Sunday, November 28, 2010
Kisah Hidayat Asbab Jemaah Di Jerman
Memang betul, bila jemaah dakwah dikeluarkan, sekurang-kurangnya dua perkara akan berlaku. Orang Islam akan bertambah kuat imannya dan orang kafir akan datang kepada Islam. Jika jemaah dakwah tidak dikeluarkan, sekurang-kurangnya dua perkara akan menimpa umat Islam. Orang Islam akan berada di gerbang kemurtadan dan orang kafir akan membenci Islam.
Pernah seorang “converted” yang baru memeluk agama Islam memberi bayan di Markaz Nizamuddin ketika zaman Maulana Inamul Hassan menjadi amir. Katanya di dalam bayannya,”Sebab apa orang-orang kafir sekarang ini memusuhi orang-orang Islam?” Ia bertanya dan ia juga yang menjawab, “ Ianya adalah seumpama dua orang kaya, seorang sangat pemurah. Selalu memberi sedekah dan hadiah kepada orang-orang miskin dan orang ramai, maka ia disukai dan disayangi oleh orang miskin dan orang ramai. Sebaliknya seorang lagi adalah kedukut serta mengaut kekayaan peribadi serta mengenepikan orang miskin dan orang ramai, maka ianya dibenci oleh mereka semua. Begitulah perumpamaan orang Islam hari ini, mereka mempunyai kalimah yang sangat berharga dan bernilai namun bersifat kedekut dengan tidak mahu mendakwahkan kalimah berkenaan kepada orang kafir. Hasilnya orang-orang kafir memusuhi dan membenci orang-orang Islam.”
Pada Malam Jumat yang lalu (18 November 2010), jemaah kami berada di salah satu rumah rakan seusaha di sini. Beliau berasal dari Pakistan manakala isteri beliau adalah berbangsa German. Rumah beliau di bahagian atas manakala bahagian bawah adalah masjid yang dijadikan tempat perhimpunan setiap malam Jumaat. Kebetulan malam itu adalah malam perhimpunan maka rakan seusaha sekitar bandar Koln (Cologne) hadir beramai-ramai.
Malam itu amir jemaah memutuskan aku untuk memberi bayan. Tidaka ada apa yang aku ingat melainkan mengharapkan bayan tersebut menjadi asbab hidayat dan modal perbekalan untuk kehidupan akhirat. Rasa aku ahli jemaah yang lain pun begitu juga. Aku bayan macam biasa dan tidak ada apa-apa istimewa di dalam bayan aku. Namun ianya cukup terasa, mungkin kerana sedikit mujahadah ketika berada di sini. Rupa-rupanya malam tersebut menjadi asbab hidayat kepada dua orang tempatan.
Pertama seorang perempuan Albania yang bergama Kristian. Kisahnya begini, tuan rumah yang kami menginap ke luar sekejap untuk urusan membeli barangan makanan jemaah. Beliau terperangkap di dalam kesesakkan jalan dan berpusing mencari jalan pulang sehinggakan tiga laluan berlainan namun masih terperangkap di dalam kesesakkan. Beliau membuat keputusan untuk mengisi minyak di salah satu Petrol Station. Ketika mengisi minyak, wanita Albania ini menahan beliau dan menyatakan bahawa beliau ingin memeluk agama Islam. Beliau lansung membawa wanita ini ke program bersama dengan wanita kami (Jemaah Masturat). Sesampai beliau di tempat Masturat berada, solat Maghrib hampir bermula. Selepas solat, bayan pun bermula di masjid dan lansung kedengaran sehingga ke atas rumah berkenaan untuk didengari oleh jemaah wanita. Wanita Albania ini akhirnya memeluk agama Islam selepas program pada malam tersebut. Selepas memeluk Islam beliau meminta dipakaikan tudung menutup auratnya bila ingin bergerak pulang. SubhanAllah !
Kisah ke dua pula seorang lelaki Turki, beliau di bawa datang oleh seorang rakan seusaha ke majlis bayan mingguan. Selepas bayan iaitu selepas taskil dibuat beliau menceritakan bahawa inilah kali pertama di dalam hidupnya beliau merasai ketenangan dan beliau begitu yakin dengan Islam berbanding Kristian. Rupanya beliau telah lama mendekati ajaran Kristian dan hampir-hampir memeluk agama tersebut. Namun kawannya yang juga adalah rakan seusaha menahannya berbuat demikian namun beliau nekad untuk memeluk agama Kristian. Alhamdulillah, bila di bawa dan berada bersama jemaah beliau benar-benar berubah.
Dua kisah di atas benar-benar membuktikan bahawa di mana ada seruan dan dakwah maka di situ pasti akan ada janji hidayat dari Allah swt.
Wallahualam.
P/s: Kisah ini diminta untuk ditulis di dalam blog ini oleh rakan-rakan di dalam jemaah. Semuanya berkat doa saudara/saudari semua. Jazakumullah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
11 comments:
Alhamdulillah. Dakwah menjadi asbab datangnya hidayat Allah. Saya doakan saudara dan rakan2 jemaah dilimpahi rahmat, keampunan dan pembebasan dari azab neraka Allah. Amiin.
bestnya life mcmni. Allah... Doakan tuan selalu berada atas jalan dakwah dengan istiqomah. Amin...
salam ustaz.
segala puji2an hanya pada Allah SWT.
Moga usaha Ustaz dan jemaah yang lain dapat memberi asbab hidayah kepada ramai lagi ummat di atas muka bumi ini.
Doakan kami sekeluarga juga.
Wak,
Desa Ixora.
Alhamdulillah,
Salam Semua,
Di sini salji dah mula turun. Suhu sehingg -5 darjah. Salji dah nampak kiri kanan jalan. Mujahadah yang paling ketara bagi kami adalah kesejukkan. Pakaian sejuk yang kami bawa tidak cukup menampong kesejukan.Kami kena belanja lebih sedikit untuk itu.
Harapan doa dari saudara/saudari semua untuk kami di sini. Kini telah masuk rumah ke dua di Holland.Kebanyakkan menggunakan bahasa Arab dan Holland.Namun sebahagian boleh berbahasa Inggeris awalau pun sedikit
Doakan untuk kami semua di sini. Jazakumullah.
Wsaalam
Salam Ustaz, suami saya ada try call tapi tak dapat. Dah tukar ke no holland ke? Kalau pakai no lain, nanti tolong message kat sini. Sekarang di Holland di mana dan sampai bila?
Firman Allah swt :
"Tolong-menolonglah kamu sekalian dalam kebajikan dan taqwa." [Al-Maidah, 5:2]
Sabda Rasulullah saw :
"Barangsiapa yang menunjukkan kebaikan maka ia mendapat pahala seperti pahala orang yang mengerjakannya"
"Barangsiapa yang mengajak kepada petunjuk / kebaikan maka ia mendapat pahala seperti pahala-pahala orang yang mengikutinya dan yang demikian itu tidak mengurangi pahala mereka sedikitpun"
Semoga Allah jadikan pengorbanan semua jemaah yang sedang bergerak di seluruh pelusuk bumi Allah sebagai asbab hidayat yang dizahirkan dan yang tersembunyi.
Hidayah telahpun lengkap turun 1400 tahun lepas. pada manusia, kita diberi hak oleh Allah SWT untuk memilih hidayah atau kekufuran.
jadi, benarlah hidayah itu milik Allah. cuma kita sahaja yg terkeliru dgn istilah hidayah. sedangkan, seseorang itu boleh memilih hidayah atau tidak
ketiadaan Daulah Islam, yakni Daulah Khilafah, amat sukar utk kita menyebarkan Islam, kerana tiadanya JIHAD FUTUHAT.
dgn jihad futuhat, insya Allah Islam akan tersebar di segenap penjuru alam.
tetapi, jihad futuhat hanya layak dilancarkan oleh KHALIFAH yg memerintah negara KHILAFAH
masyaAllah ustaz... semoga ALlah pilih saya di jalannya.
mati di jalan Allah di negara paling jauh sekali. ustaz doakan
Alhamdullilah, semoga usaha diberkati Allah. Mohon copy paste untuk dijadikan teladan..
ustza keluar holland ke jerman masa tu?jemaah 4 bulan? atau jemaah 2 b?
Alhamdulillah Allah pilih kita berada dalam usaha yg mulia ini. Dakwah adalah roh agama...insyaAllah rahmat dan hidayat akn dtg dalam kehidupan umat. mdhan kita semua hidup sbg org yg beriman, mati sbg org beriman, dibangkitkan bersama org2 beriman. Amin..
Post a Comment