Baru-baru ini akhbar Inggeris “Mirror” 4 April 2013 melaporkan bahawa
gergasi bola sepak Inggeris, Newcastle United telah bersetuju menyediakan ruang
solat bagi pemain Islamnya menunaikan solat sebelum perlawanan. Setakat ini ada
sekurang-kurangnya tujoh orang pemain Islam di dalam pasukkan Liga Premier
Inggeris. Hampir kesemua mereka menjaga solat fardhu. Namun mereka mengeluh
kerana setiap kali perlawanan akan dijalankan dan dalam waktu yang sama masok
waktu solat, maka sukar bagi mereka melaksanakan solat.
Namun begitu, pengurusan pasukkan Newcastle United bersetuju untuk
menyediakan ruang solat kepada pemain Islamnya. Sebelum ini pemain-pemain yang
beragama Islam terpaksa mencari ruang-ruang kosong untuk bersolat. Kata salah
seorang pegawai pasukkan liga berkenaan,” Doa sebelum pertandingan juga
sebahagian perkara yang penting di dalam sesuatu perlawanan.” Beliau memberi
jawapan bila diajukan soalan oleh salah seorang wartawan. Mereka menganggap
bersolat dan berdoa sebahagian dari “Team Work” di dalam pasukkan.
Pasukkan yang terbanyak pemain Islam setakat ini adalah
Newcastle United. Setiap kali perlawanan, pasukkan ini akan berdoa dengan
dipimpin oleh Demba Ba salah seorang pemain Islam yang paling soleh. Kini Demba
Ba telah berpindah ke Kelab Chelsea.
Terbalik di tempat kita di Malaysia, paling kerap tinggalkan
solat adalah pemain bola sepak kita. Lihatlah ketika perlawanan di Liga Perdana
Malaysia. Bukan hanya pemain yang tidak solat malah ribuan penonton juga ikut
tidak solat. Ruang solat yang disediakan di stadium kekadang kosong sewaktu
perlawanan diadakan. Kalau ada yang solat pun boleh dikira dengan jari.
Tidak pernah terfikir dibenak pengurus pasukan yang ada di Liga Perdana Malaysia agar setiap pemain pasukkannya
boleh memelihara solat dan berdoa beramai-ramai sesudah solat. Bila ini berlaku
maka rebutan jawatan khususnya di dalam FAM menjadi perkara utama. Mutu permainan masih
ditakuk lama. Sekitar tahu 70an kita sebaris dengan Korea dan lain-lain negara,
namun kini di tempat tercorot. Permainan gagal ke tahap professional ditambah
lagi dengan dosa tinggalkan solat setiap perlawanan. Namun begitu di Barat,
mereka telah nampak nilai-nilai amalan keagamaan di setiap keadaan.
Wallahulam.
3 comments:
assalamualaikum...
waaaa...terbaiklah post admin kali ni...Newcastle United mmg terbaiklah...bijak dia dalam menjaga pemain2nya...
betul juga kata admin,kalo kat Malaysia ni susah nak nampak camtu...sedih pun ad...padahal kita negara Islam,tp...macam ni jadi nya...
di harap pengurus pasukan bola sepak di Malaysia dapat beri perhatian atas perkara ni...
amin...
p/s : jemput2 la ke blog teman @ http://imprezaawie.blogspot.com
pemain bola sepak kita pun ada yg menjaga solah & akan bersolat secara jemaah sebelum perlawanan bermula. tp yang banyaknya yg x bersolat. Salah sy la krn bg masa lebih utk tgk bola kat stadium daripada dakwah org yg dtg stadium. Semoga allah ampunkan sy..
Assalamualaikum wbt.. Allah kuase makhluk langsung xde kuase.. kamu umat y terbaik y dikeluarkan utk faedah umat manusia, mengajak kepada kebaikan n melarang drpd kemungkaran dan kamu beriman pada Allah.. Nabi selalu doa utk umat selamat drpd api neraka.. makanya nabi berusaha bersungguh2 buat usaha agama supaya umatnya selamat.. mafhum hadis nabi lebih risau terhadap org islam berbanding org bukan islam.. knp? org islam boleh jadi asbab hidayat atau asbab keluarnye hidayat..
Post a Comment