MAKLUMAN :


widgeo.net

Tuesday, February 2, 2010

Pada Pantai itu (Suka Duka Bersama Jemaah)


Pada Pantai itu,

Ku lihat ombak menghempas

Pasir dan kerikil berubah

Besih dan cantik

Namun ada sampah di atasnya

Mengotori pemukaan



Ku lihat ombak datang lagi

Menghempas kembali Pantai itu

Pasir dan krikil berubah

Bersih dan cantik

Sampah hilang dibawa arus.

Bersama gelombang taqdir.



Al-Alorstari
2 Feb 2010

5 comments:

Anak Pendang Sekeluarga said...

salam,ustaz,kawan2 saya kim salam kat ustaz,dulu depa keluar di negeri sembilan sebelum ijtimak....daripada budak politeknik kulim....

p/s...ustaz,boleh ka kita solat tahiyatul masjid pada waktu haram..boleh ke???

Al-Alorstari said...

Anak Pandang,

Ingat saya, waktu tu saya nusrah depa. Tak silap jemaah tu jemaah student.

Bagi Mazhab kita Syafie membolehkan solat Tahiyatul Masjid pada waktu haram kerana ianya termasuk solat yang berkaitan. Yang tidak boleh solat yang tidak berkaitan.

Namun begitu bagi Mazhab Hanafie ianya dilarang untuk solat Tahiyatul Masjid pada waktu haram.

Wasalam.

Anak Pendang Sekeluarga said...

tq...ustaz...kalo bab solat hajat plak ustaz boleh ke kita solat hajat pada waktu haram..misalnya,kita ada sesuatu masalah pada waktu haram,boleh ka kita nak solat hajat (untuk belajar minta Allah selesaikan masalah)boleh ke solat pada waktu haram....

Al-Alorstari said...

Anak Pendang,

Ianya hanyalah solat yang berkaitan seperti solat gerhana, tahiyat masjid,sunat wudhuk, serta sujud syukur. Ini kerana ianya mempunyai sebab-sebab "mutaqaddim" (terdahulu.Manakala solat gerhana, solat minta hujan, solat jenazah mempunyai sebab "Muqarin" (ikut serta)Ianya terdedah kepada luput.

Solat hajat tidak dikira berkaitan miski pun kita berhajat pada waktu haram tersebut.Ini adalah kerana ianya mempunyai sebab 'terkemudian'Cth :Kita tidak boleh solat tasbih miski pun kita mahu bertasbih selepas asar.

Ini pandangan sesetengah ulama, khusus Mazhab Syafie.

Wallahu'alam.

مسافر_اسلام said...

Salam ustz, apa kabr. ana selalu ziarah blog ustz. Banyak ilmu ana perolehi di blog ustz, banyak juga ana peroleh bila keluar.

Raya cina Marhala Gemas ada bentuk jemaah Masturat dgn jemaah Bangladsh.

Ana insyallah keluar dengan marhala kg ana di Ulu Tiram.

Doakan ana ustz, kejayaan dalam agama. Bersama kita usaha atas tinggakat iman dan amal.

Ana teringin juga nak jumpa dgn ustz, ana nak belajar-belajar dengan org lama.

Insyallah..hari dah lewat. Letih mentelaah buku kena rehat sebentar.

Syukran jazila ya Ustaz.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin