MAKLUMAN :


widgeo.net

Tuesday, October 6, 2009

Padang Yang Aku Kenali



Bila melihat bencana gerak gempa di Padang, ia mengingatkan aku saat-saat aku keluar 40 hari di sana tahun lepas. Tiga route di sekitar Kota Padang, baki adalah di Padang Panjang, Bukit Tinggi, Paya Kumboh dan juga Batu Sangkar. Semasa berada di Kota Padang, banyak juga mereka-mereka yang kami khususi. Ada orang khawas dan ada juga ulama-ulama. Namun begitu usaha agama di Padang agak perlahan berbanding dengan Medan, Pekan Baru dan juga Jambi. Kesemua tempat ini telah pernah aku keluar di sana. Pekan Baru pada tahun 1985, Medan pada tahun 1997 dan Jambi 2006. Jadi dapat sedikit aku bezakan bentuk usaha agama di sana.

Di Padang usaha agama agak perlahan antara sebabnya adalah kerana pengaruh Salafi (Muhammadiah : pada peringkat awal) agak menebal. Ada beberapa orang karkun yang tinggalkan usaha dengan sebab pengaruh Salafi ini. Rata-rata masjid ada pengaruh Salafi yang sememangnya anti dengan Gulongan Mazhab. Ini makin ketara di kalangan pelajar universiti. Penentangan atas usaha Jemaah Tabligh agak kuat kerana fatwa Salafi bahawa Jemaah Tabligh ini adalah sesat. Banyak masjid usaha jemaah Tabligh tidak dibenarkan. Di samping itu ada juga gerakan yang lain seperti Gerakan Mujahidin, Ikhwan dan juga gerakan yang bersifat tempatan seperti Ikatan Masjid serta gerakan lain yang biasanya dipelopori oleh Parti Politik tempatan. Hasilnya usaha agak perlahan berbanding dengan negeri-negeri jirannya.

Antara perkara unik yang aku dapati adalah pemeliharaan anjing di rumah orang-orang Islam seperti memelihara kucing di sini. Malah ada ulama yang aku khususi pun memelihara anjing. Masjid lebih ramai wanita yang hadir daripada lelaki. Malah ada masjid yang pengerusinya (Ketua masjid) adalah perempuan. Ini berlaku kerana pengaruh adat perpatih yang begitu menebal. Lelaki lebih suka berada di warung makan berbanding di masjid. Bila usaha agama begitu lembab maka natijahnya amalan agama makin pudar. Satu pulau yang berdekatan hampir 80% penduduk Islam di sana telah murtad. Ada jemaah dari Kota Padang di hantar tetapi tidak cukup kuat berusaha di sana. Di kalangan karkun, alhamdulillah ada yang bersungguh-sungguh berusaha malah telah makin bertambah yang keluar 4 bulan namun usaha maqaminya agak perlahan. Malah ada yang telah keluar 4 bulan namun tiada taklim di rumah serta amal-amal yang lain.

Selain itu batasan aurat tidak dijaga dengan sempurna. Hanya yang benar-benar memelihara aurad adalah ahlia karkun yang lain hanya biasa sahaja dan ramai yang mendedahkan auradnya. Malah ada sesetengah masjid yang ada tempat mandiannya mereka mandi bogel tanpa sebarang rasa malu. Ini berlaku di hadapan mata kami sendiri. Hairannya tidak ada sebarang teguran dibuat.

Aku dijemput berkhutbah, sekali khutbah Aidul Adha dan sekali khutbah Jumaat. Di tempat lain juga ada jemputan namun aku tolak dengan baik bila dilihat pengaruh Jemaah Tabligh di tempat berkenaan agak lemah. Bayan markaz 3kali, sekali di markaz Kota Padang dan dua kali di Markaz Padang Panjang. Isi khutbah dan bayan, aku tekankan kepentingan usaha agama di kalangan semua peringkat gulongan. Malah jemputan khusus untuk ceramah kepada kaum ibu pun aku tekankan kepentingan usaha agama. Bila melihat keadaan demikian, 40 hari tidak mencukupi malah jemaah demi jemaah perlu dihantar ke sana.

Keresahan aku melihat masyarakat di sana aku gambarkan di dalam sajak Padang I dan Padang II yang terdapat di dalam posting Januari 2009 yang lalu. Di bawah ini aku sertakan sekali lagi sajak berkenaan:-

Padang I

Di Sini Di Padang Ini
Telah kembali Gersang
Tiada lagi pepohon Rendang
Yang Tinggal Hanya Puing-Puing
Ditelan Kemarau Masa

Di Sini Di Padang Ini
Tiada Lagi Kuntum Segar Berkembang
Menghiasi Sanggol Gadis Pingitan
Wangian Semerbaknya Telah Hilang
Yang Tinggal Hanya Nama

Ingin Aku
Menjadi Titik-Titik Hujan
Menyirami Padang Gersang itu

Agar Tumboh Kembali
Pepohon Rendang
Buat Bertedoh
Dari Kemarau Masa

Ingin Aku
Menjadi Titik-Titik Embun
Membasahi Padang Gersang Itu

Agar Kembali Kembang
Kuntum-Kuntum Berbunga
Menghiasi Sanggol Gadis Pingitan
Mewangi Pelusok Taman.

( Kota Padang Nov 2008 )


Padang II

Tersungkur Ego Dan Kibir Ku
Melihat Si Buta Meraba-Raba
Menadah Tangan Kosong

Tersungkur Ujub Dan Sumaah Ku
Melihat Si Kudong Merangkak-Rangkak
Menadah Tempurong Berlubang

Kasihan Si Buta Itu!
Kasihan Si Kudong Itu!

Oh Tuhan!
Mereka Tidak Seperti Ku
Bisa Melihat Tidak Meraba
Bisa Berjalan Tidak Merangkak

Dengan Tongkat Kalam Suci Mu
Dengan Bekalan Sabdaan Jungjungan Mu
Aku Bisa Berdiri Dan Belari

Ingin Ku Beri Tongkat
Dan Bekalan Milek Ku Itu

Pada Si Buta
Agar Tidak Meraba
Bisa Berjalan
Dengan Tangan Penoh Kasturi

Pada Si Kudong
Agar Tidak Merangkak
Bisa Berdiri
Dengan Bejana Emas Tersimpan

Berjalan Beriringan Dengan Ku
Menuju Mahligai Redha Mu.

(Kota Padang Nov 2008)

Sebenarnya Padang adalah tempat lahir berbagai ulama besar di Indonesia, Imam Bonjol, Kiyai H.Sulaiman Rasyid dan Prof.Dr. Hamka adalah berasal dari sini. Hari ini Padang telah musnah dengan gerak gempa. Ratapan, tangisan dan kesedihan oleh penduduknya hasil kesan dari bencana berkenaan. Semuga Allah swt mengembalikan Padang seperti peringkat awalnya dan ianya memerlukan usaha dan doa kita semua.

Insyaallah.

P/S : Jemaah akan dihatar ke sana secepat mungkin. Dan sekarang ini ada tasykil dari setiap Markaz Negeri di seluroh Malaysia.

5 comments:

Ziarah76 said...

masya-Allah... begitu rupanya karkuzari di Padang.
Bila berlaku gempa bumi, saya tertanya-tanya juga bagaimana usaha di sana.
semoga Allah pelihara kita.

ابن زين الرمباوي said...

ustaz ada lg tak no karkun ump padang yg kita dok umah diorang tu?

Unknown said...

Ustaz Ibn Zain Ar-Rambawi,

Dah tak ada kerana tel. ana yang simpan no.tel mereka telah tercicir hilang. Rasanya kalau ada pun susah nak berhubung kerana talian terputus.

Apa pun kita doakan untuk mereka. Insyaallah.

One Warhead said...

Semoga Allah swt selamatkan ummat semuanya.....

Ustaz...ummat warga EMAS kat Taman Tok Wan ternanti-nanti Ustaz pada bulan Oct ni...bila nak mai?

musa said...

assalamualaikum sebenarnya apa2 yg beraku didarat dan dilaut adalah hasil tangan manusia sendiri ianya berlaku atas kehendak dan perintah allah swt. Kita sebagai org beriman kena jadi iktibar dan kena buat perubahan pd diri dan keluarga kita utk lebih dekat dan lebih tawajjuh pd allah swt, dan pada masa yg sama juga berusaha mengajak ke atas org beriman yg lain supaya mentaati allah dan rasul saw dan menyediakan setiap org beriman menjadi dae allah swt dan menghidupkan 4 amal masjid nabi saw iaitu dakwah, taklim/taklum ,ibadat dan khidmat. apabila masjid kita ada 4 amalan ini insyaalllah ia bukan saja menjadi benteng pd azab allah swt malah ia menjadi sumber cahaya hidayah seluruh alam, jadi saya seru pd diri saya dan tuan/puan yg membaca tulisan ini utk bangun memberi masa dan harta utk khuruj fisabilillah dgn masa yg lama dan harta yg banyak di jalan allah swt

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin