MAKLUMAN :


widgeo.net

Monday, July 2, 2012

Jasus Of Nazareth : Suatu lagi Fitnah Ke Atas Isa a.s




Akhir-akhir ini ramai penulis buku dan novel keagamaan Kristians menfitnah ke atas Isa a.s. Berbagai tomohan dikenakan ke atas Rasul Ulul Azmi tersebut. Dari dulu mereka menuduh Isa sebagai anak tuhan sehingga kini fitnah demi fitnah dilemparkan ke atas beliau yang suci lagi mulia itu.

Firman Allah swt, “ Dia (Maryam ) berkata. “ Ya Tuhanku, bagaimana mungkin aku akan mempunyai anak padahal tidak ada seorang lelaki pun yang menyentuhku?.” Dia (Allah) berfirman, “ Demikianlah Allah menciptakan, apa yang Dia hendak menetapkan sesuatu , dia hanya berkata kepadanya, “ Jadilah ! “ Maka pasti akan terjadi sesuatu itu.” (Al-Imran : 47)

Dari Abi Hurairah r.a bahawa Rasulullah saw , “ (Allah swt berfirman) , “ Anak Adam telah mendustakan Aku , padahal tidak sepatutnya mereka berbuat demikian. Anak Adam juga telah mencaci maki (menuduh) Aku, padahal tidak sepatutnya mereka berbuat demikian. Ada pun dusta mereka itu ke atasKu itu dengan mengatakan bahawa Aku tidak akan mengembalikan (menghidupkannya kembali setelah kematian) sebagaimana Aku mula menciptakan mereka. Ada pun cacimaki mereka terhadap Aku , mereka mengatakan bahawa Aku mempunyai anak, padahal Aku adalah tuhan tempat bergantung segala sesuatu. Aku tidak beranak dan tidak diperanakkan dan tiada sesuatu pun yang setara dengan Aku.  (Riwayat Bukhari : 4975)  

Beberapa tahun yang lalu mereka menuduh Nabi Isa a.s telah berkahwin dengan Mariam Mecdelina serta mendapat anak sehingga kini masih terdapat zuriat beliau kononnya. Isu ini bukan setakat tulisan dibuku-buku dan novel mereka tetapi sampai ketahap mereka filemkan kisah tersebut. Kemudian mereka juga menuduh bahawa Isa a.s adalah seorang yang berfahaman Komunis serta menfilemkan kisah ini di dalam bentuk filem dukumentri.

Terkini mereka menuduh beliau adalah anak yang mempunyai bapa (nauzubillah) hasil dari seorang tentera Romawi merogol/memperkosa Mariam a.s yang suci itu. Ini bermakna mereka mengatakan bahawa Isa a.s adalah anak luar nikah. Peliknya tidak ramai kita dengar di Barat yang mereka memprotes isu ini. Ini adalah kerana rata-rata masyarakat Barat tidak lagi berpegang dengan agama Kristians ini.

Proses pengambaran (Shooting) filem ini akan bermula tidak lama lagi yang diadaptasi dari buku karya Paul Verhoevan yang berjudul “Jesus of Nazareth”. Karya ini bukan setakat bertentangan dengan kepercayaan Islam malah amat-amat bertentangan dengan kepercayaan turun tenurun ajaran Kristians. Selain itu filem tersebut lebih menjurus Isa a.s sebagai manusia biasa tanpa mukjizat dari tuhan dan ianya akan disalib bukan kerana ajaran keagamaan dan tauhid pada Allah swt sebaliknya kefahaman politik dalam masyarakat Romawi yang ada pada ajarannya.(Nauzubillah)

Bagi penulis apa sahaja yang mereka fitnahkan ke atas jasad suci itu dari dulu, kini dan akan datang ianya adalah susunatur Tuhan Rabul Jalil yang Maha Bersih dari sangkaan mereka bahawa Ia mempunyai anak. Susunatur yang penulis maksudkan bahawa tanda-tanda semakin hampir yang Isa a.s akan turun membersihkan ajaran agamanya, Tuhanya, dirinya dan ibunya dari semua tuduhan tersebut. Maknanya sudah hampir dekat dengan zaman yang telah dijanjikan oleh Allah swt. Sama-sama kita tunggu kebenaran tersebut. Insyallah.






No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin