MAKLUMAN :


widgeo.net

Thursday, July 15, 2010

GOOOOOL ! : Penangan FIFA Wold Cup 2010


Demam bola FIFA Wold Cup baru sahaja selesai. Kita dapati tidak ada satu permainan sukan yang paling dimanati seluruh dunia melainkan bola, malah ianya dijuluki sebagai Sukan No.1 dunia. Kita tidak akan bertemu mana-mana permainan yang sepakat manusia dan seiya menyebut satu kalimah serentak dengan perkataan ‘gool', seluruh dunia. Pada malam-malam perlawanan musim Piala Dunia yang lalu kita dapati manusia meyebut kalimah ini serentak satu dunia. Cuba kita bayangkan jika globe dunia diletakkan di hadapan kita, maka akan dengari keliling globe dunia dipenuhi kalimat serentak ‘gool’. Kalimat yang tidak diterjemahkan oleh mana-mana bahasa meski pun orang asli di tengah hutan Amazon yang menuntun Piala Dunia ini pun juga menyebut ‘gool’. Malah yang bisu dan pekak pun boleh menyebut kalimat ‘gool’ dengan baik. Ianya cukup menakjubkan.



Sukan No.1 ini mempengaruhi kehidupan seluruh manusia. Semuanya akan tertumpu kepada sukan ini meski pun pada seorang tidak meminati, namun ia akan terbawa meminatinya. Malah tidaklah menghairankan jika manusia sanggup bangun di tengah malam semata-mata ingin menyaksikan setiap siri perlawanan tersebut (khusus penduduk Asia). Ragam hidup ketika itu telah merubah kehidupan manusia. Perbualan akan berubah kepada perbualan bola, pakaian akan berubah dengan memakai T-shirt pasukan yang diminati. Malah sewaktu solat Jumaat pun kita dapati ada yang memakai T-shirt pasukan yang digemari. Fesyen rambut pun juga akan berubah mengikut trend terkini bintang bola sepak. Iklan-iklan di TV ,akhbar dan majalah pun berkaitan dengan bola. Malah iklan yang tidak kena mengena dengan sukan ini pun akan diiklankan mengikut rentak suasana bola sepak. Cukup kelakar.




Hampir setiap individu di dalam masyarakat akan dibawa meminati sukan ini meski pun mereka-mereka yang kuat keagamaannya. Dari anak kecil Tadika sehingga kepada orang tua yang sakit dihospital (lihat gambar), dari rokers hingga kepada imam, qadhi dan mufti. Malah takkala penulis berada di salah satu pesentren terbesar di Pulau Jawa, Indonesia beberapa tahun yang lalu pun pesentren terpaksa dibatalkan kuliah di malam hari kerana santrinya akan menuntun Piala Dunia. Beberapa buah TV saiz besar akan dipasang di pesentren tersebut bagi memudahkan santrinya menuntun. Jika tidak, pasti ramai yang akan hilang dari pesentren ke kota-kota berdekatan. Cukup dasyat kesan Piala Dunia ini.

Bukan itu sahaja, saudara kita dari Negara Arab pun akan menukarkan fesyen jubah mereka dengan warna pasukan kegemaran mereka (Lihat gambar). Tangan kanan memegang biji tasbih , mulut menyebut kalimah ‘gool’. Malah ada rakan seusaha /karkun yang ketika keluar pun sanggup ke warung-warung menuntun perlawanan Piala Dunia ini. Dalam masjid dan surau cantik nampak kelambu dipasang namun jam 2.00 pagi hilang menuntun bola. Malah mereka yang hebat keagamaannya pun tergugat gara-gara Piala Dunia ini.


Akibat dari itu ramai yang tidak Solat Subuh, yang Solat Suboh pula tertinggal Solat Suboh berjemaah, yang Solat Suboh berjemaah pula ramai yang tertinggal ‘Tabir Al- Ula’ dan ramai yang menjagai Solat Tahajud pun tertinggal Tahajudnya. Ini khusus bagi Negara-negara Asia. Namun di sekitar Negara Arab ramai yang teringgal Solat Magrib dan Solat Insya apa lagi berjemaah. Malah sekeliling Masjidil Haram Dan Masjid Nabi saw pun kedengaran kalimah ‘gool’ berbanding kalimah memuji Allah. Tidaklah menghairankan kita, ini adalah kerana saudara Arab kita di sana sememangnya terlalu gila dengan bola (lihat gambar). Sehebat-hebat kita Malaysia belum pernah melangkah ke pertandingan Piala Dunia. Namun sebahagian besar Negara Arab di sana pernah melangkah ke Piala Dunia seperti Mesir, Arab Saudi dan juga Iraq. Malah kelab-kelab pasukkan bola mereka lebih gah dari kita. Pemain-pemain mereka lebih terkenal berbanding pemain-pemain kita.



Di saat kita menyambut Israi Mikraj menceritakan pentingnya solat, di saat itulah ramai di antara kita menjadi lalai gara-gara sukan ini. Penulis beberapa kali di dalam siri kuliah dan ceramah Israk Mikraj menekankan persolaln ini. Malah pada malam akhir sewaktu kemuncak kelalaian seleruh dunia, jika kita bangun bersolat dan berdoakan pasti akan terasa kerisauan atas umat pada diri kita. Namun berapa kerat yang boleh berbuat demikian. Ianya bukan Malam Lailatul Qadar juga bukan Malam Baraah (Nisfu Sya’ban) namun berdasarkan hadis di saat kelalaian manusia jika di saat itu kita bangun berwudhuk dan bersolat, maka ianya tersangat di sukai oleh Allah dan MalaikatNya.

Bila direnung , maknanya iman kita masih lagi ‘Iman suasana’ yang mana akan terggelam mengikut arus suasana. Kita bimbang di saat akhir takala Penfitnah Terulung ‘Dajjal’ muncul mengujudkan suasa kebahagiaan, keseronokan dan kegembiraan dengan caranya, kita ikut terlibat. Nau’zubillah.

Khulasahnya, tidaklah hairan ulama-ulama mengingatkan pada kita agar kita tingkatkan pengurbanan atas agama sehingga kecintaan pada Allah, Rasul dan agama melebihi dari segala sesuatu sebagaiamana yang berlaku pada sahabat rhum.

Fikir-fikirkanlah.

4 comments:

مسافر اسلام said...

Salam ustz, apa kbr? Satu N3 yang menarik. Ia memang tepat kepada sesiapa yang meletakan glob bola dihadapan, ya ini hanya menonton bola itu lebih penting dari amalan-amalan ibadah. Ini la bila dahwah tidak dijalankan, iman bagaiman ombak dilautan. Allahuakbar, Semoga Allah s.w.t. memberi taufik dan hidayah kepada kita semua.

said...

alhamdulillah, saya memang tak minat bola sejak dari lepas sekolah lagi.

Peluncur Islam said...

bila bola menguasi hati..,
tidak sedar sampai ke pagi..,
orang Islam sepatutnya bersatu hati..,
dengan mengingati Ilahi..,
tetapi sebaliknya yang terjadi..,
tidur bola, makan bola, main bola lagi dan lagi..,
apa ingat kita tidak mati..?
hati yang mati lebih bahaya daripada mati.

Syukran ustaz... perkongsian fikir risau yang perlu diketengahkan.

Ismi Ijmi said...

syukran Ustaz,..
hmmm,.. x la minat sgt tgk bola,bertepatan pulak mlm tu dgn takaza agama,.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin