MAKLUMAN :


widgeo.net

Thursday, June 18, 2009

Di Sudut Hati Ibu Dan Abah


Di Sudut Hati Ibu Dan Abah
Tersimpan segunung tinggi harapan
Agar kamu daki gunung itu sesungguh hatimu
Sampai dipuncaknya.

Disudut hati ibu dan abah
Tersimpan warisan amalan seruan
Agar kamu mewarisi di dalam hidupmu
Sampai rehda menjadi pakaianmu

Di sudut hati ibu dan abah
Agar kamu dan kami melusuri hidup ini
Menafakuri hakikat cinta
Pada linang airmata

Di sudut hati ibu dan abah
Kembali kamu dan kami membina semula
Puing-puing runtuhan nuraini
Dengan kalam suci sabdaan junjungan

D sudut hati ibu dan abah
Tersimpan fahaman agar kamu fahami
Masih ada syurga di telapak kaki ibumu
Masih tetap tersimpan syurga di talapak kaki ibumu
Sampai bila-bila hingga habis usia.

(Sewaktu mengenangi anak di Madrasah)

2 comments:

One Warhead said...

Piung-piung tu apa Ustaz..?

Al-Alorstari said...

Puing-puing tu sisa-sisa runtuhan (kehancuran).Ni sah dulu aliran sains.Nampanya kena masuk balek aliran sastera.

Tapi saya aliran sains juga, sekolah Cina lagi.Entah le akhir-akhir ni suka pula bersajak. Mungkin dah dekat dengan kubor ni jiwang-jiwang sikit (jiwang-jiwang keagamaan le tu)

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin