Monday, November 10, 2008
Wali Pernikahan Anak Zina
Seorang telah menelefon saya pagi tadi ( 10 Nov 2008 ) bertanyakan kedudukan wali bagi anak luar nikah( tidak sah taraf )
Persoalan Pertama
Soalannya:-
Bagaimana kedudukan seorang abang sulong yang telah kematian bapanya untuk menjadi wali kepada adek perempuannya sedangkan beliau adalah anak luar nikah?
Jawapan :
Anak luar nikah tidak boleh menjadi wali kepada adek perempuanya atau saudara perempuannya. Ini disebabkan kedudukannya sebagai anak luar nikah tidak berhak baginya menikahkan adek-adeknya. Sekiranya ini berlaku maka pernikahan itu tidak sah dan dikira sebagai ‘Nikah Fasid’.
Walau bagaimanapun pihak keluarga berkenaan bolehlah meminta pihak berkuasa agama setempat sebagai ‘Wali Hakim’ menikahkannya atau pun saudara lelaki yang lain yang sah taraf untuk menikahkanya.
Persoalan Kedua
Soalannya:-
Ada seorang wanita hamil sebab berzina dengan seorang lelaki. Kemudian keluarga wanita berkenaan menuntut agar lelaki berkenaan bertanggung jawab dan menikahi wanita tersebut. Akhirnya keduanya menikah. Seandainya wanita tadi melahirkan anak perempuan (hasil zina )bolehkah suaminya menikahkan anak perempuan tersebut?
Jawapan:-
Lelaki berkenaan tidak boleh menikahkan anak perempuan tersebut kerana ianya adalah anak luar nikah miski pun ia telah berkahwin dengan ibunya. Pernikahan hanya sah bila dinikahkan oleh pihak berkuasa agama setempat atau ‘Wali Hakim”.
Sumber : Kitab Al-Bajuri juz II halaman 106 dan 111.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment