Monday, June 22, 2009
Larangan Menceritakan kecantikan Seorang Wanita
Perkara ini jarang masyrakat kita mengambil peduli sedang ianya mejadi larangan di dalam syariah untuk tidak bagi mana-mana isteri meceritakan kecantikan wanita lain kepada suami secara berlebih-lebih. Menceritakan kecantikan wanita lain secara umum dibolehkan namun bukanlah secara keselurohan dan secara terperinci.
Sebab itulah ketika keluar Masturat (Khuruj bersama isteri) kita sebaik mungkin diarahkan mengikuti setiap tertib dengan terperinci. Bukan hanya pakaian perlu ditutup habis (Purdah penuh) serta warna yang gelap tetapi juga nama pun perlu disembunyikan hanya dikenali nama yang dikhunyakan dengan nama suami seperti ‘ahliah jaafar’, ‘ahliah Ahmad’ dan lain-lain. Kasut serta pakaian untuk berjemur pun perlu disembunyikan agar dari kasut dan pakaian itu lelaki ajnabi (bukan Mahram) tidak kelihatan yang mana jika dilihat, boleh membayangkan gemuk atau kerus wanita berkenaan. Apa lagi untuk menceritakan kecantikan sesaorang wanita di hadapan suami kita berlebihlah tidak dibenarkan.
Ini semua bersabit dari hadis Nabi saw:
Dari Ibnu Mas’ud ra Rasulullah saw bersabda,”Janganlah sesaorang wanita menceritakan tentang keadaan wanita lainnya (secara detail mengenai hidungnya, wajahnya, tubuhnya dsb) kepada suami, sehingga seolah-olah suaminya itu melihat wanita (yang diceritakan tersebut).” (Bukhari / Muslim)
Bila sesaorang wanita itu menceritakan keadaan rupa dan tuboh sesaorang wanita lain kepada suami dengan secara jelas maka ianya sebenarnya seolah-olah telah membuka hijab wanita berkenaan. Sebagaiamana sesaorang itu tertarik bila melihat pada sesaorang wanita begitulah ianya menjadi tertarik apabila mendegar sesuatu perihal tentang tuboh sesaorang wanita. Walau pun tanpa melihat namun hati akan terpengarun oleh cerita tersebut.
Certa seperti ini perlulah ditinggalakan dan jangan berbuat demikain kerana ianya akan mendatangkan kerugian kepada wanita itu sendiri kerana suaminya pasti akan tertarik dan sukar untuk hilang di dalam pemikiran suaminya.
Wallahu’alam
( Rujukan Kitab “Syar’I Purdah” Maulana Asyik Ilahi )
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Jazakallah, baik benar pesanan-pesanan sebegini agar dapat menghindari dari fitnah-fitnah yang kerap mendatang dalam kehidupan seharian. Insan sentiasa lepa dan melakukan kesilapan demi kesilapan, tetapi dengan lagi dan lagi mendengar perkara-perkara yang membawa kepada kebaikan adalah sesuatu yang besar faedahnya. Semoga Allah membantu Tuan Ustaz dalan urusan kearah kemakrufan dan memberi kita semua hidayatNya serta melindungi dari segala fitnah-fitnah.
Post a Comment