MAKLUMAN :


widgeo.net

Friday, November 7, 2008

Once Upon A Time In Kuala Kedah


Aku dibesarkan di sebuah kampong nelayan di Kuala Kedah. Kampong yang rata-rata penduduknya bekerja sebagai nelayan serta kekurangan kemudahan asas. Kemiskinan penduduk kampong serta kekurangan pendidikan tinggi berlebih lagi kekurangan ilmu agama menyebabkan ramai anak-anak muda terjerumus ke lembah najis dadah.

Sewaktu mencecah belasan tahun hampir kesemua teman-teman aku telibat dengan najis dadah. Hanya beberapa orang sahaja yang tidak terlibat, aku, Jabat, Roman dan Pakcik I’d. Mungkin sewaktu itu kami dah mula menjaga solat lima waktu tidak seperti teman-teman yang lain. Waktu itu kami selalu berkunjung ke rumah Tuan Guru Hj.Ahmad Batu Enam berguru dengan beliau di hujong minggu manakala hari-hari biasa belajar nahu Matan Ajrumiah dengan menantu beliau Utz. Abd.Aziz yang berkelulusan Diobandi, India. Mungkin sebab itu kami terpelihara dengan najis dadah.

Telah jadi kebiasaan, kami akan melepak di Plantar Ikan (tempat bot Ikan mendarat) hingga lewat malam setelah selesai kerja-kerja sekolah. Kadang-kadang akan tidor di Platar ikan Itu hingga ke Suboh terutamanya apabila cuti sekolah. Sewaktu melepak inilah kami akan dudok berkeliling macam Halqah Tajwid. Seorang akan menyediakan papan khas untuk memotong daun ganja yang masih lagi “raw” bukan berbentuk gulong kecil tetapi satu gundi Baja penoh dengan daun-daun ganja yang baru kering. Tempat penghisapnya dari batang buloh kuning yang telah siap dengan dapor pembakar dari buah pinang. Mereka akan bergilir-gilir menghisap sehingga sampai turn aku, aku akan pass pada teman sebelah. Mereka memang faham kerana aku memang tidak pernah merokok sepanjang hidup aku. Sewaktu sekolah rendah pernah main-main hisap rokok daun tanpa tembakau itu pun aku di taboh sakan oleh abang aku. Rasanya itu pendidikan terbaik yang aku terima.

Perasaan kesian pada teman-teman aku tu terasa dalam lubok hati aku. Tetapi aku tak pandai nak berdakwah. Lagi pun ada di antara mereka yang “Brutal”, kalau ditegor jawabnya tendangan Tomoi Siam sampai kat muka aku. Entah macamana idea sepontan datang kat kepala aku. Aku memerhatikan kat mana diorang sembunyikan buloh penghisap ganja berkenaan . Rupanya dicelah-celah pukat di dalam Palong (perahu kecil) di atas pelantar berkenaan. Ke esokan pagi selepas solat Suboh aku ke pelantar berkenaan mencari buloh berkenaan. Alhamdulillah aku jumpa, apa lagi aku pun x!**&*$% (Sencored) ke dalam buloh berkenaan. Setelah itu aku menyimpan balek ke tempatnya.

Malam tu macam biasa kami berkumpul, bulatan halqah macam biasa, papan pemotong ganja dah siap, daun ganja dah di lambak, buloh penghisap pun dah siap. Ganja yang di potong dimasokan ke dalam dapor buah pinang, mancis cap King Kong dinyalakan sedut. . .terus sedut dalam-dalam. Tiba-tiba . . . “Celaka ! Setan !laknat ! bla ! bla! bla!. Sapa punya kheja hah! Kalau dapat aku cincang lumat”.

Aku berdebar-debar, nak tergelak ada, takut pun ada. Diam tak kata apa-apa. Diorang memang tak syak aku. “Kita cakhi sampai jumpa mamat sekoq ni” katanya lagi beri arahan. Yang lain bertanya kehairanan “ Awatnya ?. Nih dalam buloh ni sapa kencing ? Hancing semacam.” Menjawab sambil menyumpah-nyumpah.

Untuk makluman pembaca, buloh penghisap ganja tu kalau dah terkena air kencing memang dah tak boleh pakai lagi. Baunya tak akan hilang walau pun dicuci bersih. Kalau guna juga jawabnya Ganja berperisa kencing le. Dah memang tak akan “kick” lagi. Potong “steam” kata diorang.

Selepas itu diorang tak dapat hisap berminggu-minggu. Nak buat buloh yang baru bukanya senang berlebih lagi kampong tu memang tak ada pokok buloh sebab dekat dengan laut. Pokok bakau dan pokok berapi ada le.

Itu lah dakwah “bil yad” yang termampu aku buat. Sampai sekarang diorang tak tahu siapa yang buat benda tu. Aku minta sesangat sesiapa yang baca cerita ni tolong janji dengan aku jangan bagi tau kat diorang aku yang buat kerja tu semua. Janjii ye!.

Hadis Nabi saw :

Dari Abi Said Al Qudri ra katanya aku telah mendengar dari Nabi saw bersabda “ Sesiapa yang melihat sesuatu kemungkaran, hendaklah dia mencegahnya dengan tangannya . Sekiranya dia tidak mampu cegahlah ia dengan dengan lidahnya dan sekiranya ia tidak mampu maka cegahlah ia dengan hatinya. Yang demikian itu iman yang selemah-lemahnya” ( Riwayat Muslim )

Wallahu A’lam

2 comments:

ceejay said...

assalamualaikum...satu cerita/sejarah yg menarik..seakan sama dgn sejarah sy...cumanya kekawan sy tak main ganja....diorg main heroin...ramai dah msk pusat..sampai sekrg keluar msk aje..apa nak buat(semoga ALLAH memberi hidayah kpdnya dan mengampunkan sy kerana tak pandai nak berdakwah)cerita tuan cukup melucukan tapi sama2lah kt mengambil pengajaran dan tauladan.harap lps ni tuan ceritakan sejarah tuan terlibat dlm gerakan Tabligh ...suka dan duka..dengar tuan akan kluar 40 hari ke Padang ...buat sajak lg...doakan sy tuan .wsslm

Unknown said...

Alaikum salam wbth,
Banyak nak cerita tapi tak ada masa.Sengaja memilih cerita yang melucukan namun ada unsur keagamaan. Pembaca kita berbagai-bagai gulongan kalau hukum sahaja mungkin lama-lama jadi boring pula.Jadi saya akan pelbagaikan Insyallah.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin