MAKLUMAN :


widgeo.net

Monday, April 27, 2009

"Ibadur Rahman"


Allah swt berfirman: “Dan hamba-hamba Tuhan Yang Maha Penyayang itu (ialah) orang-orang yang berjalan di atas muka bumi dengan rendah hati (adab sunnah) dan apabila orang-orang jahil menyapa mereka, mereka mengucapkan kata-kata yang baik. Dan orang-orang yang melalui malam hari dengan sujud dan berdiri untuk tuhan mereka”(Al-Furqan : 63,64)

Berdasarkan ayat di atas, ianya terbahagi kepada dua, iaitu ‘Khabar’ dan ‘Mubtada’. ‘mubtada’nya ialah berjalan di atas muka bumi dengan rendah hati (adab sunnah) serta bila disapa oleh orang jahil mereka akan berkata ‘Qa lu salama’ (kata-kata yang baik).

Manakala ‘Khabar’nya hasil dari amalan tersebut bermula dengan keupayaan untuk melalui malam dengan amalan Tahajud dan doa. Ianya terkandung 9 hasil (Khabar)

1 – Bangun malam dengan bertahajud

2 - Berdoa agar dijauhi dari azab Neraka Jahanam

3 – Membelanjakan harta mengikut kehendak agama (tidak membazir dan tidak kedekut)

4- Tidak melanggari dosa-dosa besar iaitu syirik, membunuh, berzina.

5 – Bertaubat dengan sebenar-benarnya serta megerjakan amalan yag soleh.

6 – Tidak memberi saksi palsu serta bila bertemu orang-orang yang melakukan amalan yang tidak berfaedah, mereka lalui dengan menjaga kehormatan diri.

7 – Bila diberi peringatan dengan ayat-ayat Tuhan (al-quran ) mereka tidak membuta tuli dengannya.

8 – Mereka berdoa dengan doa “ Ya Tuhan kami kurniakanlah kepada kami isteri-isteri dan keturunan kami sebagai penyejuk mata dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa”.(Al-Furqan : 74 )

9 – Mereka dibalasi dengan ‘ghurfah’ (martabat yang tinggi) di dalam syurga dengan sebab kesabaran mereka dan di sambut dengan penghurmatan dan ucapan salam serta kekal di dalamnya.

Targhib dari ayat di atas

Dari sudut manakah kita boleh beramal dengan ayat di atas? Adakah dengan keluar bekerja kita boleh beramal dengan ayat di atas ? Adakah dengan ke pasar atau ke kebun kita dikira boleh beramal dengan ayat di atas? Tentunya tidak. Jadi dimanakah keadaan dan suasana yang membolehkan kita beramal dengan ayat di atas.

Jawapanya mengikut tanggapan penulis ayat di atas tersangat-sangat sesuai untuk kita beramal adalah di dalam amalan ‘Gasht’/’Jaulah’/Ziarah yang sememangnya dilaksanakan oleh Jemaah Tabligh ketika keluar /’Khuruj’ mahu pun ketika di ‘Maqomi’/ tempat sendiri. Di dalam amalan ‘Ghast’ terkandung kesemua sifat ‘Khabar’ didalam ayat di atas.

Di dalam ‘Gasht’ ini jemaah akan dibentuk bergerak dari lorong kelorong sekurang-kurang 3 orang dan seramai 10 orang. Tiga orang yang utama ‘Rahaba’ (penunjuk jalan/dalil), ‘Mutakalim’ (Jurubicara) dan Amir (ketua rombongan). Jemaah juga diingat kan untuk mengikuti ‘adab gahst’ yang antaranya merendahkan pandangan , keluar dangan berzikir iaitu dengan ‘tasbih’ dan pulangnya dengan ‘Istighfar’. Ini semua disebut ‘Haunan” di dalam ayat di atas. Ketika bertemu dengan orang-orang yang dijumpai maka ‘Mutakalim’ (jurucakap dalam robongan) akan bercakap mengenai mahfum ‘Kalimah Lailahaillah’. Terkadang-kadang apabila bertemu dengan orang-orang yang menentang , ‘Mutakalim’ juga akan berkata atas ‘mahfum kalimah’. Ini disebut ‘Qa lu salama’ di dalam ayat di atas.

Berdasarkan ayat di atas Ibn Abbas ra berkata ‘Qa lu salama’ (ucapan yang selamat) itu adalah ‘Qa lu ‘ala Kalimatillah’ (ucapan atas kalimah Lailahaillah). Sememangnya apa yang ada di dalam amalan ‘Gasht’ ini hampir mirip amalan yang dilakukan oleh ‘Ibadurrahman’ di dalam ayat di atas. Maka kalau ‘Ibadurrrahman’ boleh terhasil dengan janji ‘khabar’ dengan 9 sifat yang terhasil kepada mereka, maka apakah kita kita tidak akan memperolehinya jika amalan yang hampir sama diamalkan oleh kita. Pasti dan pasti sifat kita akan memperolehinya. Inilah yang disebutkan oelh Allah swt “Yuslih laku a’malakum wa yaghfir lakun zunubakum” ( dislahkan bagi kamu amalan kamu dan diampunkan dosa-dosa kamu ).

Jadi untuk perubahan diri khususnya dan kepada seluroh umat amnya, maka marilah kita melaksanakan ‘Gasht’/’Jaulah’/ Ziarah ini di tempat kita serta beristiqamah di dalam melaksanakannya. InsyaAllah.

Wallahu ‘alam.

8 comments:

Unknown said...

mubtada' khabar ni cmne ye ust..

maksdnya 'khabar' dlm ayat ni hasil dpd amalan mubtada' tu ke..?

Unknown said...

SALAm,,ustaz,,,,yang ayat qallan sadiqda,,tu maksud dia ibnu abbas tafsir kalimah tauhid la kan,,,,btoi dak ustz...urm...ustaz skrg menetap di mana...kalo kola kedah tu masuk halqah lok staq la...kenai abg anuar x..yang jual dadih tu.....bila ustaz nak balik mai cnie....kami markaz jitra dah ada markaz baru....dah...

Unknown said...

Betol ,betol ,betol tu mrdin. Ya 'khabar' di dlam ayat itu hasil dari amalan 'mubtada'.

Unknown said...

Anak Pendang, Memang pun Ibn abbas ra tafsirkan 'qaulan Sadida'ucapan yang benar itu ialah 'kalimah tauhid'

Ari tu saya dah balek 3/4 hari.Tapi tak pi markaz sbb tak kena malam markaz. Anuar tu memang saya kenai baik kalau hang balik sampai salam kat dia.Insyaallah.

sepohonkayu said...

salam, ustadz. macamne nak istiqomah dengan amalan2 tue? terutamanya bangun malam...

kami student (mungkin saya je kot) selalu kantoi bangun malam, mungkin sebab tido lewat... bagi la sikit tips2 berguna supaya dapat taufiq bagun malam dengan mudah dan istiqomah...

jazakallah...

Unknown said...

Sepohonkayu,

Kalau boleh tidur awal jam 11.00 pm ke. Kemudian jangan tinggalkan adab tidur.berlebih lagi 'Tasbih Fatimah'.Saidina Ali ra dikatakan tak prnah tinggalkan walau pun ketika perang (perang Siffin.

Sebelum tidur 2 rokaat macam kita amalkan sewaktu keluar.Lagi pun kalau saudara tidur awal boleh juga bangun awal dan study di awal pagi selepas tahajud.Tu jauh lebih baik bagi saudara.

Wallahu'alam
















































































































Tipsnya

sepohonkayu said...

jazakallah...

insyaAllah saya akan terus amalkan...

kadang-kala kita tahu tapi x amal...

tp dpt semangat drpd Ustadz mudah-mudahan diberikan kekuatan yg berterusan...

ibnu abdullah said...

Eldest beritahu saya, sekiranya hendak mudah bangun malam, elok amalkan tidur seketika sebelum masuk zuhor (bukan selepas zuhor seperti ramai umat akhir zaman praktikan). Ada juga mengatakan ini (tidur seblm zuhor) sunnah Nabi saw.

wAllahu 'alam

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin