MAKLUMAN :


widgeo.net

Thursday, November 6, 2008

Mengapa Tidak Mengambil Bahagian Berpolitik?


Penerangan 1:
Syaikh Dr Muhammad Abul-fath Al-Bayanuniy berkata:
"... saya teringat semula kepada satu peristiwa atau suasana yang mudah-mudahan dapat menjelaskan perselisihan sumpama itu iaitu semasa saya bersama yang mulia Ustaz Al-Syaikh Muhammad Yusuf al-Kandahlawi rahimahullah merupakan seorang pendakwah yang masyhur pada masa itu. Peristiwa ini berlaku dalam tahun 1387H bersamaan 1963M semasa saya membuat lawatan ke India. Semasa lawatan tersbut saya telah meluangkan masa untuk menziarahi serta tinggal di masjidnya bersama-sama selama beberapa hari. Semasa saya berada di sana, saya ada mendengar srta melihat ikhwah dari Jamaah tabligh menyebut dalam ucapan mereka semasa menerangkan asas dkwah merekaiaitu mereka menjauhikan diri daripada perbincangan-perbincangan politik dan khilafiyyah. Saya memang amt memahami ucapan tersebut. Saya juga mempunyai sangkaan yang baik terhadap kata-kata itu dengan merujuk kepada tabiat dakwah mereka yang meluas ke seluruh dunia.

Kalaulah tidak kerana apa yang dibangkitkan oleh sesetengah pendakwah mengenai siasah serta tabiat dakwahnya dan ketulusan niatnya terutama sekali apabila terdapat sestengah golongan mengaitkannya dengan Qadyaniyyah yang menolk konsp jihad Islam, sebagaimana banyak berlaku kepada pengikut Qadyaniyyah, nescaya kita menyangka buruk kepada mereka dan sesetengahnya pula menghukum mereka dengan sesat, menyeleweng atau sebagainya.

Melalui ziarah ini sayatelah mendapat satu peluang untuk mengemukan beberapa soalan yang akan menjelaskan sudut yang bahaya ini iaitu masalah jihad mengikut pandangan beliau(Jamaah Tabligh). Beliau menjawab soalan itu berdasarkan ilmu dan pengalaman sama ada secara umum atau khusus selari dnegan manhaj mereka dalam masalah ini. Saya tidak mempunyai cara lain melainkan bertanya scara terbuka dan berterus terang. saoalan saya, "Apa pandangan jamaah tuan mengenai jihad fi sabilillah dan apa pula pandangan tuan mengenai Marhalah Tanfiziyyah yang dilakukan oleh jamaah lain?"

Tuan syaikh hairan dengan soalan ini dan tersenyum seraya berkata, "Kalaulah kami mempunyai pandangan khusus dalam masalah jihad yang merupakan kemuncak Islam, nescaya kamutidak akan dapati dalam buku kami Hayat al-Sahabah berita-berita tentang peperangan, jihad Rasulullah s.a.w. dan Sahabatnya yang muliaitu, dan buku ini tersebar luas dan dimiliki oleh saudara-saudara kami di seluruh pelusuk dunia."

Alhamdulillah dengan jawapan yang diberikan oleh tuan Syaikh tadi dapatlah saya memahami tujuannya lalu saya meminta maaf kerana mengemukakan pertanyan-pertanyan tersebut. Dengan itu hilanglah kekusutan yang menyelubungi diri saya.

... Sebenarnya sikap sesetengah pendakwah yang mengelak diri daripada medan politik atau daripada membicarakan persoalan politik dalam dakwahnya bukanlah bermakna menolak dan mengingkari kepentingan serta kewujudannya, tetapi sikap mereka yang diambil itu lebih merupakan perancangan kerja yang telah dipersetujui bersama. Dan ini adalah merupakan ijtihad mereka dalam melaksanakan kerja, sama ada betul atau salah terserahlah kepada Allah s.a.wt...."
[ Dr Muhammad Abu Al-Fath Al-Bayanuniy, Penyatuan Kerja Gerakan Islam : Di Antara Harapan dan Kenyataan (terj. oleh ABIM), Budaya Ilmu Sdn Bhd : Petaling Jaya,Selangor, 1992, m.s. 20-21 ].

(petikan ditulis oleh saudara alhaqir-wal-faqir, bicara-sufi)

1 comment:

Ismi Ijmi said...

alhamdulillah..ada juga tulisan sebegini

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin