Di dalam suasana akhir zaman ini yang mana rata-rata
keinginan untuk amalan agama makin terhakis di kalangan ummat. Berlebih lagi
peratus orang yang bersolat begitu kecil apa lagi dengan peratus orang yang
solat berjemaah. Namun begitu masih lagi terdapat insan yang tidak sempurna
sanggup ke masjid untuk solat berjemaah miski pun terpaksa merangkak bilamana
iman menyelinap ke anggota badan.
Ini sebagaimana hadis Rasulullah saw yang menyatakan
bahawa sekiranya diketahui pahalanya (solat Suboh berjemaah) maka pasti mereka
akan datang walau pun terpaksa merangkak. Hadis ini telah pun dipraktikkan oleh
insan yang penulis sebutkan iaitu Syeikh Abdullah Al-Asiri yang lupuh anggota
badannya sejak dilahirkan. Bukan sekadar solat suboh berjemaah tetapi setiap
lima waktu solat beliau akan berulang alik ke masjid dengan merangkak.
Beliau
tinggal di salah satu perkampungan terpecil di Selatan Azizia, Arab Saudi.
Kini, walau pun umurnya telah mencecah tua 76 tahunditambah dengan kecacatan
tubohnya namun beliau masih mampu berulang alik ke masjid dengan merangkak.
Beliau telah berbuat demikian selama hamper 65 tahun berulang alik untuk solat
berjemaah di masjid di tempatnya.
Beliaulah sebenarnya “Ar-Rijal” yang disebutkan oleh
Allah dan Rasulnya saw yang syarat terhasil sifat ini dengan sentiasa hati “mualaqul
bil masaajid” terpaut pada masjid.
Kita, miski pun mengetahui fadhilat dan ganjaran pahala
serta celaannya, namun tidak mampu untuk berbuat demikan. Ke hulu ke hilir kita
boleh berjalan untuk shooping atau berjoging namun ke masjid . . . .
Semuga Allah swt memberi kekuatan bagi kita untuk
istiqamah di dalam melaksanakan solat lima waktu dengan berjemaah.
Insyaallah.
4 comments:
assalamualaikum ustaz,,
izinkan ana share maklumat ini..
Sungguh terkesan..
Kamarol,
Silakan sebarang artikel di blog ini. Tidak masaalah asalkan bertujuan baik.
Kamarol,
Silakan sebarang artikel di blog ini. Tidak masaalah asalkan bertujuan baik.
saya share sikit di blog saya. Terima kasih Ustaz - http://www.hishamnazir.net/2012/07/datangi-masjid-biarpun-dengan-merangkak.html
Post a Comment