Friday, November 7, 2008
Kecurangan Dalam Rumahtangga
Utusan Malaysia 3 Nov 2008 menyebutkan : Satu kajian dari Universiti Washington Prof. David Alkins menyatakan kadar curang pendudok Amerika telah meningkat berbanding beberapa tahun yang lalu. Kecurangan golongan lelaki antara umur 50han ke 60han serta wanita 20han.30han meningkat mendadak. Antara sebab yang membantu peningkatan bagi gulongan lelaki 50han / 60han adalah disebabkabkan kemudahan ubat-ubatan bagi meransang dan memulih kembali nafsu sex lelaki. Ini di antara punya meningkatnya kadar curang gulongan ini. Manakala bagi wanita 20han / 30han pula adalah disebabkan kemudahan melayari internet.
Paling membimbangkan adalah sesetengan gulongan ini walaupun mereka menyedari kecurangan ini berlaku di dalam keluarga, namum masih bersikap tidak kisah dan membiarkan sahaja apa yang berlaku. Justru itu kita dapati bahawa kehidupan sosial masyarakat di sana begitu ketara. Yang membimbang kita, masalah sosial berkenaan tidak mustahil akan menjangkiti masyarakat kita.
Di Malaysia penggunaan ubat-ubatan canggih tidak lah begitu meluas seperti di Amarika dan Eropah namun ubat-ubat tradisional serta minuman segera juga menjerumus kearah yang sama. Contohnya minuman kopi segera Tongkat Ali, Kacit Fatimah serta berbagai lagi jamu-jamu boleh kita dapati di merata-rata kedai ubat, supermarket juga di pharmasi-pharmasi di setiap tempat.
Akhbar yang sama juga melaporkan kisah pergolakan rumah tangga artis terkenal. Pergaduhan di lokasi drama ekoran sisuami di tangkap khalwat serta laporan khas dua hari berturut-turut iaitu 4 dan 5 Nov 2008.
Akhbar 6 Nov 2008 pula menceritakan “nenek” di fasakhkan pernikahan dengan suami ketiga serta suami yang keduanya membuat tuntutan fasakh kerana berkahwin berlaku sebelum lepas edah. Makamah Syariah memfasakhkan perkahwianan “nenek”. Dalam pada itu pernikahan dengan suami yang kedua juga tidak sah dan dikira “kahwin Fasid” kerana berwalikan wali hakim yang menyalahi syarie.
Pastinya kita akan dapati seribu satu macam kisah keruntuhan rumahtangga yang dipaparkan di akhbar tempatan yang boleh kita letakan dalam kata kunci “curang”.
Bagaimana ini boleh berlaku sedangkan setiap bakal pengantin diwajibkan berkursus bagi meningkatkan kefahaman selok belok bagi mendirikan rumahtangga. Ianyan bukan sahaja dari sudut keagamaan tetapi juga dari sudut keduniaan. Yang peliknya kadar perceraian dan krisis rumahtangga makin meningkat berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh pejabat agama dan juga badan-badan agama disetiap negeri. Bagaimana “curang” ini boleh berada di dalam rumahtangga masyarakat kita. Apakah punca seperti kajian Prof. David Alkins itu telah menular ke dalam masyarakat kita? Jawapannya “Ya” tidak mustahil, namun ianya sebahagian dari sebab kecurangan itu berlaku disamping sebab-sebab yang lain.
Tetapi bagi saya yang naïf ini, punca paling besar berlakunya kecurangan dalam rumahtangga ini adalah “persoalan keagamaan” tidak dititikberatkan oleh masyarakat kita. Tidak heran ini berlaku di Amerika dan Eropah kerana masyarakat mereka telah pun lama meninggalkan persoalan keagamaan dalam rumahtangga mereka.
Namun dalam masyarakat kita, berat sangkaan ianya disebabkan hubungan suami isteri serta anak-anak tidak diterapkan berdasarkan rumahtangga keluarga Nabi dan Sahabat yang didasarkan kepada Al Quran dan Hadis.
Sabda Nabi saw : “ Nurul buyutakum bis solah wa qaraa atil quran”
Mahfumnya : “ Terangilah rumahtangga kamu dengan solat dan bacaan Quran”.( Abu Daud)
Di sana kata sesetengah ulama bacaan hadis Nabi juga perlu dikumandangkan di dalam rumahtangga masyarakat Islam. Ini didasarkan kepada amalan sahabat Nabi apabila mereka pulang ke rumah mereka akan kumpulkan isteri dan anak-anak mereka untuk menyampaikan wahyu atau nasihat nabi yang mereka dengar ketika berjumpa Nabi.
Rupanya solat ,quran dan hadis nabi adalah keperluan dalam rumahtangga muslim agar seluroh keluarga tidak diliputi kegelapan. Apabila di dalam rumah diliputi kegelapan pastinya seluroh isi rumah berkenaan akan meraba-raba. Sudu disangka garpu, sudit disangka pisau mentua disangka isteri. Kita tidak dapat membezakan yang mana satu memberi menafaat dan yang mana satu yang memberi mudarat.
Begitulah jika tidak ada cahaya dari Solat, Quran dan Hadis dalam rumahtangga maka suami isteri dan anak-anak tidak dapat membezakan yang mana satu hak dan yang mana satu batil. Yang mana satu perintah Allah dan yang mana satu larangan Allah. Yang mana satu bidah dan yang mana satu sunnah. Maka tidak mustahil“Curang” akan akan mengambil tempat di dalam rumahtangga berkenaan.
Kesimpulannya ulamak dan masyaikh kita menganjurkan kita melakukan amalan tertentu di dalam rumah kita, Antaranya perbanyakan solat sunnat khususnya Tahajjud, Isyaraq, Dhuha. Perbayakan zikirullah khusus selepas Suboh dan Asar. Perbanyakan bacaan Quran setiap hari satu juzuk beserta bacaan surah-surah pilihan. Juga tidak ketinggalan untuk khususkan bacaan hadis-hadis nabi setengah jam setiap hari bersama keluarga. Pengisisan ilmu tidak misti tidak perlu ada pada setiap suami dan isteri.
Dengan cara ini ianya akan meyelamatkan keluarga kita dari berbagai krisis dan kecurangan.
Wallahu A’lam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
assalamualaikum..artikel yg menarik..nampaknya tuan ni uptodate jg...byk membaca luas ilmu..berita artispun ambil tau ye!!.islam tu syumul...kalau semua org islam blh applied apa yg tuan perkatakan ..alangkah indahnya..sama2lah kt berdoa.
wsslm
Alaikum salam wbth,
Alhamdulillah saya memang suka membaca. Entah le sejak masa sekolah dan bujang-bujang lagi, lagi pun kat rumah tak ada "utz mata satu" maka senang le sikit nak membaca. Tak gitu?
Post a Comment