MAKLUMAN :


widgeo.net

Thursday, September 2, 2010

Zakat Di Zaman Umar Abd.Aziz r.a

















Yahya Ibn Said rah meriwayatkan bahawa Umar Ibn Abd.Aziz r.a telah melantiknya memungut zakat di Afrika. Apabila zakat telah dipungut, beliau mencari asnaf (orang yang berhajat kepada zakat)tetapi beliau gagal menemui satu orang pun asnaf zakat.Beliau seterusnya berkata bahawa dasar-dasar iqtisad Umar Ibn Abd.Aziz r.a telah membuat semua orang cukup keperluannya, dan dengan itu beliau tidak ada pilihan kecuali membeli beberapa orang hamba sahaya dan memerdekakannya bagi pihak kaum muslimin amnya.

Seorang lagi daripada Quraisy meriwayatkan bahawa semasa pemerintahan Umar yang amat singkat, orang ramai biasa mengeluarkan jumlah zakat yang banyak kepada Bendahari Negara untuk diagihkan kepada fakir miskin, tetapi zakat tersebut terpaksa dipulangkan semula kepada mereka kerana tidak ada asnaf yang ditemui yang berhak menerima zakat tersebut. Beliau berkata bahawa setiap orang telah begitu makmur pada zaman Umar sehingga tidak ada orang yang berada di dalam kesusahan sehingga memerlukan kepada bantuan zakat.

Selain daripada kemakmuran rakyat (yang sebahagian maksud kepada Kerajaan Islam)perubahan yang lebih penting yang dicapai oleh Umar ialah perubahan di dalam kecenderungan dan sikap rakyat jelata. Orang-orang sezamannya meriwayatkan bahawa apabila beberapa orang kawan bertemu pada zaman Khalifah Al-Walid, mereka akan berbicara mengenai bangunan dan seni bina, kerana itulah keasyikan Al-Walid. Khalifah Sulaiman pula berminat kepada perempuan cantik dan majlis makan yang besar-besaran, maka itulah yang menjadi keasyikan rakyat jelata pada zamannya.

Sebaliknya di dalam pemerintahan Khalifah Umar Ibn Abd.Aziz, perbualan rakyat jelata berkisar kepada soal solat, munajat, doa dan ibadat. Hasilnya setiap kali orang-orang berkumpul, mereka akan seringkali bertanyakan persoalan solat-solat sunat yang dikerjakan untuk menafaat rohaniah, juzuk-juzuk Al-Quran yang telah di baca atau yang telah di hafaz, puasa yang dikerjakan setiap bulan dan lain-lain amal taqwa.Ini dikeranakan Umar Ibn Abd.Aziz cenderung dan asyik kepada amalan taqwa.

(Petikan dari Dunia Islam Ramadhan 1416 Dengan Sedikit Olahan)

P/s : Sepatutnya wang zakat ini perlu sampai kepada asnaf yang lapan. Tetapi tidaklah berlaku begitu. Jikalau ianya berlaku, bagaimana mungkin ramai yang tercicir dari bantuan sebagaimana yang dipaparkan di dalam program "BersamaMu".

Kalaulah ianya berlaku, mengapa Baitulmal/Pejabat Zakat kayaraya. Malah sesetengahnya mengadakan kursus-kursus khusus untuk pegawai kakitangan di hotel mewah setiap hujung tahun. Ini sebagimana yang di kabarkan oleh teman yang bekerja di salah satu Pejabat Zakat/ Baitulmal.

5 comments:

lebaisufi said...

Assalamua'laikum,ust bilamna iman xdi usahakan maka nafsu mjadi raja oleh itu tjadilah perkara2 yg di larang oleh Agama.duit zakat byk dijadikan pelaburan walhal ramai lg orang islam yg memerlukan....apa erti semua ini? akhir kata org yg bertanggungjwb lu jwb la nnti bila dh mati....

Munafik Besar said...

Kisah bagaimana fikir risau kepala dalam mempengaruhi fikir risau rakyat jelata ini amatlah relevan. Dan saya sebagai ketua keluarga saya amatlah terasa pedasnya kerana fikir risau saya ialah duit. Ironiknya di sini, saya juga yang sebagai ekor kena sentiasa mendoakan agar kepala yang telah dipilih LUAR kuasa saya tu, berubah. Dan doa ini kena sentiasa dipanjatkan, walaupun dalam sakit hati, keperitan atau prasangka kerana hakikatnya, kita ni Pengundi sedangkan Dialah Penentunya.
Jazakallah, ustaz. Subhaaanallah. Subhanallah.

Mej (B) Kamal Haji Hashim said...

Firman Allah swt,
"Dan bacakanlah apa yang diwahyukan kepadamu, iaitu kitab Tuhanmu (AlQur'an). Tidak ada (seorangpun) yang dapat merubah kalimat-kalimatNya. Dan kamu. tidak akan dapat menemukan tempat berlindung selain daripadaNya.

Dan bersabarlah kamu bersama-sama orang-orang yang menyeru Tuhannya di waktu pagi dan senja hari dengan mengharap keredhaanNya; dan janganlah kedua matamu berpaling dari mereka (kerana) mengharapkan perhiasan kehidupan dunia ini; dan janganlah kamu mengikuti orang yang hatinya telah Kami lalaikan dari mengingati Kami, serta menuruti hawa nafsunya dan adalah keadaannya itu melewati batas" (Surah al-Kahfi ayat 27 & 28)

Ahmad said...

Sebenarnye, rata-rata umat Islam drp semua lapisan masyarakat memandang ringan soal berkaitan dengan harta. Suatu hari masa on the way ke pejabat, kete aku dipintas oleh kereta yg ditulis pd pintu kirinya, Jabatan Zakat dan Wakaf negeri Selangor. Terkejut monyet aku sbb kete tuh bukan kete biasa, Kete Toyota mcm MPV, beso dan tinggi. kenape tak gune kete saga jer? Bagi org2 awam pulak, kite sibuk kejar duit dan harta, tanpa tapi kite lupe nak belanja harta utk agama, kalau belanje pun amatlah sedikit, ini mengundang padah di hari penghisaban kelak. Takkan nak jawab duit yg dpt sy dh belanje kat motor, modify kereta, beli rumah sane sini, beli perabot, beli perhiasan, melancong, mkn restoran2, tgk wayang, bla..bla.. aku ckp utk diri kau sendiri jugak.

Islamic Financial Planning said...

pengagihan zakat adalah mengikut AMIL di setiap negeri-negeri , jika anda lihat BERSAMAmu itu , kebanyakkan nyer adalah dari NEGERI KELANTAN , bermakna , Amil DAN PUSAT PENGURUSAN ZAKAT KELANTAN tak buat kerja , tidak mencari mereka-mereka yg memerlukan .
Dan untuk pengetahuan anda-anda semua pusat zakat setiap negeri telah menyediakan agent mencari asnaf , sekiranya da asnaf yang anda knal , memperkenalkan lah kepada mereka2 ini .
Program BERSAMAmu merupakan program yang terbaik kerana mencari golongan asnaf yang kadg kala mereka terlepas pandang.

antara sebab kenapa ada golongan yg terbiar ... pusat-pusat tahfiz yang tidak berdaftar , anak-anak yang BUKAN ANAK MALAYSIA , MAK BAPAK YANG BUKAN ORANG MALAYSIA .

MANUSIA SEKELILING YANG TIDAK PRIHATIN DAN JUGA ADA MASYARAKT YANG TIDAK TAHU PON PASAL ZAKAT .

MUNGKIN SEBAGAIAN SAHAJA pengurusan zakat yang lalai , tetapi pihak zakat berusaha mencari golong2 asnaf ini .

setakat ini PLZS tidak ada masalah , adi saya yang berlajar tahfiz , mendapat potngan setiap bulan .. kawan saya yg asnaf mendapat modal perniagaan dan beberapa peruntukkan lain .

MASALAH AGIHAN ADALAH MASALAH PUSAT ZAKAT NEGERI-NEGERI . SILA FAHAM!!!

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin