Wednesday, August 24, 2011
Aduhai Lailaku : Lailatul Qadar
Aduhai ! Lailaku
Aku tidak mendambakan seribu satu malam
Juga aku tidak mendambakan malam pengatin
Namun aku sebagai perindu
mencari-carimu di ruang Mahligai
Tetapi belum kelihatan keayuanmu
Miski pun keharumanmu makin dekat
Datanglah padaku wahai Laila
Peluklah aku dengan pelukan kerinduan
Ciumlah aku dengan ciuaman kasih sayang
Rangkullah aku dengan rangkulan berpanjangan
Kerana engkau datang menemuiku
Hanya sekali di purnama ini.
Datanglah padaku wahai Laila
Peluklah aku di kala mulutku memuji keagunganNya
Ciumlah aku di kala hatiku merinduiNya
Rangkullah aku di kala airmataku mengalir keranaNya
Juga di kala hatiku bersama hatiNya
Agar nanti
Pelukkanmu Menjadi penyuluh
Ciumanmu menjadi Penawar
Rangkulanmu menjadi benteng kukuh
Dalam perjalanan bertemuNya
Nukilan : al-alorstari
Ilham ketika memandu ke tempat kerja.
24 Ogos 2011 / 24 Ramadhan 1432
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
Akum ust, syair ust zauk sungguh, menyentuh hati n menambahkan semangat perhambaan antara kerinduaan sorg fakir kpd sang khaliq.
Jazakallah :)
Ana baca lain macaaaaam jer ustaz?
Hehehe..
Selamat Hari Raya 1433.
Cepatnya Ramadhan meninggalkan kita, ek?
amboi...dhsyat Allah bg idea tatkala memandu ye.. :)
pergh....laitul qadar jatuh pada 19 rmadhan....org2 sri petaling gtau..
ASSALAMUALAIKUM.. cntik ustaz.. lontaran jiwa yg penuh seribu makna.. insyallah.. sme2 usaha mencrinya.. amnin..
Post a Comment