada hadis yang berbunyi: “…tidak ada anak yatim bagi anak yang telah sampai umur baligh.“

Sebahagian ulama menjelaskan, anak yatim adalah anak kecil yang tidak mempunyai bapa. Yang dimaksud tidak mempunyai bapa adalah tidak mempunyai bapa yang diketahui menurut syara’.Ini sebagaimana yang ditegaskan oleh Syaikh Ibrahim Al-Baijuri.

Persoalan pada usia berapa seorang anak yang kematian bapanya tidak lagi menjadi yatim, ini memang menjadi perselisihan ulama. Sebahagian ulama menetapkan pada usia tertentu. Ada yang berpendapat bila sudah berusia 10-12 tahun dan ada juga yang mengatakan bila sudah akil baligh. Namun ramai juga ulama yang berpendapat ianya bersifat relatif. Ianya bergantung keupayaan anak yatim itu berdikari.

Oleh itu ianya tetap dianggap anak yatim selama ianya belum boleh berdikari serta tidak mempunyai bapa untuk dijadikan tempat bersandar. Sebaliknya walaupun belum baligh tetapi jika ia boleh berdikari, boleh mengurus diri dan hartanya serta sudah mumaiyyiz, maka sesetengah ulama menganggap ianya bukan lagi anak yatim. Rumusannya anak yatim adalah anak-anak yang ditinggal mati oleh bapanya yang perlu diambil perhatian dan disayangi seperti anak-anak yang lain.

Di tempat kita ini, yang dikatakan anak yatim adalah anak yang kematian bapa, manakala anak yang kematian ibu dan bapa dikenali sebagai anak yatim piatu. Disebabkan kematian ibu dan bapa maka anak yatim piatu ini berlebih lagi perlu diambil perhatian oleh masyarakat.

Semua ini bersabit dari hadis Rasulullah saw :

“Aku dan orang-orang yang berlaku baik terhadap anak yatim di surga seperti ini. Kemudian beliau memberi isyarat dengan jari telunjuk dan jari tengah seraya sedikit meregangkannya. Isyarat itu menunjukan dekatnya kedudukan orang yang berlaku baik terhadap anak yatim dengan Nabi saw kerana tidak ada jari yang memisahkan jari telunjuk dengan jari tengah."( Riwayat Bukhari )

Juga sabdaan Rasulullah saw :

"Barang siapa yang menanggung makan dan minum dari orang Islam, sampai Allah swt., mencukupkan dia( anak-anak yatim ) maka Allah mengharuskan ia masuk surga, kecuali ia melakukan dosa yang tidak terampunkan." ( Riwayat Tarmizi )

[Rujukan: buku “Bersanding dengan Nabi di Surga”]

Wallahu’alam

P/s: Saudara Muaz, maaf kelewatan menjawab.

Monday, March 2, 2009

Perancang Keluarga / Keluarga Berencana

(Jawapan Kepada Persoalan Saudara Brorey)

Telah ada selaku fatwa dari ulama berkaitan Perancang keluarga. Ulama telah menetapkan bahawa Perancang keluarga ini umumnya adalah HARAM melainkan di atas beberapa perkara. Ini adalah kerana di zaman Nabi saw , sahabat-sahabat hanya melakukan amalan azal bagi maksud menjarangkan anak.

Hadis yang diriwayatkan oleh Jabir ra katanya,”Kami dahulu melakukan azal pada masa Rasulullah saw sedangkan Al Qur’an masih turun.” (HR. Bukhrori)

Jabir ra juga mengatakan,”Kami dahulu melakukan azal pada masa Rasulullah saw lalu hal itu sampai kepada Rasulullah saw dan beliau saw tidak melarangnya.” (Riwayat Muslim )

Jadi berdasarkan hadis di atas, amalan merancang keluarga yang dibenarkan adalah melalui azal sahaja. Namun begitu ulama masih membolehkan merancang keluarga ini di atas beberapa sebab. Antaranya ialah pandangan Syeikh Yusof al Qardhawi.

Syeikh Yusuf al Qaradhawi mengatakan bahwa diantara alasan-alasan yang dibolehkan merancang keluarga adalah seperti berikut:

1. Karana bimbang keselamatan hidup si ibu apabila mengandung atau melahirkan anak setelah dilakukan penelitian atau pemeriksaan oleh dokter yang pakar yang dapat dipercayai, Ini didasarkan kepada firman Allah swt :

وَلاَ تُلْقُواْ بِأَيْدِيكُمْ إِلَى التَّهْلُكَةِ

“Dan janganlah kamu menjatuhkan dirimu sendiri ke dalam kebinasaan.” (QS. Al Baqoroh : 195)

وَلاَ تَقْتُلُواْ أَنفُسَكُمْ إِنَّ اللّهَ كَانَ بِكُمْ رَحِيمًا

“Dan janganlah kamu membunuh dirimu. Sesungguhnya Allah adalah Maha Penyayang kepadamu.” (QS. An Nisaa : 29)

2. Karana bimbang menghadapi kesulitan hidup yang kadang-kadang boleh membawa kepada kesulitan dalam agama, sehingga boleh terjerumus ke lembah yang haram dan terlarang.

يُرِيدُ اللّهُ بِكُمُ الْيُسْرَ وَلاَ يُرِيدُ بِكُمُ الْعُسْرَ
“Allah menghendaki kemudahan bagimu, dan tidak menghendaki kesukaran bagimu.” (QS. Al Baqoroh : 185

مَا يُرِيدُ اللّهُ لِيَجْعَلَ عَلَيْكُم مِّنْ حَرَجٍ

“Allah tidak hendak menyulitkan kamu” (QS. Al Maidah : 6)

3. Bimbang terhadap kesihatan anak-anaknya.

Didalam hal ini bimbang atas kesihatan anak yang di dalam kandungan cacat dan sebagainya. Namun ini hendaklah di buktikan oleh dokter pakar yang dipercayai atau pengalaman kelahiran yang lalu.

4. Khawatir terhadap isteri yang menyusui apabila dia hamil lagi dan melahirkan anak yang baru. (Halal dan Haram hal 224 – 226)

Berdasarkan alasan-alasan di atas, maka merancang keluarga ini di BENARKAN. Namun mengambil jalan takwa adalah terlebih baik. Berkeyakinan bahawa anak yang dilahirkan pasti ada rezeki bagi mereka. Oleh itu kebimbangan kesulitan hidup sepatutnya di abaikan.

Firman Allah swt:

"Dan tidak ada yang merangkak-rangkak di bumi ini (makhluk Allah yang bernyawa) melainkan Allah yang menanggung (memberi) rezekinya." (Surah Hud : 6 )

Firmannya lagi :

“Dan perintahlah keluargamu (umatmu) mengerjakan solatdan hendaklah kamu tekun dan bersabar dalam mengerjakannya. Kami tidak meminta rezeki daripada kamu bahkan kamilah yang memberi rezeki kepada kamu.Dan ingatlah kesudahan yang baik bagiorang-orang yang bertakwa.” (Surah Toha :132)

Wallhua’alam

P/s: Telah dibuktikan banyak kes kanser pangkal rahim serta penyakit-penyakit puan berpunca dari pengambilan pil-pil perancang, maka sebaiknya kaedah azal itu terlebih utama.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin