MAKLUMAN :


widgeo.net

Saturday, July 24, 2010

Melaka Tubuh Sekolah Pelajar Hamil : Utusan Malaysia


utusanmelaka@utusan.com.my

MELAKA 23 Julai - Kerajaan negeri bercadang menubuhkan sebuah sekolah khas bagi pelajar yang mengandung akibat terlanjur atau mereka berkahwin pada usia muda.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, beliau serius mewujudkan sekolah tersebut kerana ia bertujuan menangani gejala pembuangan bayi yang kini semakin berleluasa.

Menurut beliau, adalah lebih baik remaja-remaja yang bermasalah itu terus bersekolah daripada terbiar dan mungkin bertindak membuang bayi.

Cadangan itu akan dikemukakan kepada Kementerian Pelajaran kerana undang-undang di negara ini tidak sebut pun bahawa murid yang bersekolah tidak boleh mengandung.

"Saya akan kemukakan cadangan ini dalam tempoh terdekat dan jika kementerian tak setuju, kerajaan negeri sendiri akan tubuhkan sekolah murid mengandung ini," katanya.

Mohd. Ali berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Sekolah Rendah Arab (SRA) Jabatan Agama Islam (JAIM) Batang Tiga Timur di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd. Ali yang juga Pengerusi Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) berkata, selain dibuka kepada remaja di negeri ini, kerajaan negeri juga sedia menerima pelajar mengandung dari negeri lain.

"Kalau ada pelajar dari negeri lain yang mengandung dan nak belajar di sekolah itu pun boleh, kita terima asalkan ia dapat membanteras gejala pembuangan bayi," katanya.
Beliau berkata, langkah itu bertujuan mengelakkan maksiat daripada terus berlaku dan bukan menggalakkan pelajar berkahwin dan mungkin bercerai pada usia muda.

"Apa yang penting kita nak selesaikan masalah remaja berzina dan selepas itu pada masalah buang bayi.

"Bila sudah ramai berkahwin, kita akan tempatkan mereka di sekolah murid mengandung dan untuk teruskan pembelajaran," katanya. (Sumber : Utusan Malaysia Dengan Sedikit Edit )



Komen :

Kita tidak akan pernah berjumpa sejak ujudnya Negara Malaysia satu sekolah khas untuk pelajar Hamil. Dan inilah apa yang akan berlaku bila gejala sosial begitu ketara di Bumi Bertuah ini. Apa tidaknya jika satu sekolah di Terengganu baru-baru ini mencatakan 16 orang pelajar hamil, 4 orang telah melahirkan anak. Jumlah itu berdasarkan jumlah yang dikenalpasti , bagaimana pula yang tidak dikenal pasti. Ini mengambarkan dasyatnya masaalah sosial di negara kita. Agaknya nanti mungkin nama sekolah berkenaan begini agaknya : “Sekolah Kebangsaan Pelajar Hamil Jasin, Melaka”.

Kemudian pula jika ianya berlaku di universiti, mungkin akan ujud satu universiti khas untuk siswi yang hamil. Mungkin juga namanya “Universiti Hamil Utara Malaysia”. Ringkasnya “UHAMIN”

Kemudian jika ada orang tua yang termengandung, agaknya ujud pula “Rumah Orang Tua Mengandung Ceras”.

Selepas itu untuk 10/15 tahun akan datang bilamana anak-anak luar nikah ini telah besar, supaya jiwa mereka tidak tertekan mungkin juga akan ujud sekolah khas untuk mereka cth :"Sekolah Anak Haram Bukit Beruang, Melaka". Untuk lebih serasi guru-guru mereka pun dikalangan guru yang juga anak haram. Lepas tu pula akan ujud exco dan menteri khas "Anak Haram" yang ditugaskan mengendalikan anak-anak haram. Ini tidak mustahi boleh berlaku.

Bila direnung-renung , maka jelas di depan mata apa yang telah dianjurkan oleh Allah dan Rasulnya itulah jalan keluar dan jalan penyelesaian yang terbaik untuk umat ini. Masaalahnya, kita yang sedar dan diberi taufik serta hidayat oleh Allah swt ini pun masih lagi lemah melaksanakan tanggungjawab besar iaitu “dakwah” di dalam masyarakat.

Inilah yang sepatutnya kita renung dan fikirkan.

Monday, July 19, 2010

Jahatkah Hitler ?: Perkara Yang Perlu Kita Renungi.

Baru-baru ni aku ada terima satu email dari teman. Ianya salah satu kajian tesis saorang saudara kita berkaitan Hitler. Gambar di bawah sudah cukup untuk kita fikirkan betapa sejarah telah diputarbelitkan oleh Yahudi dan kuncu-kuncunya.

Begitulah juga sejarah Negara-negara Jajahan Kuasa Barat suatu masa dahulu.Juga perlu kita renungi akan kebenarannya.


Hitler Berbincang Dengan Mufti Al-Quds Syeikh Amin Al-Hussainy


Mufti Al-Quds Syeikh Amin Al-Hussainy Memeriksa Barisan Tentera German


Syeikh Amin Al-Hussainy Bermesra Bersama Tentera German


Ulama Sebagai Idola Tentera




Tentera Islam German Sedang Bersolat


Tentera German Sedang Membaca Risalah Islam


Maka tidaklah menghairankan bahawa Hitler boleh menguasai sebahagian besar dunia ketika itu bilamana kaedah Islam diterapkan di dalam ketenteraan.

Ianya jauh lebih baik dari pemimpin Islam kini yang membelakangkan Islam, apalagi yang menghina Islam.

Inilah yang perlu kita fikirkan.

Wallahualam.

Thursday, July 15, 2010

GOOOOOL ! : Penangan FIFA Wold Cup 2010


Demam bola FIFA Wold Cup baru sahaja selesai. Kita dapati tidak ada satu permainan sukan yang paling dimanati seluruh dunia melainkan bola, malah ianya dijuluki sebagai Sukan No.1 dunia. Kita tidak akan bertemu mana-mana permainan yang sepakat manusia dan seiya menyebut satu kalimah serentak dengan perkataan ‘gool', seluruh dunia. Pada malam-malam perlawanan musim Piala Dunia yang lalu kita dapati manusia meyebut kalimah ini serentak satu dunia. Cuba kita bayangkan jika globe dunia diletakkan di hadapan kita, maka akan dengari keliling globe dunia dipenuhi kalimat serentak ‘gool’. Kalimat yang tidak diterjemahkan oleh mana-mana bahasa meski pun orang asli di tengah hutan Amazon yang menuntun Piala Dunia ini pun juga menyebut ‘gool’. Malah yang bisu dan pekak pun boleh menyebut kalimat ‘gool’ dengan baik. Ianya cukup menakjubkan.



Sukan No.1 ini mempengaruhi kehidupan seluruh manusia. Semuanya akan tertumpu kepada sukan ini meski pun pada seorang tidak meminati, namun ia akan terbawa meminatinya. Malah tidaklah menghairankan jika manusia sanggup bangun di tengah malam semata-mata ingin menyaksikan setiap siri perlawanan tersebut (khusus penduduk Asia). Ragam hidup ketika itu telah merubah kehidupan manusia. Perbualan akan berubah kepada perbualan bola, pakaian akan berubah dengan memakai T-shirt pasukan yang diminati. Malah sewaktu solat Jumaat pun kita dapati ada yang memakai T-shirt pasukan yang digemari. Fesyen rambut pun juga akan berubah mengikut trend terkini bintang bola sepak. Iklan-iklan di TV ,akhbar dan majalah pun berkaitan dengan bola. Malah iklan yang tidak kena mengena dengan sukan ini pun akan diiklankan mengikut rentak suasana bola sepak. Cukup kelakar.




Hampir setiap individu di dalam masyarakat akan dibawa meminati sukan ini meski pun mereka-mereka yang kuat keagamaannya. Dari anak kecil Tadika sehingga kepada orang tua yang sakit dihospital (lihat gambar), dari rokers hingga kepada imam, qadhi dan mufti. Malah takkala penulis berada di salah satu pesentren terbesar di Pulau Jawa, Indonesia beberapa tahun yang lalu pun pesentren terpaksa dibatalkan kuliah di malam hari kerana santrinya akan menuntun Piala Dunia. Beberapa buah TV saiz besar akan dipasang di pesentren tersebut bagi memudahkan santrinya menuntun. Jika tidak, pasti ramai yang akan hilang dari pesentren ke kota-kota berdekatan. Cukup dasyat kesan Piala Dunia ini.

Bukan itu sahaja, saudara kita dari Negara Arab pun akan menukarkan fesyen jubah mereka dengan warna pasukan kegemaran mereka (Lihat gambar). Tangan kanan memegang biji tasbih , mulut menyebut kalimah ‘gool’. Malah ada rakan seusaha /karkun yang ketika keluar pun sanggup ke warung-warung menuntun perlawanan Piala Dunia ini. Dalam masjid dan surau cantik nampak kelambu dipasang namun jam 2.00 pagi hilang menuntun bola. Malah mereka yang hebat keagamaannya pun tergugat gara-gara Piala Dunia ini.


Akibat dari itu ramai yang tidak Solat Subuh, yang Solat Suboh pula tertinggal Solat Suboh berjemaah, yang Solat Suboh berjemaah pula ramai yang tertinggal ‘Tabir Al- Ula’ dan ramai yang menjagai Solat Tahajud pun tertinggal Tahajudnya. Ini khusus bagi Negara-negara Asia. Namun di sekitar Negara Arab ramai yang teringgal Solat Magrib dan Solat Insya apa lagi berjemaah. Malah sekeliling Masjidil Haram Dan Masjid Nabi saw pun kedengaran kalimah ‘gool’ berbanding kalimah memuji Allah. Tidaklah menghairankan kita, ini adalah kerana saudara Arab kita di sana sememangnya terlalu gila dengan bola (lihat gambar). Sehebat-hebat kita Malaysia belum pernah melangkah ke pertandingan Piala Dunia. Namun sebahagian besar Negara Arab di sana pernah melangkah ke Piala Dunia seperti Mesir, Arab Saudi dan juga Iraq. Malah kelab-kelab pasukkan bola mereka lebih gah dari kita. Pemain-pemain mereka lebih terkenal berbanding pemain-pemain kita.



Di saat kita menyambut Israi Mikraj menceritakan pentingnya solat, di saat itulah ramai di antara kita menjadi lalai gara-gara sukan ini. Penulis beberapa kali di dalam siri kuliah dan ceramah Israk Mikraj menekankan persolaln ini. Malah pada malam akhir sewaktu kemuncak kelalaian seleruh dunia, jika kita bangun bersolat dan berdoakan pasti akan terasa kerisauan atas umat pada diri kita. Namun berapa kerat yang boleh berbuat demikian. Ianya bukan Malam Lailatul Qadar juga bukan Malam Baraah (Nisfu Sya’ban) namun berdasarkan hadis di saat kelalaian manusia jika di saat itu kita bangun berwudhuk dan bersolat, maka ianya tersangat di sukai oleh Allah dan MalaikatNya.

Bila direnung , maknanya iman kita masih lagi ‘Iman suasana’ yang mana akan terggelam mengikut arus suasana. Kita bimbang di saat akhir takala Penfitnah Terulung ‘Dajjal’ muncul mengujudkan suasa kebahagiaan, keseronokan dan kegembiraan dengan caranya, kita ikut terlibat. Nau’zubillah.

Khulasahnya, tidaklah hairan ulama-ulama mengingatkan pada kita agar kita tingkatkan pengurbanan atas agama sehingga kecintaan pada Allah, Rasul dan agama melebihi dari segala sesuatu sebagaiamana yang berlaku pada sahabat rhum.

Fikir-fikirkanlah.

Tuesday, July 6, 2010

Mike Tyson Mengerjakan Umrah Ziarah

(Mike Tyson Bersma Dengan Beberapa Perwakilan Universiti Islam Madinah)

Madinah : 4 Julai 2010

Bekas Juara Tinju Dunia Mike Tyson, baru-baru ini buat pertama kalinya menjejak kakinya di Tanah Haram bagi melaksanakan amalan Umrah dan Ziarah. Beliau telah sampai di Madinah Al- munawwarah pada hari Jumaat yang lalu bagi melaksanakan Solat Jumaat bersama penduduk tempatan di Masjid Nabi saw.

Sepanjang di Madinah, belaiu berkesempatan bertemu dengan Presiden University Islam Madinah, Dr.Muhammad Al- Aqola serta beramah mesra dengan pelajar-pelajar universiti berkenaan.

Dari Madinah Al- Munawwarah, beliau berangkat ke Mekah Al- Mukarramah bagi melaksanakan ibadat Umrah . Selain itu beliau juga ke Jeddah, Abha dan juga Riyadh bagi menyempurnakan siri lawatan beliau. Mengikut sumber berita, lawatan beliau ke Tanah Suci adalah salah satu program anjuran CDA (Canadian Dakwa Association).
Beliau berada selama seminggu di Tanah Suci serta menghabiskan masanya dengan melawat beberapa tempat suci serta bergaul mesra dengan penduduk setempat bagi mendalami budaya masyarakat Islam di sana. (Arab News: 4 Julai 2010)


Tyson Menangis Di Raudah

Metro : 2010/07/06

MADINAH: Bekas juara tinju heavyweight dunia, Mike Tyson, kelihatan menangis ketika berada Raudah semalam dan menganggap dirinya bertuah kerana berada di satu daripada taman syurga.
Lawatan Tyson ke Arab Saudi untuk mengerjakan umrah ditemani Ketua Persatuan Dakwah Kanada, Shahzad Muhammad.

Kata Shahzad, Tyson menjadi begitu emosional ketika mengucapkan salam kepada Rasulullah (SAW) “Dia menangis lebih setengah jam ketika berdiri di depan makam Nabi sambil mengangkat tangannya.

“Tyson terus berada di kawasan Raudah selama beberapa jam untuk bersolat, membaca al-Quran dan berzikir,” katanya, semalam.

Selain Masjid Nabawi, Tyson turut meluangkan masa menziarahi Masjid Quba, Masjid Qiblatain (Masjid Dua Kiblat) dan Universiti Islam Madinah. Tyson memeluk Islam ketika di penjara selepas didapati bersalah mencabul kehormatan seorang model kulit hitam.

Ketika berada di Kazakhstan minggu lalu, bekas peninju itu berkata, dia amat takut kepada Allah. - Agensi


Komen :

Alhamdulillah, bagi seorang bekas ahli sukan ternama masih lagi boleh mangambil ruang masa untuk beribadat di Tanah Suci sedangkan waktu yang sama rakan sukan yang lain sibuk berada tempat duduk VIP di Stadium di Afrika Selatan bagi menyaksikan perlawanan bolas sepak FIFA Worlds Cup.

Dahulunya ramai yang mencemuh dan menghina namun orang yang dihina sekarang ini berada di Tanah Suci mengerjakan amalan Umrah Ziarah dan menjadi seorang yang takut pada Allah swt..

“Jika Allah swt buat keputusan sesaorang itu mendapat hidayat tidak akan ada sesiapa pun yang boleh menghalanginya.”

SUBHANALLAH!.

Friday, July 2, 2010

Jadual Kuliah Bulan Julai 2010


1 Julai 2010 (Kha) : Kuliah Bahrul Maazi Tmn Gadong Jaya
2 Julai 2010 (Jum) : Kuliah Pagi Tapak Politeknik Nilai.
3 Julai 2010 (Sab) : Kuliah Suboh Bahrul Maazi Tmn Cempaka 2.
4 Julai 2010 (Ahd) : Kuliah Suboh Bahrul Maazi G/Home Fasa F.
4 Julai 2010 (Ahd) : Kuliah Bulanan Tmn Desa Melor.
5 Julai 2010 (Isn) : Kuliah Bahrul Maazi Tmn Seri Pagi.
5 Julai 2010 (Isn) : Kuliah Hadis KLIA MAS Hanger 6
6 Julai 2010 (Sel) : Kuliah Muntakhab Ahadis Tmn Cempaka 2.
7 Julai 2010 (Rab) : Mesyuarat Mingguan Masjid Rahang.
8 Julai 2010 (Kha) : Kuliah Bulanan Tmn Cempaka 1
9 Julai 2010 (Jum) : Ceramah Khas Pusat Serenti Tampin
9 Julai 2010 (Jum) : Ceramah Bulanan Tmn Matahari Height
10 Julai 2010 (Sab) : Kuliah Suboh Bahrul Maazi Tmn Cempaka 2.
10 Julai 2010 (Jum) : Ceramah Israk Mikraj Tmn Tuanku Cik Bahau.
11 Julai 2010 (Ahd) : Ceramah Israk Mikraj Tmn Rembau Utama
12 Julai 2010 (Isn) : Kuliah Bulanan Surau Ibrahim G/Home F
13 Julai 2010 (Sel) : Kuliah Muntakhab Ahadis Tmn Cempaka 2.
14 Julai 2010 (Rab) : Ceramah Israk Mikrak Tmn Mantau Indah
15 Julai 2010 (Kha) : Kuliah Bahrul Maazi G/Home Fasa F.
16 Julai 2010 (Jum) : Ceramah Pagi Tapak Politeknik Nilai.
17 Julai 2010 (Sab) : Kuliah Suboh Bahrul Maazi Tmn Cempaka 2.
18 Julai 2010 (Ahd) : Kuliah Bulanan Surau Hj.Musa BSS.
19 Julai 2010 (Isn) : Kuliah Bahrul Maazi Tmn Seri Pagi.
20 Julai 2010 (Sel) : Kuliah Muntakhab Ahadis Tmn Cempaka 2.
21 Julai 2010 (Rab) : Mesyuarat Mingguan Masjid Rahang.
22 Julai 2010 (Kha) : Kuliah Bulanan Pengasih K.Lumpur.
23 Julai 2010 (Jum) : Kuliah Bulanan Hadith Tmn Lavender Height.
24 Julai 2010 (Sab) : Kuliah Suboh Bahrul Maazi Tmn Cempaka 2.
24 Julai 2010 (Sab) : Program Khuruj 3 hari Surau Al-Amin.
25 Julai 2010 (Ahd) : Program Khuruj 3 hari Surau Al-Amin.
26 Julai 2010 (Isn) : Program Khuruj 3 hari Surau Al-Amin.
27 Julai 2010 (Sel) : Kuliah Muntakhab Ahadis Tmn Cempaka 2.
28 Julai 2010 (Rab) : Mesyuarat Mingguan Masjid Rahang.
30 Julai 2010 (Jum) : Kuliah Pagi Tapak Politeknik Nilai.
30 Julai 2010 (Jum) : Kuliah Petang ILP, Pedas.
30 Julai 2010 (Jum) : Kuliah Hadis Tmn Rembau Utama.
31 Julai 2010 (Sab) : Kuliah Hadis Surau Qudwah,Green Str.Home

Nota : Sekiranya Ada Perubahan Akan Dimaklumkan Kemudian.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin