MAKLUMAN :


widgeo.net

Sunday, March 31, 2013

Kumpulan Panji Hitam Langkasuka



 
Baru-baru ini penulis terbaca di dalan "Tranung kite" satu posting yang dibuat oleh ustaz Alexanderwathern
 bekas karkun yang tak silap saya pernah keluar 40 hari bersama-sama karkun Pokok Asam, Taiping Perak
tahun 80an dulu. Hasil pengamatan beliau maka beberapa ciri-ciri kumpulan dan Pemuda Bani Tamin " itu


1.      Pemuda Bani Tamim lahir di Malaysia.
2.      Jemaahnya iaitu 313 Panji Hitam Langkasuka sudah dibentuk.
3.      Jemaahnya sudah dibai’ah dan disahkan oleh Tuan Guru Wali Hidup, iaitu guru pondok Sungai Bayu, Gua Musang, Kelantan. 3 hari kemudian guru pondok itu meninggal dunia.
4.      Nama kerajaannya ialah Kerajaan Islam Empayar Langkasuka Nusantara.
5.      Pemimpinnya ialah Tuanku Sultan Raja Merongmahawangsa II. Dialah Pemuda Bani Tamim merangkap Pemegang Panji Al-Mahdi.
6.      Mereka boleh berhubung dengan arwah Tok Kenali.
7.      Majlis mereka sering diadakan di Masjid Tok Kenali di Kubang Kerian, Kelantan.
8.      Majlis-majlis mereka ada yang dihadiri oleh Wali-wali Songo/Sembilan, wali-wali kutub, jin-jin Islam, malah nabi-nabi seperti Nabi Khidhir, Nabi Ilyas dan ramai nabi lagi. Jemaah mereka mendapat 100% sokongan daripada tokoh-tokoh berkenaan.
9.      Jemaah mereka turut diakui kewujudannya oleh Zionist.
10.  Raja Langkasuka II itu berketurunan campuran antara keturunan Nabi Sulaiman dengan keturunan Nabi Muhammad. Juga berketurunan Nabi Ibrahim campur keturunan Nabi Sulaiman, iaitu satu kaum yang dikatakan hilang dalam sejarah.
11.  Mendakwa ada lebih 80 hadith sahih tentang Pemuda Bani Tamim dan yang seumpama dengannya. (Sesiapa yang ada masa bolehlah buat semakan tentang hadis-hadis ini).
12.  Dalam salah satu majlis mereka berlaku “keajaiban dari langit”.
13.  Sebagai bantuan kepada pasukan mereka, Allah menghantar tenteranya menghuru-harakan New York.
14.  Pihak Pesuruh & Pengikut Dajjal sudah mengesahkannya 5/10/12 surat pengesahan dan peralihan kuasa ekonomi kepadanya. (*Apa yang disah dan siapa yang mengesah itu tidaklah saya ketahui).
15.  Bermula 1 Muharram 1434, Jemaah mereka sudha mula bergerak dari masjid ke masjid, bermula dari negeri Kelantan.
16.  Mereka akan sampai kepada Yang Dipertuan Agong dalam masa terdekat.
17.  Beberapa orang karkun (ahli Jemaah Tabligh) sudah menjadi pengikut Raja Langkasuka ini.

Untuk maklumat detail sila layari link ini : 


Komen Penulis :

Sebagaimana tulisan saya di dalam beberapa posting yang lama di dalam blog ini ada kaitan dengan Pemuda
Bani Tamin ini. Maksud penulis, untuk tahun-tahun kebelakangan ini kita akan kedengaran berita-berita tentang pengakuan mereka-mereka yang mengaku Imam Mahdi dan juga yang akan mengaku Pemuda Bani Tamin. Tujuan komen ini dibuat kerana pada perkara yang terakhir pada no.17 itu menunjukkan bahawa terdapat beberapa orang Karkun yang menjadi pengikut beliau. Bukannya apa dibimbangi Jemaah Tabligh yang akan menjadi sasaran fitnah oleh masyarakat dengan sebab segelintir yang terlibat.

Bagi penulis siapa sahaja yang membuat pengakuan Imam Mahdi atau Pemuda Bani Tamin atau apa-apa tokoh berkaitan misti disuluh oleh ilmu dan pandangan ulama. Di sini bagi para Karkun semistinya mendapat pandangan peribadi atau Ijtimae dari ulama/elders di Nizamuddin. Ini kerana kekadang urusan sebegini kita tidak mampu menilai dengan ilmu kita serta cahaya kerohanian yang pudar ini melainkan pandangan ulama/elders. Ulama-ulama ini kita sedia maklum bahawa mereka ini sememangnya alim dan menghafal ribuan hadis selain menghafal Al-Quran serta alim 4 mazhab. Mereka juga adalah syeikh tariqat muktabar serta mengarang beberapa kitab agama. Maka pandangan mereka serta keputusan mereka adalah terbaik.

Sebagaimana kaca dan permata tidak boleh dikenal oleh orang biasa begitulah juga dengan urusan keagamaan ini. Penulis tidak bermaksud merendahkan pandangan ulama setempat atau pun bersifat ghuluw dengan ulama India namun urusan sebegini biarlah "pakar" sahaja yang akan menilai dan membuat keputusan. Di sisi kita teruskan usaha macam biasa di dalam kerja agama sebagaimana yang digariskan oleh mereka.

Wallahualam.
















2 comments:

Ikmal Ishak said...

Salam. Saya bersetuju dengan pendapat Ustaz. Memang benar bahawa setiap karkun perlu menjaga tindak-tanduk dalam kehidupan. Jangan mudah terpengaruh. Karkun pada masa sekarang mudah sangat terpengaruh. Ini adalah antara masalah yang meruncingkan sejak akhir-akhir ini. Lebih-lebih lagi karkun pelajar di universiti yang mana mempunyai puak-puak tertentu. Saya pun keliru. Tak tahu nak dengar nasihat orang lama atau kata-kata puak-puak tersebut. Kelam kabut jadinya. Terima kasih.

awie said...

info yg sangat menarik untuk di ketahui...terima kasih atas perkongsian...

new post !!
http://imprezaawie.blogspot.com/2013/04/review-movie-rurouni-kenshin.html

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin