MAKLUMAN :


widgeo.net

Friday, May 31, 2013

Islam Dijangka ‘Tawan’ Britain : Metro 31 Mei 2013





Akhbar Metro hari memuatkan berita dari Daily Mail perbezaan ketara di dua perhimpunan Penduduk Kristian di sekitar kawasan Canon Street dan di Cable Street, iaitu di Gereja St George-In-The-East dan  Gereja St Mary’s berbanding dengan perhimpunan Jumaat penduduk Islam di sebuah masjid di kawasan kediaman Jalan Brune yang hanya beberepa meter dari kedua-dua gereja berkenaan.

Mengikut bancian 2011 sejumlah 33.2 juta penduduk di England dan Wales menganggap diri mereka Penganut Kristian. Namun kehadiran pada perhimpunan mingguan begitu hambar sekali sekitar 15 ke 20 orang Penganut Kristian berbanding ribuan yang hadir pada Solat Jumaat bagi Penganut Islam.

Bagi tempoh 10 tahun jumlah Penganut Kristian telah menurun sedangkan pada waktu yang sama jumlah Penganut Islam makin bertambah. Hasilnya ramai permerhati mengandaikan bahawa Kristian akan menjadi “Agama Silam” dan dijangkakan bahawa Islam akan menawan Britain.

Bagi penulis bukan sekadar Britain yang akan di tawan oleh Islam malah seluroh Eropah akan jatuh ke tangan Islam. Beberapa tahun lepas terdapat satu kajian berkaitan “Mapping the Global Muslim Population” yang dibentangkan di dalam “ Forum on Religion & Public Life” yang mana hasil kajian mengejutkan pemimpin-pemimpin Barat. Mengikut kajian tersebut jumlah penduduk Islam Eropah meningkat begitu ketara sehinggakan mereka mengandaikan bahawa negara yang pertama yang akan dikuasi Islam adalah Belgium. Belgium dijangka akan dikuasai Islam sekitar tahun 2018 manakala Perancis sekitar 2023. Malah seluroh Eropah akan dikuasai sepenuhnya oleh Islam pada 2050.

Kalau betul sebagaimana andaian sesetengah penulis Islam bahawa bermula 2013 tahun ini sehingga 2020 akan ada perubahan pada dunia dan khususnya pada Dunia Islam maka penguasaan Islam bukan sekadar Eropah malah seluroh dunia mungkin lebih cepat.

Di sisi kita teruskan dakwah dan taklim dan pengeluaran Jemaah ke seluroh dunia. InsyaAllah.

Wallahulam.

Tuesday, May 28, 2013

Kini Makin Terserlah : PRU 13





Kini Makin Terserlah
Hari Demi Hari
Masa Demi Masa
Di Tanah Indahku Ini

Tetiba. . . . . .  
Bangsaku Berubah
Bernafsu Syaitan
Berkuku Besi
Bertaring Tembaga
Berbibir Tebal 
Berakal Binatang

Nafsu Syaitan Menggoda Saudara
Kukubesi Mencakar Mangsa
Taring Tembaga Gigit Berbisa
Bibir Tebal Menipu Bangsa
Akal Binatang Menabur Nista


Hanya . . . . . .
Sekangkang Tanah Yang Akan Fana
Sekeping Kertas Ungu Yang Akan Binasa
Sekelumit Kuasa Yang Akan Tersisa

Pasti Akan Tiba
Nanti Di Suatu Masa
Perhitungan Dari “Dia”
Samada Kelompok Firaun 
Atau  Kelompok Musa.

Nukilan : Al Alorstari
28 Mei 2013

Saturday, May 11, 2013

Sahabat Yang Teraniaya : Saidina Muawiyah r.a




Penulis terpanggil untuk menulis tentang Saidina Muawiyah r.a kerana akhir-akhir ini terdapat gulongan yang sangat sensitif bilamana kelebihan sahabat ini diceritakan di dalam kuliah-kuliah penulis. Sementelahan lagi bilangan pengikut Syiah di Malaysia ini makin bertambah dan gulongan yang bersimpati dengan Syiah ini pun makin bertambah.

Perlu diingatkan bahawa apabila penulis menulis atau berceramah dan berkuliah perihal sahabat yang teraniaya ini, bukan bermakna penulis menghina sahabat yang lain, apa lagi Saidina Ali ra. Nau’zubillah.

Sebelum penulis memanjangkan tulisan ini sebaiknya kita lihat beberapa hadis yang berkaitan :

Sabda Rasulullah saw,”Allah! Allah!. . . . berhati-hati akan para sahabatku. Sepeninggalanku janganlah kalian jadikan mereka sebagai sasaran. Barangsiapa mencintai mereka ia kucintai dengan kecintaanku, dan barangsiapa yang membenci mereka ia kubenci dengan kebencianku. Sesiapa yang mengganggu mereka bererti menggangguku, dan sesiapa yang mengganggu diriku bererti ia mengganggu Allah , dan tidak lama lagi Allah akan membalasnya. (Riwayat Tarmizi)

Sabdanya lagi,” Jangan kalian mencaci (memaki) sahabatku. Seandainya ada seorang di antara kalian yang menginfakkan emas sebesar gunung Uhud ianya tidak akan memadai seorang pun dari mereka”.(Mutafaq alaih)

Juga baginda bersabda,” Jika kalian melihat orang mencaci maki para sahabatku, katakanlah bahawa laknat Allah ke atas kejahatan kamu”. (Riwayat Tarmizi)

Bila dilihat dan difahami hadis-hadis di atas maka jelas bagi kita bahawa tidak boleh sedikit pun kita mencaci maki serta memandang hina dengan kebencian terhadap sesiapa sahaja di kalangan sahabat-sahabat Nabi saw. Penah penulis berada di dalam satu kuliah seorang ulama hadis terkenal, bilamana beliau menceritakan sikap Saidina Umar sebelum Islam, beliau tidak pun menyebut nama Saidina Umar sedikit pun. Beliau hanya menyebut dengan panggilan, “seorang sahabat Nabi saw”. Begitu berhati-hati menyebut kisah sahabat tersebut takut-takut tergulong di dalam hadis di atas.

Ringkasan Riwayat Hidup Saidina Muawiyah r.a

Nama sebenar beliau ialah Muawiyah bin Abu Sufyan Syakhar bin Harb bin Umayyah bin Abdi Syams bin Abdi Manaf bin Qushay Abi Abdirrahman al- Umawi. Keturunan beliau ini dari sebelah bapa manakala sebelah ibu beliau Hindun bin Utbah bin Rabiah bin Abdi Syams bin bin Abdi Manaf bin Qushay. Ini bermakna keturunan beliau bertemu dengan keturunan Rasulullah pada datoknya yang ke empat. (Hafiz Ibn Katsir)

Beliau dilahirkan 15 tahun sebelum hijrah di dalam keturunan Bani Umayyah yang termasok keturunan yang terhurmat.Berdasarkan sumber yang sahih, beliau memeluk agama Islam pada tahun Umaratul Qadha tetapi beliau menyembunyikan keislaman beliau sehingga berlakunya Fatah Mekah.(Bidayah Wal Nihayah Jld 8 m/s 117 : Tahzibul Asma Wa LughatJld 2 m/s 102) Beliau telah diisyaratkan oleh Rasulullah sebagai ahli syurga melalui hadis Bukhari/Muslim yang mana Rasulullah saw telah bersabda,” Tentera dari umatku yang mula-mula berperang dengan meredah lautan sudah pasti mendapat syurga”.(Bukhari Jld 1 m/s 124 : Muslim Jld 2 m/s 141-142). Peperangan ini berlaku pada tahun 28 Hijrah semasa pemerintahan Saidina Utsman bin Affan (Nasabu al-Quraisyin m/s 124). Saidina Muawiyah termasuk anggota keluarga yang disayangi oleh Rasulullah saw melalui sabdaan baginda di dalam Bukhari Jld 1 m/s 539 dan Muslim Jld 12 m/s 8/9. 

Atas dasar inilah Saidina Muawiyah dilantik oleh Rasulullah sebagai Penulis Wahyu baginda. Hal ini terdapat di dalam Taqribu at Tahzib, Jawaami’ as Sirah,Bidayah wa Niahayah serta lain-lain kitab.
Terdapat riwayat yang Rasulullah telah berdoa khusus untuk Saidina Muawiyah di dalam beberapa riwayat antaranya baginda telah berdoa dengan doa begini,” Ya Allah! Jadikanlah dia seorang pemimpin yang terpimpin dan pimpinlah manusia dengannya.”.Selain itu baginda juga berdoa agar beliau diajar ilmu al-Kitab dan Hisab dan pemeliharan beliau dari azab.(Tarikhu al Islam jld 2, Tarikhu al Kabir Jld 4, Majmau’ Zawaid Jld 8 dan Kanzul al Ummal jld.8)

Pernah baginda telah bersabda kepada beliau dengan berkata, “Wahai Muawiyah! Kalau kamu dilantik menjadi penguasa/pemimpin maka bertakwalah kepada Allah dan berlaku adillah.” Saidina Umar pernah berkata,” Bila orang yang bijak dan pintar (merujuk kepada Saidina Muawiyah) sudah berada dikalangan kamu, maka apa lagi disebutkan kebijaksanaan Qaisar dan Kisra.” (Tabari Jld 4  Ibnu Katsir al Kamil Jld 3). Maka atas sebab inilah Saidina Umar telah melantik beliau menjadi gabenor di Syam untuk beberapa tahun pemerintahannya. 


Sedikit Kisah Ketakwaan Saidina Muawiyah r.a

 Pernah belaku pada suatu hari Jumaat Saidina Muawiyah pergi ke masjid Jamek Damsyek untuk berucap. Dalam ucapannya beliau berkata,” Sesungguhnya semua harta ini adalah harta kami dan semua harta Fai juga adalah harta kami kepada sesiapa yang kami mahu berikan maka kami akan berikannya. Dan sesiapa yang tidak mahu kami berikan kami tidak akan berikan. Itulah di antara ucapan yang disampaikan oleh beliau. Tidak ada sesiapa pun yang membantah. Pada hari Jumaat berikutnya, beliau berucap lagi dan itu juga antara yang diucapkannya. Namu juga tidak ada sesiapa pun yang membantahnya. Majlis hanya sunyi sepi. 

Pada Hari Jumaat yang ketiganya beliau berucap lagi dengan ucapan yang sama tetapi kali ini ada seorang lelaki bangun dan berkata,”Tidak! Semua harta itu adalah harta kami (rakyat) dan harta ghanimah Fai itu juga adalah harta kami. Sesiapa yang cuba menghalang kami daripada harta itu akan kami bawakan kepengadilan Allah melalui pedang-pedang kami. Mendengar kata-kata itu beliau turun dari mimbar dan mengarahkan lelaki itu dibawa menemuinya. Orang ramai ikut melihat lelaki berkenaan dibawa bertemu Saidina Muawiyah lalu beiau pun berkata,” Semuga Allah memanjangkan umur orang ini kerana dia telah menghidupkan aku, kerana aku telah mendengar Rasulullah saw telah bersabda, Nanti akan datang sesudahku beberapa ramai pemimpin yang akan mengucapkan sesuatu yang salah tetapi tidak ada yang menegurnya. Pemimpin-pemimpin yang seperti ini akan memasuki neraka.”(Tarikh al Islam Jld 2 m/s 321-322)

Khulasah

Selama ini kita dipaparkan dengan kisah sejarah yang berat sebelah yang mana bila kita baca kisah-kisah berkenaan maka kita secara tidak lansung akan didedahkan dengan keburukkan Saidina yang terinaya ini. Sehinggakan bila disebut dengan kiah sebenar tentang Saidina Muawiyah ini akan kita dapati sesetengah dari kita akan melenting tak tentu hal. Tidak mustahil bila kisah keburukkan Saidina Muawiyah ini dipaparkan khusus dari mereka yang berpegang dengan ajaran Syiah atau pun yang bersimpati dengan ajaran Syiah secara lansung akan menghina dan memaki beliau. Namun bagi mereka-mereka ini tunggulah saat-saat keputusan dari Allah swt. Ketika ini pun telah terbukti siapa Syiah pada mata kita,bagi yang mahu merenung dengan isu-isu yang berlaku di Negara Teluk sekarang ini.

Wallahualam

Rujukkan : Pemurnian Sejarah Islam Siri 2

Friday, May 3, 2013

Jadual Kuliah Mei 2013




01 Mei 2013 (Rab) : Mensyuarat Mingguan Jmh Tabligh, Rahang
02 Mei 2013 (Kha) : Kuliah Bahrul Maazi Jld 2 Tmn Gadong Jaya
03 Mei 2013 (Jum) : Kuliah Bulanan Tmn Kiambang
04 Mei 2013 (Sab) : Kuliah Suboh Bahrul Maazi Al-Amin,Cempaka 2
05 Mei 2013 (Ahd) : Pilihanraya
06 Mei 2013 (Isn) :  Kuliah Hadis Masjid Yusof Teh, Pedas
07 Mei 2013 (Sel) : Kuliah Tanbihul Ghafileen Al-Amin Cempaka 2.
08 Mei 2013 (Rab) : Mensyuarat Mingguan Jmh Tabligh, Rahang
09 Mei 2013 (Kha) : Kuliah Bulanan Tmn Pinggiran Senawang
10 Mei 2013  (Jum) : Kuliah Bahrul Maazi Jld 7 Tmn Matahari Height
11 Mei 2013 (Sab) : Kuliah Suboh Bahrul Maazi Al-Amin,Cempaka 2
12 Mei 2013 (Ahd) : Kuliah Suboh Bahrul Maazi jld.3 G/Home F
12 Mei 2013 (Ahd) :  Kuliah Hadis Tmn Desa Melor  
13 Mei 2013 (Isn) : Kulah Bulanan PENGASIH
14 Mei 2013 (Sel) : Kuliah Tanbihul Ghafileen Al-Amin Cempaka 2.
15 Mei 2013 (Rab) : Mensyuarat Mingguan Jmh Tabligh, Rahang
16 Mei 2013 (Kha) : Urusan Keluarga
17 Mei 2013 (Jum) : Urusan Keluarga
18 Mei 2013 (Sab) : Urusan Keluarga
19 Mei 2013 (Ahd) : Urusan Keluarga
20 Mei 2013 (Isn) : Kuliah Hadis Hanger 6, KLIA
20 Mei 2013 (Isn) : Kuliah Bulanan Tmn rembau Utama
21 Mei 2013 (Sel) : Kuliah Tanbihul Ghafileen Al-Amin Cempaka 2.
22 Mei 2013 (Rab) : Kuliah Hadis Masjid Yusof Teh
23 Mei 2013 (Kha) : Kuliah Bulanan Tmn Mantau Endah.
24 Mei 2013 (Jum) :  Kuliah Hadis Surau Hj.Musa BSS
25 Mei 2013 (Sab) :  Kuliah Suboh Bahrul Maazi Al-Amin,Cempaka 2
26 Mei 2013 (Ahd) : Kuliah Suboh Tmn Pinggiran Senawang
26 Mei 2013 (Ahd) :  Kuliah Bahrul Maazi Jld 3 G/Home
27 Mei 2013 (Isn) : Kuliah Hadis Hanger 6, KLIA
27 Mei 2013 (Isn) : Kuliah Bulanan Tmn Seri Pulai
28 Mei 2013 (Sel) : Kuliah Tanbihul Ghafileen Al-Amin Cempaka 2.
29 Mei 2013 (Rab) : Mensyuarat Mingguan Jmh Tabligh, Rahang
30 Mei 2013 (Kha) : Kuliah Bulanan Al-Qudwah G/Street Home
31 Mei 2013 (Jum) : Kuliah Hadis Tmn Lavender Height

Note : Jika ada sebarang perubahan, akan dimaklumkan kemudian. Insyaallah
AJK Surau/Masjid, jika terdapat kesilapan, sila hubungi saya.

Tuesday, April 23, 2013

Drebar Bas Kesal Menang Loteri - Metro 23 April 2013



London: Di sebalik ‘tuah’ kerana memenangi loteri bernilai puluhan juta ringgit, seorang bekas pemandu bas mengakui, kadang-kadang dia berharap kemenangan itu tidak pernah berlaku dalam hidupnya.

Sebelum ini, John Noakes berkongsi dengan 11 lagi pemandu bas membeli loteri dan mereka disahkan memenangi hadiah bernilai £38 juta (RM176.5 juta) Kata lelaki berasal dari Corby itu, pada awalnya dia menyangka kemenangan itu akan membolehkan segala impiannya tercapai. Namun, Noakes, 50, berkata selain kegembiraan, wang loteri itu datang bersama pelbagai bala.“Sebab itu sesekali saya berharap saya tidak memenangi loteri berkenaan,” katanya. Bekas Pemandu Bas Terbaik itu berkata, setiap daripada mereka yang berkongsi membeli loteri itu memperoleh kira-kira £3 juta (RM13.9 juta) seorang. 

Sejak memenangi loteri itu, kata Noakes, mereka mula didatangi pelbagai masalah, daripada isu keluarga sehingga membabitkan aspek kesihatan. Noakes kini masih menetap di rumah lamanya bersama isteri, Jean, di bandar Northamptonshire. Kata Noakes, masalah itu memaksa sebahagian daripada rakannya berpindah dari Northamptonshire. Malah, dua daripada kami terpaksa meninggalkan Britain. 

“Saya dan Jean pula sedang bersiap-siap memulakan hidup baru di Cyprus,” katanya.
Sejak menjadi jutawan, kata Noakes, hidup mereka berubah sama sekali, tetapi tidak semuanya membawa kebaikan. “Kebanyakan rakan saya juga enggan bersahabat dengan saya lagi,” katanya. Noakes turut selalu didatangi orang tidak dikenali dan meminta wang di jalanan.

Satu lagi cabaran Noakes ialah untuk berlaku adil kepada semua anggota keluarga tanpa menyebabkan sesiapa kecewa. Justeru, katanya, dia dan Jean bercadang berpindah ke Cyprus.
Seorang rakan Noakes yang memenangi loteri itu kini berpindah ke Sepanyol bagi mengelak berdepan perselisihan faham sesama keluarga. - Daily Mail

Komen Penulis :

Allah swt Tuhan Yang Maha Agung tidak pernah meletakkan kebahagian di dalam sesuatu yang haram. Di dalam kekayaan yang datang dari sumber yang haram tidak pernah memberi kebahagian sama ada pada mereka yang tidak beriman kepada Allah swt, apa lagi kepada mereka-mereka yang beriman. Lihatlah di dalam kekayaan dan kemewahan bukan kepada mereka di atas sahaja malah kepada mereka-mereka yang sebelum mereka pun tidak pernah bahagia dengan sumber yang haram. Sebagaimana berlaku kepada J.Paul Getty antara orang yang paling kaya awal kurun ke 19. Bukan dirinya sahaja hancur malah seluruh keluarga Dinasty Getty pun turut hancur sehingga tidak ada lagi keturunan beliau.

Ianya tidak terbatas kepada kekayaan malah di dalam kekuasaan dan pangkat juga terbukti tidak membahagiakan sesiapa pun melainkan mereka berlaku adil. Adil ini bukan sekadar bercakap tentang keadilan malah bertidak dan nampak ianya adil. Dan adil ini bukan pada kacamata manusia tetapi adalah berlandaskan syariat. Sebagai contoh keatas mereka yang tidak Islam dikenakan cukai (Jizyah) dan ke atas yang Islam dikenakan zakat. Selepas itu tidak ada lagi cukai yang lain yang dikenakan seperti Cukai Impot, Cukai Tanah, Cukai Pintu dan lain-lain. Inilah yang dikatakan adil di dalam Islam.

Berita di atas cukup baik bagi kaki judi ekor dan loteri bahawa selama duit hasil yang haram maka selama itu ianya tidak pernah membahagiakan dan memeberi kesenangan.

Wallahualam.

Friday, April 5, 2013

Ruang Solat Liga Premier Inggeris (Newcastle United)




Baru-baru ini akhbar Inggeris  “Mirror” 4 April 2013 melaporkan bahawa gergasi bola sepak Inggeris, Newcastle United telah bersetuju menyediakan ruang solat bagi pemain Islamnya menunaikan solat sebelum perlawanan. Setakat ini ada sekurang-kurangnya tujoh orang pemain Islam di dalam pasukkan Liga Premier Inggeris. Hampir kesemua mereka menjaga solat fardhu. Namun mereka mengeluh kerana setiap kali perlawanan akan dijalankan dan dalam waktu yang sama masok waktu solat, maka sukar bagi mereka melaksanakan solat.

Namun begitu, pengurusan pasukkan Newcastle United bersetuju untuk menyediakan ruang solat kepada pemain Islamnya. Sebelum ini pemain-pemain yang beragama Islam terpaksa mencari ruang-ruang kosong untuk bersolat. Kata salah seorang pegawai pasukkan liga berkenaan,” Doa sebelum pertandingan juga sebahagian perkara yang penting di dalam sesuatu perlawanan.” Beliau memberi jawapan bila diajukan soalan oleh salah seorang wartawan. Mereka menganggap bersolat dan berdoa sebahagian dari “Team Work” di dalam pasukkan.

Pasukkan yang terbanyak pemain Islam setakat ini adalah Newcastle United. Setiap kali perlawanan, pasukkan ini akan berdoa dengan dipimpin oleh Demba Ba salah seorang pemain Islam yang paling soleh. Kini Demba Ba telah berpindah ke Kelab  Chelsea.

Terbalik di tempat kita di Malaysia, paling kerap tinggalkan solat adalah pemain bola sepak kita. Lihatlah ketika perlawanan di Liga Perdana Malaysia. Bukan hanya pemain yang tidak solat malah ribuan penonton juga ikut tidak solat. Ruang solat yang disediakan di stadium kekadang kosong sewaktu perlawanan diadakan. Kalau ada yang solat pun boleh dikira dengan jari. 

Tidak pernah terfikir dibenak pengurus pasukan yang ada  di Liga Perdana Malaysia agar setiap pemain pasukkannya boleh memelihara solat dan berdoa beramai-ramai sesudah solat. Bila ini berlaku maka rebutan jawatan khususnya di dalam FAM menjadi perkara utama. Mutu permainan masih ditakuk lama. Sekitar tahu 70an kita sebaris dengan Korea dan lain-lain negara, namun kini di tempat tercorot. Permainan gagal ke tahap professional ditambah lagi dengan dosa tinggalkan solat setiap perlawanan. Namun begitu di Barat, mereka telah nampak nilai-nilai amalan keagamaan di setiap keadaan.

Wallahulam.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin