Thursday, September 3, 2009
Umat Islam U.S Sewa Sinagog Selama Ramadhan
Disebabkan kadar kemasukan kepada agama Islam yang begitu pesat di Amarika Syarikat, maka ianya menyebabkan masjid-masjid yang sedia ada tidak cukup untuk menampung jumlah penganut Islam yang makin bertambah hari demi hari. Ruang-ruang yang sedia ada juga telah telah digunapakai secara maxima. Lanjutan dari itu komuniti umat Islam di sana terpaksa menyewa sinagong-sinagong Yahudi untuk dijadikan tempat solat sepanjang sepanjang bulan Ramadhon tahun ini.
Di daerah Reston, Virginia sebuah sinagong telah dibuka bagi umat Islam melaksanakan solat sepanjang Ramadhon khususnya untuk solat Tarawikh sebagaimana yang dipaparkan di dalam Washington Post.
“Sebagaimana umat Kristian mempunyai bulan suci mereka Paskah Kristian, Umat Yahudi dengan bulan suci mereka Hanukkah, maka kami juga umat Islam mepunyai bulan yang suci iaitu bulan Ramadhon,” jelas Imam Johari Abdul Malek salah seorang Jawatan Kuasa Masjid Dar Al-Hijrah di gereja Falls kepada washington Post.
Mengikut satu kajian dari Trinity College, jumlah populasi umat Islam di Amarika Syarikat meningkat dua kali ganda semejak 1990 lagi. Masaalah besar bagi mereka adalah pembinaan masjid.
Berdasarkan apa yang berlaku, salah seorang kepimpinan Yahudi di daerah berkenaan Rabbi Robert Nosanchuk menyatakan bahawa, “ Nabi Yahya (Yesaya) mengatakan bahawa rumah-rumah kita akan menjadi tempat ibadah semua orang. Sekarang saya tidak tahu apa yang dapat dibayangkan oleh Nabi Yahya bila sekarang ini sinagong telah menjadi tempat ibadat umat Islam selama bulan Ramadhon.” Namun idea dasarnya datang dari kata-kata Nabi Yahya a.s.
Masjid yang dapat menampung 4000 jamaah seperti masjid Adams di Herndon telah mengalami peningkatan 13 kali ganda sejak tahun 2000 lalu, namun sampai sekarang masih belum mampu membina ruang ibadat yang baharu dibebabkan beberapa masaalah setempat.
Targhib :
Itu di tempat orang, namun di tempat sendiri jemaah terawikh makin berkurang. Pada minggu awal Ramadhon jemaah melimpah ruah namun kini dan beberapa hari akan datang yang jelas makin berkurangan. Terawikhlah yang betul-betul “Maju Ke Hadapan”. Apa tidaknya dari 7,8 saf “Maju Ke Hadapan” menjadi hanya 3,4 saf sahaja. Mana silap kita?
Mungkinkah kerana kita memeriahkan Ramadhon dengan cara kita bukan dengan cara Junjungan Nabi saw. Yang makin ramai adalah Pasar Ramadhon, Pasar Tani Ramadhon, Pasar Malam “Dawntown” yang pengunjungnya begitu ramai seolah-olah tidak tidur malam. Makin akhir semakin banyak rahmat, keampunan dan mendekati LailtulQadar. Namun yang betul-betul mencarinya terlalu sedikit. Begitulah resmi amalan!
Sama-sama kita fikirkan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
apabila ada diabaikan...
apabila tiada akan dicari...
begitulah ragam manusia...
adakah ingat...
apabila ada dihadapan mata...
menyedari hakikat bahwa kita terlalu "SENANG" dibumi bertuah mungkin menyebabkan kita SELALU LUPA....
:: nak bertanya :- apa itu Sinagong?
Assalamualaikum alhamdulillah tempat kita di Kola semua masjid Putra, M. Tunku Rahman, Masjid Kota guna imam hafiz , cuma usaha agama masih kurang, masjid kota lepa x bagi iktikaf dlm masjid,tidoq luar panas, nyamuk masyaallah kalah india punya banyak, Bawalah jemaah N9 usaha disini kot lepa mau ikut keluar jugak
benarlah tuan. tempat sy ni tak sampai seminggu, 4 malam pertama penuh dgn student solat terawih. yg paling ketara student malaysia, makan 'pree' orang jamu buka. Pastu makin kurang, sampai la ni student malaysia muncui time buka puasa aja. Lepaih tu lesap, bawak perut masing2 bawak masuk library kot. Pak arab maintain tapi yang biasa berjemaah dalam 5 waktu yang saya perhati mampu maintain terawih sampai sekarang. Kat sini buat 11 rakaat.
Sham,
Sinagong tu tempat ibadat orang Yahudi.
Musa,
Raya ni Masjid Kola jemput aku khutbah Raya. Ni mungkin jalan ikram.Apa pun nanti aku 'slowtalk' ngan pengerusi dan AJK.
Hang tolong doakan.Insyaallah.
Wassalam.
Post a Comment