Wednesday, February 10, 2010
Kebangkitan Islam Di Dunia
Berdasarkan Akhbar “Jilan Posten”, kajian terkini Universiti Kopenhagen, Denmark nyatakan bahawa fenomena baru di negara berkenaan mengejutkan banyak pihak. Mereka mendapati sejumlah besar penduduk asli Denmark telah memeluk Islam. Ramai pengkaji mendapati bahawa ianya kesan dari penghinaan ke atas Rasulullah saw suatu waktu dulu melalui kerakator kartun menyebabkan ramai tertarik dengan Islam. Aksi karekator kartun yang berbau anti Islam ini akhirnya telah menarik begitu ramai penduduk asli Denmark ingin mengkaji Islam dan lansung memeluk agama suci murni ini.
Tujuan menghina dan membenci Islam akhirnya memakan diri sehingga kadar keislaman penduduk tersebut begitu ketara. Namun bagi menutup kelemahan mereka, ramai ahli politik negara berkenaan menyatakan bahwa kemasukan ramai penduduknya ke dalam agama Islam terjadi hanya kepada mereka-mereka yang ‘stres’ dan ‘frust’ sahaja. Namun begitu kajian resmi Universiti Kopenhagen tidak dapat mereka menafikan.
Mengikut kajian sesetengah badan NGO Barat, mereka mendapati bahawa jumlah terkini penganut Islam di Eropah sekarang ini pada kadarnya 1 dari 4 orang penduduk di sana adalah Islam. Peta Benua Eropah terbaru menunjukan kadar penduduk Islam telah begitu ramai dan ianya menakutkan sesetengah pemimpin-pemimpin di sana. Kadar ini sebagaimana laporan CNN yang terbaru beberapa bulan yang lalu melalui laporan “Mapping the Global Muslim Population” yang dibentangkan di dalam “ Forum on Religion & Public Life”.
Dua dari tiga penduduk Islam di dunia tinggal di Asia, ianya bermula dari Turki sampai ke Indonesia. Di Timur Tengah dan Afrika Utara pula, 1 penduduk Islam dari 5 penduduk di dunia dan ianya menduduki peringkat kedua dalam penyebaran Islam.
Sekarang ini, di dunia terdapat lebih dari 1.57 billion adalah Muslim. Manakala penduduk dunia sekarang ini berjumlah 6.8 billion. Ini bermakna bahawa 23% dari keselurohan penduduk dunia adalah Muslim. Jumlah ini menjadi kejutan kepada pengkaji di sana. Ada beberapa negara yang mereka sangka tidak ada Umat Islam, ternyata jumlahnya sangat besar. Ianya seperti India, Russia, dan China.
Dalam pada itu, 2 dari 5 orang Muslim hidup di negara di mana Islam menjadi minoriti. Sesetengah mereka menyangka bahawa kadar jumlah penduduk Islam di Eropa lebih banyak kerana adanya pendatang dari negara Islam jajahan mereka. Ini biasanya berlaku pada bahagian Barat Eropah. Namun begitu di bahagian Timur seperti Russia, Albania, Kosovo, dan sekitarnya adalah penduduk asal Islam. Malah lebih separuh penduduk Islam di Eropah adalah berasal dari keluarga Islam. Mereka juga terkejut jumlah penduduk Islam di Afrika bahagian Sahara berjumlah 240 juta. Ianya adalah 15% dari jumlah keseluruhan Muslim di dunia.
India, negara yang majoritinya penganut Hindu, mempunyai penduduk Islam begitu banyak. Ianya berada di bawah Indonesia dan Pakistan. Ini menujukan bahawa India mempunyai penduduk Islam dua kali ganda penduduk Mesir. Selain itu China mempunyai penduduk Islam lebih banyak daripada Syria. Manakala Jerman memiliki penduduk Islam lebih banyak daripada Lebanon, dan Russia mempunyai penduduk Islam lebih banyak daripada Jordan dan Libya jika keduanya digabungkan. Selain itu 9 dari 10 penduduk Islam dunia adalah Sunni dan 1 adalah Syiah .Satu dari tiga Syi’ah tinggal di Iran, manakala bakinya di Iraq, Azerbaijan dan Bahrain.
Di atas dasar inilah, apabila isu pengharaman purdah di Perancis baru-baru ini menyebabkan beberapa pemimpin gereja memprotes dan tidak bersetuju dengan peraturan baru ini. Kata mereka jika penduduk Islam dihalang dari memakai purdah mereka bimbang kesannya nanti akan menyebabkan kadar keislaman penduduk Islam di sana akan makin bertambah. Mereka mengandaikan bahawa pada 2050 Eropah akan menjadi benua Islam terbesar selain dari Asia.
Ketakutan ini menyebabkan mereka begitu aggerif di dalam menjalankan dakyah kristianisasi di negara dunia ke tiga. Berita beberapa minggu yang lalu kita dapati ramai Pendakyah Kristian dari Gerakan Kristian Sedunia ditangkap di Korea, Haiti, Moroko juga di Padang, Indonesia. Umpamanya di Korea, mengikut agensi berita Yon Hup, Robert Park salah seorang misionaris Kristian ditangkap ketika menjalankan dakyah di Korea Utara. Manakala di Moroko, agensi berita MAP menyatakan seorang misionaris Kristian di tangkap di Haouz Omziz, dekat Marrakech ketika menyampaikan dakyahnya kepada masyarakat Islam di sana. Selain itu juga mengikut agensi berita AFP menyatakan sekumpulan Pendakyah Kristian ditangkap di sempadan Haiti dan Republik Dominikan kerana cuba menyeludup keluar anak-anak mangsa gempa.
Mereka terdesak kerana di Eropah mereka gagal untuk berbuat demikian. Akhirnya mereka beralih kepada negara dunia ketiga serta negara-negara yang dilanda musibah bencana alam. Hakikatnya kebenaran agama mereka telah terhakis dan jelas sebenarnya adalah kebatilan.
Di pihak kita selama mana dakwah dijalankan selama itu pintu-pintu hidayat akan terbuka kepada sesiapa sahaja. Malah selama kita mengurbankan diri dan harta kita di Jalan Allah selama itu jugalah pintu-pintu hidayat pasti akan terbuka sehingga kesatu tahap ianya akan memasuki rumah-rumah mereka-mereka yang menjadi penentang pun akan sampai hidayat.
Apakah petanda di Eropah menunjukkan bahawa kita telah hampir kesatu tahap penghujung sebagaimana hadis Nabi saw riwayat Muslim (Sahih Muslim) bahawa Konstantinopel (Astanah atau Istanbul) akan diserbu oleh pasukan dari Bani Ishaq (Ahli Kitab) yang memasukinya pada akhir zaman. Mereka berhasil menaklukinya dengan teriakan “la ilaha Illallah”?
Sama-samalah kita renungi serta tingkatkan amal dan pengurbanan. Insyaallah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
Assalamualaikum,
ustaz yang dimuliakan Allah,
moga hari2 ustaz disinari cahaya hidayatNya.
boleh sertakan matan hadith dari perenggan akhir artikel ini,,.sekurang-kurangnya sanad agar mudah dirujuk..
Jazakallahukhair.
Wassalam
Alhamdulillah! Betapa besarnya pahala mereka yang menjadi asbab hidayat untuk manusia seluruh alam. Semoga kita juga dipilih Allah untuk korbankan diri, masa dan harta dijalanNya.
semoga Allah pilih untuk tambah..tambah... tambah.. tambah... korban!
Ibnu Mutalib,
Hadis berkenaan terdapat di dalam Kitab Huru Hara Akhir Zaman terjemahan dari kitab karangan Syeikh Amin Jamaluddin cetakan Jakarta, Indonesia pada muka surat123. Tidak pula diletakan hadis berkenaan bersama matannya.
Apa pun Insyaallah ana cuba cari matannya.
Wallahua'lam
nisbah di malaysia macam mana ya?
pasti dan pasti dan pasti dan pasti ke syurga allah tuan.... allahuakbar
Post a Comment