MAKLUMAN :


widgeo.net

Friday, June 12, 2009

Perbualan Pagi 12 Jun 2009


Firman Allah swt :
“Setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati dan kami akan menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan dan kepada kamilah kamu semua akan akan dikembalikan” (Al Anbiyaa’: 35)

“Di mana jua kamu berada maut akan mendapatkan kamu, sekali pun kamu berada dalam benteng-benteng yang tinggi lagi kukuh …” (An Nisak : 78)

“Dan Allah yang menciptakankamu kemudian ia menyempurnakan tempoh umur kamu (maka ada di antara kamu yang disegerakan matinya dan ada pula di antara kamu yang dikembalikannya kepada peringkat umur yang lemah sehingga menjadilah ia tidak ingat akan sesuatu yangb telah diketahuinya, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.” (An Nahl : 70)

“Sesungguhnya engkau (wahai uhammad saw) akan mati dan mereka juga akan mati” ( Az-Zumar : 30)

Tadi ketika selesai solat Suboh, ta’lim dan mesyuarat ringkas, penulis berjumpa sahabat penulis Usama yang berbangsa Arab Mesir berbual-bual selepas beberapa hari tak berjumpa kerana keluar Masturat (jemaah bersama isteri). Di dalam perbualan kami, beliau mengkhabarkan kepada saya kematian seorang ‘fikirman’ Mesir, Dr.Syukri A’rafah dua hari yang lalu. Sesudah mengucap “Inna lillahi wa inna ilaihi raji’un” penulis bertanya kepada beliau siapa Dr.Syukri A’rafah ini dan bagaimana kematian beliau. Katanya Dr.Syukri A’rafah ini adalah orang kampongnya di Mesir. Beliau terlibat secara aktif dengan Jemaah Tabligh dan termasuk dikalangan orang ‘awalin’ di Mesir. Beliau juga adalah seorang pakar bedah yang sememangnya salah seorang pakar bedah terkenal di Mesir. Namun beliau pandai membahagikan masanya di antara tugas sebagai Pakar Bedah dengan aktiviti Jemaah Tabligh. Bagi memudahkan aktiviti Jemaah Tabligh, belaiu mendirikan rumah beliau di dalam kawasan markaz Mesir di Thomuh.

Kata sahabat penulis lagi, ketika beliau pulang kerumahnya bersama isterinya tiba-tiba beliau terasa sakit yang amat sangat lalu beliau dan isterinya singgah salah sebuah rumah berdekatan di situ. Di rumah tersebut beliau meminta izin untuk berwudhuk . Selepas berwudhuk beliau berbaring di atas riba isteri beliau serta mengucap kalimah lalu meninggal dunia di situ.

Kalau benarlah apa yang diceritakan, bukanlah untuk berbangga-bangga namun kematian beliau mirip kematian Nabi saw yang mana Nabi saw mati di atas riba A’isyah r.ha.
Kisah begini sering penulis dengari selama terlibat dengan Jemaah Tabligh. Baru-baru ini sewaktu penulis keluar Masturat (Jemaah bersama Isteri) di Perak , salah satu route kami di Cameron Highland di rumah Cik gu Khairil. Dalam perbualan kami, penulis bertanyakan tentang tempat asal beliau dan beliau rupanya berasal dari Raub, Pahang. Kata penulis padanya bahawa penulis pernah keluar di tempat beliau pada tahun 1982 yang lalu dan pernah tasykil beberapa orang termasuklah seorang tua di Felda Sg.Koyan yang bernama Hj.Mat Zin.

Beliau menceritakan bahawa Hj.Mat Zin ini telah meninggal dunia di Sabah ketika keluar 40 hari beberapa tahun yang lalu. Katanya Hj.Mat Zin ini meninggal dunia ketika sedang memberi bayan (ceramah). Ketika beliau memberi bayan tiba-tiba beliau rebah dan kemaudiannya beliau di anggkat ke salah satu kenderaan untuk dihantar segera ke hospital. Namun ketika di dalam berjalanan beliau mengangkat tangannya dengan mengisyaratkan dengan jari telunjuk sambil mengucap kalimah.Perbuatan begini dilakukan dua kali dengan disaksikan oleh beberapa orang ahli jemaah yang mengeringi beliau ke hospital. Selapas mengucap kalimah beliau meninggal dunia. Cerita ini penulis ada mendengar dari teman-teman penulis di Kuala Lumpur beberapa tahun yang lalu namun penulis tak pula perasan yang ianya HjMat Zin Sg.Koyan.

Sekitar tahun 1994 ketika kami beriktikaf di malam markaz (Malam Minggu) di Sri Petaling paginya waktu suboh kami dikejutkan dengan kematian selah seorang ahli jemaah dari Klang. Mengikut cerita melalui teman yang tidur bersebelahannya bahawa malam itu si arwah ini bangun awal dan bersolat Tahajud beberapa rokaat. Setelah selesai solat sekitar jam 4.00 pagi beliau kembali tidur untuk bangun semula Solat Suboh. Namun apabila dikejutkan, rupanya beliau telah meninggal dunia.

Bukan niat penulis untuk mengetengahkan cerita-cerita sebegini atau hanya dalam Jemaah Tabligh sahaja akan kita dapati cerita ini, namun ramai lagi yang mungkin boleh kita dapati di dalam jemaah Islam yang lain. Disebabkan penulis berada di dalam jemaah ini maka banyaklah cerita dari dalam jemaah ini yang penulis paparkan.
Namun sesaorang itu akan mati di atas apa yang ia usahakan kalau ia usahakan atas iman dan amal maka atas iman dan amallah yang ia akan mati. Sebaliknya jika ia berusaha atas dunia maka atas itulah yang ia akan mati. (Na’uzubillah)

Ada tercatit di dalam kitab bagaimana seorang penjual jerami yang hari-hari berusaha di atas perniagaan jeraminya yang akhirnya meninggal atas kalimah (sebutan) jeraminya. Juga di cerita atas pengalaman bagaimana Pemandu Taksi KL-JB yang hari-hari disibukannya dengan sebutan KL-JB. Setiap orang yang dijumpainya pasti akan disebutnya KL-JB yang kesudahan tatkala bertebung dengan kemalangan apabila ditalkinkan dengan kalimah, namun yang keluar dari mulutnya KL-JB.

Kalau kita menanam kacang goreng apabila kita cabut pastinya akan keluar kacang goreng. Sebaliknya jika kita menenam ubi kayu , apabila kita mencabutnya pasti dan pasti ubi kayulah yang akan keluar. Tak pernah selama ada langit dan bumi (kebiasaan yang disebut di dalam hadis) akan kita dapati cabut kacang goreng keluar ubi kayu, cabut carrot keluar keledek, cabut keledek keluar sengkuang. Tak pernah berlaku dan tak akan berlaku. Begitulah selama kita menanam di dalam hati kita kehebatan kebesaran Allah maka pasti dan pasti kehebatan kebesaran Allahlah yang akan keluar apabila ruh dicabut oleh Malaikat Maut.

Wallahua’lam.

2 comments:

ibnu abdullah said...

masyaAllah, beliau ada jaminan syurga. Iri hati saya ustaz.

shamajid said...

Selamat "KEMBALI" Ustaz....insya Allah, ketemu pada 15Jun...Garden Homes

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin