Friday, September 23, 2011
I - Pelajar Tahfiz Dibunuh Kejam : Kosmo 22 Sept 2011
Berita I :
SHAH ALAM – Polis semalam mendedahkan pembunuhan seorang remaja perempuan yang mayatnya ditemui dengan kesan terbakar hampir 80 peratus di dalam semak berhampiran loji kumbahan di Jalan Bukit Belacan 5 September lalu berikutan keengganannya untuk melakukan hubungan seks.
Menurut polis, akibat penolakan tersebut, teman lelaki mangsa yang juga suspek dalam kes itu disyaki cuba memperkosa remaja berkenaan. Suspek merupakan seorang pelajar institut pengajian tinggi awam berusia 19 tahun dari Ukay Perdana, Ampang.
Pelajar tahun dua Ijazah Sarjana Muda Ukur Bahan itu ditahan pada pukul 12 tengah hari, 12 September lalu di Seri Iskandar, Perak.
Ketika ditahan, polis merampas sebuah telefon bimbit milik mangsa dan sebuah kereta jenis Perodua Kancil milik keluarga suspek yang didapati mempunyai keterangan-keterangan fizikal seperti rambut yang diyakini ada hubung kait dengan kes bunuh itu.
Siasatan awal ketika itu mendapati, suspek membeli petrol di dua buah stesen minyak di kawasan Ampang Jaya untuk membakar mangsa.
Mangsa dikenali sebagai Nurul Awatif Syakir, 19. Dia merupakan pelajar Maahad Tahfiz Al-Tijarah, Selayang, Gombak.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Bakri Mohd. Zinin berkata, siasatan pihaknya setakat ini mendapati suspek dikatakan mengambil tindakan drastik untuk membunuh mangsa selepas berang apabila permintaannya ditolak.
Katanya, polis juga telah mendapatkan laporan penuh bedah siasat ke atas mangsa tetapi enggan mendedahkannya sehingga siasatan selesai.
“Sehubungan itu, permohonan kita untuk melanjutkan tempoh reman ke atas suspek telah dibenarkan sehingga 27 September ini bagi membantu polis menjalankan siasatan,” katanya ketika ditemui pada Majlis Sambutan Aidilfitri Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini semalam.
Baru-baru ini Kosmo! melaporkan, mayat seorang remaja perempuan ditemui berhampiran loji itu pada 5 September lalu dengan kesan terbakar hampir 80 peratus badannya pukul 1.35 petang.
Sebelum itu, ahli keluarga mangsa membuat laporan mengatakan mangsa tidak pulang selepas keluar pada pukul 8.30 malam sehari sebelum itu dan pengecaman dibuat berdasarkan cebisan baju kurung serta sepasang anting-anting.
Berita II :
Budak 2 Tahun Diperkosa Di Rumah Pengasuh : Metro 23 Sept 2011
PETALING JAYA: Seorang budak perempuan berusia dua tahun yang baru dibawa pulang ibunya dari rumah pengasuh dipercayai dirogol selepas mengadu sakit pada kemaluannya di Kota Damansara, di sini, kelmarin.
Menurut sumber, dalam kejadian kira-kira jam 7 malam itu, ibu mangsa yang baru pulang dari tempat kerja menjemput anaknya seperti biasa di rumah pengasuh terbabit.
Bagaimanapun, setibanya di rumah, kanak-kanak itu menangis dan mengadu sakit di kemaluan dan selepas diperiksa, terdapat luka dan bengkak di bahagian berkenaan.
“Ibu mangsa membawa anaknya itu ke pusat kesihatan berhampiran untuk pemeriksaan lanjut.
“Wanita itu terperanjat apabila doktor mengesahkan terdapat kesan kecederaan pada kemaluan anaknya akibat tusukan objek keras,” katanya.
Menurutnya, ibu mangsa kemudian membuat laporan di Balai Polis Kota Damansara.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan berkata, siasatan awal mendapati semua penghuni di rumah pengasuh terbabit adalah wanita, namun tidak menolak kemungkinan suspek adalah orang dikenali mangsa.
Sedikit Komentar :
Bila kita membaca dua berita di atas, maka jelas pada kita bahawa masyarakat kita telah terdedah dengan maksiat zina yang telah sampai ke tahap tepu. Bayangkanlah bagaimana ianya mungkin boleh berlaku kepada pelajar tahfiz yang sentiasa bersama dengan al-Quran dan kepada kanak-kanak seusia 2 tahun.
Pada pandangan penulis solat dan puasa sahaja tidak mencukupi jika tidak dilaksanakan amalan dakwah.
Tadi beberapada jam sebelum posting ini dibuat penulis telah kaunseling dua orang pelajar, lelaki dan perempuan. Sebagai pensyarah/kaunselor di kolej yang penulis berkhidmat, maka menjadi tanggungjawab penulis memberi kaunseling setiap pelajar yang bermasaalah.
Kedua dua pelajar ini ditangkap khalwat dan terlibat beberapa kali dengan maksiat zina. Pelajar lelaki mendapat pendidikkan agama sehingga ketingkatan 5 sekolah agama. Manakala pasangannya pelajar perempuan pula memang katanya tidak tinggal solat. Pelajar lelaki hanya sekali sahaja masuk ke kuliah penulis, manakala pasangannya pula tidak pernah hadir walau pun sekali. Kedua-duanya menangis terisak-isak di hadapan penulis.
Tindakan yang penulis ambik ke atas pelajar lelaki :
a) Tidak dibenarkan berjumpa dengan pasanganya walau pun sekali. Jika diketahui tindakan yang lebih berat akan diambil ke atas beliau.
b) Perlu hadir solat berjemaah setiap waktu solat. Keutamaan Maghrib dan Insya.
c) Hendaklah keluar dakwah 3 hari dan diikuti 10 hari pada cuti semister ini.
Tindakan ke atas pelajar perempuan :
a) Tidak dibenarkan berjumpa lagi dengan pasangannya. Jika berbuat demikian tindakan yang lebih berat akan diambil ke atas beliau.
b) Keterampilan dan gaya perlu dibuktikan bahawa ianyanya telah berubah.
c) Hadir dalam kuliah Syahsiah sepanjang semester hadapan.
Bila direnung-renung maka betullah kata-kata ulama-ulama dakwah bahawa hukum kedudukan dakwah pada masa kini telah menjadi “Fardhu Ain” iaitu pada maksud memelihara iman. Jadi dakwah bukan sekadar seruan pada manusia berbuat kebaikan dan mencegah kemungkaran tetapi lebih kepada pengislahan diri.
Sebagaimana firman Allah swt :
“ Wahai orang-orang yang beriman katakanlah oleh kamu ucapan yang benar (qaulan Sadida) . Akan diislahkan bagi kamu amalan kamu dan akan diampunkan bagi kamu dosa-dosa. Dan Allah itu tuhan yang maha pengampun lagi maha mengasihani.” ( Surah al-Ahzab : 70,71)
Jadi dakwah yang sedang Jemaah Tabligh lakukan adalah lebih kepada pengislahan diri dan dalam rangka memperbaiki iman. Maka hasil dari dakwah ini akan mendorong kita kepada amalan kesalihan. Memberi keupayaan untuk menjauhkan diri dari sebarang maksiat kepada Allah swt. Namun jika terlibat dengan dosa-dosa maka akan ada keupayaan untuk bertaubat kepada Allah swt.
Atas dasar ini juga sebagaimana di dalam 10 ayat yang akhir dari surah al-Furqan menyatakan, setelah berjalan di muka bumi (berdakwah) dengan “qaalu salama” maka di hujungnya disebutkan “wa man taaba. . .” sesiapa yang bertaubat dan melakukan amalan kesalihan maka Allah akan menukarkan keburukkan mereka kepada kebaikkan.
Sememangnya kita manusia kekadang akan terlanggar dengan kesalahan dan maksiat, namun melalui proses dakwah maka akan diberi kesedaran dan keupayaan untuk bertaubat kepada Allah swt.
Maka untuk ini dakwah hendaklah dijadikan sebahagian daripada aktiviti harian kehidupan kita sebagaimana yang dilakukan oleh umat awal iaitu Rasulullah saw dan Sahabat Nabi r.hum, di samping aktiviti kehidupan yang lain.
Moga Allah swt gulongkan kita sebagai pendukung kerja-kerja dakwah dan melaksanakannya secara istiqamah. Insyaallah.
p/s : Isyaallah penulis akan keluar 40 hari pada 1 Okt 2011 nanti. Doakan untuk penulis.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
9 comments:
Assalamualaikum.. Ahlan wasalan ya ustaz.. benar kata ustaz.. skg remaja da byk trpesong dri Islam itu sndiri.. ana selaku menjaga displin pelajar sntiasa mensihati golgn ini.. malah da yg begang tndkn ana ini.. ana bri thu merka.. ana lakukn krna Allah.. ats agma islam.. insyllh ustaz sma2 kta perangi bknya shja pljr, ttpi staf pon sma.. insyllh.. walm
Ya, setuju, penting sgt usaha dakwah dlm keadaan umat yg tak berakhlak sekarang ni.....
bangunlah wahai umat daie,bangun dari tidur, tegakkan kalimah tauhid..kamu akan berjaya
subhanAllah,,,,tindakan yg tepat di beriakn kepada pesalah,,,lgi2 yg laki tu,,,kuar 3 hari ,,,,masyaAllah,,kalo lah peranturan ini di utarakan dlm undang2 sume ipt,,,mst best kan,,:),,,tp,usaha ni perlu di bt dgn penuh mujahadah,,,insyaAllah,,,moga Allah mudahakn kite,serta kurniakan kefahaman agama pd semua mnusia,...
Assalamu'alaikum Ustaz,
Ana seorang yg teringin nak bdakwah tp ilmu ana blm cukup & ana tak mmpunyai kekuatan spt ustaz. Jadi sdkt ilmu yg ana dpt biasanya ana ajukan semasa soaljwb di mjls agama dgn tujuan apabila ustaz jwb soalan ana maka dptlah ana berkongsi apa yg ana tahu dgn hadirin lain melalui "perantaraan" ustaz. Tp malangnya ada sesetengah hadirin/ustaz yg krg senang dgn tindakan ana... ana sgt sedih ustaz...
smbgn...
sebagai contoh ana bertanya tentang cara wuduk yg sempurna (ala Rasulullah). Sebenarnya ana baru diajar mengenainya dan sgt teringin nak share dgn org lain lalu ana "pura-pura" bertanya dgn harapan jwpn ustaz akan didengari oleh semua hadirin. Ana rasa sgt puas bila ustaz jwb & hadirin lain dpt belajar tentang cara wuduk Rasulullah... tp ada yg buruk sangka dgn ana...
betul sy bakal kuar 4 bulan akhir buln 2..doakan yer
masya allah...mnusia kmbali kpd zmn jahiliyyah dlu..
Post a Comment