Di bawah ini satu persoalan dari teman yang bertanyakan berkaitan iftar yang masuk ke email saya baru-baru ini. Supaya yang lain sama-sama dapat menafaat dari solan ini maka saya publishkan kat sini.
From: @$#%^&@yahoo.com>;
To: Ibn Saad Saad;
Subject: Re: apa khabar ust.. saya ingin tahu...
Sent: Tue, Jul 31, 2012 1:15:09 AM
To: Ibn Saad Saad
Subject: Re: apa khabar ust.. saya ingin tahu...
Sent: Tue, Jul 31, 2012 1:15:09 AM
Assalamualaikum
Ustaz apa khabar?
Di sini saya ingin mendapatkan pandangan ustaz berhubung
artikel di bawah. Adakah ia menepati sunnah di bulan ramadhan? setahu saya,
Rasullullah s.a.w berbuka dgn tamar dan air kosong dan terus pergi solat
margrib. Yang mana lebih afdal adakah mengikut artikel di bawah atau makan
tamar dan air kosong dan terus pergi solat. alhamdulillah, saya sudah
mengamalkan sunnah nabi berbuka dgn tamar dan air kosong dan terus pergi solat
magrib. Selepas solat magrib, baru makan berat sikit. Faedah yg sy perolehi
ialah tumpuan dlm solat magrib dan apabila pulang ke rumah untuk mkn berat,
alhamdulillah makan sikit sudah kenyang dan makanan pun tak membazir.
Sekian , terima kasih.
Wassalam.
Artikel yang saya maksudkan.
Kolum Dr Asri: Solat dulu ataupun makan dulu?
Solat dulu ataupun makan dulu?Dalam bulan Ramadan ataupun
ketika berbuka puasa, soalan ‘solat dulu ataupun makan dulu’ sering kedengaran.
Ini terutama dalam keluarga yang ada ramai ahli terutama anak-anak yang masih
kecil yang dilatih berpuasa. Juga soalan ini kedengaran apabila kita dijemput
berbuka puasa di rumah orang lain yang ingin melayan kita.
Makan Dulu
Ada orang menyangka bahawa sekalipun makanan sudah
terhidang, yang terbaik itu solat dahulu, selepas itu barulah makan. Sehingga
ada yang apabila mereka duduk di keliling hidangan, kemudian bangun
meninggalkannya dan pergi menunaikan solat. Amalan seperti itu dirasakan oleh
sesetengah pihak sebagai lebih mengikut kehendak agama. Namun, jika kita
merujuk kepada hadis-hadis Nabi s.a.w kita akan dapati penegasan yang
sebaliknya. Antaranya hadis daripada Anas binMalik r.a.: bahawa Rasulullah
s.a.w. bersabda: “Apabila telah dihidangkan makan malam, maka mulakanlah makan
sebelum kamu menunaikan solat Maghrib, dan jangan kamu tergopoh-gapah semasa
makan malam kamu.”(Riwayat Bukhari dan Muslim).
Dalam hadis yang lain daripada Abdullah bin Umar, baginda
s.a.w. bersabda: “Apabila dihidangkan makan malam seseorang kamu, sedangkan
solat (jamaah) telah didirikan, maka mulailah dengan makan malam. Janganlah dia
tergopoh-gapah sehinggalah dia selesai.” (Riwayat Bukhari dan Muslim). Riwayat
di atas juga menambah bahawa Ibn Umar r.a. apabila dihidangkan untuknya
makanan, manakala solat pula sedang didirikan, maka beliau tidak mendatangi
solat melainkan hingga beliau selesai makan, walaupun beliau mendengar bacaan
imam.
Hikmah daripada arahan Nabi s.a.w agar mendahulukan makan
ialah agar pemikiran kita tidak diganggu ketika solat dengan ingatan kepada
makanan yang telah kita lihat terhidang di hadapan mata sebelum bersolat tadi.
Ini boleh mengganggu kekusyukan solat seseorang. Dengan itu para ulama
menyatakan dimakruhkan solat setelah makanan terhidang di hadapan mata. Ini merangkumi
semua solat, bukan khusus pada solat Maghrib sahaja. Kata al-Imam an-Nawawi
(meninggal 676H) dalam Sharh Sahih Muslim mengulas hadis-hadis berkaitan: “Di
dalam hadis-hadis tersebut dimakruhkan solat apabila terhidangnya makanan yang
hendak dimakan kerana ia boleh mengganggu hati dan menghilangkan kesempurnaan
khusyuk”.
Dalam Faidh al-Qadir l-Imam al-Munawi (meninggal 1031H) pula
menyebut bahawa arahan ini merangkumi semua solat dengan katanya: “Hadis
tersebut menyatakan hendaklah didahulukan makan malam sebelum solat Maghrib.
Namun ia juga dipraktikkan juga pada solat-solat yang lain. Ini kerana punca
arahan ini ialah bimbang hilangnya khusyuk.”
Jawapan Saya :
Assalamualaikum,
Alhamdulillah atas keperahatinan saudara untuk mengikuti
sunnah ketika berbuka. Persoalan sebegini sering kita dengar ketika bulan
Ramadhan dan ada sesetengahnya menyalahkan antara satu dengan yang lain
sehingga di dalam melaksanakan solat jemaah Maghrib menjadi dua group. Satu
group mahu bersolat awal dengan hanya mengambil tiga butir kurma dan sedikit
air lansung terus bersolat Maghrib. Manakala satu group lagi ingin mengambil
makanan berbuka agak lebih berat sedang makanan telah terhidang. Saya sendiri
pernah bertebung dengan isu ini di satu surau sekitar Seremban satu waktu
dahulu.
Group yang pertama berhujjah bahawa amalan mengambil kurma
bilangan ghasal (ganjil) adalah sunnah berdasarkan beberapa hadis yang sahih.
“Yak kulu tamrat witran” kata mereka. Group yang kedua pula berhujjah dengan
hadis Nabi saw yang juga sahih dengan sabdaan Rasulullah saw “Apabila telah
dihidangkan makan malam, maka mulakanlah makan sebelum kamu menunaikan solat
Maghrib, dan jangan kamu tergopoh-gapah semasa makan malam kamu.”
(Bukhari/Muslim)
Bila ini berlaku maka solat jemaah Maghrib menjadi dua
sedangkan kedua-dua ini adalah sunat sedang memelihara hubungan sesama Islam
berlebih lagi di dalam bulan Ramadhan sangat-sanagt diberatkan oleh syariat.
Jadi yang mana satu yang sunnah yang perlu kita ikuti?
Sebenarnya kedua-dua kaedah adalah sunnah. Ada ketikanya cara saudara itu lebih
baik (memakan kurma tiga butir dan sedikit air sejuk) dan ada caranya ikut
artikel di atas lebih baik (makan berat makanan yang sedang terhidang). Hal ini
mengikut keadaan dan suasana, ada ketika-ketikanya keadaan dan suasana memaksa kita ikut kaedah
di atas apabila kita berada di dalam sesuatu majlis yang susunatur programnya
makan dahulu kemudian solat Maghrib. Ada ketika-ketikanya cara saudara lebih
baik diikuti apabila sesaorang itu ada keupayaan dan kekuatan berbuat demikian.
Contoh 1:
Apabila sesaorang itu berbuka di rumah bersama keluarganya
dan keluarga telah terbiasa dengan cara seperti saudara maka ini boleh diikuti.
Atau pun jika kita berbuka di sesuatu rumah atas jemputan atau mana-mana majlis
yang berbukanya secara ringkas kemudian bersolat maka ini afdhal dan elok
diikuti.
Contoh 2 :
Mamat ketika berbuka semalam terpaksa berbuka ringkas kerana
mendapat berita anak lelakinya yang tinggal di asrama sekolah masok hospital.
Beliau bergegas ke hospital besar untuk melihat anaknya. Kerana kesibukkan
menguruskan urusan anaknya beliau tidak dapat berbuka dengan sempurna dan juga
terlepas makan malam. Ketika waktu sahur beliau terlelap kerana keletihan
sehingga makan sahur juga terlepas. Esoknya beliau teruskan berpuasa dengan
keadaan yang sangat lapar.
Bagi Mamat ini berbuka dengan berat ketika berbuka adalah
dituntut kerana kelaparan yang bersangatan. Malah jika hanya berbuka dengan
tiga biji kurma menjadi makruh baginya seperti artikel di atas.
Rumusanya :
Kedua-dua cara adalah sunnah dan salah satunya boleh diikuti
mengikut keadaan. Ada ketikanya salah satu lebih utama dari yang satu lagi.Yang
tak sunnahnya lansung tak nak berbuka atau berbuka sehingga terlucut butang
seluar serta solat Maghrib terlepas begitu sahaja.
Wallahualam
|
No comments:
Post a Comment