MAKLUMAN :


widgeo.net

Saturday, July 24, 2010

Melaka Tubuh Sekolah Pelajar Hamil : Utusan Malaysia


utusanmelaka@utusan.com.my

MELAKA 23 Julai - Kerajaan negeri bercadang menubuhkan sebuah sekolah khas bagi pelajar yang mengandung akibat terlanjur atau mereka berkahwin pada usia muda.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, beliau serius mewujudkan sekolah tersebut kerana ia bertujuan menangani gejala pembuangan bayi yang kini semakin berleluasa.

Menurut beliau, adalah lebih baik remaja-remaja yang bermasalah itu terus bersekolah daripada terbiar dan mungkin bertindak membuang bayi.

Cadangan itu akan dikemukakan kepada Kementerian Pelajaran kerana undang-undang di negara ini tidak sebut pun bahawa murid yang bersekolah tidak boleh mengandung.

"Saya akan kemukakan cadangan ini dalam tempoh terdekat dan jika kementerian tak setuju, kerajaan negeri sendiri akan tubuhkan sekolah murid mengandung ini," katanya.

Mohd. Ali berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Sekolah Rendah Arab (SRA) Jabatan Agama Islam (JAIM) Batang Tiga Timur di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd. Ali yang juga Pengerusi Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) berkata, selain dibuka kepada remaja di negeri ini, kerajaan negeri juga sedia menerima pelajar mengandung dari negeri lain.

"Kalau ada pelajar dari negeri lain yang mengandung dan nak belajar di sekolah itu pun boleh, kita terima asalkan ia dapat membanteras gejala pembuangan bayi," katanya.
Beliau berkata, langkah itu bertujuan mengelakkan maksiat daripada terus berlaku dan bukan menggalakkan pelajar berkahwin dan mungkin bercerai pada usia muda.

"Apa yang penting kita nak selesaikan masalah remaja berzina dan selepas itu pada masalah buang bayi.

"Bila sudah ramai berkahwin, kita akan tempatkan mereka di sekolah murid mengandung dan untuk teruskan pembelajaran," katanya. (Sumber : Utusan Malaysia Dengan Sedikit Edit )



Komen :

Kita tidak akan pernah berjumpa sejak ujudnya Negara Malaysia satu sekolah khas untuk pelajar Hamil. Dan inilah apa yang akan berlaku bila gejala sosial begitu ketara di Bumi Bertuah ini. Apa tidaknya jika satu sekolah di Terengganu baru-baru ini mencatakan 16 orang pelajar hamil, 4 orang telah melahirkan anak. Jumlah itu berdasarkan jumlah yang dikenalpasti , bagaimana pula yang tidak dikenal pasti. Ini mengambarkan dasyatnya masaalah sosial di negara kita. Agaknya nanti mungkin nama sekolah berkenaan begini agaknya : “Sekolah Kebangsaan Pelajar Hamil Jasin, Melaka”.

Kemudian pula jika ianya berlaku di universiti, mungkin akan ujud satu universiti khas untuk siswi yang hamil. Mungkin juga namanya “Universiti Hamil Utara Malaysia”. Ringkasnya “UHAMIN”

Kemudian jika ada orang tua yang termengandung, agaknya ujud pula “Rumah Orang Tua Mengandung Ceras”.

Selepas itu untuk 10/15 tahun akan datang bilamana anak-anak luar nikah ini telah besar, supaya jiwa mereka tidak tertekan mungkin juga akan ujud sekolah khas untuk mereka cth :"Sekolah Anak Haram Bukit Beruang, Melaka". Untuk lebih serasi guru-guru mereka pun dikalangan guru yang juga anak haram. Lepas tu pula akan ujud exco dan menteri khas "Anak Haram" yang ditugaskan mengendalikan anak-anak haram. Ini tidak mustahi boleh berlaku.

Bila direnung-renung , maka jelas di depan mata apa yang telah dianjurkan oleh Allah dan Rasulnya itulah jalan keluar dan jalan penyelesaian yang terbaik untuk umat ini. Masaalahnya, kita yang sedar dan diberi taufik serta hidayat oleh Allah swt ini pun masih lagi lemah melaksanakan tanggungjawab besar iaitu “dakwah” di dalam masyarakat.

Inilah yang sepatutnya kita renung dan fikirkan.

6 comments:

nz said...

mereka member cdgan utk mengatasi perkara yg berlaku..

tiada cdgan utk mengatasi perkara yg belum berlaku?

Unknown said...

Ya ALLAH.. bila agaknya manusia nak mwmbaca al-quran & hadiths..

BrO said...

yg ni pada pandangan saya,

akan menjadi tali barut dajal...
dlm hadis kan ada sebut sbyk 70K tentera dajal anak luar nikah?

nak menghancurkan malaysia...

Unknown said...

jangan terus hina anak luar nikah... tanggungjawab kita ialah membimbing mereka supaya tidak ikut kesilapan mak bapak diorang...

cuba renung hadis ni..

“Diampunkan dosa seorang pelacur yang melintasi seekor anjing yang berada di tepi sebuah telaga yang lidahnya terjelir. Hampir kehausan membunuhnya. Maka pelacur itu pun menanggalkan kasutnya, lalu dia ikat kasut itu dengan tudungnya lantas dia menceduk air untuk anjing tersebut. Dia diampunkan disebabkan kejadian itu” (Riwayat al-Bukhari).

siapakah kita untuk menghukum orang lain??

cuba tanya diri kita sendiri, kita selalu kata org itu teruk, org ini teruk, tapi apa yg kita buat untuk betulkan keadaan? takde kan? apa bakti kita kpd agama? tak banyak kan?

Unknown said...

sekurang-kurangnya.. pelacur pun berbakti kepada anjing yang juga makhluk Allah dan akhirnya pelacur itu diampunkan segala dosanya...

subhanallah..

apa bakti kita kepada sesama muslim?

Irwan said...

salam. memang benar budaya kapelhud dan zina dah semakin teruk kat Malaysia. Kita tak dapat halang informasi yang datang kepada masyarakat, tapi kita boleh mainkan peranan dengan menyemaikan kembali fahaman "sex is taboo" di kalangan masyarakat Malaysia (bukan Islam saja sebab penyakit ni untuk semua)

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin