Di dalam kesibukan remaja Islam di negara-negara Umat Islam
menanggalkan tudung kepala. Menjadikan selebriti barat sebagai idola serta gaya
hidup sosial yang tinggi namun begitu terdapat ramai remaja barat khususnya
mahasiswa Universiti Newcastle mencuba memakai tudung kepala serta berasa
senang memakainya. Ramai di antara mereka berubah perspektif berfikiran negatif membenci
Islam kepada berfikiran positif dan menukar gaya hidup dengan bertudung kepala.
Bagaimana ini boleh terjadi? Ini terjadi kerana usaha-usaha
murni mahasiswa Islam University berkenaan mengadakan “Discover Islam Week” baru-baru ini.
Program ini menarik ramai remaja Non-Islam kepada amalan-amalan di dalam Islam.
Hasilnya Alhamdulillah setidak-tidaknya satu kefahaman terhadap indahnya Islam
kepada mereka yang selama ini negatif terhadap Islam. Ramai di antara mereka
mencuba memakai tudung kepala serta merasakan lebih sopan dan lebih cantik.
Namun begitu di Negara-Negara
Umat Islam seperti Malaysia, menjadi terbalik sekarang ini. Ramai pelajar dan
mahasiswa telah menanggalkan tudung kepala serta mewarnakan rambut mengikut
trend terkini artis barat dan artis tempatan. Ini boleh kita lihat di mana-mana
IPTS dan IPTA tanahair. Sepatutnya pihak pentadbir IPTA dan IPTS melaksanakan
sesuatu bagi menyedarkan siswa dan siswi tentang kepentingan bertudung serta
amalan Islam itu sendiri.
Di tempat penulis mengajar, kami memastikan setiap
permulaan kuliah bacaan Taklim (hadis Nabi saw) dibacakan oleh setiap
pensyarah. Selian itu poster-poster keagamaan dibanyakkan di setiap
ruang legar kolej dan pelajar diwajibkan menghadiri kuliah khas kerohanian.
Semoga sedikit usaha sebegini mendatangkan kembali keinginan
siswa siswi kepada amalan agama serta menjadikan satu budaya yang islamik di
kolej.
Wallahulam.
No comments:
Post a Comment