MAKLUMAN :


widgeo.net

Tuesday, September 6, 2011

Suami Gagal Lampias Nafsu Cuba Bunuh Diri : Isu Payong Emas


Metro : Selasa 6 September 2011

AMPANG: Hanya kerana isteri menolak permintaannya untuk melakukan hubungan seks, seorang suami bertindak nekad cuba membunuh diri dengan menikam diri sendiri, namun berjaya dihalang isterinya, tengah malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah malam di rumah pasangan itu di daerah ini, suami berusia 27 tahun itu mengajak isterinya berusia 29 tahun untuk melakukan hubungan seks, namun permintaan itu ditolak dengan cara baik.

Menurut sumber, tindakan isterinya menyebabkan suami naik berang lalu memaki- hamun wanita itu menyebabkan berlaku pertengkaran sesama mereka.

“Lelaki itu kemudian pergi ke dapur dan mengambil sebilah pisau sebelum masuk semula ke bilik lalu meletakkan pisau di perutnya sambil memberitahu mahu membunuh diri,” katanya.

Sumber berkata, isterinya yang terkejut dengan tindakan itu menepis pisau dipegang suaminya itu.

Namun, lelaki itu mengambil semula pisau yang jatuh ke lantai dan melakukan perkara sama sekali lagi selain menyuruh isterinya menikamnya pula.

Berikutan tindakan itu, isterinya sempat merampas pisau dipegang suaminya itu sebelum keluar membuat laporan di balai polis berhampiran.



Komen Penulis :

Bila kita membaca berita di atas, maka terbukti bahawa puasa yang telah kita jalani di dalam masyarakat kita dan yang telah pun meninggalkan kita beberapa hari yang lalu tidak cukup untuk mengekang hawa nafsu serta membawa sifat takwa ke sebelas bulan selain Ramadhan.

Mungkinkah puasa yang kita telah jalani di dalam masyarakat kita hanya sekadar lapar dan dahaga sahaja? Jika di lihat pada berita di atas maka terbukti bigitulah sifat puasa kita.

Rasulullah saw pernah bersabda melalui riwayat Ibn Masud r.a” ……Dan barang siapa di antara kalian belum mampu, maka hendaklah berpuasa, kerana puasa itu dapat menjadi penghalang untuk melawan gejolak nafsu.” (Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Ibnu Majah, dan Tirmidzi)

Bayangkanlah hanya semata-mata keinginan hawa nafsu tidak ditunaikan, hingga ketahap sanggup untuk membunuh diri. Ini bermakna bahawa ada di dalam masyarakat kita terdapat sekelumpok gulongan yang merasai bahawa meyempurnakan nafsu syahwat adalah kesempurnaan segala-galanya.

Apa tidaknya , setiap filem dan drama yang ditayangkan saban hari meransang ke arah itu. Berlebih lagi di dalam bulan sambutan Hari Raya ini dan bulan kemerdekaan ini. Gulongan yang dikatakan sibuk dengan aktiviti keagamaan pun kekadang terperangkap dengan masaalah nafsu syahwat ini. Tidak heran terdapat gulongan seperti ini lebih banyak meceritakan fadhilat kahwin dua daripada fadilat beramal dengan amalan agama. Lebih banyak menceritakan kehebatan kahwin dua daripada menceritakan kehebatan Allah swt. Maka dihujungnya terhasillah apa yang diinginkan.

Penulis tidaklah bermaksud anti kepada golongan yang kahwin dua atau yang bercadang untuk berkahwin dua. Kalau ditanya pada nafsu semua orang nak kahwin dua, malah inginkan yang muda-muda lagi. Sibuta yang tak nampak apa-apa pun kalau ditanya maka dia pun nak kahwin dua. Malah penulis pun ingin kahwin dua,tiga dan juga empat macam Salleh Yaakob jika ditanya pada nafsu. Namun jika di renung dan difikirkan soal memberi masa untuk kerja-kerja agama juga nilai pengurbanan isteri serta hak anak-anak, maka ini yang menghalang penulis berbuat demikian.Selain itu faktor usia tidak boleh dinafikan oleh sesiapa pun. Bila dah berusia maka sudah tentunya tidak mampu "berdiri" dengan betul. Maka pastinya memerlukan "tongkat",maka sebuklah mengatakan yang "tongkat" itu sunnah. Namun jika "Tongkat Ali" yang digunakan sudah tentunya bukan lagi "sunnah".......Dalam tu maksudnya.

Bagi penulis kahwinlah dua,tiga atau empat. Tidak ada masaalah asalkan berkemampuan dan boleh berlaku adil serta mampu menunaikan hak-hak atas isteri dan anak-anak. Namun yang banyak e-mail serta sms yang penulis terima serta juga soalan ketika penulis mengajar di masjid dan surau, rata-rata golongan ini gagal berbuat demikian. Kalau ada pun bilangannya terlalu sedikit. Jadi maksud tulisan penulis di sini adalah soal nafsu itu yang ingin penulis bincangkan.

Mungkin begitu ramai juga dikalangan orang yang kehadapan di dalam Jemaah Tabligh di Malaysia ini mula ingin beramal dengan “sunnah” ini serta mungkin juga ramai “ahliah-ahliah” karkun yang inginkan payong emas sehinggakan akan ada soalan berkaitan isu ini di Mesyuarat Malaysia di Nizamuddin, India pertengahan bulan ini. Setahu penulis persoalan ini ramai berlaku di Thailand namun tidak pula kedengaran soalan sebegini dikemukakan di sana. Sebab? Kerana mereka di sana rata-rata memahami hak kerja agama serta hak isteri dan anak-anak.Wallahulam.


P/s : Mohon maaf jika tulisan ini menyinggung saudara yang terlibat.
Untuk artikel berkaitan, sila layari posting Feb 2009 pada "blog achive" pada tajuk "Nak Ke Payong Emas", "Tips Mengesan Suami Kahwin Lebih" dan juga "Faktor Lelaki Berpoligami"

2 comments:

Irwan said...

salam Ustaz,

saya cadangkan agar ustaz tambah button post to FB dan twitter agar pembaca yang berminat boleh sebarkan artikel ustaz ke media2 lain juga...

Wallahualam

Hidayatullah said...

slm.. orang mcm nh pon ada? kalau idup utk penuhkan hawa nafsu..mmg xkan puas.. tp kalau bawak akal ke hadapan.insyaALLAH semua beres..

thx ustaz atas komentari tu

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin