MAKLUMAN :


widgeo.net

Tuesday, September 7, 2010

Musim Ramadhan 1431



















Pada Musim Ramadhan Mubarak Ini
Ku Taburkan Baja –Baja Seruan Dan Doa
Agar Tumboh Subor Benih-Benih
Juga pepohon Yang Terkulai Layu
Pada Penghujung Musim

Di Celah-Celah Taburan Baja
Ku Lihat Sejak Pada Awal Musim
Racun Rumpai Maksiat Talah Ditaborkan
Hancur luluh Sebahagian Benih dan pepohon Layu
Miski Pun Benih Haram Yang Musnah.

Di Penghujung Musim Ini
Ku Cuba Mengapai Baja-Baja Subur Al-Qadar
Yang dijanjikan Oleh Pemilik Kebun
Agar Benih Terus Subor Dan Becambah
Pepohon Layu Terus Segar Berbuah

Dengan Iringan Peluh Airmata
Moga Terhasil Kelansungan Hidup
Pada Musim Kemarau
Yang Pasti Mendatang.



Nukilan : Al-Alorstari 28 Ramadhan 1431
(Saat bertolak untuk kuliah tengahari)

4 comments:

al-lavendari said...

Salam Ustaz

Ya kemarau pasti mendatang. Bimbinglah kami jemaah di Lavender Heights menempuhinya.

Terima kasih atas kuliah yang telah disampaikan selama ini.

Selamat Hari Raya dan maaf zahir batin.

shamajid said...

Salam Ustaz.....

menanti post mortem 1431...

Selamat hari raya & maaf zahir batin

Munafik Besar said...

Salam. maafkan saya. Saya bakal meletakkan pedang di leher ustaz...

"Perghhhhh!!! Gilawali punya sajak!" kata abang karkun. Dia menunjukkan padaku sajak yang dia baca kat sini. Ni blog ustaz kami. Ustaz Hambali. Aku taknak citer lebihlebih takut ada orang kembang. Sebaik saja aku baca sajak ni, aku terduduk...Fanakk

"Wan! Wan!" brader bus stand melempang pipiku yang kuyup bagaikan disimbah air. Aku tersedar. Siapa aku? Dah Raya ke belum? Mana jeans baru aku? Aku rasa pening-pening lalat.

"Kau menjerit dan pengsan lepas kau baca sajak kat blog ustaz kau tu" kata abang karkun yang bermuka series dengan keadaanku.
"Kau OK tak?" tanyanya lagi. Aku memicit-micit dahiku yang berdenyut-denyut. Puasa aku batal tak kalau aku pengsan? Malam ni malam ke berapa?

"Malam ni malam Last. Dengar cerita, malam ni lah malam Laila" jawab abang karkun. Tah kenapa aku dah cam biasa pulak sikap para wali ni yang menjawab soalan yang aku tanya dalam hati. Baiklah. Mari kita cuba: Abang karkun masam sebab tak mandi.

"Hoiiiiiiiii" kata abang karkun dan brader bus stand serentak. Abang karkun menempeleng kepalaku. Aku pening. Rasa macam nak pitam. Yang aku nampak, brader bus stand senyum kat aku. Dan wajah ustaz Hambali.

Musim kemarau pasti mendatang. Dan sampai bila pun bekalan takkan cukup buat persediaan perjalanan yang jauh. Namun keringat airmata dan peluhmu itu, telah menyejukkan sebentar api bala dari Nya. Sabar dan waspadalah dan doakanlah agar kami juga beruntung sepertimu.

zarch said...

TaqabbalAllahu minna wa minkum - Eid Mubarak, maaf zahir & batin.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin