Sunday, June 6, 2010
Imam Malik Bin Anas rah Berhukum
Satu ketika seorang wanita muslimah meninggal dunia di Madinah. Lalu keluarganya mencari seorang wanita tukang mandi mayat. Namun mereka hanya dapati wanita tukang mandi mayat itu seorang yang jahat mulutnya.
Sambil ia memandikan mayat tersebut , beliau memaki-maki mayat berkenaan dengan makian dan kejian. Kata beliau pada mayat berkenaan “Faraj inilah yang banyak digunakan untuk berzina !”
Dengan kehendak tuhan, tiba-tiba kedua-dua tanganya melekat ketubuh simayat. Ia berusaha untuk melepaskan dari melekat tetapi usahanya tidak berjaya. Sementara itu orang ramai yang berada di luar sudah mulai gelisah kerana lama sekali menunggu selesai dimandikan.
Akhirnya keluarga simayat mengatahui kedudukan perkara sebenar. Mereka segera mengirimkan orang untuk bertanyakan hal tersebut kepada beberapa orang ulama di Madinah. Ada seorang ulama mencadangkan agar tuboh simayat itu dipotong demi menyelamatkan wanita tukang mandi mayat itu. Ada pula yang mencadangkan agar tangan wanita tukang mandi itu dipotong.
Akhirnya setelah mereka menemui jalan buntu , mereka pergi kepada Imam Malik bin Anas rah. Setelah mendengar kisah itu, Imam Malik pun segera datang ke tempat kejadian. Lalu beliau minta diberi kesempatan untuk menyiasat tukang mandi itu dari balik hijab. Imam Malik bertanya kepada wanita tukang mandi mayat itu,” Katakan terus terang, apakah yang telah engaku tuduh kepada simayat itu?”.
Wanita tukang mandi mayat itu menjawab dengan sedih,” Aku telah menuduhnya berzina ketika aku sedang memandikanya”.
Setelah jelas kedudukan perkara sebenar, Imam Malik berkata kepada anggota keluarga simayat,” Wanita tukang mandi ini telah menuduh simayat dengan tuduhan yang salah. Ia telah melanggar hudud Allah swt dengan menuduh wanita muslimah yang solehah melakukan zina tanpa bukti dan saksi sebanyak 4 orang . Atas sebab itu ia wajib menjalan hukuman hudud 80 kali sebat.”
Sesudah hukuman itu dilaksanakan , barulah kedua tangan wanita tukang mandi itu terlepas dari tubuh simayat.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
9 comments:
Salam ziarah ya ustaz...tak ke mlm markas ke?
Markas JB ada jor ulamak, minggu ini.
orag yang mandikan jenazah itu, adakah di ampunkan dosanya?
Kesimpulanya ialah niat ya...
Musafir Islam,
Saya nusrah Jemaah Masturat South Africa Balek selepas solat Maghrib. Kemudian ada Kuliah Khas untuk VIP di Rumah Teman selepas Solat Insya.
Jadi tak ke Malam Markaz.
alhamdullah..nusrah jemaah. Banyak korban ini....Allah..
masyaaallah
salam ya ustaz...
post yg sangat relevan dengan keadaan semasa di Malaysia.
janganlah kita suka-suka mengatakan seseorang penzina.
baik lelaki maupun perempuan.
Assalamualaikum wr wb
Ustaz saya diah dai tangerang, indonesia mau menanyakan tentang keutamaan bl rajab...Apakah Rasulullah SAW mengerjakan puasa sunah di bulan rajab (selain senin-kamis dan ayyaumul bit)?mohon penjelasan ustaz...Jazakillah khair
diah,
Tidak ada riwayat yang sohih Nabi berbuat demikian. Namun begitu bukannya salah untuk kita beramal dengan hadis dhoif.
Yang ada adalah puasa sunat di bulan Sya'ban kerana menemani isteri-isteri beliau mengqadho Puaa Ramadhon.
Wallahualam.
Post a Comment