MAKLUMAN :


widgeo.net

Tuesday, July 17, 2012

Wa Balighna Ramadhan. . . . .




Tadi aku mendapat berita kematian karkun baru dari Halqah Senawang. Beliau yang kami panggil abang Fadhil meninggal pagi tadi waktu tahajud dan jenazahnya di sembahyangkan selepas solat Zohor tadi. Malam tadi beliau telah tidur bersama teman di Kulai Johor dan telah setkan alarm talefon beliau untuk bangun 4.30 pagi Solat Tahajud. Namun ketika bangun beliau sesak nafas dan akhirnya menghembus nafas yang terakhir. Sebelum meninggal beliau sempat menyebut beberapa kali kalimah. Alhamdulillah kesudahan beliau dengan kesudahan yang baik.

Miski pun beliau terlalu baru di dalam jemaah namun dari wajah beliau tergambar keinginan kepada agama yang cukup kuat. Beliau sering menemui aku ketika malam markaz beberapa minggu yang lalu. Serta meminta aku untuk memberi ceramah di Masjidnya. Beliau juga telah beberpa kali berada di dalam kuliah mingguan aku. Empat lima tahun yang lalu aku sering ikram dan tashkil beliau, tetapi disebabkan beliau selalu "outstation" maka agak terhalang namun selepas pencen beberapa bulan yang lalu beliau mulai ikut keluar beberpa hari. Beliau juga ikut serta pada Istimak Zon N.Sembilan/Melaka bulan lepas dan memberi azam untuk keluar 40 hari hujung tahun ini. Tetapi apakan daya ketentuan tuhan segalanya. Semuga Allah swt menerima azam beliau dan mengampunkan segala dosa-dosa beliau. Amin.

Kekadang bila kita kenang-kenang doa Nabi saw yang tercatit di dalam "al-Azkhar" Imam Nawawi rah terbukti bahawa untuk sampaikan kita pada bulan Ramadhan sememangnya pilihan dari tuhan. Bukanlah keupayaan dan kehendak kita miski pun hanya beberapa hari sahaja untuk sampai kepada bulan yang mulia itu. Namun semuanya adalah pilihan dan kehendak dari Allah swt. Atas dasar inilah maka ulama sering berdoa dengan doa tersebut bermula dari bulan Rejab lagi agar boleh sampai kepada bulan Romadhan.

Semuga Allah swt sampaikan kita pada bulan yang mulia itu serta dapat menyempurnakan hak dan tuntutan Ramadhan dengan sebaik mungkin. Amin.

Wallahulalam.

"Allahuma Bariklana Fi Rajaba Wa Sya'bana Wa Balighna Ramadhan."

2 comments:

abah said...

Km dah booking tiket nak gi temboro 23-27 jan thn depan dgn isteri. Ckg rauf melaka 0196076822

ibnsaad61@yahoo.com said...

Alhamdulillah,

Saya berminat juga tetapi ada sedikit urusan kolej waktu tu dan lagi saya akan ke Sulawesi Timor pada 12 Nov 2012 urusan jemaah.

Apa pun sekiranya ada ruang saya akan contact cik gu semula.

Jazakallah

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin