MAKLUMAN :


widgeo.net

Thursday, November 6, 2008

Mengapa Tidak Mengambil Bahagian Berpolitik? Jawapan II


Penerangan 2:
Maulana Manzoor Nukmani menulis:

'Shah Waliullah telah menyatakan dengan jelas didalam 'Fuyuzul Harmain' bahawa orang-orang yang berjuang dengan penuh keikhlasan dan tiada motif lain melainkan untuk menyebarluaskan risalah Allah Taala melalui cabang kerja kenabian seperti mendakwah ajaran agama dan moral, pengarahan, memberi petunjuk dan reformasi adalah (tidak kurang didalam)menjalankan tugas Khalifah Rasulullah SAW seperti mana orang-orang yang melibatkan diri mereka secara langsung dan ikhlas didalam urusan politik dan pemerintahan, seperti jihad dan perlaksanaan keamanan, keadilan dan persamaan. Perbezaannya cuma satu bahagian merupakan 'luaran' atau 'zahir' kepada kekhalifahan, manakala yang satu bahagian lagi adalah 'dalaman' atau 'spiritual' (kepada kekhalifahan). (Secara ringkasnya), Shah Waliullah telah membahagikan tugas kekhalifahan kepada dua bahagian; 'luaran' dan 'dalaman'.

Kekhalifahan sebagai institusi politik dan kerajaan telah hilang untuk satu jangka masa yang lama. Negara orang-orang Islam hari ini kebanyakannya tiada kaitan dengan matlamat dan tujuan nabi, dan ia - negara orang-orang Islam - juga tidak menunjukkan ciri-ciri ke arah itu. Sebahagian yang lain pula secara umumnya tidak (banyak) berbeza dengan (prinsip) pegangan mana-mana negara bukan Islam di dunia. Walaubagaimana pun, separuh lagi unsur kekhalifahan, iaitu tugas naib nabi melalui penyebaran risalah agama diluar dari naungan kerajaan masih lagi wujud; pintu-pintunya masih terbuka dan ruang lingkup untuknya adalah lebih besar dari sebelum ini. Peluang (untuk penyebaran risalah) di zaman moden ini adalah tidak terbatas. (Oleh itu), hendaklah lebih ramai lagi hamba-hamba Allah yang melibatkan diri didalam lapangan yang mempunyai harapan ini dengan segenap kemampuan mereka, biarlah lebih ramai yang turun ke padang didalam arena (dakwah agama) ini dengan tidak mementingkan diri, dan mengabdikan diri sesuai dengan kapasiti dan kebolehan masing-masing, didalam menjalankan tugas menyebarluaskan cara kehidupan Rasulullah SAW ke seluruh dunia. Berjuang dan berjihad di jalan ini dengan pengorbanan adalah jihad terbesar di zaman moden, bentuk kesetiaan serta keikhlasan yang sebenar kepada Rasul SAW dan pewaris (kerja) nabi yang paling tulin. Mereka yang meletakkan kaki di atas (jalan) ini akan jelas nampak jalan-jalan (penyelesaian) lain yang akan dibuka kepada mereka oleh Allah Taala. Apa yang kita hadapi hari ini adalah merupakan kesinambungan yang tidak jauh dari apa yang dijanjikan dan khabar gembira yang diberitakan kepada para muslimin di Makkah melalui ayat terakhir Surah Al-Ankaboot:

"Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan) dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya." (Al-Ankabuut 29:69)'

(Terjemahan bebas - Kitab Islamic Faith and Practice, karangan Maulana Manzoor Nukmani, terbitan Idara-e-Islamiyyat, m/s 123-124, 1999)

Maulana Manzoor Nukmani menulis:

'Langkah pertama didalam kebangkitan struktur teokrasi Islam didalam Negara orang-orang Islam ialah dengan 'pengorientasian semula agama' didalam kehidupan masyarakat Islam. Dengan ini, kita maksudkan pengalihan pemerhatian dari keghairahan keduniawian kepada keghairahan keakhiratan, dengan matlamat supaya menjadi mudah bagi mereka untuk mengetepikan kecintaan materialistik kepada mencapai keredhoan Tuhan. Tiada jalan yang lebih mudah dari ini. Sejarah telah membuktikan kebenaran kenyataan ini dan roh dalaman Islam juga menuntut perkara ini. Melainkan dengan kesedaran agama diusahakan dikalangan masyarakat Islam, usaha peningkatan tahap negara orang-orang Islam kepada pembentukan Negara Islam yang sebenar, sekurang-kurangnya pada zaman kita ini, hanyalah mimpi kosong. Ini adalah proses yang susah dan memerlukan pengorbanan besar, tetapi tiada alternatif lain, tiada jalan singkat lain bagi pembentukan kerajaan Islam. Walaupun dengan secara tidak sengaja sistem Islam terbentuk di mana-mana, adalah mustahil baginya untuk berfungsi dengan jayanya melainkan keintelektualan dan mekanisma emosi masyarakat Islam yang hidup dibawah naungannya (kerajaan Islam tersebut) dan amalan mereka didominasi oleh kesedaran agama dan moral. Sistem (yang terbentuk secara tidak sengaja) ini akan dikoyak-koyakkan kepada cebisan-cebisan oleh orang-orang Islam (yang tidak ada kesedaran agama) itu sendiri.'

(terjemahan bebas - Maulana Manzoor Nukmani, Kitab Islamic Faith & Practice, bab Kerajaan & Politik, muka surat 132, terbitan Idara Islamiyyat, tahun 1999)

Maulana Manzoor Nukmani menulis:

Persoalan mengenai perlantikan khalifah; yang timbul selepas kewafatan Baginda Nabi SAW, tidaklah seperti yang disalah anggap oleh sesetengah orang, iaitu (beranggapan bahawa) ia adalah sama dengan perlantikan ketua bagi sesebuah negeri (head of state). Isu sebenar yang dihadapi oleh para sahabat r.anhum ialah untuk menentukan siapakah diantara mereka yang berkelayakan untuk menanggung beban tanggungjawab yang besar didalam mendakwah dan menyebarkan risalah keimanan, pengarahan kerohanian, bimbingan, Jihad dan Amar makruf Nahi mungkar yang baginda Nabi SAW telah wariskan kepada ummat sebagai sebahagian dari misi ketuhanan bagi pengislahan ummat dan organisasi dan pengurusan keduniawian menurut kehendak Allah Taala. Kita mempunyai (bukti atas kebenaran pernyataan ini dari) sumber yang sahih, iaitu kandungan khutbah yang disampaikan pada satu perhimpunan oleh Hazrat Abu Bakar r.anhu (diantaranya) seperti berikut: Muhammad SAW telah wafat; sekarang menjadi satu keperluan bagi melantik seseorang yang berkemampuan untuk bertanggungjawab diatas urusan keimanan.

(terjemahan bebas - Maulana Manzoor Nukmani, Kitab Islamic Faith & Practice, bab Kerajaan & Politik, muka surat 122, terbitan Idara Islamiyyat, tahun 1999, diterjemahkan dari bahasa Urdu ke bahasa Inggeris oleh Dr. Muhammad Asif Kidwai)

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin