MAKLUMAN :


widgeo.net

Saturday, May 11, 2013

Sahabat Yang Teraniaya : Saidina Muawiyah r.a




Penulis terpanggil untuk menulis tentang Saidina Muawiyah r.a kerana akhir-akhir ini terdapat gulongan yang sangat sensitif bilamana kelebihan sahabat ini diceritakan di dalam kuliah-kuliah penulis. Sementelahan lagi bilangan pengikut Syiah di Malaysia ini makin bertambah dan gulongan yang bersimpati dengan Syiah ini pun makin bertambah.

Perlu diingatkan bahawa apabila penulis menulis atau berceramah dan berkuliah perihal sahabat yang teraniaya ini, bukan bermakna penulis menghina sahabat yang lain, apa lagi Saidina Ali ra. Nau’zubillah.

Sebelum penulis memanjangkan tulisan ini sebaiknya kita lihat beberapa hadis yang berkaitan :

Sabda Rasulullah saw,”Allah! Allah!. . . . berhati-hati akan para sahabatku. Sepeninggalanku janganlah kalian jadikan mereka sebagai sasaran. Barangsiapa mencintai mereka ia kucintai dengan kecintaanku, dan barangsiapa yang membenci mereka ia kubenci dengan kebencianku. Sesiapa yang mengganggu mereka bererti menggangguku, dan sesiapa yang mengganggu diriku bererti ia mengganggu Allah , dan tidak lama lagi Allah akan membalasnya. (Riwayat Tarmizi)

Sabdanya lagi,” Jangan kalian mencaci (memaki) sahabatku. Seandainya ada seorang di antara kalian yang menginfakkan emas sebesar gunung Uhud ianya tidak akan memadai seorang pun dari mereka”.(Mutafaq alaih)

Juga baginda bersabda,” Jika kalian melihat orang mencaci maki para sahabatku, katakanlah bahawa laknat Allah ke atas kejahatan kamu”. (Riwayat Tarmizi)

Bila dilihat dan difahami hadis-hadis di atas maka jelas bagi kita bahawa tidak boleh sedikit pun kita mencaci maki serta memandang hina dengan kebencian terhadap sesiapa sahaja di kalangan sahabat-sahabat Nabi saw. Penah penulis berada di dalam satu kuliah seorang ulama hadis terkenal, bilamana beliau menceritakan sikap Saidina Umar sebelum Islam, beliau tidak pun menyebut nama Saidina Umar sedikit pun. Beliau hanya menyebut dengan panggilan, “seorang sahabat Nabi saw”. Begitu berhati-hati menyebut kisah sahabat tersebut takut-takut tergulong di dalam hadis di atas.

Ringkasan Riwayat Hidup Saidina Muawiyah r.a

Nama sebenar beliau ialah Muawiyah bin Abu Sufyan Syakhar bin Harb bin Umayyah bin Abdi Syams bin Abdi Manaf bin Qushay Abi Abdirrahman al- Umawi. Keturunan beliau ini dari sebelah bapa manakala sebelah ibu beliau Hindun bin Utbah bin Rabiah bin Abdi Syams bin bin Abdi Manaf bin Qushay. Ini bermakna keturunan beliau bertemu dengan keturunan Rasulullah pada datoknya yang ke empat. (Hafiz Ibn Katsir)

Beliau dilahirkan 15 tahun sebelum hijrah di dalam keturunan Bani Umayyah yang termasok keturunan yang terhurmat.Berdasarkan sumber yang sahih, beliau memeluk agama Islam pada tahun Umaratul Qadha tetapi beliau menyembunyikan keislaman beliau sehingga berlakunya Fatah Mekah.(Bidayah Wal Nihayah Jld 8 m/s 117 : Tahzibul Asma Wa LughatJld 2 m/s 102) Beliau telah diisyaratkan oleh Rasulullah sebagai ahli syurga melalui hadis Bukhari/Muslim yang mana Rasulullah saw telah bersabda,” Tentera dari umatku yang mula-mula berperang dengan meredah lautan sudah pasti mendapat syurga”.(Bukhari Jld 1 m/s 124 : Muslim Jld 2 m/s 141-142). Peperangan ini berlaku pada tahun 28 Hijrah semasa pemerintahan Saidina Utsman bin Affan (Nasabu al-Quraisyin m/s 124). Saidina Muawiyah termasuk anggota keluarga yang disayangi oleh Rasulullah saw melalui sabdaan baginda di dalam Bukhari Jld 1 m/s 539 dan Muslim Jld 12 m/s 8/9. 

Atas dasar inilah Saidina Muawiyah dilantik oleh Rasulullah sebagai Penulis Wahyu baginda. Hal ini terdapat di dalam Taqribu at Tahzib, Jawaami’ as Sirah,Bidayah wa Niahayah serta lain-lain kitab.
Terdapat riwayat yang Rasulullah telah berdoa khusus untuk Saidina Muawiyah di dalam beberapa riwayat antaranya baginda telah berdoa dengan doa begini,” Ya Allah! Jadikanlah dia seorang pemimpin yang terpimpin dan pimpinlah manusia dengannya.”.Selain itu baginda juga berdoa agar beliau diajar ilmu al-Kitab dan Hisab dan pemeliharan beliau dari azab.(Tarikhu al Islam jld 2, Tarikhu al Kabir Jld 4, Majmau’ Zawaid Jld 8 dan Kanzul al Ummal jld.8)

Pernah baginda telah bersabda kepada beliau dengan berkata, “Wahai Muawiyah! Kalau kamu dilantik menjadi penguasa/pemimpin maka bertakwalah kepada Allah dan berlaku adillah.” Saidina Umar pernah berkata,” Bila orang yang bijak dan pintar (merujuk kepada Saidina Muawiyah) sudah berada dikalangan kamu, maka apa lagi disebutkan kebijaksanaan Qaisar dan Kisra.” (Tabari Jld 4  Ibnu Katsir al Kamil Jld 3). Maka atas sebab inilah Saidina Umar telah melantik beliau menjadi gabenor di Syam untuk beberapa tahun pemerintahannya. 


Sedikit Kisah Ketakwaan Saidina Muawiyah r.a

 Pernah belaku pada suatu hari Jumaat Saidina Muawiyah pergi ke masjid Jamek Damsyek untuk berucap. Dalam ucapannya beliau berkata,” Sesungguhnya semua harta ini adalah harta kami dan semua harta Fai juga adalah harta kami kepada sesiapa yang kami mahu berikan maka kami akan berikannya. Dan sesiapa yang tidak mahu kami berikan kami tidak akan berikan. Itulah di antara ucapan yang disampaikan oleh beliau. Tidak ada sesiapa pun yang membantah. Pada hari Jumaat berikutnya, beliau berucap lagi dan itu juga antara yang diucapkannya. Namu juga tidak ada sesiapa pun yang membantahnya. Majlis hanya sunyi sepi. 

Pada Hari Jumaat yang ketiganya beliau berucap lagi dengan ucapan yang sama tetapi kali ini ada seorang lelaki bangun dan berkata,”Tidak! Semua harta itu adalah harta kami (rakyat) dan harta ghanimah Fai itu juga adalah harta kami. Sesiapa yang cuba menghalang kami daripada harta itu akan kami bawakan kepengadilan Allah melalui pedang-pedang kami. Mendengar kata-kata itu beliau turun dari mimbar dan mengarahkan lelaki itu dibawa menemuinya. Orang ramai ikut melihat lelaki berkenaan dibawa bertemu Saidina Muawiyah lalu beiau pun berkata,” Semuga Allah memanjangkan umur orang ini kerana dia telah menghidupkan aku, kerana aku telah mendengar Rasulullah saw telah bersabda, Nanti akan datang sesudahku beberapa ramai pemimpin yang akan mengucapkan sesuatu yang salah tetapi tidak ada yang menegurnya. Pemimpin-pemimpin yang seperti ini akan memasuki neraka.”(Tarikh al Islam Jld 2 m/s 321-322)

Khulasah

Selama ini kita dipaparkan dengan kisah sejarah yang berat sebelah yang mana bila kita baca kisah-kisah berkenaan maka kita secara tidak lansung akan didedahkan dengan keburukkan Saidina yang terinaya ini. Sehinggakan bila disebut dengan kiah sebenar tentang Saidina Muawiyah ini akan kita dapati sesetengah dari kita akan melenting tak tentu hal. Tidak mustahil bila kisah keburukkan Saidina Muawiyah ini dipaparkan khusus dari mereka yang berpegang dengan ajaran Syiah atau pun yang bersimpati dengan ajaran Syiah secara lansung akan menghina dan memaki beliau. Namun bagi mereka-mereka ini tunggulah saat-saat keputusan dari Allah swt. Ketika ini pun telah terbukti siapa Syiah pada mata kita,bagi yang mahu merenung dengan isu-isu yang berlaku di Negara Teluk sekarang ini.

Wallahualam

Rujukkan : Pemurnian Sejarah Islam Siri 2

1 comment:

umat nabi said...

Dari Ummu Haram r.anha berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, "Pasukan pertama dari umatku yang berperang di lautan maka wajib baginya syurga" (H.R Bukhari:2924)
Ummu Haram bersama suaminya di bawah kepimpinan Muawiyah merupakan armada laut pertama dalam sejarah Islam.
Doa hidayat untuk mrk yg memburukkan para sahabat.Ini kerana mrk berada dlm 'surrounding authorities'/ 'mohol' yang bathil.Di Pakistan, bersempadanan dgn Iran, ada satu kampung Syiah. Allah telah hantar satu orang guru ke sana untuk buat usaha agama. Alhamdulillah, dari mohala tersebut hidup 5 amal asbab mujahadah cikgu tsb. Seluruh duit gaji diinfak utk agama Allah, ikram org. kampung sampai berhutang. Masya Allah. Sumber ustaz lombok yang pernah belajar di Pakistan dan pernah bersama dgn Jemaah India sbg. mutarjim(penterjemah) buat usaha di Markas Seremban sekitar tahun 2011.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin