MAKLUMAN :


widgeo.net

Saturday, May 16, 2009

Pengumuman : Kitab Bahrul Maazi


Kepada saudara/saudari yang masuk ke Blog ni, diminta sekiranya ada sesiapa yang mempunyai simpanan kitab Bahrul Maazi cetakan asal (mesir ) yang masih boleh dipakai atau keluarga atau kenalan yang mempunyai simpanan kitab berkenaan serta mereka-mereka berkenaan tidak menggunakannya, sila maklumkan kepada saya kerana saya sangat-sangat berhajat untuk membelinya.

Yang ada di dalam simpanan saya adalah tidak asli yang saya beli kira 18 tahun yang lalu. Ianya bermasaalah kerana beberapa jilid yang penting-penting tidak dapat dibaca tulisannya. Sesetengahnya tulisannya tebal dan sesetengahnya hilang. Ianya amat sukar bagi saya ketika mengajar kitab berkenaan. Saya telah berusaha mencari di beberapa pameran buku, juga di pameran buku di PWTC namun yang ada adalah cetak rompak dan isinya juga ada yang tidak jelas.

Selain dari itu saya juga berusaha mencari di sebelah Utara namun belum ditakdirkan lagi. Untuk ini saya bermohon kepada semua pengunjung sekiranya ada seperti yang dinyatakan di atas, sila maklumkan kepada saya.

Wassalam.

2 comments:

zuhairirani said...

saya cadangkan ustaz cari umumkan di bicara sufi.com sebab situ ramai yg kenal ustaz-ustaz yg mungkin ada simpan cetakan awal..

Unknown said...

Jazakallah Saudara zuhairirani,

Saya akan cuba timbangkan untuk maklumkan kat website tu.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin